3.5 Juta Pelawat, Padanan Perniagaan, Agroteknologi, Program Sekeluarga

3.5 Juta Pelawat, Padanan Perniagaan, Agroteknologi, Program Sekeluarga

Bermacam-macam aktiviti sekeluarga boleh dilakukan sempena cuti akhir tahun sekolah ini. Jika anda teringin mengunjung ke sesuatu tempat yang penuh dengan factor ‘wow’, acara dwi-tahunan bersejarah lebih daripada 90 tahun – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show – MAHA 2018) merupakan pilihan yang bijak.

MAHA 2018 akan berlangsung selama 11 hari dari 22 November hingga 2 December 2018, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang seluas 125 hektar.

Bertemakan ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’, MAHA 2018 berikhrar mempertahankan ‘kedaulatan makanan’ sebagai asas kekuatan negara kerana kesinambungan masa depan pengeluaran makanan terletak di dalam tangan kita sendiri. Ia menyiratkan satu generasi baru yang mampu menentukan dan mengawal sumber dan penghasilan bahan-bahan makanan kita sendiri tanpa bergantung kepada pihak-pihak luar.

Berbekalkan reputasi antara expo pertanian dan makanan yang terbesar dan paling lama bertapak di rantau ini, MAHA 2018 dijangka menarik seramai 3.5 juta pengunjung tempatan dan asing termasuk wakil industri dan pihak umum, menurut Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Sasaran-sasaran lain termasuk dagangan dan pemadanan perniagaan bernilai sebanyak RM300 juta dan penglibatan belia melebihi 30%.

Sebanyak 6 kluster pameran, 7 laman pertanian dan 13 pavilion negeri menanti kunjungan anda. Luangkan masa sebanyak yang mungkin untuk menatapi 1,500 gerai jualan dan pameran dengan ruang pameran menjangkaui 40,000 meter persegi. MAHA 2018 bakal menawan hati pengunjung dengan pelbagai tarikan unik, peluang padanan perniagaan, pengenalan agroteknologi, program istimewa sekeluarga dan sesi beramah mesra bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Dengan ruang pameran 6 kali ganda keluasan padang bola, pameran dalaman MAHA 2018 memaparkan 6 kluster pameran berbeza, iaitu Agro Kulinari, Agro Pelancongan, Agro Belia, Agro Teknologi, Produk Asas Tani dan Jualan, dan Agro Makanan.

Bagi pameran di luar dewan, sejumlah 7 laman pertanian menjanjikan pengalaman ‘hands-on’ istimewa untuk sekeluarga anda. Ia meliputi keluasan sebesar 35 padang bola yang merangkumi Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur, dan Laman Mekanisasi, Automasi dan Teknologi.

MAHA 2018 juga dibarisi 13 pavilion negeri yang menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan mereka masing-masing untuk dinikmati para pengunjung. Jualan bahan-bahan pertanian dan makanan termasuk 501 juadah makanan dari seluruh Negara bakal menyeronokkan deria rasa anda.

Tarikan-tarikan baru tahun ini termasuk Miracle Garden, Kampung Digital Mok Cun, festival kanak-kanak terbesar – LolaBaba, teknologi pertanian terkini, jualan produk-produk industri asas tani (IAT) berkonsepkan hypermarket, kulinari dan sumber rezeki baru.

MAHA 2018 juga mengetengahkan kecanggihan teknologi dan inovasi pertanian (agroteknologi) yang sedang dan bakal mencorak industri agromakanan negara. Antara yang menarik termasuk aplikasi dron dan Internet of Things (IoT) dalam sektor pertanian untuk meningkatkan efisiensi dan produktiviti.

Trade Day@MAHA 2018 menyediakan kemudahan ‘one-stop’ yang menghubungkan usahawan-usahawan Malaysia dengan para pembeli, pelabur dan pengusaha industri untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka sekaligus menjana perniagaan dan menerokai peluang perniagaan baru di Malaysia. Acara ini disokong oleh setiap jabatan dan agensi di bawah Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia merangkumi 770 gerai jualan dan 680 pempamer.

Penyertaan sektor swasta dengan kehadiran seperti BERNAS, CIMB, AgroBank, NAFAS, NAZA Corporation Holding, TEKUN Nasional, NESTLE (Malaysia) Berhad, Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) dan Malaysia Airlines akan menambahkan peluang perdagangan, pelaburan, kerjasama dan pemindahan teknologi. Selain menjalin pakatan antarabangsa, MAHA 2018 juga merupakan platform perkongsian idea and pembinaan strategi bagi pengusaha-pengusaha pertanian khasnya pengeksport dan pengimport.

