Permintaan kelengkapan umrah dan haji yang semakin meningkat membuka peluang perniagaan

Permintaan kelengkapan umrah dan haji yang semakin meningkat membuka peluang perniagaan

Ibadat Umrah dan Haji adalah salah satu impian bagi setiap Muslim yang berkemampuan bagi memenuhi tuntutan agama.

Seramai 30 juta jemaah dijangka menunaikan Umrah dan Haji di Mekah setiap tahun menjelang 2030. Malaysia diberi kuota seramai 30,200 jemaah bagi tahun 2019 untuk ibadat Haji. Bagi ibadat Umrah, Malaysia merekodkan sejumlah 135,895 jemaah tahun lalu.

Kekurangan butik menyediakan semua kelengkapan dari hujung rambut hingga kaki menyebabkan bakal jemaah terpaksa berkunjung ke beberapa kedai atau pasar raya bagi memastikan pakaian ibadat disediakan lengkap sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Salah sebuah kedai yang menawarkan barangan keperluan Umrah dan Haji di KWC Fashion Wholesale,
Perniagaan Nik Adib Sdn Bhd, Lot G-03A.

Menyedari akan hal ini KWC Fashion Wholesale menyediakan kelengkapan umrah dan haji di bawah satu bumbung, menerusi butik –butik di sini.

Kelengkapan Umrah dan Haji di kedai Diyana Ismail Resources, Lot 5-50, KWC Fashion Wholesale.

Kain ihram merupakan kelengkapan Umrah dan Haji yang wajib bagi jemaah lelaki.  Pakaian ini adalah pakaian suci yang tidak boleh dijahit dan harus berwarna putih. Mengenakan ihram bermaksud bermulanya ibadat Umrah atau Haji sejak dari miqatnya. Jemaah lelaki digalakkan untuk membawa sekurang-kurangnya dua set kain ihram (2 helai kain atas dan 2 helai kain bawah) untuk tukar ganti bagi memastikan keselesaan dan kekemasan semasa berihram. Untuk kemudahan menyimpan barangan peribadi seperti wang, pasport dan ubat, anda boleh menggunakan tali pinggang haji. Jubah, baju haji, seluar haji dan baju kurta adalah antara kelengkapan lain yang umum seperti yang ditawarkan oleh Al-Araby (Lot 2-56).

Pakaian Umrah dan Haji di butik Mikayla, Lot 5-08.

Bagi jemaah wanita, pakaian ihram yang menutup aurat sepenuhnya ialah telekung. Sama ada telekung penuh atau mini telekung, anda disarankan untuk membawa beberapa pasang untuk tujuan berlainan. Telekung penuh memberi keselesaan ketika beribadah di masjid, manakala mini telekung memudahkan pergerakan anda ketika dalam perjalanan. Telekung berpoket amat disarankan. Abaya, jubah, jubah seluar, hijab, kasut tawaf dan stokin dalah antara kelengkapan lain yang biasa dibawa jemaah wanita dan kesemua ini boleh didapati di KWC seperti Noah Nazrin (Lot: 5-75). Turut ditawarkan ialah kosmetik suci dan botol wuduk yang sukar didapati di tempat lain. 

Produk kosmetik yang sah digunakan ketika Ihram boleh didapati di
kedai Matahari, Lot 5-08, KWC Fashion Wholesale.

Kelengkapan tambahan lain yang penting untuk jemaah lelaki dan wanita termasuk sejadah bersaiz kecil dan ringan untuk menunaikan solat, botol penyembur wuduk sekiranya tandas atau tempat wuduk terletak jauh dari tempat solat, uncang untuk batu lontar, uncang untuk simpan kasut, jubah, tuala kecil dan beg sandang kecil.

Noah Nazrin, butik kelengkapan Haji dan Umrah di KWC Fashion Wholesale, Lot 5-75 KWC Fashion Wholesale.

Memandangkan kuota kunjungan Umrah dan Haji yang semakin meningkat setiap tahun, permintaan kelengkapan ibadat termasuk barangan kosmetik tanpa alkohol turut meningkat. Pasaran ini melakarkan potensi tinggi bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan lebih meluas. Diyana Ismail Resources (Lot: 5-50), Matahari (Lot: 5-08) dan Mikayla (Lot: 3-65) adalah antara butik khas yang sedia memenuhi permintaan anda.

