Majlis Kerjasama Teluk ambil langkah cegah Covid-19

Majlis Kerjasama Teluk ambil langkah cegah Covid-19

GLOBAL: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Rabu mengumumkan akan mengambil langkah pencegahan di kawasan sempadan GCC dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar yang diadakan di Riyadh, dihadiri Menteri Kesihatan Arab Saudi serta beberapa negara Arab lain termasuk Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Oman.Prosedur pencegahan kesihatan akan dilaksanakan di semua laluan berhampiran sempadan negara Teluk.Menurut laporan terbaru, UAE kini mempunyai sembilan kes COVID-19.Iran – jiran negara Teluk – terd… (selanjutnya…)

E-dompet: Aspirasi kerajaan ke arah warga tanpa tunai

E-dompet: Aspirasi kerajaan ke arah warga tanpa tunai

Pendigitalan ekonomi dan transformasi teknologi yang pesat terus akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara, dan sudah pasti, Malaysia juga tidak terkecuali daripada perkembangan itu.Menuju ke arah itu, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam menggerakkan usaha, termasuk menyediakan capaian teknologi 5G Malaysia bagi mengalakkan lagi rakyat membudayakan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.Mewujudkan masyarakat tanpa tunai bagi negara ini meskipun dilihat masih lagi jauh ke hadapan dan memakan masa yang lama untuk direalisasikan, namun cita-cita besar kerajaan u… (selanjutnya…)

Sasterawan KS Maniam meninggal dunia pada usia 78 tahun

Sasterawan KS Maniam meninggal dunia pada usia 78 tahun

Penulis yang juga seorang sasterawan bahasa Inggeris, KS Maniam meninggal dunia semalam pada usia 78 tahun.Subramaniam Krishnan yang dilahirkan di Bedong, Kedah pada 1942, meninggal dunia akibat kanser pundi hempedu di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Novel beliau yang terkenal termasuk The Return (1981), In A Far Country (1993) and Between Lives (2003).Selain itu KS Maniam juga banyak menulis puisi, drama dan cerpen.”Gergasi sastera telah meninggalkan kita. Semoga tenang di sana, KS Maniam,” tulis penulis Bernice Chauly.Maniam yang pernah memberi syarahan dalam kesusasteraan Inggeris di Univ… (selanjutnya…)

Pakar puji cara Malaysia tangani Covid-19, saran rancang langkah awal

Pakar puji cara Malaysia tangani Covid-19, saran rancang langkah awal

WAWANCARA | Pakar perubatan memuji Kementerian Kesihatan dalam mengendalikan Covid-19 tetapi mencadangkan kementerian itu merancang untuk menangani situasi luar jangka.Dr Christopher Lee juga berharap kerajaan akan mendedahkan maklumat yang lebih terperinci tentang mereka yang diuji positif penyakit itu.Kini sudah bersara, Lee pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah dan penasihat kebangsaan untuk penyakit berjangkit.Dalam satu wawancara denganMalaysiakini dan Buletin Kini Newssemalam, Lee gembira kerana kerajaan mengambil langkah yang sesuai dengan status penyakit itu di negara ini.”… (selanjutnya…)

Lelaki tembak mati bekas isteri di pusat beli belah di Bangkok

Lelaki tembak mati bekas isteri di pusat beli belah di Bangkok

GLOBAL | Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang lagi di sebuah pusat beli-belah di Bangkok semalam.Dalam kejadian pada 3.15 petang (waktu tempatan), lelaki bersenjata itu menyerbu klinik kecantikan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah bekas isterinya yang berusia 28 tahun.Seorang wanita berusia 31 tahun di klinik itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.Lelaki bersenjata itu masih bebas.Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Left Jen Pakkapong Pongpetra berkata … (selanjutnya…)

Covid-19: Hubei catat 93 kematian baru

Covid-19: Hubei catat 93 kematian baru

Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak koronavirus – Covid-19 meningkat sebanyak 93 kepada 1,789 kematian pada Isnin, kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu di laman webnya.Lebih 1,807 jangkitan dikesan di Hubei, yang merupakan pusat penyebaran wabak berkenaan, menjadian jumlah keseluruhan jangkitan di wilayah itu meningkat kepada 59,989 kes.Menurut South China Morning Post, ini menjadikan jumlah kematian di seluruh dunia akibat wabak berkenaan berjumlah seramai 1,868 orang.Sebanyak 1,863 kematian dilaporkan di tanah besar China manakala satu kematian di Taiwan, Hong Kong, Jepun, … (selanjutnya…)