Demi mengurangkan kesesakan lalu lintas, pihak penganjur manasihatkan para pengunjung agar menggunakan sambungan perkhidmatan pengangkutan awam seperti Rapid KL ‘shuttle bus’ yang bakal disediakan di tiga lokasi, iaitu Putrajaya Sentral, IOI City Mall dan Stesen KTM Komuter Serdang. Di dalam kawasan MAEPS, tram, wagon (gerabak khas), ‘tractor with wagon’ dan ‘buggy’ akan disediakan. Perkhidmatan tram mempunyai 31 hentian untuk keselesaan pelawat. Tempat letak kereta dihadkan kepada sebanyak 5,000 ruang di Laman Tiba 1 dan 2,000 di Laman Tiba 2. Walau bagaimanapun pihak penganjur amat menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Perasmian MAHA 2018 akan disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Sila layari https://www.facebook.com/MAHA2018my/ untuk mengikuti perkembangan terbaru.

Subsidi Bersasar Perlu Membentuk Kelakuan Rakyat Yang Hemat

Subsidi Bersasar Perlu Membentuk Kelakuan Rakyat Yang Hemat

Kerajaan dalam Bajet 2019 telah mengumumkan perlaksanaan subsidi bersasar untuk mereka yang berpendapatan rendah khasnya golongan B40. Langkah ini amat dialu-alukan memandangkan ia mampu meringankan beban hidup rakyat jelata yang sentiasa berdepan cabaran inflasi yang tidak berpenghujung.

Mekanisme yang mampu mencegah penyelewengan dan memupuk tabiat perbelanjaan berdisiplin

Namun persoalan utama yang timbul ialah keberkesanan mekanisme perlaksanaannya serta matlamat luhur di sebaliknya. Tidak kiralah bagaimana pemberian subsidi sebegini disalurkan, sama ada melalui pemberian tunai, rebat tunai, kad bulanan, kawalan harga atau bekalan, ia perlu berupaya mencegah penyalahgunaan di samping mencorak tabiat perbelanjaan yang terkawal dan berdisiplin di kalangan rakyat.     

“Walaupun tiada mekanisme yang sempurna disebabkan penglibatan manusia yang sentiasa mencari jalan pintas untuk melakukan penyelewengan, tetapi kita mempunyai undang-undang tertentu untuk mencegahnya. Kita memerlukan penguatkuasaan yang ketat dan berkesan untuk mengelakkan insiden-insiden seperti penjualan dan penyeludupan diesel bersubsidi,” Mohd Azmi Abd Hamid, Ketua Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata.  

Beliau juga mengingatkan golongan B40 supaya mengawal corak perbelanjaan mereka kerana satu lagi matlamat penting pemberian subsidi ialah membimbing masyarakat ke arah mengamalkan budaya belanja yang berjimat-cermat.

“Kerajaan sukar mencapai niat tulen sebegini sekiranya golongan berpendapatan rendah tidak mengubah gaya hidup boros mereka. Kewangan kerajaan juga ada limitasinya dan subsidi berlebihan akan turut menyebabkan defisit negara bertambah,” tambah beliau.

Rasionalisasi subsidi perlu digunakan secara bertanggungjawab

Mengulas lanjut tentang isu pemberian subsidi yang hemat, Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MER) berkata: “Penjimatan atau rasionalisasi subsidi untuk sector-sektor tertentu perlu dimanfaatkan untuk pembangunan infrastruktur atau digunakan secara bertanggungjawab.”

“Selain bertujuan mempengaruhi atau mengubah corak penggunaan pengguna, ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan sector-sektor tertentu seperti pengangkutan awam apabila kerajaan melaksanakan penggunaan kad akses bulanan bernilai RM100 bagi perjalanan tanpa had,” sambung beliau.

Dr Zakariah menegaskan bahawa subsidi (termasuk subsidi pukal dan subsidi bersasar) merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting untuk meningkatkan kebajikan golongan yang berpendapatan rendah.

“Ia merupakan polisi herotan pasaran (market distortion policy) untuk merapatkan jurang kaya-miskin dan kewujudan subsidi akan menghasilkan pengagihan kebajikan yang lebih seimbang. Kita tidak boleh bergantung kepada sistem ekonomi bebas sepenuhnya kerana mekanisme harganya sudah terherot dan kita memerlukan subsidi untuk melaraskan ketidakseimbangan sebegini,” jelas beliau.