Butik Yusuf Zulaikha (YZ), Lot 3A-03.

Sama ada penjualan kelengkapan Umrah dan Haji secara online atau offline, pintu perniagaan sentiasa terbuka luas sekiranya anda mengorak langkah dengan teliti di samping mendapat sokongan rantaian bekalan yang lancar. Butik-butik yang menawarkan harga borong termasuk Perniagaan Nik Adib (Lot: G-03A) dan Yusuf Zulaikha (Lot: 3A-03).

Botol penyembur wuduk yang digunakan oleh bakal Jemaah.

Anda boleh menjadikan media sosial sebagai platform mengasah kemahiran berniaga kerana di sinilah sebahagian besar pengguna internet dan pelanggan aktif berinteraksi. Salah satu keberkesanan pemasaran online yang ketara ialah kelebihan beroperasi 24 jam dan pasaran anda tidak terhad kepada lokasi tertentu. Potensi meluaskan pasaran melalui model ekonomi internet tidak perlu disangkal lagi kerana ketelusan dan penjejakan penghantaran sistem online yang digemari pelanggan.

Perniagaan secara online yang mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan dengan bilangan “share” yang tinggi dapat memajukan perniagaan anda secara meluas.

Kepelbagaian barangan Umrah dan Haji boleh didapati di butik Al-Araby, Lot 2-56.

Anda boleh mencuba perniagaan berkonsep ‘drop ship’ di mana anda tidak perlu menyimpan stok untuk jualan anda. Perniagaan ini hanya perlu memenuhi pesanan pelanggan dengan menjadi pengantara diantara pembeli dan pembekal produk (contoh: hantaran produk haji dan umrah terus ke Arab Saudi dan destinasi antarabangsa yang lain). Model bisnes global sebegini disokong oleh KWC yang merupakan pusat borong bagi fesyen muslimah dan muslimin.

Sama ada anda seorang peruncit atau pemborong, anda boleh menikmati harga borong dengan membeli secara pukal di KWC yang menempatkan pembekal yang memang arif dalam produk Umrah dan Haji dan juga mampu memberi nasihat penting tentang penyediaan mengerjakan ibadat suci di Mekah di samping menikmati harga borong yang lebih murah. Inilah antara kelebihan utama membeli di KWC berbanding tempat-tempat yang lain.

Sahajidah Hai-O Marketing memeterai perjanjian dengan pengeluar terkemuka fiatech biosystem untuk minuman kolagen BB+GLO

Sahajidah Hai-O Marketing memeterai perjanjian dengan pengeluar terkemuka fiatech biosystem untuk minuman kolagen BB+GLO

Dari kanan: Tham Yoke Lon, Pengurus Besar Sahajidah Hai-O Marketing; Hew Von Kin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hai-O; Tan Keng Kang, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O; Lawrence Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fiatec Biosystem; Tan Kai Hee, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hai-O; Shanice Tan, Pakar Nutrisi dan Pemasaran Rousselot Malaysia

Shah Alam, Sabtu 13 Julai 2019 – Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd., syarikat jualan langsung terkemuka negara yang mengedar produk minuman kolagen bertaraf premium, BB+ Glo, menandatangani perjanjian dengan pengeluar terkemuka Fiatec Biosystem yang menggunakan ramuan bermutu tinggi dan bertaraf dunia seperti Peptan, BerryShield & exGrape Total dalam rumusan BB+Glo.

Perjanjian ini dibuat selari dengan usaha Sahajidah Hai-O Marketing dalam memastikan ramuan yang digunakan dalam produk edarannya berkualiti tinggi dan selamat digunakan. Produk BB+ Glo Collagen Drink yang dilancarkan pada tahun lalu diperbuat dengan menggunakan rumusan termaju dan bahan-bahan bertaraf premium serta bio-aktif tambahan untuk meningkatkan lagi fungsi produk dan keberkesanannnya. Ia dirumus secara istimewa dengan peptida kolagen laut Peptan dari Perancis, serbuk blackcurrant berpaten BerryShield dari Denmark, ekstrak exGrape TOTAL® dari Perancis dan L-Cysteine.

