Nippon Paint perkenal inovasi cat beri perlindungan optimum virus

Nippon Paint perkenal inovasi cat beri perlindungan optimum virus

#RuangSelamat dari dijangkiti virus dan bakteria

Statistik kes positif Covid 19 yang semakin tinggi pasti memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia dalam membendung penularan wabak itu. Berbagai usaha dibuat di pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan individu dalam mengoptimumkan perlindungan dari terkena virus itu.

Pastinya usaha melindungi penghuni rumah seperti anak-anak dan warga tua dipertingkatkan dalam memastikan ruang dalaman selamat dan tidak terinfeksi virus corona. Usaha membendung dan memutuskan rantaian virus ini boleh dimulakan di persekitaran dalaman bagi menyediakan #RuangSelamat kepada keluarga dan insan tersayang.

Inovasi cat baharu Nippon Paint

Dinding rumah dalaman merupakan lingkungan besar yang menjadi medium penularan virus atau bakteria. Atas sebab itu,  baru-baru ini, Nippon Paint telah mencipta inovasi cat baharu iaitu Nippon Paint VirusGuard yang dilengkapi keupayaan anti virus dan bakteria. Keberkesanan VirusGuard telah diuji di makmal di Analytical Lab Group pada awal tahun ini dan hasil laporan ujian makmal mendapati ia berkesan membasmi 99% koronavirus manusia (strain 229E), H1N1 serta penyakit lain seperti tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Nippon Paint VirusGuard dihasilkan dari Teknologi Silver Ion ini mampu menyahaktifkan fungsi virus dan bakteria, mengurangkan keupayaan bakteria untuk merebak dan mematikan bakteria dan virus.

Menurut  Dr Chang Li-Yen, Profesor Madya Jabatan Mikrobiologi Perubatan  pakar virologi, koronavirus manusia  (Strain 229E) adalah proksi koronavirus yang menyebabkan Covid-19, maka teknologi Silver Ion mempunyai  keberkesanan melawan koronavirus manusia sekaligus mempunyai fungsi yang sama terhadap Covid-19.

Solusi kesihatan masyarakat secara menyeluruh

Inovasi cat terbaru ini tepat pada masanya, ketika rakyat Malaysia mahukan perlindungan tambahan dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu  dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah dan pejabat. VirusGuard mengandungi sebatian Organik Mudah Meruap (Volatile Organic Compound, VOC) yang sangat rendah dan selamat untuk digunakan. Ia juga selamat kepada golongan dewasa, kanak-kanak dan haiwan.

Cat VirusGuard ini senang dilap atau dibasuh juga tahan sental. Ia juga tahan kulat dan kulapuk memberikan ketahanan warna cat dalam tempoh lama, memudahkan penyelenggaraan mengurangkan kos tinggi dalam jangka masa panjang.

Terdapat pelbagai warna
dengan harga menarik!

Dalam usaha membasmi virus demi memastikan kita berada dalam #RuangSelamat, mengecat semula dinding kediaman atau pejabat adalah usaha tambahan agar kita berasa yakin dan selamat.

Kini, Nippon Paint menawarkan harga yang menarik dalam set bundle VirusGuard  dengan pilihan warna cat kegemaran anda. Tawaran set bundle VirusGuard boleh didapati di laman web nipponpaint.com.my. Juga dapatkan Nippon Paint Care Mask bernilai RM19.90 percuma dengan setiap pembelian Nippon Paint VirusGuard  sementara stok masih ada.

Ruang dalaman anda akan lebih segar dan cantik ditambah perlindungan optimum cat antivirus dan antibakteria, sedikit sebanyak usaha syarikat Nippon Paint dalam membantu mengupayakan masyarakat Malaysia untuk mengekang penularan virus Covid19 dalam menyediakan lingkungan dalaman bebas virus yang bukan saja cantik tetapi juga selamat.

Terdapat pelbagai warna dengan harga menarik!

Benarkah Ikan Dapat Megurangkan Risiko Strok dan Penyakit Jantung?

Benarkah Ikan Dapat Megurangkan Risiko Strok dan Penyakit Jantung?

Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), terdapat pelbagai alasan kebanyakan orang untuk menjadikan ikan sebagai sebahagian besar daripada diet mereka. Selama bertahun-tahun, AHA telah mencadangkan supaya seseorang makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangknya 2 kali seminggu.

Asid lemak omega-3 untuk jantung

Lemak tak tepu dalam ikan atau asid lemak omega-3 adalah nutrien yang dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung. Selain itu, terdapat juga penyelidikan mendapati bahawa gabungan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam ikan sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan.

Asid lemak omega-3 ini adalah sejenis asid lemak tak tepu yang boleh mengurangkan keradangan di seluruh badan. Keradangan di dalam badan boleh merosakkan saluran darah anda dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, tekanan darah, pembekuan darah, strok dan risiko kegagalan jantung, serta degupan jantung yang tidak teratur.

