Mahu membina perniagaan yang berjaya? Permudahkan urusan syarikat dan fokus pada pendapatan dengan Kakitangan.com

Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan laporan-laporan media tentang kemerosotan ekonomi yang sedang berlaku di negara kita. Menurut laporan Jabatan Perangkaan, terdapat penurunan sebanyak 0.4 peratus dalam pasaran buruh pada bulan September 2016 dan pekerjaan akan menjadi lebih sukar pada tahun ini dari segala segi.

Oleh itu, penurunan ekonomi negara sedikit sebanyak boleh menjejaskan perniagaan syarikat-syarikat tempatan sekaligus melumpuhkan kekuatan sesebuah syarikat. Jadi sebagai seorang ahli perniagaan, tambahan lagi buat mereka yang bergelar majikan sepatutnya sudah mula merancang dan konstruk ‘Pelan Kejayaan’ buat syarikat yang dikendalikan mereka. Jika pada tahun 2016 anda sedang ‘berjalan’ pastikan tahun 2017 anda sedang ‘berlari’ mengejar matlamat dan profit yang anda sasarkan.

“It’s never gets easier, you just get better!” – Ekonomi merudum mungkin adalah fasa yang membimbangkan namun, ia juga adalah masa yang sesuai untuk menyelaraskan semula operasi dan syarikat anda untuk kekal di hadapan pesaing-pesaing anda yang lain.

Apabila ekonomi tidak baik, perniagaan sering menghadapi masalah dan anda sebagai pemacu utama syarikat, ini adalah masalah yang sering difikirkan:

Masalah 1

Bagaimanakah cara untuk saya memastikan organisasi dan pekerja saya mengurangkan masa untuk kerja-kerja admin?

Masalah 2

Bagaimana mereka boleh lebih fokus kepada perkara-perkara yang penting saja?

Masalah 3

Apakah yang perlu saya lakukan bagi menjadikan syarikat saya lebih moden dan relevan dalam masa yang sama memastikan setiap pekerja saya perform dari semasa ke semasa?

Hanya dengan 3 soalan di atas, ia sudah cukup menjejaskan kredibiliti dan peluang syarikat. Berhenti menggaru kepala dan inilah masanya untuk anda berubah!

Dengan Kakitangan.com segalanya menjadi lebih mudah dan efektif. Kakitangan.com memudahkan HR dengan menyediakan anda salah satu platform untuk menguruskan gaji, faedah, maklumat pekerja dan banyak lagi. Dan paling penting ia adalah PERCUMA!

Seiring dengan matlamat syarikat anda yang mahu sentiasa jadi terbaik, Kakitangan.com menawarkan anda dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

1. Jimat masa dan tenaga

Dalam kesibukan bekerja, perkara yang paling leceh sekali untuk dilakukan adalah memohon cuti dan mengemukakan claims. Anda tidak perlu lagi menghabiskan dakwat pen untuk mengisi permohonan cuti dan mengemukakan claims di ’atas kertas’. Dengan Kakitangan segalanya boleh dilakukan melalui beberapa klik secara atas talian. Majikan boleh meluluskan cuti tahunan pekerja mereka melalui desktop atau di telefon pintar dengan beberapa klik yang mudah. Bukan setakat itu, setiap permohonan dan jadual cuti telah disediakan buat rujukan anda dan majikan.

Dalam masa yang sama, ia juga tidak akan mengganggu kerja-kerja utama pekerja yang lebih penting.

Malah ia juga diselaraskan dengan kalendar cuti umum Malaysia. Kakitangan.com juga menseragamkan cuti di setiap negeri. Ia juga membolehkan kita untuk menyesuaikan (customize) hujung minggu bermula pada hari Jumaat dan Sabtu untuk syarikat yang berada di Kelantan dan Johor.

2. Memudahkan kerja staf dan majikan

Lebih mengembirakan Kakitangan.com menyelesaikan satu kerja HR PALING menyakitkan dan menyusahkan terutamanya SMEs iaitu payrolls (senarai gaji). Kakitangan.com mempunyai sistem yang secara automatik mengira slip KWSP / PERKESO / LHD dan penyata gaji setiap pekerja.

Segalanya sudah tersedia di dalam talian, jadi HR tidak perlu lagi menghantar email kepada semua staf untuk meminta semua staf mengambil sendiri slip gaji mereka di atas meja HR.

3. Meningkatkan kualiti sosial antara majikan dan pekerja

Kakitangan.com juga platform yang sempurna untuk memastikan kebahagiaan dan kepuasan kerja setiap pekerja. Apa yang dimaksudkan dengan ini? Kakitangan.com juga menyediakan info lengkap mengenai pekerja. Sebagai contoh ialah tarikh hari jadi.

Hari lahir setiap pekerja akan diisi di dalam calendar. Jadi, anda bersama-sama staf yang lain bolehlah bersedia awal untuk menjayakan birthday surprise buat mereka!

Selain itu, Kakitangan.com juga platform untuk membeli kek hari jadi, bunga, team lunches dan sebagainya, Ini pasti meningkatkan nilai harmoni dan kemesraan antara staf di dalam syarikat itu.

Secara Konlusinya

Kakitangan adalah satu komponen baru yang sangat-sangat diperlukan di dalam sesebuah syarikat. Buat majikan di luar sana, apa yang anda fikirkan lagi? Gunakan Kakitangan.com untuk memudahkan ‘kakitangan’ anda sekarang!

1,305 views