Sempena pelancaran eksklusif honor 9 Lite bersama Shopee

Sempena pelancaran eksklusif honor 9 Lite bersama Shopee

Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka dan 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling bagi meraikan pelancaran telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee. Sertai pertandingan swafoto di Instagram bermula dari 12 hingga 31 Mac

Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor.

Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera

honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

Rekaan dan Paparan Yang Menawan

Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

Berprestasi Tinggi

Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray. 150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my
atau www.hihonor.com.my.

Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari shopee.com.my/honormy.officialstore

Kotak Kuning Yang Baharu Menunjukkan Status Pembayaran Bil Elektrik Anda

Kotak Kuning Yang Baharu Menunjukkan Status Pembayaran Bil Elektrik Anda

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenalkan kotak kuning baharu di penjuru atas kanan pada bil elektrik. Kotak kuning ini diperkenalkan untuk memudahkan pengguna mengetahui status pembayaran secara lebih mudah. Status pembayaran bil elektrik bulanan akan dikemas kini di kotak kuning tersebut. Tiada lagi notis pemotongan yang berasingan akan dikeluarkan oleh pihak TNB.
Kotak kuning menunjukkan dua (2) jenis informasi yang merujuk kepada status bil. Sekiranya bil bulanan dibayar sebelum tempoh 30 hari dari tarikh bil, kotak kuning akan menunjukkan mesej ‘TERIMA KASIH Kerana Membayar Dalam Tempoh 30 Hari’.
Di sebaliknya, tunggakan bil elektrik yang tidak dijelaskan akan menunjukkan mesej ‘Bayaran Tertunggak NOTIS PEMOTONGAN DI BAWAH’ di dalam kotak kuning. Di ruangan bawah bil elektrik yang sama, ‘Notis Pemotongan Bekalan Elektrik’ yang dipapar akan menyatakan jumlah bil tunggakan dan pengguna diminta menjelaskan tunggakan sebelum tempoh akhir yang tertera.
Pendekatan TNB yang baru ini membolehkan pengguna mengetahui informasi berkenaan status pembayaran bil secara langsung dan lebih ringkas. Pengguna wajar menyemak dan merujuk mesej di dalam kotak kuning sebagai peringatan untuk bayaran tepat pada masa supaya menikmati perkhidmatan yang berterusan. Pelaksanaan kotak kuning pada bil elektrik telah bermula secara berperingkat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya mulai November tahun ini dan akan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara pada hujung tahun, Disember ini. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tnb.com.my

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Pada 2014, Suruhanjaya Tenaga memperkenalkan Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based Regulation, IBR) bagi mengawal selia serta meningkatkan kecekapan industri bekalan elektrik negara. Melalui IBR, asas tarif elektrik ditetapkan setiap tiga tahun dengan mengambil kira kos merangkumi penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. IBR juga membolehkan kerajaan memantau kos pembekalan tenaga elektrik secara lebih berkesan.

Harga bahan api yang merupakan kos terbesar dalam penjanaan tenaga elektrik adalah faktor utama yang menentukan tarif elektrik. Pelepasan Kos Tidak Seimbang (Imbalanced Cost Passed Through, ICPT) adalah satu mekanisme di bawah IBR yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.

Susulan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada 30 Jun lepas mengenai penyelarasan tarif elektrik, RM1.30 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh Julai-Disember tahun ini. Kerajaan memutuskan mengekalkan rebat sedia ada sebanyak 1.52 sen/kWj untuk tempoh tersebut.

Kadar purata asas tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kekal pada 38.53 sen/kWj sejak 2014. Manakala, penggunaan elektrik yang kurang daripada 300kWj dikecualikan dari surcaj ICPT.

Selain daripada itu, bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM150 juta setiap tahun untuk meringankan beban pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada 2016, jumlah RM15.1 bilion dibelanjakan untuk penjanaan sebanyak 120,059 GWj (Gigawatt jam) tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik 8.45 juta pengguna di Semenanjung Malaysia. Permintaan kepada tenaga elektrik meningkat sejajar pertumbuhan ekonomi negara yang didorongi kepesatan industri, pembangunan prasarana moden, keperluan bisnes negara serta peningkatan mutu dan gaya hidup. Maka, para pengguna perlu memahami faktor kos dan campuran bahan api supaya tenaga elektrik digunakan dengan cekap dan berhemah.

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Sewaktu kita menggunakan alat-alat elektronik seperti telefon pintar dan komputer, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya tenaga elektrik untuk menghidupkan alat-alat tersebut?

