Benarkah orang kidal lebih bijak?

Benarkah orang kidal lebih bijak?

Kidal adalah penggunaan tangan kiri yang lebih dominan berbanding tangan kanan untuk melakukan aktiviti harian terutamanya menulis. Ia juga dipercayai membabitkan hanya 10 peratus dalam populasi dunia. Bagaimana pun, 13 Ogos setiap tahun adalah hari sambutan orang kidal sedunia dan ia diberi nama Left Handers Day.

Mitos dan Fakta Mengenai Orang Kidal

 

Mitos: Orang kidal lebih bijak

Idea bahawa orang kidal yang lebih pintar berbanding seseorang yang dominan menggunakan tangan kanan adalah mitos.

Pada 2015, penyelidik Belanda menggabungkan hasil daripada lebih daripada 30 kajian terdahulu yang melibatkan lebih dari setengah juta orang dan tidak menemui hubungan antara kidal dan kemampuan lisan, dan kelebihan kecil untuk pengendali kanan dari segi kemampuan spatial.

Menurut Science Fokus, satu lagi kajian baru-baru ini berdasarkan data daripada puluhan ribu orang sebenarnya mendapati bahawa tangan kiri adalah lebih biasa dalam kalangan orang dengan IQ yang sangat rendah berbanding kalangan orang yang mempunyai IQ biasa.

Mitos: Orang kidal lebih kreatif

Terdapat beberapa perkara yang semua orang yang kreatif mempunyai persamaan, orang kidal bukan salah satu daripadanya. Hubungan antara tangan kiri dan kreativiti adalah mitos lama yang mungkin hanya sekadar mitos.

Satu kajian pada 1995 mendapati lelaki kidal cenderung berfikir lebih kreatif apabila menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan dalam pemikiran antara wanita menggunakan tangan kanan dan kiri.

Mitos: Orang kidal cenderung menjadi pemimpin

Enam dari 12 presiden Amerika Syarikat yang terakhir adalah orang kidal, tetapi itu hanya dianggap sebagai trivia presiden, bukan kelayakan untuk pekerjaan itu. Tiada bukti ilmiah yang kukuh bahawa tangan mempunyai kaitan dengan kemahiran kepimpinan mereka.

Menurut Ketua Psikologi di Mount Sinai-Beth Israel, Dr Elizabeth Ochoa berkata, sesetengah asas bagi pemerhatian antara kepimpinan dan kidal datang daripada pemerhatian angka sejarah. Ekstrapolasi (proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pada masa depan) adalah sesuatu yang biasa antara individu-individu yang dipilih dan berjaya, salah satunya tangan kidal mereka.

Fakta: Orang kidal lebih ramai mempunyai masalah tidur

Tidak setiap rehat malam adalah suatu yang aman. Ini adalah cara tidur yang pelik yang  mempengaruhi tubuh anda. Kajian kecil dalam jurnal Chest memantau pergerakan anggota berirama dari tangan kanan dan tangan kiri semasa mereka tidur. Penyelidik mendapati bahawa 94 peratus tidur orang kidal mempunyai pergerakan anggota badan yang boleh menjadi petunjuk gangguan pergerakan anggota berkala berbanding hanya 69 peratus pergerakan orang tangan kanan.

Fakta: Orang kidal cenderung mengalami gangguan kesihatan mental yang serius

Menurut kajian dari Universiti Yale, antara orang yang mengalami penyakit mental adalah mereka yang mengalami gangguan psikotik seperti skizofrenia lebih cenderung berlaku pada orang kidal berbanding mereka yang mengalami gangguan mood seperti depresi atau gangguan bipolar. Ini adalah tanda-tanda gangguan bipolar yang paling mungkin anda abaikan.

Penyelidik mengkaji sekumpulan kecil individu pesakit luar dari klinik psikiatri dan mendapati 40 peratus daripada mereka yang mengalami skizofrenia atau gangguan schizoaffective adalah kidal. Penyelidik sangat berminat untuk meneroka hubungan antara ciri-ciri psikosis (seperti halusinasi atau khayalan) dan kidal, mereka percaya jawapannya mungkin terletak pada bahagian kiri otak yang cenderung menggunakannya lebih banyak.

