Memperkenalkan Sweetality, pengganti gula berevolusi yang diperbuat daripada gula tebu dengan menggunakan teknologi proprietari Flavour Infusion Factor (FIF).
Sweetality mengandungi 2 komponen utama iaitu Sukros Berkepekatan Tinggi FIF dan Sukralos Berkepekatan Tinggi FIF. Kedua-dua komponen ini digabungkan dengan menggunakan teknologi proprietari FIF.
Keistimewaan teknologi proprietari menjadikan Sweetality mempunyai rasa dan kelihatan seperti gula. Namun, Sweetality mengandungi 80-98% kurang kalori berbanding gula biasa pada tahap kemanisan yang sama. Dengan kata lain, Sweetality adalah gula ternyah kalori. Jadi, anda boleh menikmati kelazatan hidangan tanpa rasa bersalah. Kini, anda boleh menikmati makanan enak tanpa perasaan bimbang tentang ekstra gula dan ekstra kalori!
Sweetality bukan sahaja menggantikan kemanisan gula tetapi mengekalkan semua sifat-sifat gula. Keadaan ini menjadikan Sweetality cukup versatil yang boleh menggantikan penggunaan gula dalam apa-apa jua keadaan. Sebaliknya, tidak seperti pemanis konvensional, Sweetality tidak meninggalkan rasa pahit selepas makan dan mempunyai rasa sama seperti ataupun lebih baik daripada gula!
Sama seperti gula, Sweetality stabil pada suhu tinggi dengan kemanisan yang tidak berubah ataupun menurun walaupun dikenakan kepanasan yang lama. Maka ia sesuai digunakan dalam masakan.
Sweetality sesuai untuk SEMUA, terutamanya mereka yang perlu atau ingin mengurangkan gula dalam diet mereka ataupun mahu mengamalkan gaya hidup sihat.