Bagaimana cara mohon lesen Finas?

Bagaimana cara mohon lesen Finas?

PANDUANKINI | Semua bentuk penggambaran, termasuk di platform media sosial peribadi, memerlukan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.Kenyataan menteri itu mencetuskan kritikan dengan pengguna media sosial mengkritik syarat tersebut.Malaysiakini meneliti laman web Finas untuk lebih memahami kriteria dan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan lesen penggambaran dari Finas.Dalam PanduanKini kali ini, kami menghuraikan syarat dan langkah untuk mendapatkan lesen penggambaran Finas.Siapa yang boleh memohon?Menurut garis p… (selanjutnya…)

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Khabar duka buat penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari apabila suaminya, aktor Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.Berita itu disahkan pengurus Bunga Citra, Doddy.“Ya, benar, serangan jantung,” katanya dipetik Kompas.com.Ashraf, warga Malaysia yang dilahirkan di London meninggal dunia ketika berusia 40 tahun.Bunga Citra, 36 dan Ashraf, berkahwin pada November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah berusia sembilan tahun.Dia dikenali dengan lakonannya dalam Gol dan Gincu yang diterbitkan … (selanjutnya…)

Abam Bocey sudah tiada

Abam Bocey sudah tiada

Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.“Al-Fatihah abang,” katanya menerusi Instagram story miliknya.Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.Anggota kumpulannya Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut mengesahkan perkara tersebut dengan satu hantaran video di akaun Instagram.“Allahhuakb… (selanjutnya…)

Skandal Pelopor Dunia Sarkas

Skandal Pelopor Dunia Sarkas

Filem muzikal mempunyai peminat tersendiri. Terbaru yang ditayangkan di pawagam berdekatan adalah The Greatest Showman. Walaupun saya agak terlambat menontonnya, peminat filem bergenre muzikal ini masih memenuhi pawagam.

“Lagi bagus daripada Les Miserables?

Filem ini membariskan para pelakon yang tidak asing dalam filem muzikal seperti Hugh Jackman yang membintangi filem Les Miserables dan Zac Efron di dalam High School Musical 1,2,3. Zendaya juga ditampilkan yang sebelum ini berlakon di dalam filem Spiderman: Homecoming. Boleh dikatakan 3 bintang ini menjadi tarikan utama.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar pemilik sarkas terkenal suatu masa dulu, P.T. Barnum yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Ia menceritakan kesungguhan Barnum bagi memberikan kemewahan kepada isterinya  yang sememangnya lahir dalam golongan atasan. Beliau sanggup berkorban supaya keluarganya tidak merasai kesusahan seperti yang dilalui oleh P.T. Barnum sejak kecil lagi.

“Tepukan gemuruh di dalam pawagam.”

Secara jujurnya, jalan cerita filem ini mudah diramalkan, seorang lelaki yang tidak berharta menjadikan keperitan hidup sebagai semangat untuk berjaya, kemudian mengabaikan orang tersayang, mengalami kerugian, bangkit semula dan berkahir dengan kegembiraan. Tetapi filem yang diarahkan oleh Michael Gracey ini masih mempunyai tarikannya sendiri. Semua penonton pada masa itu memberikan tepukan apabila filem ini berakhir.

Filem ini lebih santai dan menyelitkan unsur kelakar dan romantik terutama dari Philip Carlyle lakonan Zac Efron dan Anne Wheeler yang dilakonkan oleh Zendaya. Unsur kekeluargaan berjaya ditonjolkan diantara P.T. Barnum dengan para pekerja di dalam sarkasnya yang diberi nama Barnum’s Circus. Sudah semestinya sifat kasih sayang banyak dilihat diantara P.T. Barnum dengan anak-anak dan isterinya Charity Barnum lakonan Michelle Williams, yang dicintainya sejak kecil lagi.

“Lagu yang catchy!”

