5 Tabiat Buruk  Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

5 Tabiat Buruk Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

5 Tabiat Buruk Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

Tayar dan keselamatan jalanraya

Satu daripada tabiat buruk di kalangan rakyat Malaysia adalah keabaian mereka terhadap aspek-aspek keselamatan tayar, termasuk penjagaan dan penyelenggaraan. Pengguna-pengguna jalanraya sentiasa leka dan tidak menyedari bahawa tayar sebenarnya adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam memastikan keutuhan dan keselamatan kenderaan. Tiada gunanya jika kenderaan anda mempunyai sistem-sistem pembrekan yang tercanggih sedangkan tayar-tayarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Tambahan pula, tayar-tayar yang buruk atau tidak dijaga dengan baik hanya akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan sekaligus mengancam keselamatan anda.

1. Terlalu asyik dengan dunia diri sendiri

Sesetengah pemandu terlalu asyik dengan diri sendiri semasa memandu tanpa menyedari kemungkinan-kemungkinan yang tersembunyi di sekeliling. Jika anda terlalu asyik dengan penampilan diri dan sentiasa melihat ke arah cermin dalaman, anda mengundang kemalangan tanpa disedari! Tidak kisahlah mood anda baik atau tidak, kenderaan besar atau kecil, sila beri perhatian sepenuhnya semasa memandu. Dan jangan membiarkan musik lantang mengikis perhatian anda. Ingat, Semasa anda berada di jalanraya mana-mana pun, anda sedang menghadapi suatu situasi yang penuh dengan ketidaktentuan. Pelbagai kebahayaan berkemungkinan muncul dari kiri, kanan, depan atau belakang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tumpukan perhatian anda pada jalanraya, bukan keasyikan diri.

2. Mengabaikan keselamatan tayar

Keselamatan dan keselesaan memandu bergantung kepada kesihatan atau keberfungsian tayar-tayar kenderaan anda. Disiplinkan anda untuk memeriksa tekanan angin kesemua tayar termasuk tayar ganti, lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Tayar dengan angin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas semasa melalui kawasan lopak air. Tayar yang diisi dengan angin yang berlebihan akan menjejaskan kawalan cengkaman dan pengendalian kenderaan. Pastikan juga penyelarasan dan keseimbangan tayar-tayar kenderaan anda memenuhi kehendak-kehendak industri. Tayar-tayar yang sudah haus atau menunjukkan apa-apa saja tanda yang tidak menepati keperluan-keperluan keselamatan perlu diganti. Jika tidak, risiko tayar bocor, pancit atau meletup di tengah jalan adalah tinggi terutamanya ketika kenderaan anda bergerak pada kelajuan tinggi.

q

Daripada sejumlah 217 dan 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dalam Op Selamat 5/2014 dan Op Selamat 7/2015 masing-masing, 58 kes (26.7%) dan 106 kes (35%) daripadanya adalah disebabkan ‘kenderaan terbabas dan hilang kawalan’.

%

(2014)

%

(2015)

3. Memandu secara berbahaya

Salah satu tabiat yang perlu dihindari ialah memandu tanpa prihatin kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan-golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang suka berlumba atau memecut, yang tidak segan silu menyelit dan menghimpit, menukar lorong tanpa membuka signal (kebanyakannya satu amalan yang kronik), melanggar lampu isyarat merah, suka merapati kenderaan di hadapan (tindakan ini menyebabkan pemandu tidak berkesempatan untuk bertindak semasa kecemasan), dan tidak mematuhi peraturan-peraturan jalanraya secara umumnya. Kemalangan sebenarnya memang boleh dielakkan sekiranya anda memandu dengan cara-cara yang betul dan selamat. Memandu secara berbahaya bukan sahaja membahayakan diri anda, ianya juga mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

q

Menurut statistik yang diumumkan oleh JPJ, terdapat sejumlah 476,196 and 489,606 kes kemalangan jalanraya bagi tahun 2014 and 2015, yang melibatkan 6,674 dan 6,706 kes kematian masing-masing.

