Ketersediaan data yang disokong kepakaran, teknologi dan dasar adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi digital.

Ini termasuk tatacara mengumpul, mengesahkan, memproses dan menggunakan data, selain memastikan privasi, kepercayaan dan keselamatan data terpelihara sambil menjana nilai ekonomi daripadanya.

Namun aksesibiliti data masih lagi terhad bagi kerajaan, pihak swasta dan orang awam. Menyedari hakikat ini, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti memupuk perkongsian data dan menitikberatkan tadbir urus serta peranannya dalam pertumbuhan ekonomi dengan membina ekosistem data yang kondusif.

Memupuk budaya penggunaan dan perkongsian data yang betul dan beretika perlu dipergiatkan di kalangan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pengusaha industri dan orang awam. Kesefahaman ini dapat membina kepercayaan, mengurangkan risiko penyalahgunaan dan membawa manfaat sosioekonomi kepada semua pihak termasuk penyelidik, organisasi, pihak berkuasa, peniaga dan orang ramai.

Memupuk perkongsian data secara bertanggungjawab dan cermat adalah satu lagi cabaran yang perlu diatasi untuk memanfaatkan semua pihak berkepentingan tersebut. 

Sumber aksesibiliti data yang rasmi dan diiktiraf semua pihak adalah hala tuju yang perlu kita bimbingi dan berusaha bersama kerana penyertaan aktif anda semua dapat menrealisasikan aspirasi perkongsian data negara.

Memandangkan kita masih berada di peringkat awal, meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkongsian data adalah penting. Ini dapat dilakukan dengan memupuk ‘budaya data’ yang disokong ekosistem tersedia ada sambil mengekalkan integriti data untuk kebaikan bersama.

Mewujudkan ekosistem perkongsian data secara kolaboratif dengan penglibatan semua pihak berkepentingan akan memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara kita di persada dunia.

Dengan adanya sumber aksesibiliti data yang sahih dan didorong ekosistem perkongsian data yang kondusif, ia membolehkan sektor berlainan seperti peruncitan, kesihatan, perbankan dan pelancongan beroperasi dengan lebih cekap dan profesional.

Menyediakan garis panduan lengkap berkaitan perkongsian data dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan data di samping mengembangkan data raya untuk kebaikan bersama bagi pihak kerajaan dan swasta serta orang awam.

Justeru, penyertaan aktif dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan merupakan satu komitmen berterusan yang akan mentransformasikan data sebagai satu aset atau komoditi yang sangat bernilai bagi membentuk masyarakat digital dalam era internet ini.

Muat turun Dasar Perkongsian Data Nasional

Rama yang masih lalai cara mengurus data yang betul dan beretika

Ketersediaan data yang disokong kepakaran, teknologi dan dasar adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi digital.

Baca lagi

Ini termasuk tatacara mengumpul, mengesahkan, memproses dan menggunakan data, selain memastikan privasi, kepercayaan dan keselamatan data terpelihara sambil menjana nilai ekonomi daripadanya.

Namun aksesibiliti data masih lagi terhad bagi kerajaan, pihak swasta dan orang awam. Menyedari hakikat ini, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti memupuk perkongsian data dan menitikberatkan tadbir urus serta peranannya dalam pertumbuhan ekonomi dengan membina ekosistem data yang kondusif.

Memupuk budaya perkongsian data yang beretika

Memupuk budaya penggunaan dan perkongsian data yang betul dan beretika perlu dipergiatkan di kalangan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pengusaha industri dan orang awam.

Baca lagi

Kesefahaman ini dapat membina kepercayaan, mengurangkan risiko penyalahgunaan dan membawa manfaat sosioekonomi kepada semua pihak termasuk penyelidik, organisasi, pihak berkuasa, peniaga dan orang ramai.

Memupuk perkongsian data secara bertanggungjawab dan cermat adalah satu lagi cabaran yang perlu diatasi untuk memanfaatkan semua pihak berkepentingan tersebut. 

Sumber aksesibiliti data yang rasmi dan diiktiraf semua pihak adalah hala tuju yang perlu kita bimbingi dan berusaha bersama kerana penyertaan aktif anda semua dapat menrealisasikan aspirasi perkongsian data negara.

Meningkatkan kesedaran perkongsian data adalah penting

Memandangkan kita masih berada di peringkat awal, meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkongsian data adalah penting. Ini dapat dilakukan dengan memupuk ‘budaya data’ yang disokong ekosistem tersedia ada sambil mengekalkan integriti data untuk kebaikan bersama.

Baca lagi

Mewujudkan ekosistem perkongsian data secara kolaboratif dengan penglibatan semua pihak berkepentingan akan memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara kita di persada dunia.

Dengan adanya sumber aksesibiliti data yang sahih dan didorong ekosistem perkongsian data yang kondusif, ia membolehkan sektor berlainan seperti peruncitan, kesihatan, perbankan dan pelancongan beroperasi dengan lebih cekap dan profesional.

Menyediakan garis panduan lengkap berkaitan perkongsian data dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan data di samping mengembangkan data raya untuk kebaikan bersama bagi pihak kerajaan dan swasta serta orang awam.

Justeru, penyertaan aktif dan sokongan daripada semua pihak berkepentingan merupakan satu komitmen berterusan yang akan mentransformasikan data sebagai satu aset atau komoditi yang sangat bernilai bagi membentuk masyarakat digital dalam era internet ini.

Muat Turun Dasar Perkongsian Data Nasional

1,907 views