Terdapat 10 lagu di dalam filem muzikal ini. Kesemuanya didendangkan sendiri oleh para pelakon yang membintangi filem ini. Lagu-lagu ini ditulis oleh pemenang Anugerah Oscar bagi filem La La Land, iaitu Benj Pasek dan Justin Paul.

Salah satu lagu yang bertajuk This Is Me, telah tercalon di dalam Anugerah 75th Golden Globe Awards bagi kategori Best Original Song. Lagu ini dinyanyikan oleh para pekerja sarkas sewaktu P.T. Barnum malu menerima mereka sebagai tetamu di dalam majlis yang dihadiri orang atasan.

Saya sendiri mempunyai lagu kesukaan didalam filem ini iaitu, The Other Side yang dinyanyikan secara duet oleh Hugh Jackman dan Zac Efron. Tidak dinafikan Zac Efron mempunyai bakat dalam nyanyian. Selain itu, lagu utama filem ini, The Greatest Show juga amat menarik perhatian.

Walaupun tidak menggunakan lagu yang telah popular seperti filem muzikal Across The Universe yang menampilkan lagu-lagu daripada kumpulan rock tersohor, The Beatles, filem muzikal The Greatest Showman masih berjaya menarik para penonton nyanyi bersama. Kesemua lagu didalam filem muzikal ini boleh dikatakan tergolong dalam lagu yang catchy. Sata dapat mendengar para penonton mengikut dan nyanyi bersama di dalam pawagam.

“Tecalon 3 kategori untuk 75th Golden Globe Awrads”

FIlem muzikal ini dicalonkan untuk Best Motion Picture bagi anugerah berprestij 75th Golden Globe Awards yang akan berlangsung pada 7 Januari tahun ini. Pelakon utamanya Hugh Jackman, dicalonkan untuk Best Actor in Motion Picture dan lagu This Is Me juga dicalonkan untuk Best Original Song.

Bagi peminat filem muzikal, anda masih mempunyai masa untuk menontonnya di pawagam berdekatan anda. Bagi yang tidak pernah menonton filem bergenre muzikal, ini masanya untuk merasai keseronokkan filem muzikal dan mungkin ia akan menjadi kegemaran anda.

Anugerah Instafamous 2017 Hurr.tv

Anugerah Instafamous 2017 Hurr.tv

Buat pertama kalinya Hurr.Tv menganjurkan anugerah bagi menghargai mereka yang berpengaruh di media social Instagram. Anugerah Instafamous ini diadakan di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Anugerah ini bersempena dengan ulang tahun pertama penubuhan Hurr.Tv yang berkonsepkan kotemporari.

 

Terdapat 9 anugerah yang disampaikan pada malam itu. Kesemua pemenang anugerah ini dipilih secara undían di laman web Hurr.Tv.

Tidak dinafikan lagi, penampilan artis-artis dan juga influencer media social yang lain memeriahkan lagi anugerah yang santai dan bersahaja itu. Anugerah santai ini bertemakan denim.

Seiring dengan sambutan ulang tahun pertama hurr.tv, Anugerah Instafamous 2017 ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada influencer media sosial yang memberikan impak dalam pelbagai industri, khususnya seni, hiburan dan gaya hidup.

Hampir 1.5 juta undian telah diterima sepanjang 30 hari sejak November lalu, jumlah undian tertinggi dalam setiap kategori diumumkan sebagai pemenang. Antara mereka yang dicalonkan adalah Cupcake Aishah, Sharifah Rose, Little Miss Khan, Johanis Sani dan Faizdickie.

