Pembersih vakum tanpa wayar, tanpa kekangan tugas!

Pembersih vakum tanpa wayar, tanpa kekangan tugas!

Tiada Kekangan Tugas dengan Pembersih Vakum Tanpa Wayar!

Apa yang anda perlu pertimbangkan adalah permbersih vakum tanpa wayar.

Tiada Kekangan Tugas dengan Pembersih Vakum Tanpa Wayar!

Apa yang anda perlu pertimbangkan adalah permbersih vakum tanpa wayar.

Memvakum bukanlah tugasan rumah yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika anda terpaksa mengheret pembersih vakum (penyedut hampagas) yang berat itu ke sekeliling rumah. Namun berita baiknya adalah kemunculan pembersih vakum tanpa wayar yang bakal merevolusikan cara yang anda membersihkan rumah!

Tanpa wayar, tanpa kekangan tugas! Dengan pembersih vakum berinovasi baru ini, kini anda mampu mengerjakan sudut-sudut yang lebih tinggi, rendah atau jauh tanpa gangguan sambungan wayar. Lebih istimewa dan praktikal lagi, ciptaan moden ini adalah lebih kecil dan ringan untuk dikendalikan dan mampu mempercepatkan tugasan anda dengan menyakinkan! Dengan kata lain, rekaan yang kecil dan ringan ini memang standing dengan pembersih vakum konvensional dari segi sedutan habuk dan kotoran. Dan lebih menakjubkan lagi, ia diperkasakan dengan kuasa bateri yang mampu membereskan tugasan pembersihan keseluruhan rumah anda.

Demi membantu anda membuat perbandingan yang bijak, kami telah membuat tinjauan pasaran dari segi ciri-ciri produk yang melibatkan tiga pembersih vakum popular berjenama Dyson, LG dan Electrolux.

Kelasakan Kuasa Bateri

Pertimbangan utama bagi produk tanpa wayar kebiasaannya adalah berkisar sekitar kemampuan kuasa beterinya. Kehausan tenaga bateri sebelum sesuatu tugas disempurnakan memang merupakan pengalaman yang tidak diingini. Kebanyakan pembersih vakum adalah dilengkapi dengan bateri lithium-ion, sama ada pek individu tunggal atau pek individu berasingan kembar. Sebagai contoh, pembersih vakum LG model VS8400SCW dan VS8401SCW adalah dibekalkan dengan dua pek bateri berasingan yang melakukan kerja yang sama apabila salah satu daripadanya perlu digantikan setelah kehausan kuasa. Bateri LG mampu bertugas selama 30 minit (mod biasa) dan 20 minit (mod berkuasa tinggi).

Sementara itu, pembersih vakum Electrolux model ZB5021 mampu memberi kesinambungan kerja paling lama sehingga 50 minit berdasarkan spesifikasi teknikalnya dengan mod yang paling rendah. Apabila mod biasa dipilih, ia beroperasi selama 26 minit dan untuk kuasa sedutan tinggi pada 16W, ia bertahan selama 14 minit.

LG's VS8400SCW, come with two swappable power packs.

Source: LG

Kuasa sedutan yang kekal selama

minit

Bagi jenama Dyson, keistimewaannya terletak pada kuasa sedutan yang kekal selama 20 minit bagi model V6 and V6 Fluffy; 40 minit bagi model V8 Fluffy dan V8 Absolute (25 minit dengan mengaktifkan mod pembersih kepala bermotor dan 7 minit untuk tugasan yang paling berat dan sukar). Stamina V8 Absolute sentiasa boleh dilanjutkan atau dikekalkan tanpa pembaziran kuasa kerana model ini hanya mula mengguna tenaga setelah ‘pemicu’ ditekan. Ini merupakan satu ciptaan yang pintar!

