Risiko amalan cara hidup tidak aktif semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan adalah tindakan wajar untuk membendung penularan Covid-19.

Walaupun kita terpaksa bekerja dari rumah, namun jangan kita mengabaikan aspek kesihatan mobiliti khususnya penjagaan tulang dan otot serta penjagaan imuniti.

Kesihatan mobiliti amat penting

Semakin berusia, semakin lemah tulang, sendi dan otot kita.  Ini akan menjejaskan kekuatan dan fleksibiti kita untuk melakukan tugasan harian seperti memunggah barang berat dan memanjat tangga. Kunci di sini ialah memiliki tulang dan otot yang kuat untuk menyokong pergerakan supaya dapat kekal aktif dalam kehidupan harian kita. Gaya hidup aktif seperti menjalankan senaman turut membantu mengekalkan imuniti kita¹.

Tulang, otot dan sendi yang kuat adalah penting untuk menyokong fleksibiti, kekuatan dan mobiliti kita. Malangnya, gaya hidup yang tidak aktif dan diet yang tidak seimbang boleh membawa kepada kemerosotan tulang dan otot secara progresif.

“Apabila kita masih muda, kita banyak bergerak yang melibatkan otot dan sendi kita. Namun apabila kita semakin berusia, kemerosotan akan berlaku seperti osteoporosis ataupun kepadatan tulang berkurangan,” jelas Dr Gandhi Nathan Solayar, Pakar Perunding Ortopedik dari Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC).

“Golongan berisiko tinggi menghidap osteoporosis adalah mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup tidak aktif serta malas bergerak. Jadi, jika anda tidak aktif secara fizikal, ia akan menjejaskan kesihatan tulang,” Dr Gandhi memberi amaran. 

Kajian menunjukkan semakin berusia, kepadatan tulang2 mungkin berkurangan sehingga 20%. Selain itu, kita mungkin kehilangan hampir 30% kekuatan otot3 jika tidak aktif selama dua minggu.

Pakar-pakar kesihatan menyifatkan osteoporosis sebagai ‘penyakit senyap’ kerana ia sukar dikesan. “Ya, ia merupakan penyakit senyap. Orang yang mengalami osteoporosis tidak tahu mereka menghidapinya kerana mereka tidak rasa sakit,” kata Dr Gandhi. “Malah mereka tidak merasa kemerosotan tulang sehingga ianya sudah terlambat. Jadi, apabila fraktur (retak atau patah tulang) berlaku, ia turut membawa padah kepada masalah-masalah lain,” sambung beliau.

Apakah faktor-faktor risiko osteoporosis?

“Umur dan jantina adalah faktor risiko yang tidak dapat diubah. Semakin berusia, semakin mudah diserang osteoporosis. Wanita selepas menopaus dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga positif mempunyai risiko yang lebih tinggi,” kata Dr Gandhi yang turut menekankan faktor risiko yang boleh diubah seperti gaya hidup yang tidak aktif dan diet yang kekurangan kalsium dan vitamin D (untuk penyerapan kalsium yang berkesan) boleh menyumbang kepada perkembangan osteoporosis.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat4 menyatakan bahawa golongan wanita adalah lebih berisiko mendapat osteoporosis, iaitu sebanyak 25% (1 dari 4) daripada wanita berusia 65 tahun ke atas, berbanding dengan hanya 5% (1 dari 20) daripada lelaki berusia 65 tahun ke atas.

Beliau turut menjurus perhatian kita kepada imbasan kepadatan tulang (bone density scan) yang merupakan satu prosedur yang mudah dan tidak menyakitkan dengan menggunakan sinar-X untuk mengukur kepadatan mineral tulang kita.

Susu tepung yang dirumuskan khas untuk orang dewasa seperti Anlene Gold adalah satu pilihan yang bijak. Produk ini dirumus secara saintifik dengan MFGM Active™ (membekalkan bahan seperti komponen yang terdapat dalam cecair sendi), kandungan protein yang tinggi, kolagen, 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium, juga tanpa gula tambahan. Ia membekalkan protein, yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Minumlah dua gelas sehari dan kekalkan mobiliti dan fleksibiti yang baik!

96%* merasakan fleksibilti dan kekuatan yang lebih baik selepas 4 minggu.

*Sumber: Kajian dijalankan oleh Home Tester Club antara 22/10/2019 hingga 3/1/2020 meliputi 100 ahli yang menerima dan menguji Anlene Gold di rumah meraka.

Saksikanlah bagaimana Anlene menyokong keperluan nutrisi harian mereka.

Kekal aktif walaupun di rumah

Walaupun kita terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini, Anlene ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus aktif bersama penyanyi dan penulis lagu Stacy Anam dan Guru Tai Chi David Bao melalui cabaran kecergasan di rumah yang bertemakan #MoveAtHome dan #JanganDudukJe. Pada masa yang sama, sila kongsikan senaman penuh inspirasi anda dengan orang lain supaya kita sama-sama terus aktif!

Dapatkan Anlene Gold anda di Lazada dengan diskaun istimewa!

Rujukan:  ¹ NCBI.gov  | ² NOF, 2009  |  ³ Vigelsø A. et al. 2015  |  ⁴ CDC.gov  | ⁵ RNI, 2017

 

 

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan adalah tindakan wajar untuk membendung penularan Covid-19.

Walaupun kita terpaksa bekerja dari rumah, namun jangan kita mengabaikan aspek kesihatan mobiliti khususnya penjagaan tulang dan otot serta penjagaan imuniti.