Setiap bungkus BB+ Glo Collagen Drink mengandungi 5,000 mg peptida kolagen laut Jenis 1 yang seiras kolagen yang terdapat dalam kulit dan tulang manusia. Peptida kolagen laut mempunyai saiz molekul yang kecil iaitu 2,000 Dalton sahaja, maka senang diserap oleh badan manusia.

Serbuk blackcurrant dalam BB + Glo Collagen Drink yang diimport dari Denmark memberikan rasa yang enak serta kaya dengan polifenol, bioflavonoid dan Vitamin C. Ia dikilangkan secara inovatif, dengan teknologi berpaten untuk melindungi sebatian aktif penting di dalamnya. Istimewanya, bioflavonoid hanya boleh diperoleh daripada sumber asli kerana ia tidak boleh dibuat secara sintetik.

Manakala ekstrak exGrape TOTAL® diperbuat secara istimewa daripada anggur merah yang dituai secara eksklusif dari Perancis. Ciri antioksidannya yang kuat membantu melambatkan penuaan dan menggalakkan pencerahan kulit.

Sahajidah Hai-O Marketing diwakili oleh En. Tan Keng Kang, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, manakala En. Lawrence Low, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fiatec Biosystem mewakili Fiatech Biosystem. Yang turut hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian ini adalah wakil dari Rousselot Malaysia.

Anda mampu terokai perniagaan fesyen Muslimah yang kini kian mononjol di pentas antarabangsa

Anda mampu terokai perniagaan fesyen Muslimah yang kini kian mononjol di pentas antarabangsa

Fesyen Muslimah mempunyai pasaran besar yang belum diterokai sepenuhnya berdasarkan popularitinya yang semakin meningkat di seluruh dunia. Ia semakin mendapat perhatian selepas pereka fesyen terkenal membawa koleksi fesyen Muslimah ke pentas antarabangsa.

Antara pereka fesyen dari Malaysia yang membawa fesyen Muslimah ke arus perdana, sekaligus membuka mata kita tentang potensi besar industri ini adalah seperti Mimpikita dan Ainee Suhaidi.

Mereka telah menampilkan koleksi pakaian sederhana di Minggu Fesyen London 2015, Minggu Fesyen Vancouver dan Minggu Fesyen Istanbul pada 2016.

Selain itu, pereka fesyen Indonesia Anniesa Hasibuan turut melakar sejarah apabila koleksi hijab beliau berjaya menawan catwalk di Minggu Fesyen New York 2017.

Fesyen Muslimah yang mempamerkan gaya yang tersendiri turut disanjungi jenama-jenama besar antarabangsa seperti Dolce & Gabbana yang melancarkan koleksi hijab and abaya pertamanya pada 2016, DKNY melalui Ramadan Summer pada 2014, Uniqlo (Hana Tajima Collection) mulai 2016, dan H&M (LTD Collection) pada 2018.

Dalam lima tahun kebelakangan ini, fesyen Muslimah di tanahair semakin mendapat perhatian selepas penonjolannya di pentas antarabangsa sebelum ini. Ini merupakan satu fenomena yang serasi dengan perkembangan antarabangsa.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur merupakan platform utama untuk memperkasakan industri ini, di samping sokongan serantau termasuk perkembangan trend yang sama di negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Indonesia. Minggu Fesyen Islam Asia (Asia Islamic Fashion Week) dan Festival Fesyen Islam Antarabangsa KL (International Islamic Fashion Festival) adalah antara acara tahunan yang mendapat tumpuan ramai termasuk peminat antarabangsa.

Persoalan menarik yang timbul di sini ialah – bagaimana anda mengecapi manfaat ekonomi industri fesyen Muslimah yang dianggarkan bernilai USD44 billion setahun? Mulakan daya usaha anda secara kecil-kecilan!

Sama ada anda seorang peniaga pasar malam, penjual freelance di Facebook, usahawan atau usahanita online store, pemilik butik pakaian, pemborong, peruncit, mahupun pembeli pukal, perniagaan fesyen Muslimah boleh pergi jauh sekiranya anda mengorak langkah dengan perancangan, usaha dan strategi yang tepat dan teliti.

Anda tidak perlu bersusah-payah menjelajah jauh ke tempat asing terutamanya luar negara untuk mendapatkan aksesori pakaian Muslimah yang berlainan kerana anda boleh melakukannya di tanahair.