Arang batu, gas asli termasuk gas asli cecair (LNG) dan hidro merupakan sumber-sumber yang penting dalam penjanaan tenaga elektrik. Pada 10 tahun yang lalu, dua pertiga daripada sumber-sumber tersebut berasal daripada gas asli untuk penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia. Bekalan gas asli diperolehi dari perairan pantai timur Semenanjung Malaysia dan diimport dari seluruh dunia dalam bentuk LNG. Kos pembelian gas dan gas asli cecair melibatkan RM8.8 bilion setahun bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi untuk pengguna.

Namun, pergantungan yang terlalu banyak kepada satu sumber penjanaan membawa risiko tinggi kepada bekalan tenaga elektrik apabila bekalan bahan api terganggu. Kenaikan harga dan kestabilan bekalan gas asli merupakan cabaran utama kepada sektor tenaga.

Sebagai langkah untuk memastikan bekalan tenaga elektrik negara yang lebih stabil dan cekap dari segi kos penjanaan, kerajaan mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan sumber bahan api secara seimbang di antara gas asli termasuk LNG dan arang batu.

Kos penjanaan daripada sumber arang batu yang lebih rendah telah meningkatkan sumbangannya kepada 51% pada tahun 2016 berbanding dengan 27% pada tahun 2007 dalam komposisi bahan api sebagai usaha mengurangkan pergantungan terlalu tinggi kepada gas asli.

Kini, dengan kuantiti arang batu yang sama, stesen janakuasa berupaya meningkatkan penghasilan tenaga yang lebih tinggi dengan kecekapan teknologi Ultra-supercritical (USC). Teknologi USC turut mematuhi piawaian alam sekitar yang mesra alam demi persekitaran dan kesejahteraan rakyat.

Arang batu yang digunakan di stesen janakuasa adalah 100% diimport dan ia tertakluk kepada perubahan harga bahan api serta kadar tukaran mata wang asing. Oleh demikian, penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa arang batu perlu dioptimumkan supaya tenaga elektrik dijana dengan lebih efisien supaya menjaminkan kos penjanaan elektrik sentiasa dikawal pada paras terendah.

Untuk mengatasi kesan penyusutan bahan api fosil tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, minyak, dan gas asli, syarikat-syarikat janakuasa di seluruh dunia beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk menjana tenaga elektrik.

Sumber RE terdiri daripada hidro, solar, biomass dan biogas. Biomass dan biogas merupakan sumber yang berupaya menggantikan bahan api fosil. Manakala, solar dan hidro merupakan sumber semulajadi yang digunakan untuk menjana tenaga. Kesan rumah hijau akibat perlepasan karbon dioksida dapat dikurangkan melalui penjanaan tenaga daripada RE dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Pada 30 Jun 2017, rakyat Malaysia menerima satu berita gembira: tarif elektrik diumumkan kekal sekurang-kurangnya sehingga ke hujung tahun ini. (https://www.malaysiakini.com/news/387077)

Rebat dikekalkan sejak Mac 2015 dan ini merupakan kali ke-enam rebat dikekalkan.

Bagaimanakah sebenarnya harga dan mutu bekalan elektrik dikawal selia bagi memastikan ia kekal stabil, selamat, dan mesra pengguna?

Industri pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah dikawal selia melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan keselamatan, kestabilan, kecekapan dan kos elektrik.

KeTTHA
Menetapkan dan menguatkuasakan dasar dalam mentadbir dan mengawal selia sektor bekalan elektrik

ST
Mengawal selia sektor elektrik dan paip gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah

Pada umumnya, pembekalan tenaga elektrik menglibatkan tiga proses iaitu penjanaan di stesen janakuasa, penghantaran menggunakan rangkaian talian voltan tinggi sebelum pembahagian kepada pengguna melalui jaringan sistem kabel bervoltan rendah.

Dalam aspek penjanaan, langkah liberalisasi terkawal separuh diperkenalkan oleh kerajaan di Semenanjung Malaysia sejak 1990-an. Liberasi tersebut dikawal selia menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) untuk membentuk persaingan antara pemilik-pemilik stesen janakuasa sebagai langkah mengawalkan kos elektrik. Ini memastikan penjana tenaga mengeluar dan menjual elektrik pada harga terendah.

Mulai 2014, kos penghantaran dan pembahagian elektrik ditentukan melalui rangka khusus yang digunakan di seluruh dunia, iaitu Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) di Semenanjung Malaysia untuk menetapkan tarif elektrik.

Pernah tak anda mendapati bil elektrik rumah anda terdapat butiran yang ditulis ‘ICPT’?