Kesihatan mobiliti amat penting

Semakin berusia, semakin lemah tulang, sendi dan otot kita.  Ini akan menjejaskan kekuatan dan fleksibiti kita untuk melakukan tugasan harian seperti memunggah barang berat dan memanjat tangga. Kunci di sini ialah memiliki tulang dan otot yang kuat untuk menyokong pergerakan supaya dapat kekal aktif dalam kehidupan harian kita. Gaya hidup aktif seperti menjalankan senaman turut membantu mengekalkan imuniti kita¹.

Tulang, otot dan sendi yang kuat adalah penting untuk menyokong fleksibiti, kekuatan dan mobiliti kita. Malangnya, gaya hidup yang tidak aktif dan diet yang tidak seimbang boleh membawa kepada kemerosotan tulang dan otot secara progresif.

“Apabila kita masih muda, kita banyak bergerak yang melibatkan otot dan sendi kita. Namun apabila kita semakin berusia, kemerosotan akan berlaku seperti osteoporosis ataupun kepadatan tulang berkurangan,” jelas Dr Gandhi Nathan Solayar, Pakar Perunding Ortopedik dari Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC).

 

 

Semakin usia meningkat, tulang mungkin menjadi semakin lemah. Gaya hidup yang tidak aktif berserta peningkatan usia akan menjejaskan kesihatan tulang dan mengundang risiko osteoporosis. Osteoporosis merupakan kehilangan kepadatan tulang yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko retak atau patah tulang (fraktur). 

“Golongan berisiko tinggi menghidap osteoporosis adalah mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup tidak aktif serta malas bergerak. Jadi, jika anda tidak aktif secara fizikal, ia akan menjejaskan kesihatan tulang,” Dr Gandhi memberi amaran. 

Kajian menunjukkan semakin berusia, kepadatan tulang² mungkin berkurangan sehingga 20%. Selain itu, kita mungkin kehilangan hampir 30% kekuatan otot³ jika tidak aktif selama dua minggu.

Pakar-pakar kesihatan menyifatkan osteoporosis sebagai ‘penyakit senyap’ kerana ia sukar dikesan. “Ya, ia merupakan penyakit senyap. Orang yang mengalami osteoporosis tidak tahu mereka menghidapinya kerana mereka tidak rasa sakit,” kata Dr Gandhi. “Malah mereka tidak merasa kemerosotan tulang sehingga ianya sudah terlambat. Jadi, apabila fraktur (retak atau patah tulang) berlaku, ia turut membawa padah kepada masalah-masalah lain,” sambung beliau. 

Apakah faktor-faktor risiko osteoporosis?

“Umur dan jantina adalah faktor risiko yang tidak dapat diubah. Semakin berusia, semakin mudah diserang osteoporosis. Wanita selepas menopaus dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga positif mempunyai risiko yang lebih tinggi,” kata Dr Gandhi yang turut menekankan faktor risiko yang boleh diubah seperti gaya hidup yang tidak aktif dan diet yang kekurangan kalsium dan vitamin D (untuk penyerapan kalsium yang berkesan) boleh menyumbang kepada perkembangan osteoporosis. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat⁴ menyatakan bahawa golongan wanita adalah lebih berisiko mendapat osteoporosis, iaitu sebanyak 25% (1 dari 4) daripada wanita berusia 65 tahun ke atas, berbanding dengan hanya 5% (1 dari 20) daripada lelaki berusia 65 tahun ke atas.

Beliau turut menjurus perhatian kita kepada imbasan kepadatan tulang (bone density scan) yang merupakan satu prosedur yang mudah dan tidak menyakitkan dengan menggunakan sinar-X untuk mengukur kepadatan mineral tulang kita.

Pemakanan seimbang amat penting

Dr Gandhi menitikberatkan pemakanan sihat dan seimbang yang mengandungi kalsium (seperti susu, produk tenusu, sayuran hijau, kekacang dan tauhu), protein dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang dan otot yang penting untuk membantu menjaga mobiliti dan fleksibiliti. Selain itu,  protein⁵ amat penting untuk membekalkan bahan keperluan kepada badan bagi menyokong sistem pertahanan kita.

Susu tepung yang dirumuskan khas untuk orang dewasa seperti Anlene Gold adalah satu pilihan yang bijak. Produk ini dirumus secara saintifik dengan MFGM Active™ (membekalkan bahan seperti komponen yang terdapat dalam cecair sendi), kandungan protein yang tinggi, kolagen, 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium, juga tanpa gula tambahan. Ia membekalkan protein, yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Minumlah dua gelas sehari dan kekalkan mobiliti dan fleksibiti yang baik!

96%* merasakan fleksibilti dan kekuatan yang lebih baik selepas 4 minggu.

*Sumber: Kajian dijalankan oleh Home Tester Club antara 22/10/2019 hingga 3/1/2020 meliputi 100 ahli yang menerima dan menguji Anlene Gold di rumah meraka.

Saksikanlah bagaimana Anlene menyokong keperluan nutrisi harian mereka.

Dapatkan Anlene Gold anda
di Lazada dengan diskaun istimewa!

Kekal aktif walaupun di rumah

Walaupun kita terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini, Anlene ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus aktif bersama penyanyi dan penulis lagu Stacy Anam dan Guru Tai Chi David Bao melalui cabaran kecergasan di rumah yang bertemakan #MoveAtHome dan #JanganDudukJe. Pada masa yang sama, sila kongsikan senaman penuh inspirasi anda dengan orang lain supaya kita sama-sama terus aktif!

Rujukan

¹ NCBI.gov   | ² NOF, 2009 
³ Vigelsø A. et al. 2015  |  ⁴ CDC.gov   |  ⁵ RNI, 2017

42,616 views