Teknologi blockchain, penggerak utama di sebalik kemunculan mata wang kripto (wang maya atau digital), membuka lembaran baru dalam pengurusan aset dengan proses yang lebih mudah, cepat dan kos efektif. Teknologi teras di dalam ekosistem bitcoin ini sedang memacu sistem kewangan kita dengan inovasi ‘anytime, anywhere’ yang didorong oleh aplikasi dan kebolehsuaian blockchain yang semakin luas. 

Sekiranya anda membeli Bitcoin bernilai USD100 pada tahun 2011, pelaburan anda akan melambung ke USD1,295,653 menjelang 2019. Semenjak pengenalan Ethereum pada tahun 2014, aplikasi blockchain kini telah merentasi sfera wang digital. Ini termasuk bertindak sebagai platform pertukaran untuk kandungan intelek, harta benda fizikal, saham, atau apa-apa benda lain yang bernilai.

Platform pertukaran yang selamat dan boleh dikawal selia sepenuhnya 

Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) adalah dua mata wang kripto yang paling utama, masing-masing menguasai 67.05% dan 8.74% syer pasaran setakat November 2019 ini. Tidak kira mata wang kripto mana satu yang anda pegang, apa yang pasti ialah kewujudan plaform pertukaran yang selamat dan dikawal selia oleh pihak berkuasa. Dengan kata lain, anda perlu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh broker atau platform pertukaran kripto yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Jelasnya, perdagangan mata wang kripto di platform pertukaran yang tidak sah dan tidak selamat mungkin akan menelan kesemua pelaburan anda.

Luno, RMO pertama di Malaysia dengan kelulusan penuh 

Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO) yang sah untuk perdagangan Tukaran Aset Digital (DAX).

Berita baik untuk pelaburan mata wang kripto

Keupayaan memenuhi kesemua pengawalseliaan yang ditetapkan oleh SC bermakna Luno kini boleh beroperasi sepenuhnya dan ini pasti akan memudahkan rakyat Malaysia membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto melalui platformnya tanpa keraguan. Pengiktirafan rasmi tersebut menjadikan Luno pilihan yang paling diyakini di kalangan pelabur yang mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi serta generasi millennium yang cenderung pada pelaburan kripto.   

Pengendali Tukaran Aset Digital terbesar di Malaysia ini membina kepercayaan melalui kerjasama rapat dengan pengawal selia dan pihak bank semenjak bertapak di sini. Kesungguhan sebegini akan meningkatkan reputasi Luno dalam industri kripto, menurut David Low, Pengurus Besar Luno Asia Tenggara.

“Kami ingin mendidik rakyat Malaysia berkenaan cara membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin dan Ethereum yang selamat dengan menggunakan platform pertukaran yang dikawal dan diluluskan oleh SC,” kata beliau.

Kunci utama di sini ialah perkhidmatan pertukaran yang selamat dan dipercayai oleh pelabur institusi dan individu. Pengiktirafan rasmi ini bakal menggalakkan pempelbagaian portfolio pelaburan dengan meneroka industri kripto yang semakin popular tanpa bergantung kepada pasaran saham dan bon semata-mata. 

Apa yang menarik di sini ialah potensi mata wang kripto dijangka mampu menandingi emas disebabkan stok kewujudannya yang terhad. Hanya sejumlah 21 juta bitcoin yang boleh ‘dilombong’ di seluruh dunia disebabkan kekangan sistem buat masa ini.

Apa yang ditawarkan oleh Luno?

Luno secara amnya menawarkan perkhidmatan ‘pertukaran’ dan ‘dompet digital’ bagi pelaburan kripto. Ia berfungsi sebagai sebuah platform sah yang diiktiraf kerajaan untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan memadankan pembeli dan penjual di samping membolehkan pelabur mendeposit dan mengeluarkan mata wang tempatan.

Bagaimana anda boleh berjinak-jinak dengan Luno?

Anda boleh melabur dalam Bitcoin dengan modal serendah RM3 sebagai permulaan. Anda boleh membeli mata wang kripto  melalui 4 langkah mudah berikut iaitu mendaftar dengan Luno, sahkan identiti anda, masukkan wang ke dalam dompet Luno anda, dan beli mata wang kripto kegemeran anda. Mudah dan telus, selamat dan boleh dipercayai!

Kenapa Luno?

Luno merupakan pengendali yang dipercayai di lebih 40 negara dengan saiz keahlian (dompet digital) melebihi 3 juta pelanggan yang disokong oleh kepakaran sepasukan Luno seramai 300 lebih individu, termasuk mereka yang beroperasi di Kuala Lumpur dan hab serantau Singapura dan Cape Town.

Aplikasi Luno boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Anda boleh membeli, menjual, menyimpan dan mengetahui lebih lanjut tentang Bitcoin dan Ethereum

13,298 views