Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Pertama kali diumumkan semasa pameran pergadangan IFA Berlin 2015, yang dinanti-nantikan dan pelbagai Blueair’s Classic yang telah diubah kini boleh didapati di Malaysia.

Lengkap dengan sistem pemantauan udara pintar yang baru dinamakan “Aware”, dengan rupa bentuk yang lagi mudah, meningkatkan kadar penghantaran udara yang bersih dan reka bentuk terbaru yang membolehkan aliran udara yang lebih baik dan beroperasi dengan lebih senyap untuk memastikan rumah anda selamat dari pencemaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kos pencemaran udara di Eropah pada tahun 2010 telah mencecah 1.6 trilion USD, kesan daripada pencemaran itu menyebabkan lebih kurang 600,000 berpenyakit dan kematian.

“Teknologi baru Blueair memberikan kawalan kepada pengguna ke atas udara yang mereka hirup. Ini menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera sangat mudah, seperti mempunyai sebuah robot penyedut habuk. Blueair Classic merendahkan cetusan bagi pesakit alahan atau lelah dengan membersihkan udara ruang dalam melalui pembasmian 99.97 peratus pencemaran, yang merupakan berita baik untuk pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang yang mereka sayangi,”

kata Karin Kruse, Pengurus Produk Global Marketing.

Mengikut laporan, WHO juga menganggarkan hampir 7 juta orang seluruh dunia meninggal dunia berpunca dari pencemaran udara pada 2012 sahaja. Asia Tenggara dan Pasifik Barat merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kesan pencemaran udara, dengan angka kematian mencecah 3.3 juta berpunca dari pencemaran ruang dalam dan 2.6 juta dari pencemaran udara luar rumah.

Dalam kajian EPA yang merangkumi enam komuniti di pelbagai kawasan di Amerika Syarikat mendapati kadar VOC ruang dalam adalah 10 kali lebih tinggi daripada luar rumah. Keadaan ini juga berlaku di lokasi-lokasi yang mempunyai sumber pencemaran udara yang tinggi seperti loji petrokimia.

Pembersih udara Blueair Classic telah direka untuk melindungi anda dan keluarga daripada pencemaran dalam rumah yang berbahaya.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan dalam model Classic yang baru ini termasuk motor yang lebih jimat tenaga, reka bentuk pengguna di bawah penutup bahagian atas yang akan berpusing dan menunjukkan panel elektronik yang boleh memaparkan jika penapis perlu ditukar, penunjuk Wi-Fi, penunjuk kuasa operasi, dan penunjuk tahap PM2.5 dan VOC (volatile organic chemicals) ruang dalam.

“Edisi baru Blueair Classic mencerminkan komitmen kami dalam menggunakan peluang rumah berhubung untuk memudahkan golongan pemilik rumah dan peniaga memanfaatkan udara yang lebih bersih dan sihat dalam kehidupan seharian.”

kata Karin Kruse.

Beliau juga menyatakan ciri-ciri yang baru dan manfaat yang ditawarkan oleh rangkaian produk Classic baru oleh Blueair mencerminkan pandangan pengguna dan pembersih udara perlu mudah-alih, tidak mengganggu dan boleh beroperasi semasa pengguna sedang tidur, bersenam, makan, bekerja, memasak, atau membaca buku semasa perjalanan.

Kesimpulannya, pembersih udara Blueair Classic mudah dikonfigurasi, mudah diselenggara, dan beroperasi dengan sangat baik. Ia merupakan pilihan tanpa was-was bagi pembersih udara kini yang ditawarkan di pasaran. Blueair menawarkan penyelesaian sedia pakai (plug-and-play) yang penting bagi semua rumah dan ruangan dalaman. Rangkaian produk Classic yang baru ini didatangkan dalam 3 model berbeza untuk dipadankan dengan semua keperluan ruang dan mudah didapati di seluruh negara melalui 43 lokasi seluruh negara.

Lawati Blueair untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh bernafas lebih baik.

