Pakai Tali Pinggang Keledar!

Apa yang perlu anda tahu tentang keselamatan anak-anak sebagai ibu bapa.
MAKLUMAT LANJUT

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah sangat penting. Kenderaan-kenderaan moden pada hari ini dibina dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih. Semuanya direka demi memastikan anda dan keluarga sentiasa selamat.

Di sini terdapat beberapa ciri kenderaan yang membantu memastikan anak anda kekal selamat:-

Sistem brek anti-kunci (ABS)

Sistem ini menghalang roda daripada terkunci apabila brek ditekan kuat secara tiba-tiba dan membolehkan anda mengendalikan kereta dengan lebih selamat.

Electronic Stability Control (ESC)

ESC membantu menghalang kenderaan daripada mengalami masalah understeering dan oversteering dalam situasi-situasi yang ekstrem. Pemandu juga boleh membrek ketika perlu, memutuskan kuasa daripada enjin – atau melakukan kedua-duanya pada masa yang sama.

Beg Udara

Beg udara membantu menahan impak sewaktu berlaku kemalangan, namun ia hanya akan berfungsi jika tali pinggang keledar dipakai. Jadi, jangan lupa memakai tali pinggang keledar.  Lagi satu, jangan letak benda-benda kecil di atas papan pemuka kerana ia boleh bertukar menjadi senjata berbahaya apabila beg udara diaktifkan.

Area View atau Rear Assist

Sistem ini  melibatkan kamera yang diletakkan secara strategik dan memberikan pemandu pandangan lebih jelas pada titik-titik buta di sekeliling kenderaan. Kamera ini juga membantu anda untuk melihat sekiranya anak berada di belakang kenderaan.  

Isofix

Pemasangan tempat duduk kanak-kanak dengan betul adalah penting bagi memastikan anak anda tidak terhumban ke hadapan jika berlaku kecemasan.  Sistem keselamatan kanak-kanak, ISOFIX membolehkan anda memasang tempat duduk kanak-kanak pada bahagian atas tether dan poin cagak yang bersambung dengan chasis kenderaan, sekali gus membuatkannya sangat selamat.

Ketika kenderaan bergerak, pastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan. Semua penumpang dewasa mesti memakai tali pinggang keledar. Sementara kanak-kanak berada di tempat duduk keselamatan, sebaik-baiknya menghadap ke bahagian belakang. Leher kanak-kanak adalah lemah dan lebih terdedah kepada kecederaan piat (whiplash) jika berlaku kemalangan. Maka,  dengan duduk menghadap ke bahagian belakang, ia membantu mengurangkan impak piat.

Akhir sekali, pupuk tabiat keselamatan jalan raya ke dalam minda anak-anak anda. 

365 views