Subsidi bersasar petrol perlu dipantau sepanjang masa

Seperti yang kita ketahui, subsidi bersasar petrol menjadi topik perbincangan hangat kerana harga minyak yang tinggi akan mencetuskan inflasi di pelbagai sektor terutamanya diesel. Mekanisme perlaksanaannya perlu diteliti dan dihalusi sepanjang masa termasuk pengelulusan kelayakan penerima dan penguatkuasaan.

“Kelayakan berdasarkan jenis kereta dan motosikal berserta kapasiti enjin tertentu merupakan salah satu kriteria yang bijak dan tepat selain merujuk kepada tahap pendapatan pemohon,” komen Dato’ Khairul Annuar Abdul Aziz, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).  

“Kita memerlukan satu sistem yang padu di mana kesemua institusi yang terlibat mampu berintegrasi dan berinteraksi secara lancar tanpa kekangan sama ada daripada pihak kerajaan, pengusaha stesen minyak, badan kewangan ataupun pengguna,” tegas beliau.

Subsidi sejagat perlu dipertahan

Menurut Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa, sementara kita melaksanakan subsidi bersasar, subsidi bersifat sejagat (universal) perlu dipelihara atau dipertahankan khasnya bagi sektor pendidikan dan kesihatan.

“Peruntukan untuk universiti, sekolah dan hospital juga perlu diutamakan kerana ia merupakan keperluan asas pembangunan kemanusiaan dan pembinaan negara,” kata beliau dengan memetik contoh negara Jerman yang mengamalkan pendidikan percuma dan Britain yang melegakan rakyatnya dengan perubatan awam percuma.  

Beliau turut menyokong subsidi bersasar kerana is berniat tepat dan baik untuk meringankan bebanan golongan miskin.

“Bagi pihak kerajaan, kepentingan negara secara meluas menjadi pertimbangan utama apabila ingin melaksanakan apa-apa skim subsidi. Ia melibatkan proses perlaksanaan yang rumit dan keberkesanannya juga mengambil masa. Lebih-lebih lagi ia mengambil masa untuk sesuatu sistem menjadi matang jadi rakyat perlu memahaminya dan bersabar,” tegas beliau.

Pada keseluruhannya, pemberian subsidi bersasar bukanlah satu polisi yang baru. Ia merupakan satu modifikasi daripada system yang lama dengan menggabungkan kepintaran teknologi dan kepakaran manusia pada masa yang sama. Ia memerlukan pendekatan yang lebih strategic bagi memastikan keberkesanan yang maksimum dengan penyelewengan yang minimum di samping memupuk corak hidup yang hemat.

Subsidi bersasar memfokus kepada  golongan B40

Subsidi bersasar memfokus kepada golongan B40

Mekanisme apa yang paling sesuai?

Isi Rumah Berpendapatan 40% Terendah (B40) dengan pendapatan RM3,900 ke bawah bakal menjadi fokus utama kerajaan dalam perangkaan subsidi bersasar. Ini adalah kerana golongan miskin ini sentiasa terpinggir dalam arus pembangunan sosio-ekonomi negara.

Peruntukan subsidi sentiasa mendapat tumpuan kerana ia melibatkan kebajikan rakyat. Bajet 2018 memperuntukkan subsidi sebanyak RM3.9 bilion untuk pengangkutan dan barangan tertentu seperti minyak masak, gas dan tepung manakala sektor kesihatan dan pendidikan mendapat peruntukan sebanyak RM26.5 bilion dan RM61.6 bilion masing-masing. Pelbagai subsidi, bantuan atau elaun kebajikan juga diperkenalkan untuk sektor berlainan termasuk pertanian dan perikanan. Untuk tahun ini, kerajaan bercadang melaksanakan subsidi bersasar petrol – satu topik pembahasan menarik untuk setiap lapisan masyarakat.

Apakah mekanisme pemberian subsidi terbaik?

Satu persoalan penting yang timbul ialah mengenai kesesuaian dan keberkesanan subsidi tertentu dalam situasi berlainan. Sudahkah kita menemui mekanisme pemberian subsidi yang terbaik? Adakah sistem subsidi kita mampu mengawal kestabilan bekalan pasaran atau mengekang amalan kaut untung seperti penyimpanan stok berlebihan dan mencegah penyeludupan?

Siapa dan sektor mana yang disasar?

