Dalam sekelip mata, tahun 2019 akan berakhir. Anda mungkin mempunyai tahun yang mencabar atau menerima pencapaian yang terbaik. Tibalah masa untuk Majlis Makan Malam Tahunan Syarikat untuk memberi penghargaan kepada pekerja dan meraikan kejayaan Syarikat sepanjang tahun.  

Hujung tahun merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Waktu inilah ramai antara kita ingin menghabiskan baki cuti tahunan, menyambut cuti sekolah, Krismas dan Tahun Baru. Pada hujung tahun inilah banyak majlis tahunan akan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pekerja atas sumbangan mereka sepanjang tahun apatah lagi didorong mood ‘celebrate’ yang kaw-kaw. 

Majlis Akhir Tahun perlukan perancangan secara terperinci untuk memastikan semua pihak berpuas hati pada malam tersebut. Beberapa tips berikut dapat menjayakan Majlis Akhir Tahun (PARTY OF THE YEAR) anda dengan gemilang melalui persediaan yang teliti.

Setiap majlis perlukan perancangan bajet yang komprehensif untuk memenuhi kesemua kehendak majlis agar manjadikannya megah dan sesuai untuk dihadiri oleh ‘boss’ dan rakan sekerja yang lain. Serikanlah majlis tersebut sebagai satu majlis yang indah dan sentiasa dalam kenangan manis. 

Memilih tarikh dan masa yang paling sesuai untuk mengadakan majlis tahunan perlu mengambil kira tempat tinggal dan mod pengangkutan pekerja. Hari minggu selepas kerja merupakan pilihan yang bijak kerana ia akan memudahkan pekerja menghadirinya termasuk mereka yang tinggal berjauhan. 

Dan pastikan anda memilih lokasi yang sesuai dan selesa untuk mengadakan majlis tersebut berdasarkan jumlah tetamu, tema majlis dan aksesibiliti tempat tersebut. StarXpo Centre di KWC Fashion Wholesale mempunyai sebuah dewan besar seluas 32,065 kaki persegi yang dapat menampung seramai 7,000 tetamu. Dewan besar yang terletak di tingkat 15 ini akan turut memeriahkan acara tahunan anda dengan suasana ala ‘kayangan’ di tengah kota Kuala Lumpur yang bersebelahan Stesen LRT Hang Tuah.

Setelah tarikh dan tempat majlis telah ditentukan, anda perlu memilih ‘caterer’ yang mampu memenuhi kehendak tetamu anda seperti menyediakan menu spesifik untuk golongan yang tidak memakan daging dan lain-lain. Untuk acara formal, ‘sit-down dinner’ adalah pilihan yang tepat. Anda juga boleh menggalakkan tetamu anda bergaul sesama mereka atau beramah mesra sambil menghidangkan pelbagai pembuka selera sebelum mereka mengambil tempat duduk masing-masing. 

Selain itu, menentukan tema acara yang istimewa dapat menceriakan majlis tersebut. Contohnya, majlis makan tahunan yang bertemakan musim sejuk ala ‘wonderland’, malam ‘Oscar’ ataupun ‘cosplay’ yang mempesonakan.

Untuk mendapatkan pakaian yang serasi dengan tema majlis, anda boleh dapatkan pelbagai idea ‘costume’ di S-ELEVEN YOU CAN SEE ME (Lot 5-21), misalnya. Jadi, kod pakaian perlu dipadankan dengan tema yang dipilih kerana ia membolehkan anda memperagakan gaya tersendiri di dalam satu majlis yang unik dan indah. Dan yang sudah pastinya, kesemua perhiasan majlis dan pakaian parti akhir tahun tersebut boleh didapati di KWC Fashion Wholesale pada harga yang berpatutan. Untuk koleksi pakaian dan hiasan peribadi yang memukau mata, jangan lupa singgah di kedai-kedai popular seperti Butik Mari Beli (Lot 1-36), Fesyen Memori (Lot 3A-48) dan Laluna (Lot 1-37).

Musim perayaan hujung tahun ialah musim cuti yang turut diserikan oleh tradisi pemberian hadiah. Ini termasuk hadiah dan cenderahati penghargaan kepada pekerja anda. Jadikanlah ini peluang keemasan untuk mereka memenangi hadiah yang hebat. Anda boleh dapatkannya di DR DIY & TOYS (Lot 1-80, 81, 83A), AC Shopper (Lot 6-43,43A) dan Eco Friendly (Lot 6-51) pada harga yang berpatutan dalam lingkungan bajet anda.  

Anda juga boleh dapatkan kesemua keperluan parti hujung tahun di KWC Fashion Wholesale yang menempatkan lebih daripada 800 kedai (9 tingkat) dengan harga borong bagi pembelian pukal. Selain mendapatkan tips perancangan penting daripada pemborong dan peruncit, anda turut boleh menikmati keselesaan “one-stop shopping” di bawah satu bumbung sambil menghayati keistimewaan mengadakan majlis tahunan ‘kayangan’ di tingkat 15 yang tinggi. 

Sila layari laman web untuk maklumat lanjut yang terkini

3,838 views