Sebagai contoh, anda tidak perlu berkunjung ke dua gudang berlainan yang terletak jauh antara satu sama lain (lebih-lebih lagi ianya merupakan pembekal dari negara asing) untuk mendapatkan bekalan baju kurung dan hijab.

Bandingkannya dengan pilihan ‘one-stop’ di KWC yang menawarkan fesyen Muslimah terkini melalui 800 kedai di bawah satu bumbung. Bukankah ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang dengan hanya satu kunjungan?

Anda mungkin bertanya – apakah perbezaannya membeli secara setempat dan daripada luar negara? Pembelian setempat yang berkonsepkan ‘one-stop’ di KWC mampu mengelakkan kerumitan berurusan dengan pengedar negara asing yang memakan masa dan tenaga, dan juga melibatkan kos tambahan dan risiko ketidakpadanan stok yang tinggi serta komplikasi yang mengancam kesinambungan operasi perniagaan anda.

Kerisauan tersebut termasuk tiada jaminan ke atas stok yang diterima adalah betul seperti yang telah anda pesan dan ini akan menyebabkan beberapa round pertengkaran termasuk kebiasaannya penolakan tanggungjawab oleh penjual yang akhirnya merugikan masa dan wang anda; kecuaian atau penipuan biarpun rakan niaga anda sebelum ini memberi penghantaran yang memuaskan; ketidakcocokan kualiti dan kuantiti; dan pelbagai masalah lain seperti warna berbeza, cutting berlainan, koleksi lama, stok yang rosak, packing yang murah, barangan ciplak, barangan buatan negara bukan seperti yang diiklan dan macam-macam lagi.

Dan yang paling ditakuti ialah stok yang anda pesan tidak sampai langsung! Kemudian penjual itu lesap terus! Risiko kehilangan modal sebegini akan teruk menjejaskan aliran tunai perniagaan anda lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku selepas pesanan stok besar. Kehilangan modal, kehilangan pelanggan dan penjejasan reputasi perniagaan anda adalah risiko yang bakal ditanggung nanti.

Sekiranya anda seorang pengusaha perniagaan skala kecil, mendapatkan stok berkualiti pada harga borong yang kompetitif (biarpun dengan belian kuantiti serendah 5 unit sepukal) adalah permulaan yang baik. Langkah ini mampu mengurangkan tekanan modal dan tempat penyimpanan barang, satu masalah umum yang menghantui pengusaha perniagaan kecil.

Mendapatkan stok daripada sumber tempatan adalah percaturan bijak kerana ia lebih selamat dan mampu mengoptimalkan produktiviti anda serta mengelakkan risiko-risiko yang tidak diundang.

Salah satu perkara penting yang perlu anda pertimbangkan termasuk “what you see is what you get”. Ketenangan jiwa (peace of mind) sebegini tidak dapat dijamin pemborong online berbanding dengan kunjungan ke KWC, perintis fesyen Muslimah secara borong.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
pusat borong fesyen Muslimah

KWC – Syurga fesyen terbesar di KL untuk sekeluarga

KWC – Syurga fesyen terbesar di KL untuk sekeluarga

Aha, raya semakin dekat tapi anda belum merancang persiapan ke? Tau tak apa benda pertama dalam checklist raya yang mesti kena ada? Ya, baju raya! Siapkan diri anda dengan pakaian paling cun menjelang syawal nanti.

Budaya beli baju raya sememangnya sebati dengan kehidupan rakyat jelata Malaysia. Baju raya baru memberikan anda satu penampilan yang lebih anggun dan menawan bagi lawatan ke mana-mana jua. Apabila anda tampak lebih canggih, lebih elegan, dan lebih berseri, anda menceriakan sambutan Aidilfitri bersama mereka yang turut meraikan perayaan ini. 

Anda sekeluarga boleh raya bergaya kalau anda berkunjung ke tempat ikonik yang menjadi tumpuan ramai untuk pakaian dan aksesori raya. Sebut saja fesyen Melayu, destinasi ini, tidak lain tidak bukan, wajib anda lawati KWC Fashion Wholesale, dengan keluasan runcit menjangkaui 500,000 kaki persegi.

Tampil menarik di majlis rumah terbuka pada Hari Raya.