Bagaimana pula dengan isu penggunaan, pengagihan, penyalahgunaan dan penguatkuasaan subsidi? Apa penambahbaikan yang perlu dilakukan? Apakah kelebihan subsidi bersasar berbanding subsidi pukal? Apakah manfaat sosio-ekonomi yang bakal dicapai?

Pembahasan awam dialu-alukan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini sedang dalam peringkat perbincangan untuk memperkenalkan satu mekanisme baru – subsidi petrol bersasar. Menurut menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, cadangan tersebut perlu merangkumi aspek kelayakan golongan penerima termasuk jenis kenderaan dan paras pendapatan mereka, keadilan, ketelusan, kecekapan dan keberkesanan penyaluran sebegini, dan implikasi kewangan kepada kerajaan dari segi pembaziran dan ketirisan.

Sasaran yang dicadangkan adalah kumpulan (B40) yang memiliki motosikal dengan kapasiti enjin di bawah 125cc dan kereta di bawah 1300cc.

“Saya ingin melihat perbahasan rakyat mengenai idea (mekanisme) ini, jadi saya harap perdebatan mengenainya rancak di luar kerana sekurang-kurangnya ia memberi petunjuk kepada kerajaan untuk membuat keputusan,” seru beliau.

Beliau juga memaklumkan bahawa rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 1.2 bilion liter petrol sebulan dengan 90 peratus daripadanya adalah petrol RON95 yang bersubsidi manakala 10 peratus lagi RON97 tanpa subsidi.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, biarpun harga minyak mentah telah meningkat ke USD76 setong setakat ini, kerajaan telah memutuskan untuk menetapkan harga jualan runcit RON95 dan diesel pada RM2.20 dan RM2.18 seliter masing-masing sehingga hujung tahun ini. Ini bermakna kerajaan menanggu subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi kedua-dua produk ini dengan peruntukan sejumlah RM3 bilion.

Subsidi pengangkutan awam

Sektor pengangkutan awam turut menjadi tumpuan. Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTKSHN) di bawah naungan KPDNHEP, dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, bercadang memberikan subsidi pengangkutan awam kepada golongan B40 demi meringankan beban sara hidup mereka.

Cadangan tersebut meliputi pemberian pas bulanan tanpa had perjalanan bagi Rapid Rail dan Rapid Bus (RRRB) Bersepadu dan diskaun bagi perkhidmatan KTM Komuter.

Menurut Pengerusi MTKSHN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerajaan memerlukan sebanyak RM300 juta setahun untuk melaksanakan skim ini.

Apakah pandangan anda?

Disebabkan keadaan ekonomi yang berubah mengikut masa, tidak kira apa bentuk penstrukturan semula subsidi, matlamat utamanya adalah memastikan bantuan tersebut benar-benar memanfaatkan golongan sasar. Apa-apa yang memenuhi matlamat selama ini boleh diteruskan manakala yang tersasar perlu dikaji semula.

Adakah subsidi pertrol bersasar yang dicadang kerajaan merupakan satu langkah bijak yang mampu meringankan beban ekonomi golongang berpendapatan rendah? Apakah kelebihan dan kelemahan subsidi bersasar? Bolehkah mekanisme ini dilaksanakan di sector-sektor yang lain? Sila kongsikan pandangan dan cadangan anda.

Toyota umum pembabitannya dengan Esports

Toyota umum pembabitannya dengan Esports

Shah Alam, 27 August 2018 – UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan Esports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.

Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia.  Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia, boleh  menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.

  • Permainan? Gran Turismo Sport yang menggembirakan (Mencabar/Mengujakan)
  • Litar lumba? Litar lagenda, Suzuka Japan GT.
  • Kereta? Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan yang cukup pantas!
  • Hadiah? RM60,000 keseluruhan (Hadiah Utama = RM20,000, Ke-2 = RM10,000 dan Ke-3 = RM5,000).

Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“  yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR).  Pastinya, pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport!

“Di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada difikiran kami. Esports kini berada di lingkungan teratas diantara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia. Selaras dengan perkembangan industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda.  Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini,” kata Encik Ravindran K., Presiden UMWT.

Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.

“Game-On dengan Toyota!”

