Dari kanan: Tham Yoke Lon, Pengurus Besar Sahajidah Hai-O Marketing; Hew Von Kin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hai-O; Tan Keng Kang, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O; Lawrence Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fiatec Biosystem; Tan Kai Hee, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O; Shanice Tan, Pakar Nutrisi dan Pemasaran Rousselot Malaysia

Shah Alam, Sabtu 13 Julai 2019 – Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd., syarikat jualan langsung terkemuka negara yang mengedar produk minuman kolagen bertaraf premium, BB+ Glo, menandatangani perjanjian dengan pengeluar terkemuka Fiatec Biosystem yang menggunakan ramuan bermutu tinggi dan bertaraf dunia seperti Peptan, BerryShield & exGrape Total dalam rumusan BB+Glo.

Perjanjian ini dibuat selari dengan usaha Sahajidah Hai-O Marketing dalam memastikan ramuan yang digunakan dalam produk edarannya berkualiti tinggi dan selamat digunakan. Produk BB+ Glo Collagen Drink yang dilancarkan pada tahun lalu diperbuat dengan menggunakan rumusan termaju dan bahan-bahan bertaraf premium serta bio-aktif tambahan untuk meningkatkan lagi fungsi produk dan keberkesanannnya. Ia dirumus secara istimewa dengan peptida kolagen laut Peptan dari Perancis, serbuk blackcurrant berpaten BerryShield dari Denmark, ekstrak exGrape TOTAL® dari Perancis dan L-Cysteine.

Setiap bungkus BB+ Glo Collagen Drink mengandungi 5,000 mg peptida kolagen laut Jenis 1 yang seiras kolagen yang terdapat dalam kulit dan tulang manusia. Peptida kolagen laut mempunyai saiz molekul yang kecil iaitu 2,000 Dalton sahaja, maka senang diserap oleh badan manusia.

Serbuk blackcurrant dalam BB + Glo Collagen Drink yang diimport dari Denmark memberikan rasa yang enak serta kaya dengan polifenol, bioflavonoid dan Vitamin C. Ia dikilangkan secara inovatif, dengan teknologi berpaten untuk melindungi sebatian aktif penting di dalamnya. Istimewanya, bioflavonoid hanya boleh diperoleh daripada sumber asli kerana ia tidak boleh dibuat secara sintetik.

Manakala ekstrak exGrape TOTAL® diperbuat secara istimewa daripada anggur merah yang dituai secara eksklusif dari Perancis. Ciri antioksidannya yang kuat membantu melambatkan penuaan dan menggalakkan pencerahan kulit.

Sahajidah Hai-O Marketing diwakili oleh En. Tan Keng Kang, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, manakala En. Lawrence Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fiatec Biosystem mewakili Fiatech Biosystem. Yang turut hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian ini adalah wakil dari Rousselot Malaysia.

1,440 views