Sama ada anda memburu fesyen Muslimah atau Muslimin trendy mengikut tema raya sekeluarga kegemaran anda, atau gaya tersendiri yang bakal “gempak raya”, KWC sememangnya bersiap siaga memenuhi setiap keperluan anda. Baju-baju raya pelbagai rekabentuk, corak, gaya dan jenis kain yang ditawarkan oleh lebih 800 butik atau kedai khusus pasti memperkayakan idea hiasan peribadi anda.

Layari laman web kami untuk Gaya Raya yang terkini dari KWC.

Tidak kira sedalam mana poket anda, KWC menawarkan harga borong dan harga runcit masing-masing kepada mereka yang membeli dalam kuantiti pukal dan individu. Ini bermaksud semakin banyak anda membeli, semakin banyak anda berjimat. Untuk ketenangan fikiran anda, gedung gergasi yang setinggi 8 tingkat ini menjanjikan harga berpatutan, mampu milik atau mesra poket untuk setiap lapisan masyarakat.

Dapatkan gaya hebat ini dan tampil menarik di Hari Raya.

Dengan menempatkan beratus-ratus pemborong dan peruncit di bawah satu bumbung, KWC memberi pilihan sangat luas kepada anda sekeluarga. Ini termasuk pakaian Melayu moden dan tradisional seperti baju kurung peplum, baju kebaya dan baju batik. Jika anda “fancy” baju raya sedondon bagi sekeluarga, di sinilah destinasi pencarian anda.  

Selain daripada pakaian, aksesori-aksesori lain seperti tudung, beg tangan, kasut, barangan kulit, cenderahati, barangan kosmetik dan barangan hiasan peribadi yang lain juga menjadi tumpuan. Satu perkara yang membuat anda “konfem” teruja – skop pilihan di depan mata anda memang mengagumkan untuk setiap citarasa, tidak kira jantina, kanak-kanak atau orang dewasa. Shop till you drop dan tersenyum riang.

Lengkapkan gaya anda dengan aksesori terkini.

Sama ada anda memburu fesyen Muslimah atau Muslimin trendy mengikut tema raya sekeluarga kegemaran anda, atau gaya tersendiri yang bakal “gempak raya”, KWC sememangnya bersiap siaga memenuhi setiap keperluan anda. Baju-baju raya pelbagai rekabentuk, corak, gaya dan jenis kain yang ditawarkan oleh lebih 800 butik atau kedai khusus pasti memperkayakan idea hiasan peribadi anda.

Kaki shopping tunjuk taring tawar-menawar dan pulang dengan tangan penuh

Shopping raya anda tidak lengkap tanpa bersinggah di KWC kerana di sinilah tempatnya bagi kaki shopping tunjuk taring tawar-menawar dan pulang dengan tangan penuh. Ia menggabungkan kesemua suasana ceria yang diilhami pusat beli-belah, bazar ramadhan, butik fesyen dan kedai aksesori.

Selain shopping, anda juga boleh mencuci mata, jenguk-jenguk, lepak-lepak dan siar-siar di KWC dalam suasana berhawa dingin yang selesa yang turut menempatkan restoran di tingkat berbeza dan medan selera di tingkat 7.

Bagi mereka yang membawa kereta, KWC mempunyai 1,800 ruang letak kereta untuk menampung trafik yang tinggi.  Anda juga boleh menurunkan keluarga anda di KWC dahulu dan meletakkan kereta anda di parkir Stesen LRT Pudu kemudian. Jarak perjalanan antara KWC dan Stesen LRT Pudu adalah lebih jurang 5 ke 10 minit sahaja.  

Sempena musim raya ini, KWC menghulurkan salam Aidilfitri berserta promosi raya yang dinanti-nantikan. Kempen “Prisma Aidilfitri” yang bermula dari 11 Mei sehingga 2 Jun 2019 bakal menceriakan bulan Ramadhan ini dengan cabutan bertuah lumayan. Setiap pembelian bernilai RM350 dan ke atas melayakkan anda untuk cabutan “#KonfemDapat” di mana anda berpeluang memenangi sebuah televisyen bersaiz 40 inci, periuk tekanan, ketuhar gelombang mikro, pembersih hampagas dan peralatan rumah dan dapur yang lain.

Pusat membeli-belah kami akan dibuka sehingga 10pm dari 18 Mei – 2 Jun.