Bernafas lebih sihat dengan udara lebih segar

Bernafas lebih sihat dengan udara lebih segar

BERNAFAS LEBIH SIHAT DENGAN UDARA LEBIH SEGAR

Penapis udara manakah yang menjadi pilihan hati?

Masalah jerebu yang sering melanda Malaysia telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kualiti udara yang baik. Maka, orang ramai kini mempunyai pelbagai pilihan penapis udara dalam pasaran. Namun pada masa sama, tugas membeli penapis juga menjadi semakin rumit.

Oleh itu, kami meninjau pasaran dan merumuskan secara ringkas kepada anda terhadap pelbagai pilihan yang ada di Malaysia. Berikut adalah perbandingan ciri-ciri antara lima jenama popular di Malaysia – Coway, Cuckoo, Dyson, Panasonic dan Sharp.

Penapis udara yang baik, akan mampu menghapuskan zarah-zarah halus bawaan udara serta meningkatkan kualiti udara di tempat yang tertutup. Matlamat penapis udara adalah untuk mengurangkan kesan berbahaya kepada kesihatan akibat udara tercemar dalam tempat tertutup. Ia dilakukan dengan mengurangkan jumlah zarah-zarah halus dalam udara ke tahap minimum. Zarah-zarah halus paling kecil ini (zarah nano di bawah 0.1 mikron) merupakan penyebab utama kepada masalah kesihatan yang serius.

Jenama Coway mempunyai empat model penapis udara di Malaysia. Model Dolomities mempunyai 4 langkah tapisan, model Indicator dan Tuba mempunyai 5 langkah tapisan, dan model Lombok II mempunyai 6 langkah tapisan. Kesemuanya mempunyai Filter Anti-Flu HEPA™ Coway yang menghapuskan asap rokok, habuk mikro, bakteria, virus dan kuman-kuman. Indicator dan Lombok II mempunyai plasma penghadang rintang luah (RBD) dan sistem tapisan yang menjana ion-ion bercas yang memerangkap zarah-zarah halus bawaan udara dan membersihkan lembapan dan kuman-kuman seperti Aspergillus, Nigermand dan E.Coli. Ia juga menguraikan gas-gas merbahaya seperti formaldehid. Semua model Coway kecuali Dolomities mempunyai penapis nyahbau.

Sumber: Coway

Jenama Cuckoo mempunyai hanya satu penapis udara dalam pasaran yang dinamakan B Model yang diberikan penarafan Clean Air Mark oleh Korean Air Cleaning Association. Ia mempunyai 8 peringkat tapisan yang terdiri daripada 5 penapis – “Pre-Filter, Allergen Plus, Harmful Gas Relax, Deodorixing, 4-in-1 HEPA” – dan satu pengion plasma. Cuckoo berbangga dengan penapis-penapisnya yang bersaiz 1.5 kali ganda lebih besar berbanding penapis udara lain (300×465).

Sementara Dyson pula dilengkapi dengan penapis yang boleh memerangkap bahan pencemar sekecil 0.1 mikron. Penapis 360° Glass HEPA Dyson juga direka bentuk untuk menyedut udara dari sekelilingnya sekaligus membolehkan ia diletakkan pada mana-mana sudut bilik. Ia juga mempunyai satu lapisan butiran karbon diaktifkan yang memerangkap udara dan toksin yang mungkin berbahaya seperti bau cat.

Teknologi Air Multiplier™ Dyson yang dipatenkan menyedut udara menerusi penapis, menapis udara tersebut dan kemudian menyalurkan ia keluar dengan laju. Proses ini menghasilkan aliran udara lancar, halus dan menjangkau julat yang jauh. Ia adalah teknologi sama yang digunakan dalam kipas tanpa bilah Dyson.

Dyson Pure Cool™ Link ini juga mudah diselenggara. Sesetengah penapis memerlukan anda menukar, membasuh dan mengeringkan penapisnya hampir setiap bulan. Tempoh menunggunya untuk kering juga boleh memakan masa sehingga enam jam – tanpa pembersih udara. Sedangkan, penapis udara Dyson hanya memakan masa kurang dari 60 saat untuk diganti. Ia juga hanya perlu diganti selepas digunakan dalam tempoh 12 jam sehari selama setahun!

