Seorang lagi rakyat Malaysia positif koronavirus

Seorang lagi rakyat Malaysia positif koronavirus

Satu lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dilaporkan membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan melawat China, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Beliau berkata lelaki tersebut yang bekerja di Macau, China kembali ke Malaysia pada 1 Feb lepas.Dr Noor Hisham berkata individu terbabit mula merasa tidak sihat dan batuk pada 3 Feb lepas dan telah pergi ke klinik dan diberi ubat pada 4 dan 6 Feb.”Pada 7 Feb, beliau masih tidak sihat dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan dan selanjutnya pada hari yang sama beli… (selanjutnya…)

Koronavirus: Angka kematian kini meningkat kepada 908

Koronavirus: Angka kematian kini meningkat kepada 908

Angka kematian akibat wabak koronavirus baru di tanah besar China meningkat kepada 908 orang pada Ahad, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) semalam.Bilangan kematian baru pada Ahad meningkat sebanyak 97, kata NHC dalam satu kenyataan di laman webnya, yang menunjukkan peningkatan setiap hari.Wilayah Hubei, yang menjadi pusat permulaan wabak itu, melaporkan 91 kematian pada Ahad, manakala di ibu kota wilayahnya, Wuhan, merekodkan 73 kematian.Jumlah jangkitan baru yang disahkan di tanah besar China pada Ahad juga meningkat, selepas merosot pada hari Sabtu buat kali pertama sejak 1 Feb.Ter… (selanjutnya…)

Gangguan bekalan air di Ampang pulih 95.3 peratus

Gangguan bekalan air di Ampang pulih 95.3 peratus

Pemulihan bekalan air di kawasan Ampang telah mencapai tahap 95.3 peratus setakat 7 pagi ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hanya tiga kawasan iaitu Kampung Ampang Campuran, Kampung/Taman Tasek Tambahan dan Taman Sri Bayu Ampang yang berada di penghujung sistem bekalan air masih dalam proses pemulihan sepenuhnya.“Bantuan bekalan air menerusi lori tangki terus digerakkan dengan tumpuan tiga lokasi yang masih belum pulih.“Para pelanggan juga digalakkan untuk terus ke Pusat Khidmat Setempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Per… (selanjutnya…)

Sambutan Thaipusam, Chap Goh Mei di P Pinang lancar

Sambutan Thaipusam, Chap Goh Mei di P Pinang lancar

Dua perayaan utama yang diadakan di Pulau Pinang semalam berjalan lancar meskipun terdapat kebimbangan jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.Beliau berkata kedua-dua sambutan utama, Thaipusam dan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina itu, telah menarik ratusan ribu pengunjung.“Saya bersyukur semua acara awam besar-besaran dapat berlangsung dengan jayanya.”Pihak penganjur telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya berhati-hati apabila berada di tempat awam terutamanya di lokasi sambutan,” katanya kepada pemberita … (selanjutnya…)

RON95 turun 4sen, diesel turun 10sen tengah malam ini

RON95 turun 4sen, diesel turun 10sen tengah malam ini

Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON95 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kadar baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.”Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroluem juga di… (selanjutnya…)

KRI: Sarapan untuk semua lebih baik berbanding untuk murid miskin saja

KRI: Sarapan untuk semua lebih baik berbanding untuk murid miskin saja

Tahun lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan rancangan untuk menyediakan sarapan pagi percuma kepada semua murid, tanpa mengira latar sosioekonomi mereka.Bagaimanapun pemangku Menteri Pendidikan Dr Mahathir Mohamad berkata ia “tidak adil” kerana anak golongan kaya juga akan mendapatnya, dan menetapkan Program Sarapan Pagi (PSP) hanya akan dikhususkan kepada pelajar tidak berkemampuan.Kajian Khazanah Research Institute yang diterbitkan hari ini mengakui memberi makan kepada semua murid tanpa mengira latar ekonomi akan memakan kos, tetapi ia turut mendatangkan banyak manfaat.Kajian bertajuk “U… (selanjutnya…)