Penularan wabak Covid -19 yang meragut nyawa 2,188 orang – dan mencetuskan panik di seluruh dunia – boleh dikawal serta diubati, kata Menteri Luar China, Wang Yi.Bercakap di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Asean-China mengenai penyakit koronavirus di Vientiane, Laos, hari ini beliau berkata statistik menunjukkan terdapat penurunan mendadak dalam kes baru virus itu di China.Keadaan itu, katanya, menyaksikan jumlah jangkitan Covid-19 menurun selama 15 hari berturut-turut, manakala lebih 14,000 pesakit dibenarkan keluar dari hospital.“Ini menunjukkan wabak itu boleh dikawal dan diubati. China…