6,674

Kes kematian (2014)

6,706

Kes kematian (2015)

4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Populariti telefon bimbit di zaman moden ini juga membawa padah kepada pemandu-pemandu yang leka. Perhatian anda akan terpesong tidak kiralah anda sedang bercakap tanpa menggunakan alat komunikasi bebas tangan atau menyemak mesej-mesej pada skrin sesentuh. Menaip dan menghantar mesej semasa memandu adalah perkara yang paling berbahaya! Pada keseluruhannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sememangnya membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan pemandu-pemandu muda adalah yang paling berisiko kerana kegemaran mereka bermain dengan telefon bimbit semasa memandu.

q

Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu.

1,364

Kes kemalangan harian semasa Hari Raya Aidilfitri (2015)

5. Tidak proaktif menghadapi sebarang kemungkinan

Untuk berlayak digelar seorang pemandu yang bertanggunjawab and berprihatin, anda perlu melengkapi diri anda dengan persediaan-persediaan tertentu semasa memandu. Ini termasuklah persediaan fizikal (pastikan anda tidak mengantuk), tidak memecut di persimpangan, perlahankan kenderaan anda di susur-susur keluar atau masuk di mana trafik bergabung, bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, sentiasa peka dengan kemunculan pejalan-pejalan kaki di tempat-tempat tertentu, memakai tali keledar sepanjang masa tidak kira sejauh manapun jarak perjalanan anda, tidak mengikuti terlalu rapat kenderaan di hadapan terutamanya kenderaan berat, tidak memandu dalam keadan-keadaan cuaca yang bahaya (sila tangguhkan perjalanan demi keselamatan anda), tidak menggunakan kenderaan yang sudah bermasalah mekanikal, bersabar dan menghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Kebolehan dan kepekaan anda membaca tindakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain mampu mengelakkan kecelekaan!

Tip-tip keselamatan tayar:

  • Periksa jangka hayat tayar. Tayar-tayar yang sudah berusia melebihi 6 tahun adalah tidak sesuai untuk digunapakai.
  • Pastikan anda mempunyai tayar yang betul dan selamat pada kenderaan anda. Ianya mestilah serasi dengan spesifikasi-spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
  • Jenama tayar, saiz dan corak bunga mestilah sama pada setiap gandar. Penggantian tayar seharusnya melibatkan sekurang-kurangnya sepasang atau keempat-empat sekali untuk pengendalian kenderaan yang konsisten.
  • Periksa keadaan keseluruhan tayar, termasuk dinding sisi dalaman dan luaran untuk memastikannya tiada tanda-tanda mengelupas, membuncit atau meretak.
  • Periksa tahap kehausan atau kedalaman bunga tayar. Kesihatan bunga tayar mempengaruhi pembrekan, pengendalian dan pemecutan kenderaan anda, terutamanya semasa memandu dalam keadaan-keadaan cuaca basah.

  • Periksa tekanan angin atau kandungan angin bagi semua tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kandungan angin tidak boleh terlalu tinggi atau rendah kerana ini akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan keselamatan pemandu.
  • Periksa juga tayar ganti. Pastikan ianya masih dalam keadaan yang baik seperti angin masih mencukupi kerana ‘tayar insurans’ ini perlu digunakan dalam kecemasan.
  • Jalankan penyelarasan dan keseimbangan roda untuk memastikan keselesaan memandu (contohnya apabila system suspensi terpelihara sebegini) dan jangka hayat tayar masih di dalam kawalan.
  • Utamakan keselamatan anda semasa menukar tayar dalam kecemasan. Alihkan kenderaan anda ke tempat yang lebih selamat (jika masih boleh berbuat demikian) dan pasangkan lampu kecemasan sebelum tayar ditukar.

Nikmati Promosi Hari Raya MICHELIN untuk menceriakan sekeluarga

Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah dengan promosi (sehingga 8 Julai 2016) hebat MICHELIN yang menawarkan sebuah beg pakaian MICHELIN dengan pembelian empat (4) tayar MICHELIN bersaiz 15″ dan ke bawah ATAU sehelai selimut berkelah MICHELIN dan beg pinggang dengan pembelian empat (4) tayar MICHELIN bersaiz 18″ dan ke atas. Tambahan pula, anda juga berpeluang memenangi tiket ke MICHELIN Pilot Experience 2016 di Litar Antarabangsa Sepang. Sila layari http://www.facebook.com/MichelinMalaysia untuk perkembangan-perkembangan terbaru.

