Tiguan menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017

Tiguan menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017

Tiguan menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017

Majlis Reka Bentuk Jerman telah mengumumkan senarai pemenang Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017. Sebuah model Volkswagen menjadi antara pemenangnya: Volkswagen Tiguan dipilih sebagai pemenang kategori “Pengangkutan”, sekali gus menerima anugerah yang berprestij ini.

Anugerah Reka Bentuk Jerman merupakan anugerah keenam yang dimenangi oleh Tiguan baharu pada tahun ini berikutan rekaan automotifnya yang mengagumkan. Pasukan reka bentuk Volkswagen yang diketuai oleh Klaus Bischoff telah memberikan penampilan elegan kepada SUV kompak yang popular ini. Tiguan baharu adalah lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model terdahulu.

Dimensi baru itu mampu dicapai menerusi penggunaan platform MQB (Modular Transverse Matrix). Hasilnya, profil sebuah SUV yang menyerlah dengan perkadaran tersendiri dan reka bentuk cukup dinamik. Pada bahagian hadapan, gril radiator dan unit lampu utama jenis projektor LED (dipasang sebagai ciri standard untuk varian Highline) jelas memberikan penampilan yang berkuasa.

Diperkenalkan pada tahun 2012, Anugerah Reka Bentuk Jerman merupakan salah satu pertandingan rekaan paling berprestij di dunia dan diiktiraf oleh bukan sekadar golongan pakar. Pengiktirafan itu diberikan oleh Majlis Reka Bentuk Jerman. Ditubuhkan pada tahun 1953 oleh German Bundestag sebagai sebuah yayasan, jawatankuasa antarabangsa itu merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan terbaik dalam bidang reka bentuk, melibatkan aspek komunikasi dan pengurusan jenama di dunia.

Maklumat lanjut mengenai Tiguan serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran anda atau layari laman web www.volkswagen.com.my.