Penapis 360° Glass HEPA Dyson juga direka bentuk untuk menyedut udara dari sekelilingnya sekaligus

Jenama Panasonic pula mempertaruhkankan penapis yang tahan lama (selain daripada pra-penapisnya). Penapis-penapis F-VK655A tahan untuk tempoh 5 tahun sementara penapis F-VXK70A pula tahan selama 10 tahun.

Teknologi utama dalam penapis udara Panasonic adalah nanoe™ – dan teknologi ini dikatakan mampu mencegah 99.9% virus dan bakteria serta mengurangkan 90% bau selepas 30 minit digunakan. Malah, ia juga didakwa mampu mengembalikan kelembapan kepada kulit anda! nanoe™ adalah zarah air halus (5-20nm) berasid lemah dengan bahan reaktif dan bercas elektrik. nanoe™ juga mempunyai ciri-ciri yang boleh menghapuskan hidrogen daripada virus, bakteria, bau dan alergen. Ia memiliki jangka hayat sebanyak 6 kali lebih lama daripada ion biasa. Dimensi satu perbilion daripada wap air nanoe™ membolehkan ia menembusi gentian tekstil dengan mudah dan menghapuskan bakteria dan bau.

Jenama Sharp pula mempunyai teknologi hampir sama yang dinamakan teknologi Plasmacluster, yang menghapuskan zarah-zarah halus bawaan udara dengan cepat dan berkesan.

Mekanisme untuk menghapuskan bakteria dari udara menggunakan “Plasmacluster” (untuk tujuan ilustrasi sahaja)

Sumber: Sharp

Selain daripada keupayaan menapis udara, terdapat beberapa ciri lain yang mungkin turut mempengaruhi anda dalam membuat keputusan untuk membeli peralatan ini.

Sharp contohnya, mempunyai dua model penapis udara yang juga bertindak sebagai perangkap nyamuk! Sesetengah model Panasonic dan Sharp juga berpungsi sebagai alat pelembap udara. Jenama Cuckoo mempunyai fungsi panduan suara – dan anda boleh memilih antara bahasa Inggeris, Melayu atau Mandarin.

Penapis udara Dyson turut berfungsi sebagai kipas dan tidak dapat dinafikan lagi adalah penapis udara yang paling sedap mata memandang dalam pasaran. Kebiasaannya, mana-mana kipas akan menghasilkan bunyi yang bising apabila dipasang pada kelajuan tinggi. Namun, penapis udara Dyson lebih senyap berbanding kipas bilah biasa. Malah, sewaktu penapis udara lain bergantung kepada motor arus ulang alik besar dan penapis yang besar untuk membersihkan udara, serta memakan ruang yang besar di rumah anda, kipas penapis Dyson pula hanya menggunakan motor arus terus yang kecil dan cekap. Perkakas ini yang menghasilkan jejak karbon yang kompak ini membolehkan ia direka dengan saiz lebih kecil berbanding penapis konvensional.

Penapis Dyson ini juga boleh ditetapkan untuk mengawasi, memberi reaksi dan membersihkan udara secara automatik – sensor berbilangnya mengenal pasti perubahan dalam keadaan udara sebelum melaraskan aliran udara secara automatik untuk mengekalkan kualiti udara yang dikehendaki. Sukatan kualiti udara secara langsung kemudian dihantar terus ke aplikasi Dyson Link pada telefon anda (untuk produk Pure Cool™ Link). Anda juga boleh mengawal penapis udara anda dari jarak jauh menerusi aplikasi tersebut.

