Penderaan Seksual Kanak-Kanak di Sekolah Agama
Video dari KiniTV
Kongsi
Video dari KiniTV
Kongsi
SSPN-i Plus adalah satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menggalakkan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak anda. Dengan kata lain, penabungan yang anda buat sekarang akan menyokong pendidikan tinggi anak anda pada masa hadapan. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i yang sedia ada dengan menggabungkan penabungan pendidikan dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus mengamalkan konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Ia merupakan satu pelan simpanan yang patuh syariah dengan enam pakej untuk memenuhi keperluan anda. Satu berita yang menggembirakan ialah pakej Intan yang diperkenalkan pada 6 Mei 2016 kini boleh dinikmati dengan hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan.
Pada keseluruhannya, SSPN-i Plus menawarkan enam pakej yang berbeza sebagai pilihan kepada pelanggan mengikut kemampuan. Pakej tersebut adalah Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam and Berlian.
Melalui SSPN-i Plus yang dijamin oleh kerajaan ini, anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000 setahun.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas SSPN-i Plus boleh dinikmati oleh pendeposit (ibu bapa atau ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus untuk penabungan pendidikan tinggi anak mereka. Pengiraannya adalah tertakluk kepada simpanan bersih (simpanan tolak pengeluaran) tahun semasa dengan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun, iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP. Bagi ibu bapa (suami isteri) yang mempunyai akaun SSPN-i Plus dan memfailkan taksiran cukai secara berasingan, mereka layak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setiap seorang. Tarikh akhir untuk menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan ini adalah 31 Disember 2016. Sila rujuk kepada Seksyen D (Pelepasan) pada Borang LHDN semasa anda memfail cukai pendapatan anda untuk menikmati keistimewaan ini.
Sekiranya anda mempunyai baki simpanan sebanyak RM4,500 pada tahun lalu dan menyimpan RM3,000 dan mengeluarkan RM1,000 tahun ini, simpanan bersih tahun semasa anda adalah RM2,000. Dan simpanan bersih ini akan digunakan untuk pengiraan pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Satu lagi kelebihan SSPN-i Plus ialah kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Pendeposit SSPN-i Plus mesti merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sehingga mencapai 64 tahun. Penerima manfaat mestilah juga warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun. Penerima manfaat boleh terdiri daripada diri sendiri/ anak/ anak jagaan yang sah. Bagi individu belum berkahwin, anda juga layak membuka akaun diri sendiri dengan syarat umur anda berada dalam kategori 18 – 64 tahun tetapi anda tidak layak menikmati pengecualian taksiran cukai dalam situasi ini. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun SSPN-i Plus untuk setiap penerima manfaat. Walau bagaimanapun, pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i Plus bagi penerima manfaat yang sama.
Sila layari portal rasmi PTPTN
atau hubungi Careline PTPTN di talian
03 – 2193 3000
untuk maklumat lanjut.
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman PTPTN semasa pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Selaras dengan tema Bajet 2017 iaitu ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat’, insentif tersebut yang berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 adalah:
Terma yang paling asas dan penting untuk menikmati insentif ini ialah penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman dalam tempoh di antara 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017. Contohnya, sekiranya anda mempunyai pinjaman di peringkat diploma dan ke atas, anda perlu menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman bagi kedua-dua pinjaman tersebut dalam tempoh yang ditetapkan untuk layak menikmati diskaun 15% ini.
Salah satu tarikan diskaun ini ialah anda juga layak menikmatinya walaupun anda menggunakan pelbagai saluran bayaran. Ia bermaksud anda boleh membuat penyelesaian bayaran melalui gabungan pelbagai saluran seperti KWSP (pengeluaran daripada Akaun II KWSP melalui www.kwsp.gov.my), tunai dan ‘online’ (seperti JomPay), dengan syarat penyelesaian hutang pinjaman diterima PTPTN dalam bulan yang sama. Oleh itu, peminjam dinasihatkan membuat bayaran selewat-lewatnya tidak melepasi tanggal 27 haribulan setiap bulan.
Pemberian diskaun 15% ini dikira berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman dan pelarasan diskaun pada penyata akan dikemaskini pada hujung bulan. Pengesahan keseluruhan baki hutang pinjaman PTPTN boleh disemak melalui www.ptptn.gov.my atau menghubungi Careline PTPTN pada nombor 03 – 2193 3000.
Satu lagi keistimewaan diskaun 15% ini ialah ianya juga boleh dinikmati oleh penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang tidak membuat pinjaman PTPTN tetapi mempunyai baki hutang WPP sahaja.
Dan berita yang lebih mengggembirakan ialah diskaun ini juga boleh dinikmati oleh peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti tersenarai dalam ‘senarai hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau saman.
Anda layak menerima diskaun 10% ini jika anda (1) membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang anda dalam sekali bayaran; atau (2) melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan. Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang bukan peminjam PTPTN juga layak menikmati diskaun 10% ini dengan syarat yang sama.
Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara online di www.ptptn.gov.my. Manakala bagi permohonan direct debit, anda perlu mendapatkan borang permohonan di kaunter PTPTN untuk dilengkapkan dan menghantarnya ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran. PTPTN hanya menerima borang asal untuk pemprosessan seterusnya. Direct debit adalah dalam bentuk potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa peminjam melibatkan 22 bank. Transaksi ini adalah PERCUMA.
Kelebihan-kelebihan diskaun 10% ini termasuk membolehkan anda membuat bayaran balik secara konsisten bagi mengelakkan hutang tertunggak. Ini sekaligus mengelakkan anda daripada tindakan penguatkuasaan seperti tersenarai dalam ‘senarai hitam’ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan saman. Tanpa tunggakan pinjaman, anda boleh mengelakkan rekod buruk dalam sistem rujukan kredit Bank Negara.
Oleh itu, para peminjam PTPTN dinasihatkan supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini yang ditawarkan hingga 31 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ptptn.gov.my atau hubungi Careline 03 – 2193 3000.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan pembayaran balik secara online untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran ‘online’ dan ‘cashless’ merupakan cara yang paling cepat, mudah, selamat, praktikal dan bijak dengan menggunakan kepintaran teknologi informasi dan komunikasi masa kini yang berasaskan internet.
Transaksi tersebut kini boleh dilakukan melalui sama ada komputer atau telefon mudah alih, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda digalakkan untuk mengunakan akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan kewangan tertentu yang anda punyai untuk pembayaran balik pembiayaan PTPTN seperti akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit.
Satu lagi pilihan bijak adalah melalui JomPAY, satu kemudahan bayaran balik pinjaman yang percuma, cepat, mudah dan selamat. Anda boleh melakukan transaksi pembayaran balik melalui mana-mana bank (40 bank) secara mudah melalui kemudahan ‘Internet & Mobile Banking’ (Perbankan Internet & Mobil) dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur. Tidak kira di mana anda berada, transaksi ini sentiasa bersedia di sisi anda untuk kemudahan maksimum anda. Dengan JomPAY, anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan cek atau wang tunai dan tidak perlu ke bank atau pusat PTPTN untuk menyelesaikan bayaran balik. Pembayaran online adalah cara yang paling menjimatkan masa dan menjamin produktiviti anda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, ia disediakan secara percuma!
40 bank yang menyediakan kemudahan pembayaran balik secara online adalah Affin Bank, Affin Islamic, AmBank, AmBank Islamic, Alliance Bank, Alliance Islamic Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank of America Merrill Lynch, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNP Paribas, BSN, MUFG, CIMB Bank, CIMB Islamic, Citibank, Deutsche Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, HSBC, HSBC Amanah, ICBC, JP Morgan, Kuwait Finance House, Mizuho, Maybank, Maybank Islamic, OCBC Bank, OCBC Al-Amin, Public Bank, Public Islamic Bank, RBS, RHB Bank, RHB Islamic Bank, SMBC, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq dan UOB.
Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah (Ujrah), perlindungan takaful, cukai setem cukai hasil dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.
Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.
Untuk memastikan transaksi bayaran balik pembiayaan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen atau pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Kesimpulannya, pembayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘online’ dan ‘
‘cashless’ adalah cara yang terbijak dan praktikal kerana ia paling mudah, cepat dan menjimatkan masa, di samping selamat dan percuma.
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit! Falsafah ini memang mudah difahami kerana ia seiring dengan amalan menabung. Kemunculan pelbagai instrumen tabungan yang inovatif pada zaman moden ini amat menggalakkan amalan menabung, tidak kira jumlah yang ditabung dan usia penabung. Kesemua ini bermula dengan satu perancangan kewangan yang sistematik dan berkesan. Menabung sememangnya membolehkan anda membuat persediaan jangka panjang dengan perancangan yang kukuh untuk kesenangan dan keselesaan pada masa hadapan.
Memupuk budaya menabung melalui kebijaksanaan perancangan kewangan
Senjata untuk memperkasakan diri anda dalam aspek ini adalah semangat ketekunan dan fokus yang jitu dalam kebijaksanaan anda merancang simpanan demi masa depan yang lebih terjamin. Kini dengan adanya produk pintar Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), simpanan masa depan anda akan menjadi lebih terjamin dan menguntungkan dengan adanya perlindungan takaful. Produk inovatif ini adalah hasil kerjasama antara PTPTN dan Hong Leong MSIG Takaful. Ia bertujuan memupuk nilai serta semangat berjimat-cermat di samping memperkembangkan budaya menabung dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Ibarat sediakan payung sebelum hujan, menabung secara bijak akan memberi anda lebih keyakinan menghadapi masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran.