 

3 USAHAWAN KONGSI BAHAYA BERNIAGA ONLINE

3 USAHAWAN KONGSI BAHAYA BERNIAGA ONLINE

3 USAHAWAN KONGSI BAHAYA BERNIAGA ONLINE

Adanya puluhan platform media sosial percuma sebagai medium perniagaan telah menarik ribuan anak muda untuk membuka ‘bisnes segera’ sendiri. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa ramai peniaga yang tersalah langkah dan akhirnya tersungkur akibat ditipu pembekal luar negara.

3 peniaga online telah berkongsi kisah cabaran dan pengalaman pahit sepanjang perniagaan mereka.

“Salah pilihan buat saya hampir muflis” – Raymond C. 34

Beberapa tahun lalu, saya berhenti kerja dan membuka perniagaan pakaian hip-hop di Instagram. Pada mulanya, barangan tiba seperti yang dipesan. Segalanya berjalan lancar dan saya mula meraih sedikit keuntungan.

Tanpa berfikir panjang, saya buat keputusan untuk melabur keseluruhan simpanan serta mengambil pinjaman peribadi tambahan, dan terus memesan dari pembekal tersebut. Malangnya, pesanan saya tidak sampai, dan pembekal tersebut tidak mahu bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan’ barangan yang telah dipesan.

Hanya dengan satu klik, anda mungkin merisikokan wang anda tanpa kepastian – Gambar hiasan

Bermulalah episod paling ngeri hidup saya – saya tak mampu bayar pinjaman kereta dan ia ditarik balik, kemudian saya terpaksa pindah dan tinggal dengan ibu bapa kerana tidak mampu bayar sewa rumah. Bank juga menuntut bayaran pinjaman peribadi… hinggakan saya terpaksa rujuk khidmat guaman untuk mengelak diistihar muflis. Mujurlah keluarga membantu saya membayar separuh dari pinjaman tersebut.

Nasihat saya, research betul-betul dan lebih baik jika anda boleh membeli terus dari pembekal tempatan. Tak berbaloi untuk meletakan bisnes anda di tangan ketidakpastian.

“Pulang dengan tangan kosong, saya putus asa” – Noriah D, 46

Saya mula menjual pakaian muslimah pada 2005 sebelum jualan online popular, jadi memang saya terpaksa membeli stok dari orang tengah, dan semuanya dipesan dari negara jiran.

Jadi bayangkanlah, adakalanya stok yang sampai tidak mencukupi, atau tersalah barang. Pernah sekali, berbekal hanya RM150, saya terpaksa ulang-alik dari Melaka ke Thailand menaiki bas kerana masalah stok. Malangnya saya pulang dengan tangan kosong akibat kesilapan penjual dengan orang tengah.

Disebabkan kehabisan duit, saya serik dan akhirnya terpaksa berhenti berniaga. Ia merupakan kegagalan yang cukup pahit dalam hidup saya.

“Hampir tak jadi kahwin” – Aina M., 26

Untuk mengumpul duit kahwin, saya buat keputusan berniaga sambilan menjual doorgift dan baju pengapit perkahwinan. Bagi menjimatkan kos, saya gabungkan keperluan majlis saya bersama tempahan beberapa pelanggan untuk mendapat harga wholesale dari laman web pukal luar negara.

Terdetik juga ragu kerana rebiu pembelinya agak pelik, tapi sebab murah, saya teruskan pembelian. Tak sangka, keraguan saya terbukti apabila stok yang dihantar lain dari yang dipesan, dan kualitinya sungguh teruk. Baju pengapit bernilai ribuan Ringgit langsung tak sampai!

Masalah komunikasi dan ketidaktelusan peniaga luar boleh merosakkan perniagaan anda – Gambar hiasan

Kerana itu, ada pelanggan yang hampir tidak jadi meneruskan majlis persandingan! Saya dihujani makian dan kecaman dari pelanggan sehingga saya terpaksa tutup laman sosial buat seketika. Mujur kawan saya mengesyorkan KWC Fashion Wholesale, dan saya sempat beli stok baru sebagai ganti untuk pelanggan.

Jika saya tahu ada pilihan dari pembekal tempatan seperti di KWC Fashion Wholesale, tentu saya tidak menghadapi masalah sebegitu. Lupakanlah pembekal luar, saya syorkan anda beli stok dari penjual tempatan!

Dunia perniagaan sememangnya mempunyai risiko-risiko tersendiri, namun anda boleh mengelak dari terperangkap dengan masalah stok dari luar negara jika anda memilik pembekal dengan bijak.

Usah risikokan modal dan perniagaan anda. Pilihlah untuk membeli dari pembekal wholesale tempatan di KWC, pusat beli-belah fesyen pukal terbesar di Kuala Lumpur.

