Adakah Rumah Anda Syurga Anda?

Ingat lagi tak kenangan ria zaman kanak-kanak anda? Betapa bebasnya anda bermain sekitar taman permainan di kejiranan anda dengan kawan-kawan rapat. Membunyi loceng basikal sambil rakan anda membonceng, bermain galah panjang walaupun cuaca terik dan masih kejar-mengejar walaupun anda tercungap-cungap dan matahari hampir terbenam! Dan masa bermain anda tidak akan tamat kecuali jika anda terdengar nama anda diseru oleh ibu.
Credit: Lim Chee Keong
Source: Pinterest
Sesudah anda pulang ke rumah, aroma lauk ikan masin dan ayam masak merah berlapung dari ruang masak sampai ke pintu pagar depan. Dan bagaikan ikan yang terpaut pada pancing, anda ditarik ke arah dapur dimana hidangan yang terbaik di dunia telah disediakan oleh ibu. Setelah dewasa anda sedar bahawa betapa sedap pun makanan diluar, memang tiada tandingnya dengan masakan ibu.
Source: Pinterest
Sebelum anda tutup mata untuk tidur dengan lena dan hembus nafas kepuasan, terlintas di minda anda bahawa tiada tempat di dunia ini seperti keluarga dan rumah anda.

Alangkah bagusnya kalau anda boleh undurkan masa untuk mengalami detik-detik manis ini semula kan? Walaupun anda tidak boleh pulang balik ke masa lalu, anda dan keluarga anda masih boleh menikmati kualiti hidup yang penuh dengan kegembiraan, keselamatan, dan kepuasan di Bellevue Garden Homes Cybersouth.

Rumah contoh Bellevue akan dibuka pada 26 Mac 2017. Datanglah bersama keluarga anda dan jadikanlah Bellevue Garden Homes ini kediaman anda pada masa yang akan datang. jika berminat sila berdaftar dengan kami untuk keterangan lebih lanjut.

Bertema subur sekitar bandar, Cybersouth dikelilingi dengan kehijauan yang segar serta memukau dengan pemandangan tasiknya. Jauh dari kesesakan bandar, anda dan keluarga anda boleh mengulangi kenangan manis yang anda menghayati semasa kecil tanpa risau sekeliling Central Park.

Central Park adalah sebuah taman sebesar 25 ekar yang lengkap dengan kemudahan seperti pusat komuniti, taman permainan di dalam hutan, laluan basikal sekitar tasik dan hutan, taman flora, gimnasium terbuka dan berbagai-bagai lagi tempat rekreasi. Selain itu, Bellevue Garden Homes juga dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan 24 jam boleh menjaminkan keselamatan anda. Akses ke beberapa lebuhraya utama juga merupakan salah satu faktor untuk memilih Cybersouth sebagai rumah idaman anda.

Harga rumah idaman ini hanya bermula dari RM418,000! Kunjungilah laman web Bellevue Garden Homes Cybersouth hari ini untuk memiliki rumah idaman anda.

Rumah contoh Bellevue akan dibuka pada 26 Mac 2017. Datanglah bersama keluarga anda dan jadikanlah Bellevue Garden Homes ini kediaman anda pada masa yang akan datang. jika berminat sila berdaftar dengan kami untuk keterangan lebih lanjut.

821 views