SSPN-i Plus – Unik dan istimewa dengan jaminan kerajaan
Keunikan dan keistimewaan SSPN-i Plus ialah kebolehannya menggabungkan manfaat simpanan pendidikan dan perlindungan takaful dalam satu pakej yang hebat! Produk perancangan kewangan ini lebih mencerminkan realiti masa kini dan juga masa depan memandangkan kos hidup yang kian hari kian meningkat termasuk kos pendidikan. Apa yang lebih menceriakan produk ini ialah simpanan anda dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Dengan kata lain, SSPN-i Plus membolehkan anda membiayai kos pendidikan masa depan anda bermula dari saat ini secara bijak dan terjamin. Ia mempamerkan kebijaksanaan anda dalam menguruskan belanjawan kewangan peribadi melalui tabungan pintar. SSPN-i Plus juga adalah satu instrumen tabungan khas yang mampu mengurangkan beban ibu bapa pada masa hadapan melalui persediaan awal yang terancang.
Menabung seawal mungkin untuk mengelak kecemasan kewangan
Pelancaran SSPN-i Plus oleh PTPTN adalah bertujuan untuk menerap amalan menabung sejajar dengan strategi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk menabung seawal mungkin bermula dari saat ini. SSPN-i Plus merupakan satu produk baharu yang berilhamkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang diperkenalkan sejak 12 tahun lalu. SSPN-i Plus kian menambat hati penabung sejak pelancarannya pada 8 Jun 2015. Ia menawarkan saluran penabungan bestari sekali gus dengan perlindungan takaful dalam satu pakej yang komprehensif dengan harga ‘mampu milik’ yang sangat menarik. Dengan kata lain, produk ini direka khas untuk menepati matlamat simpanan pendidikan masa depan tanpa bergantung kepada pinjaman semata-mata. SSPN-i Plus dapat menyemai amalan menabung di kalangan golongan muda kerana simpanan dari usia muda adalah sangat berguna apabila tibanya masa untuk menghadapi perbelanjaaan pendidikan tinggi. Dengan SSPN-i Plus, anda mampu mengelakkan situasi kesusahan, kecemasan dan kesempitan kewangan pada masa hadapan.
Ia menawarkan saluran penabungan bestari sekaligus dengan perlindungan takaful dalam satu pakej yang komprehensif dengan harga ‘mampu milik’ yang sangat menarik
Cabutan Wow! SSPN-i Plus
Untuk 2016/ 2017, PTPTN sedang menggiatkan usahanya untuk memupuk semangat menabung melalui Cabutan Wow! SSPN-i Plus. Ini merupakan satu inisiatif positif yang memartabatkan budaya menabung di kalangan ibu bapa yang sedang dalam perancangan menyediakan anak-anak mereka ke menara gading. SSPN-i Plus juga adalah satu produk ideal bagi golongan muda yang bercita-cita ke menara gading. Aspirasi SSPN-i Plus ialah untuk memastikan keselesaan atau kesenangan kewangan pada masa depan. Hasrat murninya adalah untuk mengelakkan masalah kewangan dalam proses menyempurnakan pendidikan anak-anak kita.
Hadiah-hadiah sensasi untuk dimenangi melalui Cabutan Suku Tahunan dan Cabutan Tahunan
Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/ 2017 kini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan menawarkan lebih 300 hadiah mengujakan yang bernilai RM1.5 juta. Pendeposit-pendeposit SSPN-i Plus yang membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan dalam tempoh bermula dari 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017 berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Cabutan Wow! SSPN-i Plus merangkumi Cabutan Suku Tahun (3 kali dengan setiap cabutan menawarkan hadiah utama sebuah Honda Jazz dan saguhati wang tunai bernilai RM2,000 setiap satu kepada 20 pendeposit) dan Cabutan Tahunan (hadiah utama sebuah Proton Perdana; hadiah kedua sebuah Toyota Vios kepada 3 pendeposit; hadiah ketiga sebuah motosikal Kawasaki kepada 5 pendeposit; dan saguhati wang tunai bernilai RM2,000 setiap satu kepada 250 pendeposit). Pada keseluruhannya, Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/ 2017 menawarkan lebih banyak hadiah hebat untuk memberi ganjaran yang lebih memberangsangkan kepada pendeposit-pendeposit yang bertuah.
Transaksi mudah dan selesa melalui Ejen Online PTPTN
Serasi dengan penguasaan teknologi maklumat melalui internet pada zaman digital kini, PTPTN juga memperkenalkan program pemasaran SSPN-i Plus melalui Ejen Online PTPTN. Ia bertujuan memudahkan transaksi-transaksi tertentu termasuk pembukaan dan penambahan akaun dengan hanya menggunakan saluran online pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa berkunjung ke kaunter PTPTN.
Ganjaran hebat menanti Ejen Online PTPTN
PTPTN juga memperkenalkan program khas bagi Ejen Online PTPTN. Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online layak menikmati komisen sebanyak 15% dan 25%. Skim ini juga membolehkan Ejen Online PTPTN memulakan kerjaya mereka dengan PTPTN tanpa menyediakan sebarang modal dengan waktu kerja yang fleksibel di samping latihan atau bimbingan berterusan daripada PTPTN dan kesemuanya tidak melibatkan transaksi tunai. Insentif-insentif lain termasuk Anugerah Ejen Online PTPTN Terbaik (bagi pencapaian sasaran pemasaran) berpeluang menikmati pakej percutian ke luar Negara dan wang tunai sehingga RM4,000.