Kuantiti pengambilan ikan

Dewasa adalah disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3.

Manakala Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) mengesyorkan kumpulan ini mengehadkan kuantiti pengambilan ikan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

  • Wanita yang hamil atau cuba hamil
  • Ibu mengandung
  • Bayi/kanak-kanak

Penyediaan hidangan ikan menyihatkan

Kaedah memasak boleh mempengaruhi nutrisi yang terdapat dalam ikan. Penyelidikan yang dilakukan terhadap 90 ribu orang Amerika mendapati bahawa orang yang makan ikan goreng sekali dalam seminggu 48 peratus berisiko lebih tinggi kegagalan jantung berbanding dengan mereka yang tidak memakannya. Selain itu, kandungan omega-3 daripada ikan tuna yang digoreng boleh menurunkan sebanyak 75% hingga 80% risiko kegagalan jantung.

i. Rebus dan kukus

Merebus dan mengukus adalah cara memasak yang menggunakan air atau cecair lain seperti sup semasa proses memasak. Kedua-dua cara memasak ini tidak menggunakan penambahan minyak supaya ia tidak meningkatkan kalori dan mengekalkan kandungan lemak yang baik dalam ikan. Kedua-duanya juga menggunakan suhu yang lebih rendah berbanding dengan kaedah memasak yang lain. Ini dapat mengekalkan kualiti nutrien dan meminimumkan pembentukan bahan kimia berbahaya yang menjadi penyebab kepada kanser.

ii. Panggang

Memanggang adalah cara memasak dengan memanaskan ikan menjadi keperangan dengan bantuan sedikit minyak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa perbandingan antara menggoreng dan memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro, bakar hanya menyingkirkan sedikit asid lemak omega-3 di dalam ikan. Pemanggang juga mengekalkan kandungan vitamin D dalam ikan. Gunakan minyak zaitun dalam proses memanggang kerana ia lebih sihat daripada minyak goreng biasa.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh Voiz Malaysia atas keizinan.
Oleh:

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Pertama kali diumumkan semasa pameran pergadangan IFA Berlin 2015, yang dinanti-nantikan dan pelbagai Blueair’s Classic yang telah diubah kini boleh didapati di Malaysia.

Lengkap dengan sistem pemantauan udara pintar yang baru dinamakan “Aware”, dengan rupa bentuk yang lagi mudah, meningkatkan kadar penghantaran udara yang bersih dan reka bentuk terbaru yang membolehkan aliran udara yang lebih baik dan beroperasi dengan lebih senyap untuk memastikan rumah anda selamat dari pencemaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kos pencemaran udara di Eropah pada tahun 2010 telah mencecah 1.6 trilion USD, kesan daripada pencemaran itu menyebabkan lebih kurang 600,000 berpenyakit dan kematian.

“Teknologi baru Blueair memberikan kawalan kepada pengguna ke atas udara yang mereka hirup. Ini menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera sangat mudah, seperti mempunyai sebuah robot penyedut habuk. Blueair Classic merendahkan cetusan bagi pesakit alahan atau lelah dengan membersihkan udara ruang dalam melalui pembasmian 99.97 peratus pencemaran, yang merupakan berita baik untuk pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang yang mereka sayangi,”

kata Karin Kruse, Pengurus Produk Global Marketing.

Mengikut laporan, WHO juga menganggarkan hampir 7 juta orang seluruh dunia meninggal dunia berpunca dari pencemaran udara pada 2012 sahaja. Asia Tenggara dan Pasifik Barat merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kesan pencemaran udara, dengan angka kematian mencecah 3.3 juta berpunca dari pencemaran ruang dalam dan 2.6 juta dari pencemaran udara luar rumah.

Dalam kajian EPA yang merangkumi enam komuniti di pelbagai kawasan di Amerika Syarikat mendapati kadar VOC ruang dalam adalah 10 kali lebih tinggi daripada luar rumah. Keadaan ini juga berlaku di lokasi-lokasi yang mempunyai sumber pencemaran udara yang tinggi seperti loji petrokimia.

Pembersih udara Blueair Classic telah direka untuk melindungi anda dan keluarga daripada pencemaran dalam rumah yang berbahaya.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan dalam model Classic yang baru ini termasuk motor yang lebih jimat tenaga, reka bentuk pengguna di bawah penutup bahagian atas yang akan berpusing dan menunjukkan panel elektronik yang boleh memaparkan jika penapis perlu ditukar, penunjuk Wi-Fi, penunjuk kuasa operasi, dan penunjuk tahap PM2.5 dan VOC (volatile organic chemicals) ruang dalam.