Sekiranya anda berkunjung ke KWC pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad), sertailah program-program khas menarik yang disediakan khas untuk menyeronokkan lawatan anda sekeluarga. Ini termasuk persembahan instrumen musikal klasik dan tarian tradisional Melayu, pertunjukan fesyen, program khas sekeluarga dan promosi khas semasa. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel membuat kuih raya terutamanya Jeli Bunga 3D secara percuma. Setiap sesi adalah terhad kepada 20 kanak-kanak yang datang terdahulu. 

Masakan Bubur Lambuk dan Gotong Royong akan berlangsung pada 22 Mei 2019 sempena sambutan Nuzul Al-Quran. KWC mensasarkan pemberian sejumlah 1,500 pek Bubur Lambuk kepada orang ramai pada hari tersebut.

Selain itu, KWC juga akan memberi sumbangan berupa Pakaian Raya kepada 10 keluarga yang terpilih. 
 
Sukarelawan dan perderma amat di alu-alukan. Hubungi pasukan A&P di 03-9221 8081 atau email ke [email protected]

KWC yang bersebelahan Bukit Bintang (Golden Triangle) merupakan satu lokasi yang mudah diakses. Perkhidmatan tren LRT (Pudu) atau Monorail (Hang Tuah) adalah satu pilihan yang bijak bagi pengunjung yang menggunakan pengangkutan awam.

Jom kaki shopping belaka, usah potong mood, usah potong stim, lawatilah KWC untuk pengalaman membeli-belah yang unik bagi sekeluarga anda. Nikmatilah kemudahan dan keselesaan di bawah satu bumbung (one-stop) yang cukup best.

Untuk maklumat lanjut yang terkini,
sila layari laman web KWC Fashion Wholesale.

Membaik pulih fasiliti air untuk meningkatkan bekalan air simpanan kepada pelanggan

Membaik pulih fasiliti air untuk meningkatkan bekalan air simpanan kepada pelanggan

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengambil inisiatif untuk membaik pulih 164 kolam takungan perkhidmatan dan 55 rumah pam secara berperingkat dari 2017 hingga 2026.

Permintaan untuk air terawat telah meningkat dengan pembangunan pesat di negeri Selangor dan untuk memastikan kestabilan bekalan air dalam rangkaian pengagihan, fasiliti yang tidak digunakan telah dibaik pulih.

Fasiliti-fasiliti ini tidak digunakan kerana telah mengalami kerosakan akibat dari faktor usia yang telah usang, kebocoran yang serius, tangki berkarat, vandalisma dan kecurian peralatan kritikal sehingga menyebabkan ianya tidak dapat berfungsi.

Air Selangor telah mengenalpasti semua fasiliti yang tidak digunakan dan menyediakan pelan membaik pulih fasiliti-fasiliti ini untuk menyediakan simpanan air tambahan.

Sehingga Disember 2018, Air Selangor telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih 35 kolam takungan perkhidmatan dan rumah pam yang tidak digunakan untuk meningkatkan simpanan air terawat di dalam rangkaian pengagihan.

Sebanyak 147.341 juta liter sehari (JLH) telah ditambah dalam sistem pengagihan pada 2018 dengan pembaikpulihan fasiliti-fasiliti air tersebut.

Usaha membaik pulih ini akan membantu menjamin kelestarian bekalan air, terutamanya di kawasan tekanan air rendah, di mana permintaan sentiasa tinggi. Ini juga akan menyediakan lebih banyak simpanan air terawat semasa gangguan air disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan atau kecemasan. Secara ringkas, tempoh gangguan air untuk pelanggan dapat dikurangkan kerana kolam takungan ini bertindak sebagai bekalan rizab untuk premis-premis di kawasan sekitar.

Sejak 2017, Air Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM30.6 juta untuk membaik pulih fasiliti-fasiliti ini dengan dana daripada Kerajaan Negeri serta dana dalaman daripada Air Selangor. Pada 2019, Air Selangor merancang untuk membaik pulih kira-kira 45 kolam takungan dan rumah pam yang tidak digunakan. Ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif yang diambil oleh Air Selangor untuk menambahbaik perkhidmatan bekalan air kepada pelanggannya.