Penulis Jadon Webb berkata, penemuan biomarker seperti ini sememangnya membolehkan kita mengenal pasti dan membezakan gangguan mental lebih awal, dan mungkin satu hari ada rawatan khusus dalam cara yang lebih berkesan.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh Voiz Malaysia atas keizinan. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Oleh: Farah Aziz

Daripada Kanak-kanak Autisme kepada Genius

Daripada Kanak-kanak Autisme kepada Genius

Apabila menyebut tentang kanak-kanak autisme, perkara pertama yang terbayang di benak pastilah kesukaran mereka menyesuaikan diri dengan norma hidup seharian. Percaya atau tidak, terdapat tokoh autisme yang berjaya dalam kerjaya mereka, menepikan segala rintangan dan cabaran yang mereka hadapi daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Proses pembelajaran dan pengajaran untuk kanak-kanak autisme sememangnya sangat mencabar, tetapi tidak mustahil pendidikan mampu mengubah, bahkan melahirkan genius dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Si kanak-kanak autisme yang genius

Dr Temple Grandin daripada Boston, Massachusetts merupakan seorang tokoh ternama dalam bidang penternakan haiwan di Amerika Syarikat. Beliau yang menghidap autisme, mempunyai kesulitan bercakap dan tidak gemar disentuh ketika kecil. Walaupun disarankan doktor agar dimasukkan ke dalam institusi jagaan, ibunya nekad membesarkan Grandin agar mendapat pendidikan seperti orang lain.

Dengan sokongan daripada ibunya dan bimbingan mentor di sekolah, beliau menamatkan pendidikan dengan jayanya dan mencipta kerjaya sebagai seorang pakar haiwan dan rujukan keibubapaan untuk kanak-kanak autistik. Sewaktu menghadiri kolej, disebabkan tekanan yang dialaminya sendiri, beliau mencipta ‘mesin peluk’ yang membantu menenangkan individu dengan autisme yang terlebih sensitif kepada ransangan deria. Uniknya, idea tersebut datang apabila beliau melihat bagaimana lembu menjadi lebih tenang apabila dimasukkan ke dalam kandang pemeriksaan.

Pengenalan beliau dengan haiwan ternakan bermula dengan cuti musim panas yang dihabiskannya di ladang penternakan kepunyaan ibu saudaranya. Di kawasan peternakan itu, beliau mula berkembang minat pada lembu. Daripada pemerhatiannya, beliau mendapati bahawa cara beliau ‘befikir secara visual’ sama seperti haiwan ternakan tersebut.

Bagaimana kanak-kanak autisme melihat dunia

Menurut beliau, sebagai seorang autistik, beliau melihat dunia seperti kebanyakan haiwan: tempat menakutkan tanpa dapat membaca emosi orang lain dan fikiran hanya dalam bentuk visual dan bukannya kata-kata. Persamaan antara cara beliau dan haiwan mencerap persekitaran membantu beliau memahami keadaan haiwan. Menurut beliau lagi, beliau tidak berfikir dalam bentuk perkataan dan bahasa, tetapi dalam bentuk deria ransangan. Segala sentuhan, bau, visual menjadi memori yang dikategorikan. Demikian juga pemerhatian beliau kepada haiwan. Sebagai contohnya beliau mendapati sewaktu lembu diberikan vaksin, ada sesetengahnya meronta manakala ada yang tenang. Setelah diselidik, beliau mendapati lembu yang panik menjadi takut disebabkan melihat bayang-bayang.

Tambah beliau lagi, haiwan mempunyai emosi. Tetapi rasa takut cenderung menjadi salah satu emosi paling utama. Beliau juga percaya bahawa haiwan juga mempunyai bakat tertentu. Seperti burung yang berhijrah dengan hanya mengingati laluannya kerana memori berdasarkan deria. Segala apa yang dilihat dan dihidu sepanjang perjalanan membentuk memori yang diingati mereka.

Inovasi penternakan haiwan yang beretika

Pemerhatian dan kajian telilti yang dilakukan beliau akhirnya membolehkannya membuat penambahbaikan dalam industri ternakan, dan pada tahun 1975 selepas mendapat ijazah sarjana, beliau menubuhkan syarikat Grandin Livestock Handling Systems. Sepanjang kariernya, Grandin memulakan perubahan besar dalam industri ternakan seperti merancang pelbagai inovasi pada pusat ternakan yang membantu mengurangkan tekanan pada haiwan sebelum disembelih.

