Universiti Malaysia (UM) menafikan dakwaan beberapa kumpulan mahasiswa bahawa ia telah gagal menguruskan proses pengasingan pelajar yang kembali dari China susulan penyebaran wabak Covid-19 di negara itu.UM dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa tidak ada pengasingan di universiti itu dan pelajar yang pulang hanya ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-10 (KK10) yang berfungsi sebagai tempat pengawasan berpusat.”Kami tegaskan bahawa para pelajar yang diwajibkan melalui prosedur ini adalah individu sihat yang tidak menunjukkan sebarang simptom dan tanda tetapi perlu melakukan pengawasan kesihat…