KWC Fashion Wholesale Mall terletak di Jalan Gelugor, Pudu, Kuala Lumpur.

TIP KWC untuk PENIAGA BARU:

Kenal pasti jenis barangan yang ingin anda jual dan selidik trend terkini agar barangan pilihan anda mempunyai permintaan yang tinggi.

Lawati KWC dan terokailah variasi barangan tersebut dari pelbagai kedai. Inilah masanya untuk anda melihat sendiri stok yang ada, membanding kualiti serta mengaju sebarang soalan kepada setiap peniaga.

Lihat sendiri kualiti dan variasi pilihan yang ada agar anda benar-benar puas hati

Jangan lupa untuk turut melawat kedai-kedai dalam kategori lain, kerana harga barangan yang kompetitif mungkin membolehkan anda menjual lebih dari satu kategori barangan.

Selesai melawat kedai, rehat seketika di pelbagai rangkaian kedai makan yang tersedia. Sambil makan dan minum, anda bolehlah membuat kira-kira serta mengaudit pelan pembelian mengikut kedai-kedai yang telah dikenalpasti. Bila segalanya sudah pasti, bersedialah untuk membeli-belah!

Lakukan pembelian stok anda dan jangan lupa simpan resit serta informasi penjual anda supaya mudah untuk membuat rujukan atau memesan stok seterusnya.

Mudah bukan? Selamat berniaga!

Kenali KWC

KWC Fashion Wholesale Mall merupakan peneraju bisnes jualan borong fesyen tanahair. Hab sehenti ini menyediakan pelbagai barangan dari puluhan kategori, antaranya: pakaian muslimah, fesyen wanita dan lelaki, pakaian kanak-kanak, pakaian peribadi, pembentuk tubuh, solekan, aksesori, kasut, beg, serta keperluan rumah.

Dibuka pada 20 Oktober 2011, KWC kini menampilkan 800 kedai fesyen yang menawarkan gaya dan kualiti pada harga yang cukup kompetitif, semuanya di bawah satu bumbung.

KWC Kenanga Wholesale City

No.2, Jalan Gelugor
55200 Kuala Lumpur
Tel: +603 9224 1998

Waktu Perniagaan:
Ahad – Khamis: 10am – 7pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 10am – 8pm

4 RAHSIA BINA EMPAYAR FESYEN BAK SELEBRITI

4 RAHSIA BINA EMPAYAR FESYEN BAK SELEBRITI

Akibat ghairah mengikut trend, ramai usahawan muda fesyen gagal di tengah jalan pabila perniagaan yang diceburi lingkup sekelip mata.

Mereka terlupa bahawa sesebuah perniagaan bukanlah sekadar mengejar glamor dan untung, namun memerlukan dedikasi dan strategi yang padu.

Percaya tak jika kami katakan bahawa membina perniagaan segah selebriti dan influencer media sosial terkemuka idola anda tidaklah sesukar yang disangka?

Hanya ikuti 4 rahsia menyusun strategi perniagaan bak selebriti dari syarikat fesyen terkemuka, KWC dan bersedialah untuk mewarnai dunia fesyen tanahair Ramadhan ini!

4 RAHSIA MULAKAN PERNIAGAAN FESYEN TERULUNG ANDA

1. KENALPASTI PRODUK ANDA

Pertama sekali, kenalpasti pilihan perniagaan anda. Adakah anda ingin melakukan perniagaan pakaian wanita? Seleksi muslimah? Aksesori? Pakaian kanak-kanak? Selepas memilih jenis perniagaan anda, kenalpasti dan pelajari tentang barangan anda.

Dalam dunia fesyen runcit wanita, contohnya, pengetahuan produk adalah sangat penting, dan mampu menjadi salah satu faktor utama kejayaan perniagaan anda. Pengetahuan luas tentang produk seperti jenis potongan, fabrik dan bahan serta variasi pengayaan setiap barangan akan membantu anda menjawab sebarang soalan dan memudahkan pelanggan membuat pilihan yang tepat. Ingat, layanan yang baik boleh ‘memikat’ pelanggan untuk terus membeli dari anda di masa hadapan.

Selain itu, ikuti perkembangan trend tempatan dan global. Ini memastikan anda sentiasa setapak lebih maju dari pesaing anda.

