Kad Laporan Menteri
Pertanian dan Industri 
Asas Tani 2019

Pencapaian YB Datuk Seri Salahuddin Ayub

 

 

Melancarkan Hala Tuju Kementerian bagi tempoh 2019-2020 dalam usaha memacu sektor pertanian negara. Lima hala tuju yang ditetapkan menjadi keutamaan dan strategi dalam langkah meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini.

5 Hala Tuju:

  • Memodenkan dan meningkatkan pengeluaran pertanian
  • Merancak penglibatan pelaburan swasta
  • Pertanian sebagai satu sumber pendapatan
  • Menambahbaik ekosistem industri pertanian
  • Memperkukuh struktur organisasi di bawah MOA

KAD LAPORAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

2019

Pencapaian YB Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tahun 2019

Melancarkan Hala Tuju Kementerian bagi tempoh 2019-2020 dalam usaha memacu sektor pertanian negara.

Baca lagi

Lima hala tuju yang ditetapkan menjadi keutamaan dan strategi dalam langkah meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini.

 

5 Hala Tuju:

  • Memodenkan dan meningkatkan pengeluaran pertanian
  • Merancak penglibatan pelaburan swasta
  • Pertanian sebagai satu sumber pendapatan
  • Menambahbaik ekosistem industri pertanian
  • Memperkukuh struktur organisasi di bawah MOA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MENGAWAL PENCEROBOHAN NELAYAN ASING MELALUI OPS NAGA

Merintis kolaborasi antara kementerian melalui Operasi Naga mulai April 2019 bertujuan mengawal pencerobohan nelayan asing yang telah mengakibatkan ketirisan hasil laut sebanyak RM6 bilion setahun. Sebanyak 211 buah bot nelayan asing telah ditahan sepanjang operasi ini dijalankan.

Baca lagi

Kolaborasi ini akan diteruskan sehingga pencerobohan nelayan asing terkawal. Pada Oktober 2019, lima buah bot telah dilupuskan (ditenggelamkan untuk dijadikan tukun) sebagai tindakan tegas kepada nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Operasi ini juga dijangkakan dapat menyumbang sejumlah RM560 juta melalui pendaratan ikan dan hasil lelongan rampasan bot.

 

 

 

 

MENTRANSFORMASIKAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS)

Mentransformasikan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui perubahan komposisi Ahli Jemaah Pengarah di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan NAFAS dengan mewartakan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 bagi memperkukuhkan tadbir urus NAFAS.

 

 

 

 

MEMINDA AKTA PERIKANAN 1985:

Baca Lagi
  • Mengeluarkan lesen penangkapan ikan laut lepas (high seas).

 

  • Menggalakkan rakyat tempatan menceburi industri penangkapan ikan tuna untuk meningkatkan sumbangan pendaratan hasil tuna sebanyak 30,000 MT dengan nilai RM300 juta setahun.

 

  • Meningkatkan kadar denda pencerobohan nelayan asing daripada RM1 juta kepada RM6 juta.

 

 

 

 

MENINGKATKAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN

Menjaga kebajikan nelayan dengan meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dari RM200 ke RM250 sebulan demi menghargai sumbangan 40,000 orang nelayan sebagai penyumbang makanan negara.

 

 

 

 

MEMPERKENALKAN PROGRAM REZEKI TANI

Memperkenalkan program Rezeki Tani dengan memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan latihan bernilai sehingga RM10,000 seorang sebagai usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin dan miskin tegar. Setakat Disember 2019, seramai 471 peserta telah diluluskan untuk menerima bantuan.

 

 

 

 

MEMPERLUASKAN PASARAN DURIAN DAN NANAS KE CHINA

Pengkesportan sulung durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China. Sejak penghantarannya pada bulan Jun sehingga Ogos 2019 sahaja, nilai eksport telah mencecah RM532, 468.

Baca lagi

Penghantaran nanas ke China menggunakan pesawat kargo yang pertama pada November 2019 dijangkakan akan menyaksikan peningkatan jumlah eksport nanas ke sana. Sebelum penghantaran nanas ke China menggunakan pesawat kargo, eksport ke China pada Januari hingga Ogos 2019 bernilai RM378, 386.