Pembersih vakum Dyson paling menonjol dari segi kuasa sedutan dengan kelincahan mececah 100AW bagi siri V6 dan 115AW bagi V8, di mana satu airwatt (AW) bersamaan dengan 0.9983 watt (W). Kuasa sedutan Dyson yang paling tinggi mampu mencecah 16W. Bagi jenama LG, informasi berkenaan kuasa sedutan maksimumnya tidak tersenarai, namum ujian perbandingan kami mendapati ianya lebih kuat daripada Electrolux tetapi merosot berbanding Dyson.
Dyson juga menyerlah dengan masa pengecasan bateri sesingkat 3.5 jam* berbanding dengan Electrolux (4 jam) dan LG (4.5 jam).

 

*masa mengecas berdasarkan model varian

Jenama Model Kuasa Kuasa Sedutan Masa Keberoperasian Masa Pengecasan

ZB5021

21.6V 16W Mod ‘Booster’ (14minit),

Mod ‘Normal’ (26minit),

Mod ‘Low’ (50minit)

4 Jam

ZB3107

14V 10W Mod ‘High’ (15minit),

Mod ‘Low’ (30minit)

ZB3114AK

18.8V 14W Mod ‘High’ (16minit),

Mod ‘Low’ (45minit)

VS8400SCW

18V n/a 60 minit dengan mod biasa – regular mode (2 x 30 minit)

40 minit dengan kuasa tinggi – power mode (2 x 20 minit)

4.5 Jam

VS8401SCW

V6 Entry

21.6V Mod standard: 28AW, mod Max : 100AW 20 minit, 16 minit dengan mod pembersih kepala bermotor, 6 minit dengan mod ‘Tangkas’ – Boost mode 3.5 Jam

V8

21.6V Mod Standard: 28AW, Mod Max: 115AW 40 minit, 30 minit dengan mengaktifkan pembersih kepala bermotor, 7 minit dengan mod ‘Tangkas’ – Boost mode 5 Jam
Jenama & Model Kuasa / Kuasaa Sedutan Masa Keberoperasian / Masa Pengecasan

ZB5021

21.6V

/

16W

Mod ‘Booster’ (14minit)
Mod ‘Normal’ (26minit)
Mod ‘Low’ (50minit)/4 Jam

ZB3107

14V

/

10W

Mod High (15minit)
Mod Low (30minit)/4 Jam

ZB3114AK

18.8V

/

14W

High (16minit)
Low (45minit)/4 Jam

VS8400SCW

18V

/

n/a

60 minit dengan mod biasa – regular mode (2 x 30 minit)
40 minit dengan kuasa tinggi – power mode (2 x 20 minit)/4.5 Jam

VS8401SCW

18V

/

n/a

60 minit dengan mod biasa – regular mode (2 x 30 minit)
40 minit dengan kuasa tinggi – power mode (2 x 20 minit)/4.5 Hours

V6 Entry

21.6V

/

Mod standard: 28AW, mod Max: 100AW

20 minit, 16 minit dengan mod pembersih kepala bermotor, 6 minit dengan mod ‘Tangkas’ – Boost mode

/

3.5 Jam

V8

21.6V

/

Mod standard: 28AW, mod Max: 115AW

40 minit, 30 minit dengan mengaktifkan pembersih kepala bermotor, 7 minit dengan mod ‘Tangkas’ – Boost mode

/

5 Jam

Bunyi

Ujian kebisingan kami menjurus kepada kesimpulan yang mencabar pemikiran logik anda. Dyson, dengan kuasa yang tinggi, sebaliknya menewaskan jangkaan kami dengan kebisingan yang paling rendah antara ketiga-tiga jenama ini. Dari segi teknikal, Dyson dan LG masing-masing menyerlah dengan tahap kebisingan yang rendah hanya sekitar 70dB. Jangkauan desibel untuk suara perbualan manusia yang normal adalah sekitar 60dB. Walau bagaimanapun, penelitian lebih mendalam kami mendapati tahap kebisingan LG adalah lebih tinggi. Kelebihan Dyson adalah berpunca daripada kejituan kejuruteraan akustiknya yang mampu meminimumkan tahap kebisingan.
Sementara itu, kami mendapati pembersih vakum Electrolux mencatatkan tahap kebisingan yang tinggi bagi model ZB5021 (81dB), ZB3107 (79dB), ZB3113 (79dB) dan ZB3114AK (79dB).

