Covid-19: Pelajar Malaysia dihalau dari rumah sewa di Australia

Covid-19: Pelajar Malaysia dihalau dari rumah sewa di Australia

Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Malaysia menyambut perayaan Tahun Baru Cina mendapat kejutan yang tidak disangka apabila tuan rumah sewanya di Perth menghalaunya keluar kerana bimbang dia kemungkinan dijangkiti koronavirus.Menurut laporan oleh Australian Broadcasting Corporation, pelajar yang tidak dinamakan itu keliru dengan tindakan tuan rumahnya itu memandangkan dia tidak berada mana-mana kawasan berdekatan dengan China, yang menyaksikan lebih 1,300 kematian berikutan wabak koronavirus.Meskipun pada hakikatnya dia tidak mengunjungi China, pelajar tersebut yang berketurunan Ci… (selanjutnya…)

Rakyat M’sia buat rayuan hukuman mati di S’pura

Rakyat M’sia buat rayuan hukuman mati di S’pura

Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, yang menolak permohonan beliau untuk mencabar proses pengampunan.“Pannir akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Jadi, perkara ini masih belum berakhir. Kita ada masa sebulan untuk mengemukakan notis rayuan,” kata peguambela Too Xing Ji ketika dihubungiBernamahari ini.Permohonan untuk mencabar keputusan mahkamah itu telah dibuat dalam kamar oleh Hakim See Kee Oon pada 11 Feb dan keputusan mengenainya pada keesokkan harinya.Mahkamah R… (selanjutnya…)

PPSMI rugikan rakyat untuk jangka panjang – pakar geologi

PPSMI rugikan rakyat untuk jangka panjang – pakar geologi

ULASAN | Saya masih berpendapat usaha melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mentematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, Lebih-lebih lagi jika dilihat secara jangka panjang.Menginggeriskan warga Malaysia, khususnya bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu belum memastikan kita meningkatkan daya fikir dan daya saing mereka. Kita boleh sahaja meningkatkan kecekapan warga berbahasa Inggeris, tapi janganlah sampai meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Banyak telah diperkatakan mengenai cara terbaik mendidik anak … (selanjutnya…)

Korban bot Rohingya karam mangsa pemerdagangan manusia

Korban bot Rohingya karam mangsa pemerdagangan manusia

Kebanyakan korban bot karam di perairan Bangladesh semalam, yang mengorbankan 15 wanita dan kanak-kanak, merupakan mangsa pemerdagangan manusia yang diseludup masuk ke Malaysia untuk dijadikan pengantin perempuan, lapor agensi berita antarabangsa.Tujuh puluh daripada kira-kira 130 pelarian yang menaiki pukat tunda sepanjang 13 meter itu terselamat.Daripada yang terselamat, dua orang yang disyaki adalah suspek pemerdagangan manusia dan disoal siasat oleh pihak berkuasa, lapor BBC Bengali.Antara pelarian Rohingya yang berada dalam bot tersebut merupakan wanita muda yang akan diseludup ke Malaysi… (selanjutnya…)

Lao Wu – Anjing pertama terima pingat Jasamu Dikenang

Lao Wu – Anjing pertama terima pingat Jasamu Dikenang

Seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi polis kontinjen Pahang.Anjing bernama Lao Wu menerima pingat berkenaan daripada Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan, yang diwakili timbalannya, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di Kuantan, semalam.Pada majlis tersebut, Mohd Yusri Hassan menyampaikan pingat berkenaan kepada pengendali Lao Wu, Sarjan S. Sanmugam, yang kemudian memakaikan ke leher … (selanjutnya…)

Jumlah kes baru Covid-19 di Hubei paling rendah sejak 31 Jan

Jumlah kes baru Covid-19 di Hubei paling rendah sejak 31 Jan

KORONAVIRUS l Penularan wabak koronavirus atau nama rasminya Covid-19 di China mungkin berakhir pada April, kata penasihat perubatan kanan negara semalam.Jumlah kes terbaru yang dilaporkan menyokong ramalan itu.Hubei, wilayah wabak itu yang kini berada di bawah kawalan rapi, melaporkan 94 orang terkorban dan terdapat 1,068 kes koronavirus baru pada hari Selasa.Ini menunjukkan penurunan ketara daripada 3,000 kes baru pada 4 February dan paling rendah kes jangkitan baru sejak 1,347 dilaporkan pada 31 Januari.Tetapi, jumlah kematian secara keseluruhan di China telah melebihi 1,100 dan Pertubuhan … (selanjutnya…)