Fungsi dan rona… pelanggan akan lebih yakin membeli dari anda jika anda mempunyai pengetahuan tentang jenis dan fungsi setiap barangan.
Samada kasual, ke pejabat mahupun ke majlis berprestij. Anda juga boleh memilih pilihan barangan kecantikan (make up), aksesori, dan pakaian kanak-kanak di KWC pasti memenuhi setiap keperluan pilihan produk. Antara kedai-kedai yang menyediakan barangan muslimah, kanak-kanak dan aksesori alah seperti:

Tudung KINZA FASHION LOT 1-79
Pakaian Muslimah MJOILE COLLECTION LOT 3A-26
Pakaian Kanak-kanak LITTLE CUTIE LOT 5.73A
Pakaian Kanak-kanak OTS KIDS LOT 3A-86-87
Pakaian Kanak-kanak THE MANICHI LOT 3-85
Pakaian Wanita GALAXY LOT 2-69
Pakaian Wanita NYLA COLLECTION LOT 1-49-50
Tudung SAIMAH LOT G-31
Pakaian Muslimah RAFLESIA STYLE LOT 1.21
Aksesori ELENA CRYSTAL LOT 7.25-43A
Pakaian Wanita KOOKI LOT 1-28-30

Tip mudah: Lakukan survey tentang trend terkini dengan melawat pusat fesyen sehenti seperti KWC. Dengan lebih 800 kedai yang menjual aneka fesyen, anda dapat mengenalpasti trend jualan terhangat dan membuat keputusan jenis perniagaan dan barangan yang ingin dilakukan, sekaligus! Anda juga boleh lawati lama sesawang KWC dan ke ruangan Monthly Features untuk mencari idea tentangbarangan yang anda kenalpasti

2. KENALI PELANGGAN ANDA

Ramai yang beranggapan bahawa mereka perlu menjual produk yang spesifik kepada satu jenis pelanggan. Realitinya, pelanggan anda akan datang dari pelbagai latar belakang berbeza, dan ini akan mempengaruhi pilihan barangan dan corak perbelanjaan mereka.

Contohnya, seorang guru mungkin lebih gemar mengumpul koleksi hijab yang berona terang serta baju kurung dari fabrik selesa, manakala seorang eksekutif korporat mungkin lebih cenderung untuk mengenakan celana, kemeja serta jaket dari fabrik lebih mewah namun berpotongan praktikal.

Luangkan sedikit masa untuk mengenal pelanggan anda dengan lebih dekat: tahap pendapatan, umur, latar belakang pendidikan, etnik, kumpulan sosial, lokasi serta sebarang informasi relevan yang lain akan membantu anda untuk menyediakan pakaian yang bertepatan dengan citarasa mereka.

Selain itu, jangan lupa bahawa perniagaan anda akan berterusan selepas Ramadhan, jadi pastikan anda turut mengambil kira fesyen untuk kegunaan di hari biasa. Variasi pilihan akan memudahkan pelanggan untuk membeli lebih banyak sekaligus.

Dari ranggi ke manis mempesona… di KWC, anda boleh mendapatkan ribuan jenis pakaian yang menepati pelbagai citarasa dan personaliti pelanggan.

Tip mudah: Selepas mengenalpasti pelanggan anda dan keperluan mereka, datang ke KWC untuk membeli dari lebih 800 cawangan kedai! Tahukah anda bahawa KWC mempunyai koleksi fesyen muslimah TERBESAR Malaysia di bawah satu bumbung? Hebatnya!

Rona-roni gaya fesyen yang menepati setiap citarasa. Biar apapun tema Raya pelanggan anda, segalanya boleh dipenuhi di ratusan kedai pakaian KWC, antaranya:

Beg & Aksesori PANDA EYES LOT 6-19
Kasut CNC TRENDY LOT LG-46
Aksesori ELENA FASHION LOT7-45
Aksesori & Kasut BB FASHION LOT G-38
Pakaian Kanak-kanak ANGEL BABY LOT 7-26-27
Pakaian Wanita QASEH LOT 3A-49
Pakaian Muslimah RAFLESIA STYLE LOT 1.21
Pakaian Muslimah HANA HANAN COLLECTION LOT 3.68
Pakaian Wanita M CODE FASHION LOT 1-19
Kasut REVOL LOT LG-73A
Pakaian Wanita MCV LOT 1-39
Pakaian Muslimah MJOILE COLLECTION LOT 3A-26
Aksesori YOSUN GOOD LOT G-15
Beg & Aksesori HONEY B LOT 6-06

3. PILIH JENIS PAKAIAN ANDA

Lihat senarai barangan serta jumlah yang perlu anda beli. Sebelum melakukan sebarang pembelian, lawati beberapa kedai yang menjual jenis pakaian yang anda inginkan untuk membezakan harga, kualiti serta kuantiti yang ditawarkan.