Nota penghargaan:

  • Tip-tip keselamatan jalanraya sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah sumbangan daripada Michelin.
  • Ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan servis yang ditawarkan oleh Michelin, termasuk tip-tip keselamatan tayar and aspek-aspek lain di http://www.michelin.com.my/Learn-share/Safety-tips/
  • Pencegahan adalah ubat yang terbaik.

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Seorang individu dewasa hanya mampu memberikan tumpuan selama 20 minit

Adakah pembentangan anda mampu mencuri tumpuan mereka selama itu?

Ia adalah satu fakta bahawa gaya hidup digital yang moden mengurangkan keupayaan kita untuk kekal fokus pada satu tugas, terutamanya dalam persekitaran yang bukan digital. Satu kajian Microsoft dikeluarkan tahun lepas mendapati tahap tumpuan manusia secara purata hanya lapan saat, lebih rendah daripada seekor ikan emas iaitu 9 saat! Syukur, tumpuan seterusnya yang juga dikenali sebagai perhatian fokus, adalah lebih lama – secara puratanya selama 20 minit secara – dan berulang kali memberi tumpuan kepada perkara yang sama, dan akhirnya, kita selesai melakukannya.

Namun, lambakan maklumat secara berterusan menyebabkan kita menjadi kurang reaktif serta tidak lagi mampu bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Jika anda hadir dalam mesyuarat, taklimat atau pembentangan tradisional dengan pembentang atau penyampai berdiri di hadapan dan hanya berceramah manakala selebihnya hanya mendengar, hadirin tidak akan fokus dan leka dengan aktiviti lain seperti melukis sewaktu pembentangan atau sering memeriksa telefon bimbit. Anda akan sukar mengekalkan tumpuan mereka walaupun hanya selama 20 minit. Interaktiviti penting untuk mengekalkan perhatian dan penglibatan semua orang. Dan hanya peralatan daripada Epson mampu menyempurnakannya iaitu projektor yang interaktif.

Interaktiviti sebagai aktiviti utama

 

Sememangnya diakui, penglibatan hadirin atau penonton merupakan kaedah yang tiada gantiannya dalam kemahiran pembentangan yang berkesan. Pembentangan yang berkesan melibatkan langkah dan peralatan yang betul untuk ‘menghidupkan’ sesuatu pembentangan korporat.

Projektor sangat penting dalam pembentangan kerana ia merupakan peralatan yang membolehkan perkongsian idea-idea utama, carta, gambar mahupun klip video. Namun, tidak semua projektor mempunyai fungsi sama. Sesetengah projektor mengeluarkan haba panas malah berbunyi bising dan memerlukan bilik yang sesuai kerana mempunyai pancaran yang tidak jelas. Ada sesetengah projektor yang lain, penggunanya membolehkan penglibatan diri secara aktif dengan imej yang dipaparkan dan kandungan dapat diedarkan kepada penonton dengan serta-merta melalui cetakan atau e-mail.

EB-1430Wi/1420Wi

EB-595Wi/585Wi/575Wi

EB-536Wi

Dicipta oleh mereka yang arif tentang projektor interaktif dan diiktiraf sebagai jenama projektor No. 1 dunia selama 15 tahun berturut-turut, projektor interaktif Epson mampu mewujudkan persekitaran yang lebih interaktif dalam memperhebatkan pembentangan yang lebih menarik dan produktif. Ciri utamanya ialah kebolehan transformasi imej yang dipaparkan kepada papan besar dengan pembentang bebas mencatit atau menganotasi menggunakan pen interaktif.

Pen ini berfungsi sebagai Stylus Pen dan boleh digunakan di atas papan putih untuk menulis dan mencatat nota dalam pelbagai warna seperti pen marker biasa.

