Buat pertama kalinya Hurr.Tv menganjurkan anugerah bagi menghargai mereka yang berpengaruh di media social Instagram. Anugerah Instafamous ini diadakan di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Anugerah ini bersempena dengan ulang tahun pertama penubuhan Hurr.Tv yang berkonsepkan kotemporari.

 

Terdapat 9 anugerah yang disampaikan pada malam itu. Kesemua pemenang anugerah ini dipilih secara undían di laman web Hurr.Tv.

Tidak dinafikan lagi, penampilan artis-artis dan juga influencer media social yang lain memeriahkan lagi anugerah yang santai dan bersahaja itu. Anugerah santai ini bertemakan denim.

Seiring dengan sambutan ulang tahun pertama hurr.tv, Anugerah Instafamous 2017 ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada influencer media sosial yang memberikan impak dalam pelbagai industri, khususnya seni, hiburan dan gaya hidup.

Hampir 1.5 juta undian telah diterima sepanjang 30 hari sejak November lalu, jumlah undian tertinggi dalam setiap kategori diumumkan sebagai pemenang. Antara mereka yang dicalonkan adalah Cupcake Aishah, Sharifah Rose, Little Miss Khan, Johanis Sani dan Faizdickie.

Pada majlis itu juga, malam anugerah Instafamous turut menghargai sembilan selebriti tempatan ternama seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Zizan Razak. Antara penerima anugerah khas adalah:

  • Anugerah Instafamous Inspirasi: Vivy Yusof
  • Anugerah Instafamous Fenomena: Alvin Chong
  • Anugerah Instafamous Versatil: Elfira Loy
  • Anugerah Instafamous Pujaan Hati: Hannah Delisha
  • Anugerah Instafamous Adiwira: Syafiq Kyle
  • Anugerah Instafamous #tilljannah: Nora Danish & Nedim Nazri Aziz
  • Anugerah Instafamous #mudah terhibur: Zizan Razak
  • Anugerah Instafamous Unggul: Neelofa
19,086 views