Selain dari melihat pada kualiti dan kuantiti, pastikan anda turut mengambil kira kos perbelanjaan anda. Jangan sampai terlebih dari bajet!

Dengan pelbagai promosi menarik yang jauh lebih murah berbanding luar, anda mungkin terpengaruh untuk membeli semua benda yang anda lihat, namun fokus!

Beli barangan dalam senarai anda dan jika ada wang lebih, barulah pilih seleksi yang boleh mengkomplimen koleksi pakaian yang telah anda beli.

Aksesori pelengkap gaya… bantu pelanggan melengkap busana mereka dengan rangkaian aksesori trendi dan mewah dari KWC

Tip mudah: Aksesori seperti rantai dan brooch merupakan ‘easy sale’ untuk melengkapkan busana yang dibeli pelanggan. Tanya pada penjual anda tentang tip penggayaan. Ini memudahkan anda meyakinkan pelanggan untuk turut membeli aksesori tersebut.

Siapa yang tidak sukakan kilauan aksesori pelengkap Aidilfitri? Dapatkan rantai, pin, tali pinggang dan banyak lagi dari pengedar di KWC, antaranya:

Aksesori FOCUS JEWELLERY LOT 7-07
Aksesori & Beg Z&Y LOT 6-41
Aksesori & Mainan EGAMI COLLECTION LOT 7-9
Beg KCT IDAMAN LOT 6-68
Kasut & Beg C&E LOT G-88
Aksesori Tudung NOORMAL LOT 6-66
Pakaian Muslimah & Tudung AYESHA’S COLLECTION LOT 5-39

4. PASTIKAN STOK SENTIASA ADA

Tiada pelanggan yang suka membeli dari peniaga yang sentiasa kehabisan stok, jadi pastikan anda sentiasa mempunyai stok yang cukup. Oleh kerana KWC beroperasi setiap hari sepanjang minggu, anda boleh menelefon terus kedai yang anda inginkan untuk menyemak stok barangan yang anda perlukan sebelum ke KWC.

Jangan risau jika pemborong anda kehabisan stok kerana KWC mempunyai ratusan kedai yang turut menjual kategori barangan yang sama. Anda takkan pulang dengan tangan kosong.

Akhir sekali, jika anda berniaga di atas talian, jangan lupa untuk memuat-naik gambar stok serta posting secara konsisten agar pelanggan terus setia membeli bersama anda. Lebih banyak posting dan like, lebih tinggi peluang meraih pelanggan baru… dan lebih meriahlah perniagaan anda!

Tunggu apa lagi? Cepat ke KWC Fashion Mall dan mulakan langkah menuju bisnes fesyen yang menguntungkan! Selamat berniaga!

KELEBIHAN KWC BERBANDING PEMBELIAN PUKAL ATAS TALIAN:

BELIAN ONLINE / LUAR NEGARA KWC FASHION MALL
Perlu melawat pelbagai laman untuk produk berbeza Hab fesyen sehenti. Ribuan barangan dari pelbagai kategori dalam satu lokasi
Sukar bertanya & tak dapat mengenalpasti kualiti Ajukan soalan secara terus dengan setiap pemilik kedai. Barangan tersedia dan boleh dipegang serta dinilai sebelum membeli.
Risiko penghantaran lambat atau hilang Bawa pulang terus barangan. Tak perlu menunggu.
Caj tersembunyi seperti kos penghantaran Tiada kos penghantaran. Harga barang juga kompetitif berbanding belian online.

KWC Fashion Wholesale, pusat jualan pukal fesyen pertama yang terbesar di Malaysia merupakan peneraju bisnes jualan borong tanahair. Hab fesyen sehenti ini dibuka pada 20 Oktober 2011 dan menampilkan 800 kedai fesyen yang menawarkan gaya dan kualiti pada harga yang cukup kompetitif. KWC menyediakan pelbagai barangan dari puluhan kategori, antaranya:  pakaian muslimah, fesyen wanita dan lelaki, pakaian kanak-kanak, pakaian peribadi, pembentuk tubuh, solekan, aksesori, kasut, beg, serta keperluan rumah. Lawati www.kenangacity.com.my untuk maklumat lanjut.