ICPT merujukkan Pelepasan Kos Tidak Seimbang, satu mekanisme di bawah pengiraan IBR yang membolehkan harga bahan api diselaraskan setiap enam bulan. Ini bermakna, kita sebagai pengguna akan bayar lebih rendah sekiranya harga bahan api turun dan sebaliknya, seperti angka ICPT yang tertera di bil elektrik. Ini membolehkan kos elektrik dikira dengan lebih adil, jelas dan telus supaya para pengguna dijamin menikmati bekalan elektrik yang selamat dan stabil pada harga yang optima.

Penjanaan tenaga elektrik amat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli termasuk gas asli cecair (LNG). Harga bahan api kekal rendah sejak 2015, ia membawa penjimatan sebanyak RM4.1billion dan pengguna menikmati faedah tersebut dalam bentuk rebat.

Walau bagaimanapun, semenjak enam bulan lalu, harga global arang batu meningkat dengan mendadak disusuli kesan turun naik kadar tukaran telah meningkatkan kos bahan api dalam sektor tenaga. Pada masa yang sama, harga gas berpaip domestik juga terus meningkat setiap enam bulan selaras dengan program rasionalisasi subsidi.

* – Perubahan harga berbanding harga penanda aras
**MT – metric tonne
**mmBTU* – million Britis Thermal Unit

Kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia kekal sebagai 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan setakat Julai 2017.

Ketika ini kita mungkin sedang membaca artikel ini menerusi telefon pintar dalam bilik berhawa dingin tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang mahal.

Namun, kita mungkin meminggirkan orang lain yang sebenarnya berhak menikmati wang daripada penjimatan rebat elektrik ini.

Wang tersebut boleh disalurkan untuk membeli ubat-ubatan dan membina lebih banyak hospital kerajaan, jalan raya dan sekolah.

Adakah kita mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri semata-mata?

Satu perkara yang pasti, kita perlu bersedia menghadapi semakan semula tarif elektrik dan menggunakan elektrik secara lebih berhemah untuk manfaat dan kepentingan bersama.

Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Mana Lebih Baik?

Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Mana Lebih Baik?

Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Mana Lebih Baik?

Cara kita membeli barangan keperluan semakin hari semakin berubah. Kini, kita mempunyai banyak pilihan dalam berbelanja sama ada secara online atau ke kedai. Jika mempunyai masa untuk membeli-belah boleh sahaja terus ke pusat membeli-belah, akan tetapi jika anda tidak mempunyai masa, boleh sahaja untuk membeli secara online.

Memang benar jika membeli secara online lebih cepat, mudah dan pilihan barangan yang banyak. Tetapi perlu diingatkan bahawa, barangan yang ditempah secara online berkemungkinan besar tidak secantik kualiti yang diharapkan. Sudah banyak kes yang berlaku, di mana barangan yang ditempah langsung tidak sama seperti dalam gambar selepas diterima. Dari segi kualiti barangan juga, kita tidak tahu selagi barangan yang ditempah tidak sampai ke tangan bagaimana.

Kedai Fizikal Atas Talian
KELEBIHAN
  • Tiada cas pengeposan.
  • Tidak perlu menunggu barang sampai.
  • Boleh lihat sendiri kualiti barangan.
  • Pelbagai pilihan jenama untuk sesuatu produk.
  • Harga lebih kompetitif.
KEKURANGAN
  • Kekurangan dari segi pilihan jenama yang ada.
  • Kemungkinan besar harga lebih mahal daripada barangan yang dijual secara online.
  • Tidak dapat melihat kualiti barangan yang dibeli.
  • Ada cas pengeposan.
  • Perlu menunggu untuk barangan sampai ke rumah.
  • Kemungkinan untuk dapat barangan tiruan juga ada.

Bagi pembelian barangan keperluan harian, lebih baik jika membeli di kedai. Anda boleh melihat sendiri kualiti barangan, harga, jenama, dan sebagainya. Tiada kos penghantaran atau kos tersembunyi, kerana anda membeli barangan berkenaan sendiri. Kami telah pergi ke MR. D.I.Y. bagi membuat perbandingan harga sama ada pembelian online lebih berbaloi atau tidak jika membeli secara terus di kedai untuk barangan yang anda sedang cari. Di sini ada beberapa barangan yang sempat kami ambil untuk tujuan perbandingan harga.

Kami ke MR. D.I.Y. untuk membuat perbandingan harga sama ada berbaloi untuk membeli di kedai atau membeli secara atas talian sahaja untuk barangan yang anda sedang cari. Di sini adalah beberapa item yang kami sempat ambil untuk buat perbandingan harga.