Pada majlis itu juga, malam anugerah Instafamous turut menghargai sembilan selebriti tempatan ternama seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Zizan Razak. Antara penerima anugerah khas adalah:

  • Anugerah Instafamous Inspirasi: Vivy Yusof
  • Anugerah Instafamous Fenomena: Alvin Chong
  • Anugerah Instafamous Versatil: Elfira Loy
  • Anugerah Instafamous Pujaan Hati: Hannah Delisha
  • Anugerah Instafamous Adiwira: Syafiq Kyle
  • Anugerah Instafamous #tilljannah: Nora Danish & Nedim Nazri Aziz
  • Anugerah Instafamous #mudah terhibur: Zizan Razak
  • Anugerah Instafamous Unggul: Neelofa
Ikon Muslim: Hafiz Hamidun tetap rasa kerdil

Ikon Muslim: Hafiz Hamidun tetap rasa kerdil

Ikon Muslim: Hafiz Hamidun tetap rasa kerdil

Nadia Azam, 2 May 2017

Penyanyi Hafiz Hamidun tetap menganggap dirinya hanyalah insan kerdil walaupun namanya termasuk dalam senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia.

Menurutnya, setiap usaha yang dicurahkan sepanjang tempoh bergelar anak seni bukan bertujuan meraih sebarang pengiktirafan atau menyertai mana-mana senarai selebriti popular.

Malah katanya, dia langsung tidak terlintas akan diiktiraf sekali lagi bagi kategori kesenian dan kebudayaan pada edisi 2017 majalah diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Royal Islam di Amman, Jordan itu.

Good morning! Sarapan apa pagi ni?

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on

“Semasa pertama kali diberi penghormatan iaitu pada tahun lepas saya berasa amat terkejut, tetapi apabila disenaraikan buat kali kedua, saya benar-benar bersyukur.

“Senarai itu bukan saja menempatkan ikon politik, tetapi usahawan berjaya, justeru saya menggap penghormatan ini sebagai pembakar semangat.

“Namun, bagi saya, apa yang dibuat ini adalah masih kecil berbanding dengan ikon yang tersenarai dalam 500 Muslim Berpengaruh di Dunia itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Berdasarkan maklumat tertera pada majalah berkenaan, Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 32, layak diberi penghormatan itu kerana kini menjadi penyanyi nasyid paling berpengaruh di rantau Timur.

Dia juga pemenang beberapa anugerah dalam industri muzik.

“Mereka menghubungi saya dan memaklumkan album Zikir Terapi yang diterbitkan memberi impak besar selain mencatatkan jualan paling laris di atas talian dan secara fizikal.

“Artis nasyid antarabangsa biasa didengari seperti Maher Zain atau Sami Yusuf, namun mereka berada pada cabang muzik pop tetapi lagu dari saya berbentuk lebih spiritual dan rileks,” katanya.

Muahaha Tak sabar nak jumpa korang kat #KonsertREUNIC esok malam. Follow @reunic ok

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on

Sebaris Maher Zain, Yusuf Islam

Penyanyi dari Sweden Maher Zain, United Kingdom, Yusuf Islam dan Sami Yusuf adalah antara artis yang mengetengahkan lagu bercorak ketuhanan yang turut tersenarai.

Selain Hafiz, artis dari Malaysia yang turut disenaraikan dalam 500 Muslim Berpengaruh di Dunia adalah Raihan. Kumpulan nasyid itu mencatatkan rekod buat kali kesembilan berturut-turut.

Seorang lagi selebriti yang turut mengisi tempat dalam majalah berkenaan adalah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Manakala dari India, Aamir Khan.

Mengulas lanjut mengenai corak dan hala tuju selepas ini, Hafiz Hamidun berkata dia ingin mencuba sesuatu yang berlainan.

Katanya, dia ingin merakam album yang menempatkan 12 lagu selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW di dalam bahasa Inggeris.

“Sebenarnya rakaman itu sudah pun bermula dan siap sebanyak 80 peratus. Sebanyak lapan buah lagu itu dihasilkan di Turki, Mesir, dan Indonesia.

“Album yang mengandungi selawat seperti Marhabban, Tola Al Badru Alaina dan Ahmad Ya Habibi itu bakal disiarkan pada hujung tahun ini,” katanya.

Jumpa malam ni di Kota Kinabalu insyaAllah! #gemagegarvaganza #ggvhafizhamidun

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on