Ketidakaktifan fizikal dilaporkan sebagai faktor risiko morbiditi keempat di dunia¹
Postur tidak betul boleh menjejaskan kesihatan tulang dan otot
PKPP yang berlanjutan dalam usaha membendung penularan Covid-19 bukan sahaja mengganggu rutin harian kita disebabkan kekangan pergerakan, malah tahap aktiviti fizikal kita turut menjadi salah satu isu utama. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati 1 dalam 4 orang dewasa di Malaysia adalah tidak aktif secara fizikal. Lebih merunsingkan, ketidakaktifan fizikal dilaporkan sebagai faktor risiko morbiditi keempat di dunia¹.
Postur lemah mungkin memberi impak kepada tulang dan otot
Gaya hidup yang kurang aktif secara berpanjangan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kekuatan otot dan tulang. Bagi golongan pejabat yang bekerja secara berjam-jam di hadapan komputer tanpa postur yang betul dan rehat yang mencukupi, juga mungkin menjejaskan kesihatan tulang dan otot. Selain itu, ia mungkin mengundang masalah seperti kebas, kaku, lenguh dan ketidakselesaan di bahagian belakang, leher dan kaki.
Tulang, sendi dan otot kuat penting untuk menyokong pergerakan
Perubahan pada tulang, sendi dan otot yang berlaku apabila usia semakin meningkat, mungkin menjejaskan pergerakan fizikal termasuk semasa anda berjalan, ataupun kekuatan untuk memunggah barang, dan fleksibiliti untuk melakukan aktiviti seharian. Tanpa penjagaan rapi kepada tulang, sendi dan otot (musculoskeletal health), ia boleh menyumbang kepada perkembangan osteoporosis (kepadatan tulang berkurangan) dan masalah berkaitan dengan tulang dan otot dalam jangka masa yang panjang.
Masalah kesihatan tulang, sendi dan otot dan kiropraktik
Kiropraktik adalah salah satu alternatif pencegahan awal yang dapat membantu penjagaan kesihatan tulang dan otot. Ini adalah kerana dengan tulang dan otot yang kuat, ia boleh melindungi anda daripada terjatuh di mana ia merupakan salah satu faktor umum yang menyebabkan tulang anda retak atau patah.
“Kiropraktor adalah profesional penjagaan kesihatan yang melakukan diagnosis dan rawatan bagi gangguan ‘neuromuscular’ di samping memberi nasihat terutamanya dari segi pencegahan. ‘Neuro’ di sini merujuk kepada sistem saraf manakala ‘muscula’ berkaitan dengan perkara yang mempengaruhi kesihatan otot,” jelas Dr Sean Lee daripada Discover Chiropractic.
Rawatan kiropraktik. Penjagaan kesihatan otot dan tulang. Dibawakan khas oleh Anlene.
Saraf dan otot yang berfungsi dengan baik dapat membantu mengekalkan keupayaan badan kita untuk berpusing dan melentur. Kiropraktor menggunakan sama ada terapi tisu lembut, senaman regangan ataupun teknik rawatan lain untuk membantu mengekalkan mobiliti dan kestabilan kita. Rawatan kiropraktik turut membantu melegakan bahagian badan yang sakit, lenguh dan kebas. Jadi, rawatan kiropraktik yang bersesuaian dapat membantu menguatkan otot dan tisu di sekitar tulang untuk menstabilkan pergerakan anda bagi kesihatan mobiliti yang terpelihara.
Mencegah lebih baik daripada merawat
Gaya hidup sihat bermula dengan diet seimbang dan senaman kerap
Diet seimbang yang membekalkan kalsium (contoh: susu dan produk tenusu, sayuran hijau, kekacang, tahu) dan protein amatlah penting untuk mengekalkan tulang dan otot yang kuat. Kesihatan tulang dan otot yang baik adalah penting untuk menyokong mobiliti kita. Kita juga memerlukan vitamin D untuk membantu menyerap kalsium. Selain itu, protein⁴ membekalkan bahan binaan yang penting untuk sistem pertahanan badan kita. Sistem pertahanan yang baik penting dalam melindungi kita daripada serangan ‘penceroboh asing’.
Susu tepung yang dirumuskan khas untuk orang dewasa seperti Anlene Gold adalah satu pilihan yang bijak. Produk ini telah diformulasikan secara saintifik – ia ditambah dengan MFGM Activeᵀᴹ (membekalkan komponen seperti yang terdapat di dalam cecair sendi), protein yang tinggi, kolagen, 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium, dan tanpa gula tambahan. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Minumlah dua gelas sehari. Bergeraklah dengan fleksibiliti & kekuatan dan sokonglah sistem pertahanan yang baik hari ini!
*96% merasakan fleksibiliti dan kekuatan yang lebih baik selepas 4 minggu.
Saksikan bagaimana Anlene menyokong pengambilan nutrisi harian mereka.
*Sumber: Kajian dijalankan oleh Home Tester Club antara 22/10/2019 hingga 3/1/2020 meliputi 100 ahli yang menerima dan mencuba produk Anlene Gold di rumah mereka.
