Dakwaan kafein menyebabkan ketagihan mungkin benar pada suatu sudut dan mungkin juga tidak benar pada sudut yang lain.

Apakah sumber kafein?

Sebelum bercakap tentang ketagihan, tentulah anda sudah tahu daripada mana kafein boleh didapatkan. Sumber utama yang dimaklumi adalah kopi dan teh. Walau bagaimanapun, terdapat juga sumber lain yang kerap diambil oleh masyarakat.

Ini termasuk minuman berkarbonat, air coklat dan gula-gula kopi. Malah, kopi yang dinyahkafein (decaffeinated coffee) pun masih tidak sepenuhnya bebas daripada kafein. Ia juga terkandung dalam ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit, ubat demam serta pil diet.

Kafein itu sendiri adalah sejenis ubat tahan sakit dan mampu meningkatkan keberkesanan ubat tahan sakit. Mengambil kopi bersama panadol adalah efektif dalam mengurangkan sakit kepala.

Ketagihan kafein?

Kafein berfungsi sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system). Ia memberikan tenaga, fokus dan perasaan sejahtera. Apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan rangsangan ini, badannya akan berasa sedikit perubahan jika dia berhenti merangsang otaknya.

Kesan jika seseorang berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba mempunyai beberapa simptom seperti:

  • Sakit kepala
  • Letih badan
  • Kegelisahan
  • Mudah marah
  • Mood kurang baik
  • Sukar memberikan perhatian atau fokus

Apa yang berlaku adalah hampir sama dengan ketagihan alkohol atau dadah di mana berlaku simptom-simptom tertentu yang disebut sebagai simptom penarikan apabila berhenti mengambil bahan atau minuman tersebut secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, simptom dan kesan yang dialami oleh pengguna kafein adalah lebih ringan. Ia tidak sampai membawa kesan yang berbahaya seperti membunuh atau mencuri seperti yang berlaku kepada penagih dadah. Jadi, istilah ketagih mungkin kurang tepat. Sebaliknya istilah kebergantungan lebih sesuai.

Bagaimana ingin berhenti mengambilnya?

Anda mungkin ingin berhenti mengambil kafein atas sebab-sebab tertentu sama ada ingin mengurangkan pengambilan gula atau bimbang dengan keadaan kesihatan anda seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Anda boleh cuba cara berikut:

  • Banyakkan minum air.
  • Gantikan minuman berkafein anda dengan minuman tidak berkafein. Contohnya, jika kebiasaannya anda mengambil 3 cawan kopi sehari, gantikan satu atau dua cawan dengan air susu atau lemon. Kemudian, kurangkan secara berperingkat.
  • Banyakkan bersenam. Ia adalah perangsang semula jadi bagi tubuh anda.

 

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh Voiz Malaysia atas keizinan.
Oleh: 

The following two tabs change content below.

Hello Doktor

Latest posts by Hello Doktor (see all)

Facebook Comments

4,886 views