Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik di Malaysia telah tiba!

by Mac 9, 2016Berita, Branded Content0 comments

Masa e-usahawan untuk bersinar telah tiba kerana Usahawan e-Dagang Terbaik akan dipilih

Pelakon Leonardo DiCaprio akhirnya berjaya mencapai anugerah Oscar yang telah diidamkan olehnya selama 12 tahun. Kami di SITEC berasa bahawa, seperti pelakon yang akhirnya diraikan untuk kebolehan lakonannya, peniaga e-dagang di Malaysia patut diiktiraf sepenuhnya untuk kecemerlangan, innovasi, dan kreativiti mereka dalam bidang e-dagang.

Oleh itu, pihak SITEC, dengan kerjasama serta sokongan Invest Selangor, MDeC, dan beberapa nama besar dalam bidang e-dagang seperti Lazada Malaysia, Lelong.my, Logon.my, Youbeli, 11street, MOLPay, iPay88, Exabytes and eCommerceMILO, telah menganjurkan pertandingan “MalaysiaTop E-Commerce Merchant Awards 2016”, dengan tujuan meraihkan, mengiktirafkan, serta menghormatkan usaha-usaha e-peniaga Malaysia yang paling kreatif, innovatif, serta cemerlang.

Pertandingan ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama mereka, menggunakan pertandingan ini sebagai perantara, sambil membantu e-peniaga yang menyertai pertandingan ini untuk meningkatkan lagi perkhidmatan serta tawaran produk mereka.

Peserta pertandingan ini boleh memenangi hadiah-hadiah tunai bernilai RM25 ribu, hadiah lain seperti piala, sijil akreditasi dari SITEC, ruang kerja di SDCC, Serta bimbingan oleh pakar-pakar industri.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Loke Chee Hoo melalui nombor telefon 012-670 5026 ataupun emel

160 views