Orang ramai terutama penganut Hindu tidak perlu bimbang untuk hadir pada sambutan perayaan Thaipusam pada Sabtu ini berikutan isu jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy.Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka yang hadir untuk mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya seperti menjaga kebersihan, memakai penutup mulut dan hidung selain membuat pemeriksaan di pusat perubatan sekiranya jatuh sakit.“Di negara kita, koronavirus ini sedang ditangani dengan profesional. (Wakil) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mem…