Antara aset baharu yang dibaikpulih adalah kolam takungan

Panel kawalan operasi pam dan motor

Kempen beli barangan Malaysia

Kempen beli barangan Malaysia

Rakyat Malaysia haruslah mengubah mentaliti dan sikap mengagungkan barangan buatan luar memandangkan kualiti produk dan perkhidmatan buatan tempatan setanding malah ada antaranya lebih baik berbanding produk luar negara.

Selain itu, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dan berpatutan tanpa menjejaskan kualiti yang dijamin setaraf dengan piawaian antarbangsa.

Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Ismainur Hadi Amat Bakeron berkata, kerajaan menyusun pelbagai inisiatif dalam usaha memberi kesedaran selain mendedahkan pengguna terhadap kualiti barangan tempatan antaranya melalui penganjuran Karnival Jualan Mega yang diadakan setiap tahun.

“Momentum kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) terus dipertingkatkan bagi menggalakkan pembelian barangan buatan tempatan dalam kalangan rakyat negara ini dan selain karnival tahunan, fokus utama adalah melalui penganjuran ekspo.

“Selain itu, kerajaan turut melaksanakan program berimpak tinggi seperti sambutan Hari Francais, Hari Penjaja Kebangsaan, Hari Pengguna Kebangsaan, program Jualan Terus dari Kilang dan program Jom Beli Barang Raya. Platform ini membolehkan interaksi dua hala antara pengguna dan penjual serta bertindak sebagai medan percubaan produk bagi pembeli.

“Rangkaian program disusun untuk tujuan promosi dan amatlah bertepatan dengan objektif kerajaan yang berusaha memasarkan rangkaian produk buatan tempatan kepada pengguna selain mereka mampu amati dan menilai sendiri.”katanya.

Dalam masa sama, Ismainur Hadi menyeru para pengusaha untuk meningkatkan lagi kualiti produk dari segi rasa, ketahanan, keunikan, pembungkusan hinggalah kepada penjenamaan supaya lebih kompetitif dan menarik untuk bersaing di pasaran.

Bagi mencapai matlamat ini, Ismainur Hadi menambah, kerajaan sejak tahun 2010 telah menjalankan langkah promosi melalui pengiklanan di media elektronik dan media cetak. Kaedah ini dilihat lebih inklusif selain dapat melebarkan jangkauan pelanggan dengan gabungan strategik program promosi sedia ada seperti ekspo dan karnival.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai KBBM, Ismainur Hadi berkata, ia bukanlah satu langkah baru kerana insiatif ini telah dilancarkan sejak tahun 1984 dengan nama Kempen Beli Barangan Malaysia.

“Pada tahun 2009, selaras dengan krisis kewangan global, KBBM diperkenalkan kembali hasil penjenamaan semula daripada program terdahulu dengan objektif sama iaitu menggalakkan pengguna membeli barangan buatan tempatan.

“Usaha ini secara tidak langsung membantu merangsang pendapatan domestik negara dan pada masa sama turut membantu pengusaha tempatan terutama industri kecil dan sederhana (IKS) dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke peringkat lebih tinggi,”katanya.

Menurutnya, langkah ini penting memandangkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara dan dijangka bakal menyumbang kepada 41 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Ismainur Hadi menjelaskan, segala usaha dilakukan tidak akan berhasil sekiranya sikap masyarakat sendiri masih berada di takuk lama.

“Justeru saya menyeru orang ramai untuk turut serta dalam program promosi yang dianjurkan dan bersikap lebih terbuka dalam membeli barangan buatan tempatan. Sokongan ini mampu meningkatkan keupayaan pengusaha tempatan untuk bersaing ke peringkat lebih tinggi yang selama ini didominasi oleh negara luar.” katanya.

‘Barangan Malaysia’ adalah definisi yang merujuk kepada produk yang dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51 peratus bahan atau kandungan tempatan.

Selain itu, produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan dan dikeluarkan oleh syarikat milik warganegara Malaysia yang juga pemilik sesebuah jenama tersebut.

Terdapat 10 kategori produk yang boleh diketengahkan dan dianggap sebagai barangan Malaysia iaitu makanan dan minuman, pakaian dan aksesori, perabot dan kelengkapan rumah, barangan elektrik dan komputer, produk pelancongan, kosmetik dan makanan kesihatan, automotif, produk kraftangan, perbankan dan insuran serta telco.