Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Pada 30 Jun 2017, rakyat Malaysia menerima satu berita gembira: tarif elektrik diumumkan kekal sekurang-kurangnya sehingga ke hujung tahun ini. (https://www.malaysiakini.com/news/387077)

Rebat dikekalkan sejak Mac 2015 dan ini merupakan kali ke-enam rebat dikekalkan.

Bagaimanakah sebenarnya harga dan mutu bekalan elektrik dikawal selia bagi memastikan ia kekal stabil, selamat, dan mesra pengguna?

Industri pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah dikawal selia melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan keselamatan, kestabilan, kecekapan dan kos elektrik.

KeTTHA
Menetapkan dan menguatkuasakan dasar dalam mentadbir dan mengawal selia sektor bekalan elektrik

ST
Mengawal selia sektor elektrik dan paip gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah

Pada umumnya, pembekalan tenaga elektrik menglibatkan tiga proses iaitu penjanaan di stesen janakuasa, penghantaran menggunakan rangkaian talian voltan tinggi sebelum pembahagian kepada pengguna melalui jaringan sistem kabel bervoltan rendah.

Dalam aspek penjanaan, langkah liberalisasi terkawal separuh diperkenalkan oleh kerajaan di Semenanjung Malaysia sejak 1990-an. Liberasi tersebut dikawal selia menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) untuk membentuk persaingan antara pemilik-pemilik stesen janakuasa sebagai langkah mengawalkan kos elektrik. Ini memastikan penjana tenaga mengeluar dan menjual elektrik pada harga terendah.

Mulai 2014, kos penghantaran dan pembahagian elektrik ditentukan melalui rangka khusus yang digunakan di seluruh dunia, iaitu Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) di Semenanjung Malaysia untuk menetapkan tarif elektrik.

Pernah tak anda mendapati bil elektrik rumah anda terdapat butiran yang ditulis ‘ICPT’?

ICPT merujukkan Pelepasan Kos Tidak Seimbang, satu mekanisme di bawah pengiraan IBR yang membolehkan harga bahan api diselaraskan setiap enam bulan. Ini bermakna, kita sebagai pengguna akan bayar lebih rendah sekiranya harga bahan api turun dan sebaliknya, seperti angka ICPT yang tertera di bil elektrik. Ini membolehkan kos elektrik dikira dengan lebih adil, jelas dan telus supaya para pengguna dijamin menikmati bekalan elektrik yang selamat dan stabil pada harga yang optima.

Penjanaan tenaga elektrik amat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli termasuk gas asli cecair (LNG). Harga bahan api kekal rendah sejak 2015, ia membawa penjimatan sebanyak RM4.1billion dan pengguna menikmati faedah tersebut dalam bentuk rebat.

Walau bagaimanapun, semenjak enam bulan lalu, harga global arang batu meningkat dengan mendadak disusuli kesan turun naik kadar tukaran telah meningkatkan kos bahan api dalam sektor tenaga. Pada masa yang sama, harga gas berpaip domestik juga terus meningkat setiap enam bulan selaras dengan program rasionalisasi subsidi.

* – Perubahan harga berbanding harga penanda aras
**MT – metric tonne
**mmBTU* – million Britis Thermal Unit

Kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia kekal sebagai 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan setakat Julai 2017.

Ketika ini kita mungkin sedang membaca artikel ini menerusi telefon pintar dalam bilik berhawa dingin tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang mahal.

Namun, kita mungkin meminggirkan orang lain yang sebenarnya berhak menikmati wang daripada penjimatan rebat elektrik ini.

Wang tersebut boleh disalurkan untuk membeli ubat-ubatan dan membina lebih banyak hospital kerajaan, jalan raya dan sekolah.

Adakah kita mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri semata-mata?

Satu perkara yang pasti, kita perlu bersedia menghadapi semakan semula tarif elektrik dan menggunakan elektrik secara lebih berhemah untuk manfaat dan kepentingan bersama.

1,613 views