Benarkah ketinggian badan berkurangan apabila usia meningkat?

Pernahkah anda terfikir, adakah ketinggian orang tua terutamanya datuk dan nenek anda akan merosot setiap tahun atau ia merupakan ilusi optik semasa anda membesar? Jangan risau, kerana kemerosotan dalam ketinggian merupakan perkara yang biasa apabila usia semakin meningkat.

Mengapa ketinggian badan semakin merosot apabila usia meningkat? Ini berlaku kerana cakera di antara vertebra tulang belakang menjadi rata, otot mula kehilangan jisim dan ruang antara sendi menjadi semakin kecil.

Menurut National Library of Medicine, manusia biasanya kehilangan ketinggian hampir setengah inci (kira-kira 1 sentimeter) setiap 10 tahun selepas umur 40 tahun. Walaupun kehilangan ketinggian adalah normal, namun jika kemerosotan yang ketara berlaku,  ia mungkin berkaitan dengan osteoporosis.

Oleh itu, penjagaan tulang yang baik dapat membantu kita untuk mencapai potensi penuh. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai osteoporosis dan dapatkan nasihat untuk penjagaan tulang anda daripada pakar, Dr Ahmad Norshahrid Zahari, Pakar Ortopedik dan Pembedahan Spinal, dari Hospital Pakar KPJ Sentosa KL.

Apakah itu Osteoporosis?

Tulang normal (kiri) dan tulang osteoporosis (kanan).
Sumber Imej: Midlands Ortopedik

Menurut Dr Ahmad, osteoporosis merupakan penyakit sistemik yang berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang. Ia menyebabkan tulang  menjadi nipis, lemah, rapuh dan lebih cenderung untuk mudah patah, walaupun  dengan  sedikit hentakan. Keretakan tulang akibat osteoporosis boleh mengurangkan mobiliti harian dan mungkin akan menjejaskan kualiti hidup kita.

Apabila anda masih muda, badan membentuk tulang baru dengan cepat. Selepas usia 20-an proses ini akan menjadi perlahan, dan kebanyakan orang akan mencapai jisim tulang kemuncak mereka pada usia 30-an. Tambahan pula, apabila usia semakin meningkat, lebih tisu tulang akan hilang berbanding dibentuk semula.

Bahagian tulang mana yang
akan berlakunya osteoporosis?

Osteoporosis  menjejaskan semua tulang badan.Tulang patah akibat osteoporosis berlaku terutamanya di kawasan yang mempunyai lebih banyak tulang kanselus kerana ia lebih berliang dan aktif dalam pembentukan semula tulang daripada tulang kortikal. Contoh:

Tulang Belakang

Kawasan pergelangan
tangan dan lengan

Pinggul

Bolehkah kita menghentikan
kehilangan jisim tulang daripada berlaku?

Menurut Dr Ahmad Norshahrid, kita tidak boleh menghentikan kehilangan jisim tulang, kerana ia adalah proses penuaan semula jadi dan ia berkaitan dengan perubahan hormon apabila usia meningkat, terutamanya bagi wanita apabila tahap estrogen mereka mula menurun.

Walau bagaimanapun, kita boleh mengurangkan proses kehilangan jisim tulang dengan mengambil jumlah kalsium yang diperlukan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang boleh didapati daripada:

  • Susu

  • Produk tenusu

  • Sayuran hijau

  • Soya dan produk soya

Ia lebih berkesan jika anda mula mengambil makanan berkalsium yang mencukupi pada usia muda. Apabila usia meningkat, ia akan berfungsi sebagai perlindungan untuk tulang anda.

Berapa banyak kalsium dan vitamin D
yang diperlukan setiap hari?

Vitamin D disyorkan untuk diambil setiap hari sebanyak 15 – 20 µg (RNI,2017). Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin D adalah kuning telur, ikan air masin, hati dan susu yang diperkaya dengan vitamin D.

Berdasarkan cadangan pengambilan nutrien harian, Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia, 2017, pengambilan kalsium yang disyorkan untuk golongan muda ialah 1000mg sehari. Bagi wanita di peringkat menopos, mereka perlu mengambil 1200mg kalsium setiap hari.

Badan memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium. Tanpa  kalsium yang mencukupi, badan akan mengambil kalsium di dalam tulang, dan ini akan melemahkan tulang sedia ada dan menghalang pembentukan tulang baru yang kuat.