Rujukan: ¹ WHO, 2010 | ² NOF, 2009 | ³ Daly R et al., 2013 | ⁴ RNI, 2017
PKPP yang berlanjutan dalam usaha membendung penularan Covid-19 bukan sahaja mengganggu rutin harian kita disebabkan kekangan pergerakan, malah tahap aktiviti fizikal kita turut menjadi salah satu isu utama. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati 1 dalam 4 orang dewasa di Malaysia adalah tidak aktif secara fizikal. Lebih merunsingkan, ketidakaktifan fizikal dilaporkan sebagai faktor risiko morbiditi keempat di dunia¹.
Postur lemah mungkin memberi impak kepada tulang dan otot
Gaya hidup yang kurang aktif secara berpanjangan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kekuatan otot dan tulang. Bagi golongan pejabat yang bekerja secara berjam-jam di hadapan komputer tanpa postur yang betul dan rehat yang mencukupi, juga mungkin menjejaskan kesihatan tulang dan otot. Selain itu, ia mungkin mengundang masalah seperti kebas, kaku, lenguh dan ketidakselesaan di bahagian belakang, leher dan kaki.
Tulang, sendi dan otot kuat penting untuk menyokong pergerakan
Perubahan pada tulang, sendi dan otot yang berlaku apabila usia semakin meningkat, mungkin menjejaskan pergerakan fizikal termasuk semasa anda berjalan, ataupun kekuatan untuk memunggah barang, dan fleksibiliti untuk melakukan aktiviti seharian. Tanpa penjagaan rapi kepada tulang, sendi dan otot (musculoskeletal health), ia boleh menyumbang kepada perkembangan osteoporosis (kepadatan tulang berkurangan) dan masalah berkaitan dengan tulang dan otot dalam jangka masa yang panjang.
Masalah kesihatan tulang, sendi dan otot dan kiropraktik
Rawatan kiropraktik. Penjagaan kesihatan otot dan tulang. Dibawakan khas oleh Anlene.
Kiropraktik adalah salah satu alternatif pencegahan awal yang dapat membantu penjagaan kesihatan tulang dan otot. Ini adalah kerana dengan tulang dan otot yang kuat, ia boleh melindungi anda daripada terjatuh di mana ia merupakan salah satu faktor umum yang menyebabkan tulang anda retak atau patah.
“Kiropraktor adalah profesional penjagaan kesihatan yang melakukan diagnosis dan rawatan bagi gangguan ‘neuromuscular’ di samping memberi nasihat terutamanya dari segi pencegahan. ‘Neuro’ di sini merujuk kepada sistem saraf manakala ‘muscula’ berkaitan dengan perkara yang mempengaruhi kesihatan otot,” jelas Dr Sean Lee daripada Discover Chiropractic.
Saraf dan otot yang berfungsi dengan baik dapat membantu mengekalkan keupayaan badan kita untuk berpusing dan melentur. Kiropraktor menggunakan sama ada terapi tisu lembut, senaman regangan ataupun teknik rawatan lain untuk membantu mengekalkan mobiliti dan kestabilan kita. Rawatan kiropraktik turut membantu melegakan bahagian badan yang sakit, lenguh dan kebas. Jadi, rawatan kiropraktik yang bersesuaian dapat membantu menguatkan otot dan tisu di sekitar tulang untuk menstabilkan pergerakan anda bagi kesihatan mobiliti yang terpelihara.
Diet seimbang yang membekalkan kalsium (contoh: susu dan produk tenusu, sayuran hijau, kekacang, tahu) dan protein amatlah penting untuk mengekalkan tulang dan otot yang kuat. Kesihatan tulang dan otot yang baik adalah penting untuk menyokong mobiliti kita. Kita juga memerlukan vitamin D untuk membantu menyerap kalsium. Selain itu, protein⁴ membekalkan bahan binaan yang penting untuk sistem pertahanan badan kita. Sistem pertahanan yang baik penting dalam melindungi kita daripada serangan ‘penceroboh asing’.
Susu tepung yang dirumuskan khas untuk orang dewasa seperti Anlene Gold adalah satu pilihan yang bijak. Produk ini telah diformulasikan secara saintifik – ia ditambah dengan MFGM Activeᵀᴹ (membekalkan komponen seperti yang terdapat di dalam cecair sendi), protein yang tinggi, kolagen, 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium, dan tanpa gula tambahan. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan.
Minumlah dua gelas sehari. Bergeraklah dengan fleksibiliti & kekuatan dan sokonglah sistem pertahanan yang baik hari ini!
*96% merasakan fleksibiliti dan kekuatan yang lebih baik selepas 4 minggu.
Saksikan bagaimana Anlene menyokong pengambilan nutrisi harian mereka.
*Sumber: Kajian dijalankan oleh Home Tester Club antara 22/10/2019 hingga 3/1/2020 meliputi 100 ahli yang menerima dan mencuba produk Anlene Gold di rumah mereka.
Rujukan
¹ WHO, 2010 | ² NOF, 2009 | ³ Daly R et al., 2013 | ⁴ RNI, 2017