“Edisi baru Blueair Classic mencerminkan komitmen kami dalam menggunakan peluang rumah berhubung untuk memudahkan golongan pemilik rumah dan peniaga memanfaatkan udara yang lebih bersih dan sihat dalam kehidupan seharian.”

kata Karin Kruse.

Beliau juga menyatakan ciri-ciri yang baru dan manfaat yang ditawarkan oleh rangkaian produk Classic baru oleh Blueair mencerminkan pandangan pengguna dan pembersih udara perlu mudah-alih, tidak mengganggu dan boleh beroperasi semasa pengguna sedang tidur, bersenam, makan, bekerja, memasak, atau membaca buku semasa perjalanan.

Kesimpulannya, pembersih udara Blueair Classic mudah dikonfigurasi, mudah diselenggara, dan beroperasi dengan sangat baik. Ia merupakan pilihan tanpa was-was bagi pembersih udara kini yang ditawarkan di pasaran. Blueair menawarkan penyelesaian sedia pakai (plug-and-play) yang penting bagi semua rumah dan ruangan dalaman. Rangkaian produk Classic yang baru ini didatangkan dalam 3 model berbeza untuk dipadankan dengan semua keperluan ruang dan mudah didapati di seluruh negara melalui 43 lokasi seluruh negara.

Lawati Blueair untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh bernafas lebih baik.

Kumpulan metal gadis berhijab pecahkan tabu

Kumpulan metal gadis berhijab pecahkan tabu

Kumpulan metal gadis berhijab pecahkan tabu

20 April 2017

Penampilan tiga gadis berhijab dari Garut, Jawa Barat yang menganggotai kumpulan metal Voice of Baceprot (VoB) tiba-tiba menjadi tular dan mendapat perhatian meluas media Indonesia.

VoB dibarisi gadis berumur 15 hingga 16 tahun yang terdiri daripada Firdda Kurnia (gitar dan vokal), Wiki Rahmawati (basis, vokal) dan Euis Siti (pemain dram).

Bersama imej seluar ketat dan muzik membingitkan, ketiga-tiga anak muda yang masih menuntut di sekolah menengah itu memecahkan tradisi wanita berhijab demi minat mendalam terhadap muzik metal.

Mana tidaknya, muzik VoB dengan genre hip metal funky banyak dipengaruhi melodi-melodi seperti Muse, System of A Down, Red Hot Chlili Peppers, Eminem, Sublime, Metalica, Linkin Park, Tool, Gigi, Pas Band dan Netral.

Lagu Enemies of the Earth mengetengahkan mereka hingga ke peringkat nasional.

Sejak muncul pada 3 April lalu, lagu yang membawa mesej alam sekitar dan disiar di laman Facebook peminat mereka dikongsi lebih 31,000 kali.

Untuk rekod, ketiga-tiga remaja berkenaan mula menubuhkan kumpulan pada 2014 dan mula mendapat populariti di tempat kelahiran mereka selain pernah memenangi beberapa pertandingan band tempatan.

“Kami mungkin kelihatan luar biasa oleh banyak orang. Dunia muzik telah menjadi stereotaip dan negatif, kami mahu memecahkan tradisi itu bukan saja dengan memakai hijab, tetapi juga membawa lagu rock,” kata mereka.

Lagi dari VOX KINI

Bagaimana cara mohon lesen Finas?

Bagaimana cara mohon lesen Finas?

PANDUANKINI | Semua bentuk penggambaran, termasuk di platform media sosial peribadi, memerlukan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.Kenyataan menteri itu mencetuskan kritikan dengan pengguna...

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Khabar duka buat penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari apabila suaminya, aktor Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.Berita itu disahkan pengurus Bunga Citra, Doddy.“Ya, benar, serangan jantung,” katanya dipetik Kompas.com.Ashraf, warga...

Abam Bocey sudah tiada

Abam Bocey sudah tiada

Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.“Al-Fatihah abang,” katanya menerusi...

Lagenda Kereta Jepun 90-an

Lagenda Kereta Jepun 90-an

LAGENDA KERETA JEPUN 90-an

Kereta buatan Jepun telah lama menempatkan nama dalam kalangan peminat automotif tanah air. Adaptasi Proton dan Perodua terhadap industri automotif adalah pada mulanya berasaskan jenama-jenama kereta Jepun. Sering kali kita melihat rupa bentuk kereta tempatan hampir sama dengan beberapa model buatan Jepun.

Kereta Jepun dipasarkan secara meluas di Asia Tenggara dan mendapat sambutan yang hangat oleh pengguna. Ini kerana, kereta Jepun sangat praktikal bagi jalan raya di negara-negara ini, dan jauh lebih murah berbanding jenama Eropah seperti Volvo, Fiat dan Volkswagen.