Anda boleh mendapatkan vitamin D melalui:

  • Cahaya matahari,

  • Diet harian 

  • Suplemen makanan

Tips untuk mengekalkan
tulang kuat

Salah satu petua untuk mengekalkan tulang yang kuat adalah melakukan senaman yang kerap. Aktiviti menanggung berat badan  seperti berjoging, mendaki dan berjalan kaki akan membantu membina tulang anda. Jauhi penyalahgunaan bahan seperti merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan kerana bahan ini akan mengurangkan jisim tulang anda dalam jangka masa panjang.

Dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang aktif, kita dapat mengekalkan tulang dan otot  yang kuat.

Ketahui beberapa aktiviti/senaman yang boleh dilakukan untuk kekal cergas dan sihat!

Pergerakan mungkin menjadi semakin sukar apabila usia meningkat, yang boleh berlaku apabila fleksibiliti dan kekuatan badan menjadi semakin berkurangan dengan peningkatan usia. Tahukah anda, kajian¹  menunjukkan bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu ditambah dengan MFGM (membran globul lemak susu) dan nutrien penting serta senaman kerap mengalami:

  • 40% peningkatan dalam jisim otot

  • 3x peningkatan dalam keseimbangan

  • 2x peningkatan dalam fleksibiliti

¹ berbanding dengan kumpulan kawalan. Sumber: Daly R et al. (2020) AJCN.112(2):427-446

Kekal aktif dan amalkan diet seimbang setiap hari. Cubalah susu Anlene hari ini!

Marilah mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dan kekal aktif untuk menyokong gaya hidup aktif demi hidup yang lebih bermakna!

Anlene Gold 5X

Anlene Gold 5X™ dirumus secara saintifik, dengan MFGM Active™, Protein Tinggi, Kalsium, Kolagen dan 10 Vitamin dan Mineral, tanpa gula tambahan. Ia disyorkan untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas. Jagalah mobiliti dengan pemakanan yang betul dan senaman.

Anlene Actifit 3X™

Penjagaan tulang, sendi dan otot harus bermula seawal mungkin untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

Anlene Actifit 3X™ mempunyai 50% lebih nutrien** dan mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi dan kolagen. Ini sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian orang dewasa. Mari kekal aktif setiap hari untuk mengekalkan pergerakan harian.

**Merujuk kepada Kalsium dan Vitamin C,  berbanding dengan setiap 100 g Susu Tepung Krim Penuh.
Sumber: Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia (1997).

Sampel Anlene Percuma!

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Anlene, sila layari laman web di SINI.

Pernahkah anda terfikir, adakah ketinggian orang tua terutamanya datuk dan nenek anda akan merosot setiap tahun atau ia merupakan ilusi optik semasa anda membesar? Jangan risau, kerana kemerosotan dalam ketinggian merupakan perkara yang biasa apabila usia semakin meningkat.

Mengapa ketinggian badan semakin merosot apabila usia meningkat? Ini berlaku kerana cakera di antara vertebra tulang belakang menjadi rata, otot mula kehilangan jisim dan ruang antara sendi menjadi semakin kecil.

Menurut National Library of Medicine, manusia biasanya kehilangan ketinggian hampir setengah inci (kira-kira 1 sentimeter) setiap 10 tahun selepas umur 40 tahun. Walaupun kehilangan ketinggian adalah normal, namun jika kemerosotan yang ketara berlaku,  ia mungkin berkaitan dengan osteoporosis.

Oleh itu, penjagaan tulang yang baik dapat membantu kita untuk mencapai potensi penuh. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai osteoporosis dan dapatkan nasihat untuk penjagaan tulang anda daripada pakar, Dr Ahmad Norshahrid Zahari, Pakar Ortopedik dan Pembedahan Spinal, dari Hospital Pakar KPJ Sentosa KL.

Apakah itu Osteoporosis?

Menurut Dr Ahmad, osteoporosis merupakan penyakit sistemik yang berlaku apabila kehilangan kepadatan tulang. Ia menyebabkan tulang  menjadi nipis, lemah, rapuh dan lebih cenderung untuk mudah patah, walaupun  dengan  sedikit hentakan. Keretakan tulang akibat osteoporosis boleh mengurangkan mobiliti harian dan mungkin akan menjejaskan kualiti hidup kita.

Apabila anda masih muda, badan membentuk tulang baru dengan cepat. Selepas usia 20-an proses ini akan menjadi perlahan, dan kebanyakan orang akan mencapai jisim tulang kemuncak mereka pada usia 30-an. Tambahan pula, apabila usia semakin meningkat, lebih tisu tulang akan hilang berbanding dibentuk semula.

Tulang normal (kiri) dan tulang osteoporosis (kanan).
Sumber Imej: Midlands Ortopedik

Bahagian tulang mana
yang akan berlakunya osteoporosis?