Disebabkan jasa beliau, industri penternakan haiwan di Amerika Syarikat tidak lagi sekadar melibatkan cowboy yang melayan haiwan dengan kasar tanpa memahami dan bersimpati dengan keadaan haiwan tersebut. Kisah hidup beliau juga menjadi inspirasi kepada filem Temple Grandin. Beliau membuktikan bahawa perbezaan bukan bermakna kekurangan.

 

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh Voiz Malaysia atas keizinan.
Oleh: Helma Hassan

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Blueair memperkenalkan rangkaian produk terbaru

Pertama kali diumumkan semasa pameran pergadangan IFA Berlin 2015, yang dinanti-nantikan dan pelbagai Blueair’s Classic yang telah diubah kini boleh didapati di Malaysia.

Lengkap dengan sistem pemantauan udara pintar yang baru dinamakan “Aware”, dengan rupa bentuk yang lagi mudah, meningkatkan kadar penghantaran udara yang bersih dan reka bentuk terbaru yang membolehkan aliran udara yang lebih baik dan beroperasi dengan lebih senyap untuk memastikan rumah anda selamat dari pencemaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kos pencemaran udara di Eropah pada tahun 2010 telah mencecah 1.6 trilion USD, kesan daripada pencemaran itu menyebabkan lebih kurang 600,000 berpenyakit dan kematian.

“Teknologi baru Blueair memberikan kawalan kepada pengguna ke atas udara yang mereka hirup. Ini menjadikan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera sangat mudah, seperti mempunyai sebuah robot penyedut habuk. Blueair Classic merendahkan cetusan bagi pesakit alahan atau lelah dengan membersihkan udara ruang dalam melalui pembasmian 99.97 peratus pencemaran, yang merupakan berita baik untuk pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang yang mereka sayangi,”

kata Karin Kruse, Pengurus Produk Global Marketing.

Mengikut laporan, WHO juga menganggarkan hampir 7 juta orang seluruh dunia meninggal dunia berpunca dari pencemaran udara pada 2012 sahaja. Asia Tenggara dan Pasifik Barat merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kesan pencemaran udara, dengan angka kematian mencecah 3.3 juta berpunca dari pencemaran ruang dalam dan 2.6 juta dari pencemaran udara luar rumah.

Dalam kajian EPA yang merangkumi enam komuniti di pelbagai kawasan di Amerika Syarikat mendapati kadar VOC ruang dalam adalah 10 kali lebih tinggi daripada luar rumah. Keadaan ini juga berlaku di lokasi-lokasi yang mempunyai sumber pencemaran udara yang tinggi seperti loji petrokimia.

Pembersih udara Blueair Classic telah direka untuk melindungi anda dan keluarga daripada pencemaran dalam rumah yang berbahaya.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan dalam model Classic yang baru ini termasuk motor yang lebih jimat tenaga, reka bentuk pengguna di bawah penutup bahagian atas yang akan berpusing dan menunjukkan panel elektronik yang boleh memaparkan jika penapis perlu ditukar, penunjuk Wi-Fi, penunjuk kuasa operasi, dan penunjuk tahap PM2.5 dan VOC (volatile organic chemicals) ruang dalam.

“Edisi baru Blueair Classic mencerminkan komitmen kami dalam menggunakan peluang rumah berhubung untuk memudahkan golongan pemilik rumah dan peniaga memanfaatkan udara yang lebih bersih dan sihat dalam kehidupan seharian.”

kata Karin Kruse.

Beliau juga menyatakan ciri-ciri yang baru dan manfaat yang ditawarkan oleh rangkaian produk Classic baru oleh Blueair mencerminkan pandangan pengguna dan pembersih udara perlu mudah-alih, tidak mengganggu dan boleh beroperasi semasa pengguna sedang tidur, bersenam, makan, bekerja, memasak, atau membaca buku semasa perjalanan.

Kesimpulannya, pembersih udara Blueair Classic mudah dikonfigurasi, mudah diselenggara, dan beroperasi dengan sangat baik. Ia merupakan pilihan tanpa was-was bagi pembersih udara kini yang ditawarkan di pasaran. Blueair menawarkan penyelesaian sedia pakai (plug-and-play) yang penting bagi semua rumah dan ruangan dalaman. Rangkaian produk Classic yang baru ini didatangkan dalam 3 model berbeza untuk dipadankan dengan semua keperluan ruang dan mudah didapati di seluruh negara melalui 43 lokasi seluruh negara.

Lawati Blueair untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh bernafas lebih baik.