Sekitar tahun 90-an, jenama automotif Jepun masyhur dari segi prestasi juga, dan telah memenangi pelbagai perlumbaan di peringkat dunia. Ramai yang masih percaya tahun 90-an merupakan zaman kegemilangan industri automotif Jepun. Mari kita mengimbas kembali beberapa kereta Jepun yang dianggap sebagai lagenda industri automotif.

Nissan Skyline R-34

NISSAN SKYLINE GT-R (R-34)

Mazda RX7

MAZDA RX-7 FD

Honda NSX

HONDA NSX

Subaru Impreza

SUBARU IMPREZA 22B STI

TOYOTA SUPRA

TOYOTA SUPRA

NISSAN SILVIA S14 (200SX)

NISSAN SILVIA S14 (200SX)

NISSAN SKYLINE GT-R (R32)

NISSAN SKYLINE GT-R (R32)

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION IV

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION IV

MAZDA MX-5 (NA) MARK I

MAZDA MX-5 (NA) MARK I

HONDA CIVIC

HONDA CIVIC

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

Thai Film Festival in Kuala Lumpur: 20-26th April '17

// Skrol ke bawah untuk ketahui cara untuk menuntut tiket percuma

#1

A Gift

// KOMEDI / DRAMA / ROMANSA
Ia sebuah filem romantik yang menggabungkan tiga kisah cinta yang mana kesemuanya ada kaitan di antara satu sama lain. Cerita pertama mengenai dua pemuda yang diminta untuk berlakon sebagai pasangan suami isteri di satu acara anugerah biasiswa walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Kedua, seorang bekas penganjur berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang mengidap penyakit Alzheimer, yang mana bapanya mula ingat semula memori lama selepas dia mula memainkan lagu kegemaran ibunya. Cerita ketiga memaparkan tentang pesara rocker yang sekarang bekerja sebagai penganalisis kewangan, tetapi dijemput untuk menyertai kumpulan muzik amatur.

Sinopsis dari cinema.com.my

#2

One Day

// DRAMA / ROMANSA
Filem romantik arahan Banjong Pisanthanakun ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ter yang sanggup menanggung segala risiko untuk bersama dengan gadis impianya untuk satu hari dengan menyamar menjadi teman lelakinya selepas gadis itu mengalami masalah hilang ingatan. Ia dibintangi oleh Chantavit Dhanasevi, Nittha Jirayungyurn dan Teerapat Sajakul.

Sinopsis dari cinema.com.my

#3

Take Me Home

// HORROR
Selepas kemalangan tragik, memori Tan telah hilang dan hanya ingat namanya sahaja. Pada satu hari, dia menemui sesuatu yang membawanya pulang ke rumahnya. Di sana dia bertemu dengan adik kembarnya Tubtim, yang tinggal dengan Chiwin, janda anak dua, dan Waw, penjaga rumah yang membesarkannya. Sebagaimana Tan mula mengenali mereka, dia mula takut pada mereka dan apabila dia cuba melarikan diri dari rumah, dia tidak berjaya yang mana dia ditarik dengan kebenaran yang menakutkan.

Sinopsis dari cinema.com.my

#4

The Crown

// DRAMA
Ia mengisahkan tentang Nohra, iaitu tarian tradisional Thailand. Apabila Sattha mahu mewariskan kumpulan tariannya kepada anak lelakinya Singh, telah berlaku konflik di antara mereka yang mana anak lelakinya itu lebih memilih untuk menjadi pemain gitar dan bukan sebagai penari Nohra seperti bapanya.

Sinopsis dari cinema.com.my

#5

Mr Hurt

// KOMEDI / DRAMA / ROMANSA
Pemain tenis profesional yang juga juara dunia, Don Sri-Chang, hidup sempurna dan menjadi idola kepada semua orang. Dia seorang yang bertuah baik dalam kerja mahupun cinta. Bagaimanapun hidup sempurnanya tidak berkekalan apabila kekasihnya, seorang bintang popular, menolak lamarannya untuk berkahwin kerana mahu menjalin hubungan dengan bintang rock. Don yang patah hati berdepan kemurungan untuk beberapa bulan sehinggalah rakan lamanya, Dew, tiba-tiba muncul untuk membantu memulihkan semangatnya.

Sinopsis dari cinema.com.my

Penebusan Tiket Percuma

Tiket ke Festival Filem Thai di Malaysia 2017 akan diberi secara PERCUMA oleh ihsan Royal Thai Embassy di Malaysia.

Untuk menebus tiket percuma, anda hanya perlu mencetak atau mengambil gambar mana-mana Festival Filem Thai 2017 dari mana-mana artikel penerbit di Malaysia, Kiriman dalam talian atau saluran digital GSC dan anda akan mendapat dua (2) tiket secara percuma di kaunter tiket GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley atau GSC 1Utama.

Terma & Syarat:

VOX Hiburan