Dyson V8 is able to muffle the sound to reduce its loudness.

Source: Dyson

Berat dan Mesra-Pengguna

Pada gambaran pertama, ketiga-tiga jenama ini tidak menunjukkan perbezaan berat yang ketara. Pembersih vakum Electrolux mencatatkan berat sebanyak 2.5 kg (model ZB3107) dan 2.8 kg (model ZB5021). Kesemua pembersih vakum LG yang diuji adalah seberat 2.8 kg masing-masing. Bagi jenama Dyson, V8 Absolute memberi hitungan berat 2.55 kg manakala V6 Fluffy adalah seberat 2.34 kg. Penelitian kami juga mendapati setiap gram dalam rekaan pembersih vakum tersebut adalah berhubung kait dengan keserbabolehan masing-masing.

Keseluruhannya, kami mendapati rekaan Dyson paling ergonomik di antara ketiga-tiga jenama ini. Rekabentuk Dyson memberi penekanan kepada lokasi pusat gravitinya yang lebih menghala kepada pemegangnya. Ini memberikan keselesaan penggunaan di samping meminimumkan ketegangan lengan bagi tugasan berlanjutan yang khasnya melibatkan sedutan di bahagian siling. Keharmonian rekabentuk dari segi ‘keseimbangan’ (balance) juga menepati salah satu kriteria utama dan Dyson menonjol dengan rekabentuk yang paling futuristik.

Source: Dyson

Teknologi

Jelas sekali, Dyson mengungguli kriteria ini.

Didorong oleh sejarah penerokaan teknologi yang mantap, Dyson yang merevolusikan industri pembersih vakum dengan ciptaan “Vacuum Cyclone Technology” sejak 20 tahun dahulu juga memiliki paten “Root Cyclone™ Technology” yang mampu menyedut lebih kotoran daripada kesemua pesaingnya tanpa menjejaskan kuasa sedutannya. Teknologi yang menggabungkan 15 ‘cyclone’ dalam dua kompartmen ini bekerja selari untuk memaksimumkan kerancakan aliran udara semasa sedutan. Teknologi ini mampu menyedut debu halus dan alergen seperti debunga dan najis hama, dan melepaskan udara bersih pada masa yang sama. “Root Cyclone™ Technology” adalah diiktiraf oleh British Allergy Foundation and Service Allergie Suisse.

Kos Pemilikan

Teknologi yang layak diberi kata pujian sememangnya melibatkan penyelidikan dan pembangunan produk yang mendalam dan ia perlu dihargai dengan harga premium yang mengesahkan keunggulannya. Pembersih vakum Dyson adalah yang paling berdaya saing dari segi inovasi dan teknologi. Model perdana Dyson, V8 Absolute, boleh dimiliki dengan harga RM4,500 manakala V8 Fluffy dan V6 dijual pada harga RM3,999 dan RM3,229 masing-masing. Pembersih vakum Electrolux adalah yang paling murah, bermula dari RM350 (model Dynamica ZS-320) sehingga RM1,119 (model ZB5021). Pembersih vakum LG model VS8400SCW dan VS8401SC pula dijual pada harga RM1,899 masing-masing. Model VK94070NCAG yang kelihatan seperti pembersih vakum konvensional tetapi dengan rekabentuk tanpa wayar, dijual pada harga RM3,799.

Kempen “trade-in” Dyson

Sekiranya Dyson mencuit hati anda, sertailah kempen “trade-in” keemasan ini yang sedang berlangsung dari 10 Desember 2016 hingga 29 Januari 2017. Nikmatilah diskaun sebanyak 15% ke atas produk-produk Dyson yang berteknologi tinggi (termasuk pembersih vakum, kipas tanpa bilah dan kipas pembersih udara). Promosi ini melibatkan “trade-in” ke atas apa-apa pembersih vakum, kipas meja atau lantai, dan pembersih udara selagi anda memenuhi terma-terma dan syarat-syarat tertentu.