Osteoporosis  menjejaskan semua tulang badan.Tulang patah akibat osteoporosis berlaku terutamanya di kawasan yang mempunyai lebih banyak tulang kanselus kerana ia lebih berliang dan aktif dalam pembentukan semula tulang daripada tulang kortikal. Contoh:

Bolehkah kita menghentikan kehilangan jisim tulang
daripada berlaku?

Menurut Dr Ahmad Norshahrid, kita tidak boleh menghentikan kehilangan jisim tulang, kerana ia adalah proses penuaan semula jadi dan ia berkaitan dengan perubahan hormon apabila usia meningkat, terutamanya bagi wanita apabila tahap estrogen mereka mula menurun.

Walau bagaimanapun, kita boleh mengurangkan proses kehilangan jisim tulang dengan mengambil jumlah kalsium yang diperlukan sebagai sebahagian daripada diet seimbang yang boleh didapati daripada:

  • Susu

  • Produk tenusu

  • Sayuran hijau

  • Soya dan produk soya 

Ia lebih berkesan jika anda mula mengambil makanan berkalsium yang mencukupi pada usia muda. Apabila usia meningkat, ia akan berfungsi sebagai perlindungan untuk tulang anda.

Berapa banyak
kalsium dan vitamin D
yang diperlukan setiap hari?

Berdasarkan cadangan pengambilan nutrien harian, Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia, 2017, pengambilan kalsium yang disyorkan untuk golongan muda ialah 1000mg sehari. Bagi wanita di peringkat menopos, mereka perlu mengambil 1200mg kalsium setiap hari.

Badan memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium. Tanpa  kalsium yang mencukupi, badan akan mengambil kalsium di dalam tulang, dan ini akan melemahkan tulang sedia ada dan menghalang pembentukan tulang baru yang kuat.

Anda boleh mendapatkan vitamin D melalui:

  • Cahaya matahari,

  • Diet harian 

  • Suplemen makanan

Vitamin D disyorkan untuk diambil setiap hari sebanyak 15 – 20 µg (RNI,2017). Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin D adalah kuning telur, ikan air masin, hati dan susu yang diperkaya dengan vitamin D.

Tips untuk mengekalkan tulang kuat

Salah satu petua untuk mengekalkan tulang yang kuat adalah melakukan senaman yang kerap. Aktiviti menanggung berat badan  seperti berjoging, mendaki dan berjalan kaki akan membantu membina tulang anda.

Jauhi penyalahgunaan bahan seperti merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan kerana bahan ini akan mengurangkan jisim tulang anda dalam jangka masa panjang.

Dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang aktif, kita dapat mengekalkan tulang dan otot  yang kuat.

Ketahui beberapa aktiviti/senaman yang boleh dilakukan untuk kekal cergas dan sihat!

Kekal aktif dan amalkan diet seimbang setiap hari. Cubalah susu Anlene hari ini!

Pergerakan mungkin menjadi semakin sukar apabila usia meningkat, yang boleh berlaku apabila fleksibiliti dan kekuatan badan menjadi semakin berkurangan dengan peningkatan usia. Tahukah anda, kajian¹  menunjukkan bahawa mereka yang mengambil 2 gelas susu ditambah dengan MFGM (membran globul lemak susu) dan nutrien penting serta senaman kerap mengalami:

  • 40% peningkatan dalam jisim otot

  • 3x peningkatan dalam keseimbangan

  • 2x peningkatan dalam fleksibiliti

¹ berbanding dengan kumpulan kawalan. Sumber: Daly R et al. (2020) AJCN.112(2):427-446

Marilah mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian dan kekal aktif untuk menyokong gaya hidup aktif demi hidup yang lebih bermakna!

Anlene Gold 5X

Anlene Gold 5X™ dirumus secara saintifik, dengan MFGM Active™, Protein Tinggi, Kalsium, Kolagen dan 10 Vitamin dan Mineral, tanpa gula tambahan. Ia disyorkan untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas. Jagalah mobiliti dengan pemakanan yang betul dan senaman.

Anlene Actifit 3X™

Penjagaan tulang, sendi dan otot harus bermula seawal mungkin untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

Anlene Actifit 3X™ mempunyai 50% lebih nutrien** dan mengandungi kalsium tinggi, protein tinggi dan kolagen. Ini sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian orang dewasa. Mari kekal aktif setiap hari untuk mengekalkan pergerakan harian.

**Merujuk kepada Kalsium dan Vitamin C,  berbanding dengan
setiap 100 g Susu Tepung Krim Penuh.

Sumber: Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia (1997).

Sample Anlene Percuma

8,606 views