MPL: Eagles atasi Kings 95-81
PRG Eagles akhiri siri perlawanan minggu ini dengan satu kemenangan mengatasi Kings sebelum masuk ke pusingan separuh akhir minggu depan.
Eagles mengalahkan Kings sebanyak 14 mata, 95-81. Mereka kini mempunyai dua kemenangan dan tiga kekalahan.
Anthony McClain dan Ryan Liaw mendapat 23 dan 18 mata untuk Eagles manakala Argamino RJ dan Peter De Ocampo menjaringkan 36 dan 26 mata masing-masing.
Awal suku pertama yang agak hambar untuk Eagles yang menurunkan kelima-lima pemain muda tempatan dalam siri perlawanan dengan Kings tidak memadai. Kings mudah mendahului 10 mata awal dan Eagles hanya mendapat dua mata awal daripada Ryan Liaw, 2-12.
Jurulatih Eagles yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam suku pertama, perasaan marahnya langsung beliau tidak cuba selindung. Pada akhir suku pertama, Kings masih mengekalkan penguasaan mereka dengan 10 mata, 15-25.
Eagles cuba perbaiki persembahan awal yang kurang memuaskan dan gandingan Ma Chee Kheun dan Anthony McClain cepat mengikat mata 28-28 pada pertengahan suku kedua.
Eagles terus mendominasi suku kedua melalui jaringan bertubi-tubi daripada Ryan Liaw dan mengakhiri separuh masa pertama dan layup pada masa penamat oleh Argamino Rj meletakkan Kings ketinggalan 7 mata, 46-39.
Kings terus cuba mengasak Eagles walaupun serba kekurangan dengan hanya lapan pemain dalam barisannya. Gandingan Argamino dan Peter De Ocampo yang memungut lebih 40 mata setakat suku ketiga mendekati Eagles sehinggalah akhir suku ketiga.
Eagles masih mendahului lapan mata, 68-60.
Masuk suku terakhir, aksi Kings terus merudum dan mereka hanya mendapat 8 mata dalam pertengahan suku. Eagles terus mendominasi sehingga akhir perlawanan dan keletihan jelas dilihat dalam barisan pasukan Kings.