Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Khabar duka buat penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari apabila suaminya, aktor Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.Berita itu disahkan pengurus Bunga Citra, Doddy.“Ya, benar, serangan jantung,” katanya dipetik Kompas.com.Ashraf, warga Malaysia yang dilahirkan di London meninggal dunia ketika berusia 40 tahun.Bunga Citra, 36 dan Ashraf, berkahwin pada November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah berusia sembilan tahun.Dia dikenali dengan lakonannya dalam Gol dan Gincu yang diterbitkan … (selanjutnya…)

Hubei catat 100 kematian baru akibat Covid-19

Hubei catat 100 kematian baru akibat Covid-19

Sebanyak 1,933 kes baru dan Covid-19 dikesan di Hubei, China, dan setakat semalam jumlah pesakit yang direkodkan di wilayah tersebut ialah 58,182 kes.Memetik kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Hubei, Reuters melaporkan, semalam juga mencatatkan 100 kes kematian baru, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak tersebut di Hubei sebanyak 1,696.Hubei ialah pusat kepada penularan wabak tersebut.Pihak berkuasa juga semalam mengumumkan satu langkah baru dalam usaha mereka mengekang penularan wabak tersebut, iaitu mengarahkan semua bandar di Hubei melarang sebarang kenderaan persendirian berada… (selanjutnya…)

UM: Kolej kediaman bukan pusat kuarantin Covid-19

UM: Kolej kediaman bukan pusat kuarantin Covid-19

Universiti Malaysia (UM) menafikan dakwaan beberapa kumpulan mahasiswa bahawa ia telah gagal menguruskan proses pengasingan pelajar yang kembali dari China susulan penyebaran wabak Covid-19 di negara itu.UM dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa tidak ada pengasingan di universiti itu dan pelajar yang pulang hanya ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-10 (KK10) yang berfungsi sebagai tempat pengawasan berpusat.”Kami tegaskan bahawa para pelajar yang diwajibkan melalui prosedur ini adalah individu sihat yang tidak menunjukkan sebarang simptom dan tanda tetapi perlu melakukan pengawasan kesihat… (selanjutnya…)

Kumpulan siswa tak puas hati langkah UM asingkan pelajar dari China

Kumpulan siswa tak puas hati langkah UM asingkan pelajar dari China

Gabungan kumpulan pelajar, Suara Siswa UM mengkritik tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) mengasingkan pelajar yang pulang dari China susulan kebimbangan wabak Covid-19 di negara itu.Gabungan itu merangkumi Persatuan Belia Baru UM (Umany), Demokrat UM dan Angkatan Mahasiswa UM, berkata semua pelajar yang tiba dari China diminta menjalankan pemeriksaan kesihatan wajib dan diasingkan selama 14 hari di Kolej Kediaman Ke-10 (KK10).Bagaimanapun, Suara Siswa UM mendakwa pengendalian pengasingan tidak dijalankan dengan teratur oleh pihak pengurusan universiti.”Dasar pengasingan itu tidak dikuat… (selanjutnya…)

Vaksin Covid-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan – WHO

Vaksin Covid-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan – WHO

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak Covid-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.”Kita bukan tidak berupaya untuk mem… (selanjutnya…)

Pelajar dibawa ke hospital sebab disyaki hidap penyakit berjangkit – Kesihatan Johor

Pelajar dibawa ke hospital sebab disyaki hidap penyakit berjangkit – Kesihatan Johor

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan bahawa seorang pelajar positif Covid-19 telah ditahan polis di sebuah sekolah dekat Kulai semalam, sebaliknya menjelaskan pelajar itu dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut melibatkan kes penyakit berjangkit.Pengarah JKNJ, Dr Aman Rabu berkata tindakan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh sebuah hospital kerajaan.“Laporan polis tersebut dibuat rentetan seorang kanak-kanak yang disyaki menghidap penyakit berjangkit dibawa pulang oleh keluarganya walaupun perlu dimasukkan ke wad untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu keny… (selanjutnya…)