3 USAHAWAN KONGSI BAHAYA BERNIAGA ONLINE

by | Apr 24, 2018 | Business, Gaya hidup | 0 comments

Adanya puluhan platform media sosial percuma sebagai medium perniagaan telah menarik ribuan anak muda untuk membuka ‘bisnes segera’ sendiri. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa ramai peniaga yang tersalah langkah dan akhirnya tersungkur akibat ditipu pembekal luar negara.

3 peniaga online telah berkongsi kisah cabaran dan pengalaman pahit sepanjang perniagaan mereka.

“Salah pilihan buat saya hampir muflis” – Raymond C. 34

Beberapa tahun lalu, saya berhenti kerja dan membuka perniagaan pakaian hip-hop di Instagram. Pada mulanya, barangan tiba seperti yang dipesan. Segalanya berjalan lancar dan saya mula meraih sedikit keuntungan.

Tanpa berfikir panjang, saya buat keputusan untuk melabur keseluruhan simpanan serta mengambil pinjaman peribadi tambahan, dan terus memesan dari pembekal tersebut. Malangnya, pesanan saya tidak sampai, dan pembekal tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan’ barangan yang telah dipesan.

Hanya dengan satu klik, anda mungkin merisikokan wang anda tanpa kepastian – Gambar hiasan

Bermulalah episod paling ngeri hidup saya – saya tak mampu bayar pinjaman kereta dan ia ditarik balik, kemudian saya terpaksa pindah dan tinggal dengan ibu bapa kerana tidak mampu bayar sewa rumah. Bank juga menuntut bayaran pinjaman peribadi… hinggakan saya terpaksa rujuk khidmat guaman untuk mengelak diistihar muflis. Mujurlah keluarga membantu saya membayar separuh dari pinjaman tersebut.

Nasihat saya, research betul-betul dan lebih baik jika anda boleh membeli terus dari pembekal tempatan. Tak berbaloi untuk meletakan bisnes anda di tangan ketidakpastian.

“Pulang dengan tangan kosong, saya putus asa” – Noriah D, 46

Saya mula menjual pakaian muslimah pada 2005 sebelum jualan online popular, jadi memang saya terpaksa membeli stok dari orang tengah, dan semuanya dipesan dari negara jiran.

Jadi bayangkanlah, adakalanya stok yang sampai tidak mencukupi, atau tersalah barang. Pernah sekali, berbekal hanya RM150, saya terpaksa ulang-alik dari Melaka ke Thailand menaiki bas kerana masalah stok. Malangnya saya pulang dengan tangan kosong akibat kesilapan penjual dengan orang tengah.

Disebabkan kehabisan duit, saya serik dan akhirnya terpaksa berhenti berniaga. Ia merupakan kegagalan yang cukup pahit dalam hidup saya.

“Hampir tak jadi kahwin” – Aina M., 26

Untuk mengumpul duit kahwin, saya buat keputusan berniaga sambilan menjual doorgift dan baju pengapit perkahwinan. Bagi menjimatkan kos, saya gabungkan keperluan majlis saya bersama tempahan beberapa pelanggan untuk mendapat harga wholesale dari laman web pukal luar negara.

Terdetik juga ragu kerana rebiu pembelinya agak pelik, tapi sebab murah, saya teruskan pembelian. Tak sangka, keraguan saya terbukti apabila stok yang dihantar lain dari yang dipesan, dan kualitinya sungguh teruk. Baju pengapit bernilai ribuan Ringgit langsung tak sampai!

Masalah komunikasi dan ketidaktelusan peniaga luar boleh merosakkan perniagaan anda – Gambar hiasan

Kerana itu, ada pelanggan yang hampir tidak jadi meneruskan majlis persandingan! Saya dihujani makian dan kecaman dari pelanggan sehingga saya terpaksa tutup laman sosial buat seketika. Mujur kawan saya mengesyorkan KWC Fashion Wholesale, dan saya sempat beli stok baru sebagai ganti untuk pelanggan.

Jika saya tahu ada pilihan dari pembekal tempatan seperti di KWC Fashion Wholesale, tentu saya tidak menghadapi masalah sebegitu. Lupakanlah pembekal luar, saya syorkan anda beli stok dari penjual tempatan!

Dunia perniagaan sememangnya mempunyai risiko-risiko tersendiri, namun anda boleh mengelak dari terperangkap dengan masalah stok dari luar negara jika anda memilik pembekal dengan bijak.

Usah risikokan modal dan perniagaan anda. Pilihlah untuk membeli dari pembekal wholesale tempatan di KWC, pusat beli-belah fesyen pukal terbesar di Kuala Lumpur.

KWC Fashion Wholesale Mall terletak di Jalan Gelugor, Pudu, Kuala Lumpur.

TIP KWC untuk PENIAGA BARU:

Kenal pasti jenis barangan yang ingin anda jual dan selidik trend terkini agar barangan pilihan anda mempunyai permintaan yang tinggi.

Lawati KWC dan terokailah variasi barangan tersebut dari pelbagai kedai. Inilah masanya untuk anda melihat sendiri stok yang ada, membanding kualiti serta mengaju sebarang soalan kepada setiap peniaga.

Lihat sendiri kualiti dan variasi pilihan yang ada agar anda benar-benar puas hati

Jangan lupa untuk turut melawat kedai-kedai dalam kategori lain, kerana harga barangan yang kompetitif mungkin membolehkan anda menjual lebih dari satu kategori barangan.

Selesai melawat kedai, rehat seketika di pelbagai rangkaian kedai makan yang tersedia. Sambil makan dan minum, anda bolehlah membuat kira-kira serta mengaudit pelan pembelian mengikut kedai-kedai yang telah dikenalpasti. Bila segalanya sudah pasti, bersedialah untuk membeli-belah!

Lakukan pembelian stok anda dan jangan lupa simpan resit serta informasi penjual anda supaya mudah untuk membuat rujukan atau memesan stok seterusnya.

Mudah bukan? Selamat berniaga!

Kenali KWC

KWC Fashion Wholesale Mall merupakan peneraju bisnes jualan borong fesyen tanahair. Hab sehenti ini menyediakan pelbagai barangan dari puluhan kategori, antaranya: pakaian muslimah, fesyen wanita dan lelaki, pakaian kanak-kanak, pakaian peribadi, pembentuk tubuh, solekan, aksesori, kasut, beg, serta keperluan rumah.

Dibuka pada 20 Oktober 2011, KWC kini menampilkan 800 kedai fesyen yang menawarkan gaya dan kualiti pada harga yang cukup kompetitif, semuanya di bawah satu bumbung.

KWC Kenanga Wholesale City

No.2, Jalan Gelugor
55200 Kuala Lumpur
Tel: +603 9224 1998

Waktu Perniagaan:
Ahad – Khamis: 10am – 7pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 10am – 8pm

The following two tabs change content below.
The official marketing and digital advertising arm for Malaysiakini and KiniTV. To advertise with us, please visit fgmedia.my.

Latest posts by FG Media (see all)

Facebook Comments

37,306 views