Covid-19: Kluster Sivagangga catat 11 kes baru

Covid-19: Kluster Sivagangga catat 11 kes baru

Sebanyak 14 lagi kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, di mana 11 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga di Alor Setar, Kedah.Ini menjadikan kluster berkenaan sebagai kluster aktif keempat terbesar, dengan 20 kes secara keseluruhan.Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 17 kes lagi dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 210 kes, berbanding 213 kes semalam.Daripada kes baru kluster Sivagangga, lapan kes merupakan kontak rapat dengan kes positif ke-8,975, iaitu kes generasi pertama.Tiga kes baru … (selanjutnya…)

Covid-19 boleh dikawal, diubati – Menteri Luar China

Covid-19 boleh dikawal, diubati – Menteri Luar China

Penularan wabak Covid -19 yang meragut nyawa 2,188 orang – dan mencetuskan panik di seluruh dunia – boleh dikawal serta diubati, kata Menteri Luar China, Wang Yi.Bercakap di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Asean-China mengenai penyakit koronavirus di Vientiane, Laos, hari ini beliau berkata statistik menunjukkan terdapat penurunan mendadak dalam kes baru virus itu di China.Keadaan itu, katanya, menyaksikan jumlah jangkitan Covid-19 menurun selama 15 hari berturut-turut, manakala lebih 14,000 pesakit dibenarkan keluar dari hospital.“Ini menunjukkan wabak itu boleh dikawal dan diubati. China… (selanjutnya…)

‘Apa erti hidup kami tanpa hutan?’

‘Apa erti hidup kami tanpa hutan?’

ESEI FOTO | Pada 5 Februari 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menyiarkan notis di akhbar berhubung cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.Notis itu menjemput pihak berkepentingan di daerah Kuala Langat untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan berkenaan dalam masa 30 hari.Penyahwartaan itu melibatkan 930.93 hektar hutan simpan yang akan ditukar status untuk projek pembangunan bercampur.Setakat hari ini, bantahan terus disuarakan oleh pelbagai pihak dari kalangan NGO, ahli politik, dan aktivis alam, selain melalui beberapa petisyen bantahan awam dalam talian.Selain mem… (selanjutnya…)

JPN sedang selaras nama ayah bagi ‘anak tak sah taraf’

JPN sedang selaras nama ayah bagi ‘anak tak sah taraf’

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melakukan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara dan semua mufti negeri bagi mengkaji dan menyelaraskan penggunaan ‘bin dan binti’ bagi proses pendaftaran anak tidak sah taraf.Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata pada masa sekarang pihaknya memutuskan terdapat dua pilihan bagi pendaftaran anak tidak sah taraf iaitu berbin atau berbintikan Abdullah atau menggunakan nama Asmaul Husna (letak Abdul di hadapan nama).”Perbincangan ini nanti akan melihat mekanisme yang lebih sesuai dalam proses pendaftaran anak tidak … (selanjutnya…)

Pan Borneo Sarawak: K’jaan jimat RM2.86 bilion, kos muktamad selepas penilaian

Pan Borneo Sarawak: K’jaan jimat RM2.86 bilion, kos muktamad selepas penilaian

Anggaran penjimatan bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak berdasarkan perbezaan keseluruhan kos pembangunan di antara model Rakan Pelaksana Projek (PDP) dengan kaedah konvensional adalah sebanyak RM2.865 bilion.Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata namun begitu, kos muktamad hanya akan diperolehi selepas penilaian penuh dilakukan di masa akan datang.Pada masa ini, anggaran penjimatan tersebut adalah selepas mengambil kira kos pembangunan model PDP sebanyak RM21.857 bilion termasuk kos pembinaan yang ditandatangani.“Melalui kaedah konvensional yang merupakan hala tuju baharu projek … (selanjutnya…)

8 mati ditembak di Hanau, Jerman

8 mati ditembak di Hanau, Jerman

GLOBAL l Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lima lagi cedera parah selepas penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di dua buah kafe shisha di bandar Hanau, barat Jerman, lapor agensi berita Anadolu.Polis mengesahkan mengenai kejadian itu di Twitter dan telah melancarkan operasi untuk memburu suspek.”Setakat ini tiada maklumat mengenai motif serangan,” kata polis dalam satu kenyataan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis.Sementara itu Reutersmelaporkan pasukan khas polis telah ditubuhkan untuk memburu penyerang yang melarikan diri dengan menaiki sebuah… (selanjutnya…)