Ibadat Umrah dan Haji adalah salah satu impian bagi setiap Muslim yang berkemampuan bagi memenuhi tuntutan agama.

Seramai 30 juta jemaah dijangka menunaikan Umrah dan Haji di Mekah setiap tahun menjelang 2030. Malaysia diberi kuota seramai 30,200 jemaah bagi tahun 2019 untuk ibadat Haji. Bagi ibadat Umrah, Malaysia merekodkan sejumlah 135,895 jemaah tahun lalu.

Kekurangan butik menyediakan semua kelengkapan dari hujung rambut hingga kaki menyebabkan bakal jemaah terpaksa berkunjung ke beberapa kedai atau pasar raya bagi memastikan pakaian ibadat disediakan lengkap sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Salah sebuah kedai yang menawarkan barangan keperluan Umrah dan Haji di KWC Fashion Wholesale,
Perniagaan Nik Adib Sdn Bhd, Lot G-03A.

Menyedari akan hal ini KWC Fashion Wholesale menyediakan kelengkapan umrah dan haji di bawah satu bumbung, menerusi butik –butik di sini.

Kelengkapan Umrah dan Haji di kedai Diyana Ismail Resources, Lot 5-50, KWC Fashion Wholesale.

Kain ihram merupakan kelengkapan Umrah dan Haji yang wajib bagi jemaah lelaki.  Pakaian ini adalah pakaian suci yang tidak boleh dijahit dan harus berwarna putih. Mengenakan ihram bermaksud bermulanya ibadat Umrah atau Haji sejak dari miqatnya. Jemaah lelaki digalakkan untuk membawa sekurang-kurangnya dua set kain ihram (2 helai kain atas dan 2 helai kain bawah) untuk tukar ganti bagi memastikan keselesaan dan kekemasan semasa berihram. Untuk kemudahan menyimpan barangan peribadi seperti wang, pasport dan ubat, anda boleh menggunakan tali pinggang haji. Jubah, baju haji, seluar haji dan baju kurta adalah antara kelengkapan lain yang umum seperti yang ditawarkan oleh Al-Araby (Lot 2-56).

Pakaian Umrah dan Haji di butik Mikayla, Lot 5-08.

Bagi jemaah wanita, pakaian ihram yang menutup aurat sepenuhnya ialah telekung. Sama ada telekung penuh atau mini telekung, anda disarankan untuk membawa beberapa pasang untuk tujuan berlainan. Telekung penuh memberi keselesaan ketika beribadah di masjid, manakala mini telekung memudahkan pergerakan anda ketika dalam perjalanan. Telekung berpoket amat disarankan. Abaya, jubah, jubah seluar, hijab, kasut tawaf dan stokin dalah antara kelengkapan lain yang biasa dibawa jemaah wanita dan kesemua ini boleh didapati di KWC seperti Noah Nazrin (Lot: 5-75). Turut ditawarkan ialah kosmetik suci dan botol wuduk yang sukar didapati di tempat lain. 

Produk kosmetik yang sah digunakan ketika Ihram boleh didapati di
kedai Matahari, Lot 5-08, KWC Fashion Wholesale.

Kelengkapan tambahan lain yang penting untuk jemaah lelaki dan wanita termasuk sejadah bersaiz kecil dan ringan untuk menunaikan solat, botol penyembur wuduk sekiranya tandas atau tempat wuduk terletak jauh dari tempat solat, uncang untuk batu lontar, uncang untuk simpan kasut, jubah, tuala kecil dan beg sandang kecil.

Noah Nazrin, butik kelengkapan Haji dan Umrah di KWC Fashion Wholesale, Lot 5-75 KWC Fashion Wholesale.

Memandangkan kuota kunjungan Umrah dan Haji yang semakin meningkat setiap tahun, permintaan kelengkapan ibadat termasuk barangan kosmetik tanpa alkohol turut meningkat. Pasaran ini melakarkan potensi tinggi bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan lebih meluas. Diyana Ismail Resources (Lot: 5-50), Matahari (Lot: 5-08) dan Mikayla (Lot: 3-65) adalah antara butik khas yang sedia memenuhi permintaan anda.

Butik Yusuf Zulaikha (YZ), Lot 3A-03.

Sama ada penjualan kelengkapan Umrah dan Haji secara online atau offline, pintu perniagaan sentiasa terbuka luas sekiranya anda mengorak langkah dengan teliti di samping mendapat sokongan rantaian bekalan yang lancar. Butik-butik yang menawarkan harga borong termasuk Perniagaan Nik Adib (Lot: G-03A) dan Yusuf Zulaikha (Lot: 3A-03).

Botol penyembur wuduk yang digunakan oleh bakal Jemaah.

Anda boleh menjadikan media sosial sebagai platform mengasah kemahiran berniaga kerana di sinilah sebahagian besar pengguna internet dan pelanggan aktif berinteraksi. Salah satu keberkesanan pemasaran online yang ketara ialah kelebihan beroperasi 24 jam dan pasaran anda tidak terhad kepada lokasi tertentu. Potensi meluaskan pasaran melalui model ekonomi internet tidak perlu disangkal lagi kerana ketelusan dan penjejakan penghantaran sistem online yang digemari pelanggan.

Perniagaan secara online yang mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan dengan bilangan “share” yang tinggi dapat memajukan perniagaan anda secara meluas.

Kepelbagaian barangan Umrah dan Haji boleh didapati di butik Al-Araby, Lot 2-56.

Anda boleh mencuba perniagaan berkonsep ‘drop ship’ di mana anda tidak perlu menyimpan stok untuk jualan anda. Perniagaan ini hanya perlu memenuhi pesanan pelanggan dengan menjadi pengantara diantara pembeli dan pembekal produk (contoh: hantaran produk haji dan umrah terus ke Arab Saudi dan destinasi antarabangsa yang lain). Model bisnes global sebegini disokong oleh KWC yang merupakan pusat borong bagi fesyen muslimah dan muslimin.

Sama ada anda seorang peruncit atau pemborong, anda boleh menikmati harga borong dengan membeli secara pukal di KWC yang menempatkan pembekal yang memang arif dalam produk Umrah dan Haji dan juga mampu memberi nasihat penting tentang penyediaan mengerjakan ibadat suci di Mekah di samping menikmati harga borong yang lebih murah. Inilah antara kelebihan utama membeli di KWC berbanding tempat-tempat yang lain.

10,821 views