 

 

 

 

MELANCARKAN KERJASAMA STRATEGIK SKIM MIKRO PINJAMAN AGRO NISAA’-I BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN (NEKMAT)

Melancarkan kerjasama strategik skim mikro pinjaman Agro Nisaa’-i bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) khusus untuk membantu isteri nelayan di seluruh negara untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Di Kedah, 40 penerima sudah mendapat manfaatnya dengan nilai pembiayaan sebanyak RM62,500 diberi setakat ini.

 

 

 

 

MENERUSKAN GERAN AGROPRENEUR MUDA

Membangun dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian melalui penerusan Geran Agropreneur Muda dengan memberi bantuan kepada setiap peserta dalam bentuk geran bernilai RM10,000 sehingga RM20,000. Bagi tahun 2019, seramai 863 agropreneur muda telah diluluskan permohonan dengan nilai geran sebanyak RM14.08 juta.

 

 

 

 

MEMPERKENALKAN BEBERAPA TEKNOLOGI/VARIETI/BAKA BARU:

Baca Lagi
  • Klon baharu belimbing ‘Bintang Mas’ mampu mengeluarkan hasil sebanyak 10 tan sehektar setahun. Petani berpotensi meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 20%, iaitu hasil jualan sebanyak RM30,000 untuk sehektar setahun.

 

  • Padi hibrid pertama negara ‘Kadaria 1’ mampu meningkatkan hasil penanaman padi sehingga 40%. Ia dijangka akan mengeluarkan hasil sebanyak 7 ke 8 tan sehektar semusim.

 

  • Baka kambing kacukan Boer-Katjang ‘BK’ bertujuan untuk meningkatkan saiz kambing Katjang. Penternak dapat meningkatkan pendapatan sehingga RM187.40 bagi setiap ekor induk betina ‘BK’.

 

 

 

 

MENERUSKAN PENGANJURAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN

Meneruskan penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan golongan ini yang menjadi penyumbang utama makanan negara. HPPNK tahun ini telah berjaya mencapai sasaran lebih 500,000 orang pengunjung dengan jualan tunai dan memorandum persefahaman (MOU) berjumlah RM30 juta.

 

 

 

 

MELAKSANAKAN PROGRAM BAZAAR PEDULI RAKYAT

Melaksanakan program Bazaar Peduli Rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan harga produk jualan 5% hingga 30% lebih rendah dari harga pasaran.

 

 

 

 

MEMPERKENALKAN EZI MYGAP

Memperkenalkan Ezi myGAP sebagai langkah mengurangkan kerenah birokrasi tanpa berkompromi dengan kualiti dan keselamatan makanan. Melalui Ezi myGAP, proses permohonan sijil myGAP disingkatkan dari dua tahun kepada 3 bulan.

 

 

 

 

MELAKSANAKAN PROJEK RINTIS PENANAMAN PADI PULUT

Meneroka potensi penanaman padi yang lebih berkualiti dan bernilai tinggi melalui projek rintis penanaman padi pulut di Pulau Langkawi yang melibatkan 1,200 orang petani. Melalui projek ini, para petani yang terlibat dapat meningkatkan pendapatan sebanyak 24% berbanding pendapatan dalam penanaman padi putih.

 

 

 

 

MENGURANGKAN PENGLIBATAN ORANG TENGAH DALAM RANTAIAN PEMASARAN

Baca Lagi
  • Pemerkasaan 129 pasar nelayan yang melibatkan seramai 558 usahawan nelayan.

 

  • Pelancaran NekmatBiz.com.my sebagai platform penjualan ikan dan produk berasaskan ikan secara online.

 

  • Pembangunan Agromall Puchong sebagai satu kompleks pemasaran produk hasil pertanian.

 

 

 

 

MEMPERKENALKAN PROGRAM JOM KONGSI REZEKI

Memperkenalkan program Jom Kongsi Rezeki yang bertujuan mengumpul sumbangan produk makanan yang diadakan di tapak Bazaar Peduli Rakyat dan Pasar Tani. Sumbangan yang dikumpulkan akan diagihkan kepada golongan sasar yang terdiri daripada golongan B40.

2,096 views