Kanak-kanak tercampak keluar dari kereta ke tengah lebuh raya

Kanak-kanak tercampak keluar dari kereta ke tengah lebuh raya

Gara-gara dua kereta dipercayai berlumba di lebuh raya, seorang kanak-kanak tercampak dan bernasib baik tidak digilis kenderaan lain dalam kejadian di KM235.5 Lebuh Raya Senawang – Ayer Keroh arah utara petang tadi.Menurut polis dua kereta itu membabitkan Perodua Myvi dan Honda Jazz.Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial hari ini, kedua-dua kereta terbabit dilihat dipandu secara berbahaya ketika banyak kenderaan lain ada di laluan berkenaan.Pada satu ketika salah satu kereta itu menukar lorong dari kiri ke kanan secara mendadak sehingga menghimpit sebuah kereta Hond… (selanjutnya…)

Laporan: Bot Rohingya ke Malaysia karam, 14 lemas

Laporan: Bot Rohingya ke Malaysia karam, 14 lemas

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 14 nyawa melayang selepas sebuah bot membawa pelarian Rohingya karam di perairan selatan Bangladesh hari ini.Pihak berkuasa tempatan dipetik media berkata, bot itu dalam perjalanan menuju Malaysia.Menurut laporan BBC, semua mayat yang ditemukan terdiri daripada perempuan dan kanak-kanak. Dipercayai ramai lagi yang masih hilang.Sementara itu, AFPmelaporkan ada kira-kira 70 orang dapat diselamatkan.Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pada Ogos 2017 operasi ketenteraan Myanmar ke atas etnik Rohingya yang beragama Islam di negeri Arakan menyebabkan 730,000 o… (selanjutnya…)

Polis nafi pembunuhan di kuil Sungai Petani

Polis nafi pembunuhan di kuil Sungai Petani

Polis Kedah akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu mendakwa seorang individu yang tidak dikenali dipukul sehingga mati ketika upacara Thaipusam di sebuah kuil di Sungai Petani malam tadi.Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata satu laporan akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana berkongsi kandungan jelik dan mengancam.”Itulah ‘berita palsu’. Kami akan buat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu.”Ada insiden, tetapi tidak membawa maut. Tiada kematian dan tak ada sesiapa telah dimasukkan ke w… (selanjutnya…)

Angka kematian akibat koronavirus kini cecah 1,000

Angka kematian akibat koronavirus kini cecah 1,000

Angka korban akibat novel koronavirus, atau 2019-nCoV, kini mencecah lebih 1,000, apabila wilayah Hubei yang menjadi tempat virus itu mula menular mencatatkan 103 kematian pada Isnin.Menurut Reutershari ini, angka kematian itu merupakan yang tertinggi dalam masa satu hari, selepas 91 kematian sehari sebelumnya.Bagaimanapun jumlah kes baru pada Isnin sedikit menurun, iaitu 2,097 kes pada Isnin berbanding 2,618 kes pada Ahad, menurut laporan itu lagi.Semalam, agensi berita Xinhuamelaporkan China memperuntukkan dana fiskal berjumlah 71.85 bilion yuan (US$3.3 bilion) dalam usaha mereka mengawal pe… (selanjutnya…)

Belum ada keputusan mulakan semula pencarian MH370

Belum ada keputusan mulakan semula pencarian MH370

Kementerian Pengangkutan belum memutuskan sama ada akan melancarkan semula pencarian pesawat MH370 atau tidak kerana tiada sebarang bukti baru mengenainya untuk mengerakkannya semula.Dalam menjawab laporan berita mengenai pelancaran semula pencarian kapal terbang itu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan hari ini menyatakan, mereka akan mengkaji sebarang bentuk bukti baru yang diterima secara rasmi.“Sebagai tambahan, kementerian juga perlu untuk merujuk kepada China dan Australia jika sebarang keputusan dibuat bagi melancarkan semula pencarian itu,” katanya.Penerbangan MH370 hilang dari ra… (selanjutnya…)

Kelantan mohon maaf ‘salah faham’ perarakan kereta berhias

Kelantan mohon maaf ‘salah faham’ perarakan kereta berhias

Kerajaan Kelantan hari ini memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung ‘kekeliruan’ yang berlaku kepada orang ramai yang menghadiri pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020, pada Jumaat lalu.Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Md Anizam Ab Rahman, berkata perarakan 10 kereta berhias yang mewakili setiap daerah itu diadakan sempena majlis pelancaran pada malam itu sahaja dan bukannya penganjuran besar-besaran untuk pertunjukan kereta berhias.Menurutnya, orang ramai menerima maklumat yang tidak tepat dan berlaku salah faham berlaku apabila beberapa jala… (selanjutnya…)