Jenama Model Penggunaan Elektrik Kadar Aliran Udara Kadar Bunyi (dB) Penunjuk Pencemaran Berat (kg)

Indicator

5.6 – 38.0W 1.9 – 5.1 m³/min 21.1 – 48.0 Penunjuk warna 7.9

Lombok II

13 – 72W 1.6 – 7.1 m³/min 20.0 – 70.5 Penunjuk warna 12.0

Tuba

106W Max 4.2 – 16.8 m³/min 31.2 – 52.5 Penunjuk warna 25.0

B Model

16.4 – 33W n/a n/a -Penunjuk warna

-Angka pencemaran

-Panduan Suara

11.4

Pure Cool™

56W 33.4 liter/s 63dBA (tetapan maksimum) Penunjuk warna. Laporan terperinci dalam aplikasi Dyson Link. 3.03 (Meja)

3.2 (Model Berdiri)

Pure Cool™ Link

56W 418 liter/s 63dBA (tetapan maksimum) Penunjuk warna. Laporan terperinci dalam aplikasi Dyson Link. 3.03 (Meja)

3.2 (Model Berdiri)

F-VK655A

12 – 54W 1-5.5m³/min 10 – 58 Penunjuk warna 11.9

F-VXK70A

n/a 1.1-6.7m³/min 18 – 54 Penunjuk warna 10.2

 

Jenama & Model Penggunaan elektrik

Kadar Aliran Udara
Kadar Bunyi

Penunjuk Pencemaran
Berat (kg)

Indicator

5.6 – 38.0W

1.9 – 5.1 m³/min

21.1 – 48.0

Penunjuk warna

7.9

Lombok II
13 – 72W

1.6 – 7.1 m³/ min

20.0 – 70.5

Penunjuk warna

12.0

Tuba
106W Max

4.2 – 16.8 m³/ min

31.2 – 52.5

Penunjuk warna

25.0

B Model

16.4 – 33W

n/a

n/a

Penunjuk warna, angka pencemaran , panduan suara

11.4

Pure Cool™

56W

33.4 litres/s

63dBA (tetapan maksimum)

Penunjuk warna. Laporan terperinci dalam aplikasi Dyson Link.

3.03 (Meja)


3.2 (Model Berdiri)

V6 Entry

56W

418 litres/s

63dBA (tetapan maksimum)

Penunjuk warna. Laporan terperinci dalam aplikasi Dyson Link.

3.03 (Meja)

3.2 (Model Berdiri)

F-VK665A

12 – 54W

1 – 5.5 m³/min

10 – 58

Penunjuk warna

11.9

F-VXK70A

n/a

1.1 – 6.7 m³/min

18 – 54

Penunjuk warna

 

10.2

Penapis udara yang bagus pastinya tidak murah. Maka, penapis udara seperti Coway dan Cuckoo boleh disewa jika anda memilih untuk tidak membelinya secara terus.

Penapis udara Coway berharga di antara RM2,500 sehingga RM4,500 atau RM85-RM150 sebulan jika ia disewa. B Model Cuckoo pula berharga RM2,988 atau RM120 sebulan jika disewa. Penapis udara berdiri Pure Cool™ Link Dyson berharga RM3,399 sementara model bersaiz meja pula berharga RM2,599. Model Panasonic berharga RM599 untuk model asas F-PXJ30A dengan liputan ruang seluas 20 meter persegi, sehinggalah RM2,999 untuk model F-VK655A. Penapis udara Sharp pula berharga di antara RM549 sehingga RM2,619, dengan dua model dilengkapi perangkap nyamuk berharga RM769 dan RM1,049.

Kempen “trade-in” Dyson

Sekiranya Dyson mencuit hati anda, sertailah kempen “trade-in” keemasan ini yang sedang berlangsung dari 10 Desember 2016 hingga 29 Januari 2017. Nikmatilah diskaun sebanyak 15% ke atas produk-produk Dyson yang berteknologi tinggi (termasuk pembersih vakum, kipas tanpa bilah dan kipas pembersih udara). Promosi ini melibatkan “trade-in” ke atas apa-apa pembersih vakum, kipas meja atau lantai, dan pembersih udara selagi anda memenuhi terma-terma dan syarat-syarat tertentu.