MPL: Eagles patah sayapnya, Verve sasar tempat kedua liga

by Okt 21, 2017Sukan0 comments

Verve Club meneruskan misinya untuk cuba menyaingi pasukan lain untuk kedudukan yang lebih baik dan menundukkan PRG Eagles dalam perlawanan sengit.

Verve berjaya mengalahkan PRG Eagles sebanyak 3 mata, 87-84 dan kini mengutip tiga kemenangan dan satu kekalahan. Verve bakal berkongsi tempat kedua dan ketiga dengan kutipan tujuh mata.

PRG Eagles pula dengan lima mata; satu kemenangan dan tiga kekalahan setakat ini.

Chadrack Lufile dan Daniel Camps mendahului jaringan mata untuk Verve dengan 32 mata dan 21 mata manakala Lee Chien Chung dan Benjamin Sim mengutip 16 dan 7 mata masing-masing.

Verve Club meneruskan misinya untuk cuba menyaingi pasukan lain untuk kedudukan yang lebih baik dan menundukkan PRG Eagles dalam perlawanan sengit.

Verve berjaya mengalahkan PRG Eagles sebanyak 3 mata, 87-84 dan kini mengutip tiga kemenangan dan satu kekalahan. Verve bakal berkongsi tempat kedua dan ketiga dengan kutipan tujuh mata.

PRG Eagles pula dengan lima mata; satu kemenangan dan tiga kekalahan setakat ini.

Chadrack Lufile dan Daniel Camps mendahului jaringan mata untuk Verve dengan 32 mata dan 21 mata manakala Lee Chien Chung dan Benjamin Sim mengutip 16 dan 7 mata masing-masing.

Eagles pada awal perlawanan masih terkial-kial mencari jaringan dan mudah didahului Verve 7-2 dalam lima minit pertama dengan hanya dua jaringan daripada 9.

Verve mudah mendapat dua jaringan foul-in oleh Daniel Camps dan Chadrack Lufile, tetapi rentak permainan mula berubah dengan cepat selepas jaringan tiga mata Patrick Sanders and Heng Yee Tong dari Eagles mengembalikan penguasaan dalam babak empat minit terakhir suku pertama, 9-11.

Jaringan Lee Chien Chung dan Lufile mengikat kembali kedua-dua pasukan dengan 14-14 dan berterusan sehinggalah minit terakhir. Kedua-dua pasukan masih cuba mengawal gelanggang terutamanya dari jaringan luar perimeter.

Kiraan saat-saat Yee Tong menamatkan suku pertama dengan gayanya menjaringan tiga mata buzzer-beater menjarakkan pendahuluan Eagles ke atas Verve sebanyak 8 mata, 16-24.

Aksi kejar-mengejar diteruskan dalam suku kedua dan walaupun Eagles hanya mendapat mata daripada jaringan penalti oleh Sanders, Verve cepat mengurangkan defisit 8 mata kepada dua dalam tiga minit pertama hasil jaringan jump-shot Gan Teck Hua yang menyumbangkan empat mata, 27-29.

Selang tiga minit terakhir sebelum separuh masa pertama, Verve dan Eagles terikat mata beberapa kali sehinggalah wisel masa rehat pada akhir suku kedua. Kedua-dua pasukan terikat dengan 40-40 selepas jaringan jump-shot oleh Lee Chien Chung (Verve).

Walaupun Verve dan Eagles meneruskan persaingan sengit dalam suku ketiga, strategi penetrasi terutamanya di perimeter dalam memberikan kelebihan untuk Eagles mengekalkan pendahuluan awal.

Hasil jaringan tiga mata oleh Lee Chien Chung lagi dalam suku ini membolehkan Verve mengikuti Eagles dengan defisit kurang daripada lima mata. Eagles kekal ungguli penguasaan dengan fast-break dan mengutip beberapa jaringan penting mengatasi Verve.

Hantaran Tong Wen Keong kepada Yiek Liang Chuan melengkapkan alley-oop pada saat akhir suku ini memberikan Eagles kelebihan tiga mata ke atas Verve, 64-67.

Eagles yang menampilkan kesemua lima pemain tempatan memberikan persembahan yang cukup mantap mengekalkan penguasaan sejak akhir suku ketiga sehinggalah pertengahan suku keempat.

Bermain dalam gelanggang lebih 10 minit, pemain veteran Tong Wen Keong masih tangkas menyampaikan strategi utuh menyerang Verve dari dalam dan luar.

Pada empat minit terakhir, Soo Eng Heng (Verve) mendapat jaringan tiga mata dan mengurangkan defisit Verve kepada satu mata, 80-81. Benjamin Sim kembalikan penguasaan dalam tangan Verve sejurus itu dengan jump-shot tiga mata.

Saat-saat akhir selepas Zhi Shin (Eagles) mendapatkan dua mata, Verve mengawal bola dengan baik dan percubaan beberapa kali oleh Eagles mendapatkan jaringan tiga mata untuk mengikatnya pada 87 mata tidak terdaya.

Percubaan Yee Tong dan Shen Hao dalam 24 saat akhir tidak tercapai dan memberikan kemenangan dalam tangan Verve Club, 87-84.

Verve Club akan bertemu Farmco Touch Up esok pada 8.30PM untuk kedudukan kedua sebelum pusingan seterusnya minggu depan.

393 views