Filem muzikal mempunyai peminat tersendiri. Terbaru yang ditayangkan di pawagam berdekatan adalah The Greatest Showman. Walaupun saya agak terlambat menontonnya, peminat filem bergenre muzikal ini masih memenuhi pawagam.

“Lagi bagus daripada Les Miserables?

Filem ini membariskan para pelakon yang tidak asing dalam filem muzikal seperti Hugh Jackman yang membintangi filem Les Miserables dan Zac Efron di dalam High School Musical 1,2,3. Zendaya juga ditampilkan yang sebelum ini berlakon di dalam filem Spiderman: Homecoming. Boleh dikatakan 3 bintang ini menjadi tarikan utama.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar pemilik sarkas terkenal suatu masa dulu, P.T. Barnum yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Ia menceritakan kesungguhan Barnum bagi memberikan kemewahan kepada isterinya  yang sememangnya lahir dalam golongan atasan. Beliau sanggup berkorban supaya keluarganya tidak merasai kesusahan seperti yang dilalui oleh P.T. Barnum sejak kecil lagi.

“Tepukan gemuruh di dalam pawagam.”

Secara jujurnya, jalan cerita filem ini mudah diramalkan, seorang lelaki yang tidak berharta menjadikan keperitan hidup sebagai semangat untuk berjaya, kemudian mengabaikan orang tersayang, mengalami kerugian, bangkit semula dan berkahir dengan kegembiraan. Tetapi filem yang diarahkan oleh Michael Gracey ini masih mempunyai tarikannya sendiri. Semua penonton pada masa itu memberikan tepukan apabila filem ini berakhir.

Filem ini lebih santai dan menyelitkan unsur kelakar dan romantik terutama dari Philip Carlyle lakonan Zac Efron dan Anne Wheeler yang dilakonkan oleh Zendaya. Unsur kekeluargaan berjaya ditonjolkan diantara P.T. Barnum dengan para pekerja di dalam sarkasnya yang diberi nama Barnum’s Circus. Sudah semestinya sifat kasih sayang banyak dilihat diantara P.T. Barnum dengan anak-anak dan isterinya Charity Barnum lakonan Michelle Williams, yang dicintainya sejak kecil lagi.

“Lagu yang catchy!”

Terdapat 10 lagu di dalam filem muzikal ini. Kesemuanya didendangkan sendiri oleh para pelakon yang membintangi filem ini. Lagu-lagu ini ditulis oleh pemenang Anugerah Oscar bagi filem La La Land, iaitu Benj Pasek dan Justin Paul.

Salah satu lagu yang bertajuk This Is Me, telah tercalon di dalam Anugerah 75th Golden Globe Awards bagi kategori Best Original Song. Lagu ini dinyanyikan oleh para pekerja sarkas sewaktu P.T. Barnum malu menerima mereka sebagai tetamu di dalam majlis yang dihadiri orang atasan.

Saya sendiri mempunyai lagu kesukaan didalam filem ini iaitu, The Other Side yang dinyanyikan secara duet oleh Hugh Jackman dan Zac Efron. Tidak dinafikan Zac Efron mempunyai bakat dalam nyanyian. Selain itu, lagu utama filem ini, The Greatest Show juga amat menarik perhatian.

Walaupun tidak menggunakan lagu yang telah popular seperti filem muzikal Across The Universe yang menampilkan lagu-lagu daripada kumpulan rock tersohor, The Beatles, filem muzikal The Greatest Showman masih berjaya menarik para penonton nyanyi bersama. Kesemua lagu didalam filem muzikal ini boleh dikatakan tergolong dalam lagu yang catchy. Sata dapat mendengar para penonton mengikut dan nyanyi bersama di dalam pawagam.

“Tecalon 3 kategori untuk 75th Golden Globe Awrads”

FIlem muzikal ini dicalonkan untuk Best Motion Picture bagi anugerah berprestij 75th Golden Globe Awards yang akan berlangsung pada 7 Januari tahun ini. Pelakon utamanya Hugh Jackman, dicalonkan untuk Best Actor in Motion Picture dan lagu This Is Me juga dicalonkan untuk Best Original Song.

Bagi peminat filem muzikal, anda masih mempunyai masa untuk menontonnya di pawagam berdekatan anda. Bagi yang tidak pernah menonton filem bergenre muzikal, ini masanya untuk merasai keseronokkan filem muzikal dan mungkin ia akan menjadi kegemaran anda.

36,039 views