Produk MR. D.I.Y. Penjual Online A Penjual Online B
Beg Dokumen
RM0.70
Tiada kos pengeposan
Beg Dokumen Jenama CBE

RM3.82
Kos pengeposan RM5.00(Semenanjung)/ RM10.30(Sarawak)/ RM10.30(Sabah)
A4 Button Document Bag

RM1.00
Kos pengeposan (RM7.00(Semenanjung)/ RM10.00 (Sarawak)/ RM12.00(Sabah)
Stoking Kaki Wanita
RM1.90
Tiada kos pengeposan
Stoking Jenama ELENXS
RM9.47
Kos pengeposan RM5.00(Semenanjung / RM10.30(Sarawak)/ RM10.30(Sabah)
Stoking tiada jenama
RM1.50
Kos pengeposan RM5.77(Semenanjung)/ RM11.97(Sarawak)/ RM11.97(Sabah)
Pelekat Anti-Minyak Dapur

RM1.70
Tiada kos pengeposan
Pelekat Anti-Minyak Dapur

RM7.70
Kos pengeposan RM7.99(Seluruh Malaysia)
Pelekat Anti-Minyak Dapur Feksyen

RM6.50
Kos pengeposan RM6.00(Semenanjung)/ RM9.00(Sarawak)/ RM9.00(Sabah)
Rak Kasut

RM8.50
Tiada kos pengeposan
Rak Kasut Jenama Sokano

RM22.90
Percuma (Semenanjung)/ RM5.30(Sabah)/ RM5.30(Sarawak)
Rak Kasut

RM10.90
Kos pengeposan RM7.00(Semenanjung)/ RM15.00(Sarawak)/ RM15.00(Sabah)
Papan Seterika

RM29.90
Tiada kos pengeposan
Papan Seterika Jenama 3V

RM29.70
Kos pengeposan Percuma (Semenanjung)/ RM5.30(Sarawak)/ RM5.30(Sabah)
Papan Seterika Jenama ZIB88

RM32.90
Kos pengeposan RM7.00(Semenanjung)/ RM80.00(Sarawak)/ RM80.00(Sabah)
Botol Air 500ml

RM8.50
Tiada kos pengeposan
Botol Air Jenama OEM

RM12.32
Pengeposan percuma
Botol Air Jenama Korean

RM9.90
Kos pengeposan RM8.00(Semenanjung)/ RM11.00(Sarawak)/ RM11.00(Sabah)
Laci A4 Lava

RM19.50
Tiada kos pengeposan
Laci A4 Lava

RM39.90
Pengeposan percuma
Laci A4 Lava

RM29.90
Kos pengeposan RM6.00(Semenanjung)/ RM14.00(Sarawak)/ RM14.00 (Sabah)
Kepala Paip Air

RM25.90
Tiada kos pengeposan
Kepala Paip Air Jenama Yes+Plus

RM50.00
Kos pengeposan Percuma (Semenanjung)/ RM5.30(Sarawak)/ RM5.30(Sabah)
Kepala Paip Air Jenama VARENO

RM59.00
Kos pengeposan RM9.00(Semenanjung)/ RM17.00(Sarawak)/ RM17.00(Sabah)

Barangan yang kami ambil kemudianya dibuat perbandingan bagi barangan yang terpilih yang hampir sama dijual dionline. Setiap barangan akan dibuat perbandingan dengan dua jenis jenama yang lain yang mana, boleh dibeli secara online. Hasilnya, kita telah mendapat jawapan jika berbelanja di kedai atau berbelanja secara online mana satu yang lebih baik. Jadi elok jika kita melihat satu per satu bagi barangan yang telah dipilih.

1.Beg Dokumen

RM 0.70

Penjual Online A

Penjual Online B

Beg dokumen sangat penting bagi kegunaan menyimpan surat dokumen yang penting. Kedai MR.D.I.Y. menjual dengan harga RM0.70 sahaja berbanding beg dokumen jenama CBE yang berharga RM3.82 dan “A4 Button Document Bag” RM1.00 yang dijual secara online.Selain tiada kos penghantaran harga beg dokumen di MR.D.I.Y. adalah yang termurah diantara semua.

2. Stoking Kaki Wanita

RM 1.90

Penjual Online A

Penjual Online B

Di kedai MR.D.I.Y. stoking kaki wanita cuma berharga RM1.90 berbanding dengan stoking kaki wanita berjenama “ELENXS” RM9.47 dan stoking kaki wanita yang tiada jenama berharga RM1.50. Bagi stoking kaki wanita yang tiada jenama adalah lebih murah tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat kos penghantaran sebanyak RM5.77 sehingga RM11.97.

