Shah Alam, 27 August 2018 – UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan Esports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.

Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia.  Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia, boleh  menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.

  • Permainan? Gran Turismo Sport yang menggembirakan (Mencabar/Mengujakan)
  • Litar lumba? Litar lagenda, Suzuka Japan GT.
  • Kereta? Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan yang cukup pantas!
  • Hadiah? RM60,000 keseluruhan (Hadiah Utama = RM20,000, Ke-2 = RM10,000 dan Ke-3 = RM5,000).

Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“  yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR).  Pastinya, pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport!

“Di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada difikiran kami. Esports kini berada di lingkungan teratas diantara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia. Selaras dengan perkembangan industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda.  Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini,” kata Encik Ravindran K., Presiden UMWT.

Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.

“Game-On dengan Toyota!”

 

The following two tabs change content below.

VOIZ asia

Latest posts by VOIZ asia (see all)

Facebook Comments

1,375 views