3. Pelekat Anti-minyak Dapur

RM 1.70

Penjual Online A

Penjual Online B

Bagi sesiapa yang tidak biasa masuk ke dapur sudah pasti tidak mengetahui kegunaan pelekat ini. Fungsi utama adalah untuk menghalang percikan minyak daripada mengotorkan dinding dapur ketika anda memasak dan kebiasanya akan dilekat di bahagian dindang dapur memasak. Di MR.D.I.Y dijual dengan harga RM1.70 berbanding dengan jenama yang lain seperti “High quality home proof temperature anti oil sticker” yang berharga RM7.70 dan “Fashion kitchen anti oil sticker” RM6.50.

4. Rak Kasut

RM 8.50

Penjual Online A

Penjual Online B

Dengar-dengar ini adalah antara barangan yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan di MR.D.I.Y. yang dijual hanya RM8.50 berbanding rak kasut jenama “SOKANO” yang berharga RM19.90 dan tidak berjenama dijual pada harga RM11.50 di online. Disebabkan harga yang cukup murah, kami mencadangkan untuk anda pergi ke MR.D.I.Y untuk mendapatkan rak kasut ini. Boleh terus digunakan untuk menyusun kasut di rumag anda.

5. Papan Seterika

RM 29.90

Penjual Online A

Penjual Online B

Dijual pada harga RM29.90 sahaja di MR.D.I.Y berbanding Jenama papan seterika “3V” dijual RM32.90 dan jenama “ZIB88” RM32.90 di online. Tiada perbezaan yang ketara untuk barangan ini. Terpulang untuk anda membuat keputusan jika mahu membeli online atau terus ke kedai.

6. Botol Air 500ml

RM 8.50

Penjual Online A

Penjual Online B

RM8.50 adalah harga yang dijual di kedai MR.D.I.Y. dengan kapasiti yang sama untuk jenama “OEM” RM12.32 dan jenama “Korea Brand” RM9.90. Walaupun botol air jenama “OEM” tawarkan penghantaran percuma tetapi harga bagi botol air di MR.D.I.Y. adalah termurah dan berbaloi untuk dibeli.

7. Laci A4 Lava

RM 19.50

Penjual Online A

Penjual Online B

Laci A4 jenama lava dijual dengan harga RM19.50 di kedai MR.D.I.Y. manakala laci A4 bagi jenama lain dionline dijual dengan harga RM39.90 dan RM29.90. Barang yang sama tetapi jenama yang berlainan dijual dengan harga berlainan juga di online. Lebih berbaloi dan murah jika membeli di kedai MR.D.I.Y.

8. Kepala Paip air

RM 25.90

Penjual Online A

Penjual Online B

Jika anda mahu membaiki kepala pair air sendiri? MR.D.I.Y. ada menjualnya dengan harga RM25.90 jika dibandingkan dengan jenama “YES+PLUS” yang berharga RM50.00 dan jenama “VARENO” RM59.00. Dari segi harga dan kualiti, MR.D.I.Y lebih berbaloi.

Selepas membuat perbandinga harga dan kualiti, ternyata membeli secara online adalah lebih murah dan pilihanya adalah pelbagai tetapi jika dicampur kos penghantaran untuk setiap barangan yang telah dibeli mungkin akan menjadi mahal. Sebagai contoh, stoking kaki yang berharga hanya RM1.50 sahaja tetapi perlu ditambah wang lagi sebanyak RM6.00 hanya untuk kos penghantaran sahaja.

Secara keseluruhannya, anda akan mendapat berususan dengan lebih baik sekiranya anda berbelanja di kedai biasa. Kita boleh melihat sendiri dan boleh periksa kualiti barangan yang mahu dibeli.Jika melibatkan barangan elektronik, kita boleh mencuba terlebih dahulu sama ada barangan ini berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Setiap barangan yang dibuat perbandingan diatas adalah berdasarkan promosi MR.D.I.Y Poket selamat 3. Bukan terhad hanya lapan (8) jenis barangan sahaja tetapi lebih daripada lima puluh (50) jenis barangan lain yang turut dijual dalam promosi poket selamat 3 pada kali ini. Di MR.D.I.Y setiap barangan tidak akan dikenakan kos tambahan atau kos tersembunyi yang mana anda tidak perlu menunggu berhari-hari bagi barangan yang telah dipesan. MR.D.I.Y. turut menawarkan pelbagai pilihan barangan yang mana harga adalah berpatutan dan berkualiti. Tidak percaya? Anda perlu datang ke cawangan MR.D.I.Y yang berdekatan dengan anda. Promosi hebat MR.D.I.Y iaitu Poket Selamat 3 ini akan bermula dari 1hb ogos sehingga 31hb ogos 2017.