Projektor ini juga boleh digunakan dengan hanya menyentuh skrin dengan jari – termasuk membuka dan menutup fail, memeriksa laman, mengezum masuk and keluar serta memutar imej dan menulis nota.

Bayangkan generasi iPad masa hadapan dengan projektor maju berciri Samsung Note Stylus pada skrin. Hebat!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Projektor Interaktif Epson ini,

Idea datang mencurah-curah!

Dalam mod interaktif bebas PC, dua individu boleh menulis serentak pada paparan, dengan dua pen interaktif berfungsi pada waktu yang sama untuk penglibatan yang lebih banyak. Projektor tersebut boleh menampung sehingga enam sentuhan jari dan dua pen interaktif secara serentak. Hasilnya ia meningkatkan kesan perbincangan atau perkembangan idea ke tahap seterusnya.

Bayangkan idea yang banyak secara pantas dapat dikongsi dan rancak dibincangkan di skrin

Pendekatan revolusional ini menghapuskan halangan di antara pembentang dan peserta. Apabila ramai peserta bebas menulis serentak, pembentangan mendapat lebih maklum balas dan peserta lebih bekerjasama. Malah peserta lebih produktif dengan penglibatan di antara satu sama lain yang lebih banyak dan memperolehi hasil yang lebih baik.

Satu projektor menghubungkan semua

Dalam usaha merancakkan penglibatan dalam kumpulan, projektor keluaran terkini Epson boleh menyambungkan 50 peranti seperti komputer riba, telefon pintar dan lain-lain, dengan terminal berfungsi sebagai moderator utama.

Moderator kumpulan ini boleh memaparkan kandungan sehingga empat peranti serentak ke skrin besar untuk menghubungkan peserta bersama-sama menilai pembentangan, melakukan diskusi berkumpulan malah perbincangan yang lebih meluas dan menjana hasil berwawasan.

Perkongsian amat mudah. Peserta boleh mengakses kandungan melalui link URL daripada komputer ataupun peranti pintar yang lain. Mod whiteboard membolehkan output hasil mesyuarat sehingga 50 muka surat dalam format pilihan anda, sekaligus menghapuskan kebimbangan anda mengenai kekurangan ruang. Peserta juga tidak lagi membuang masa untuk membandingkan nota. Tidak perlu risau lagi akan kehilangan maklumat

Bilik kecil atau tiada bilik? Tiada masalah

Projektor ini mampu memaparkan imej terang dan besar walaupun di dalam bilik mesyuarat yang kecil. Pada asasnya, mereka boleh memaparkan imej pada mana-mana permukaan rata seperti dinding, papan putih dan ruang interaktif, tanpa sebarang perisian tambahan – anda tidak perlu lagi mencari bilik mesyuarat yang besar untuk mengadakan sesi perjumpaan yang tidak terancang.
Penyediaan projektor ini sangat mudah dengan ciri “plug-and-play”, pelarasan auto satu kali dan pelarasan resolusi secara automatik. Dan tiada sebarang wayar digunakan.

Selain itu, dengan unjuran ‘short-throw’, cahaya yang dipancarkan daripada projektor interaktif ini tidak menggangu kerana ia tidak bersinar pada penyampai. Ia memastikan suasana pembentangan lebih selesa berbanding konsep lama pembentangan sebelum ini. Gangguan bayang-bayang juga dikurangkan bagi memastikan penyampai memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada peserta.

Epson komited memastikan produk mengekalkan kelestarian, dan ciri-ciri mesra alam terbina dalam projector interaktif. Pemilihan bahan-bahan – kanta-plumbum, penutup plastic tidak bercat, bebas klorin/ bromin kalis api – direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar.

Projektor ini hanya gunakan kuasa yang tidak melebihi 0.44W dalam mod siap sedia. Ciri Light Optimiser yang mesra alam mempunyai sensor yang mengesan tahap kecerahan persekitaran dan kawalan pelarasan cahaya secara automatik, sekaligus menjimatkan penggunaan kuasa dan kos. Fungsi ini boleh dihidup atau dimatikan mengikut pilihan anda. Dengan hayat lampu sehingga 10,000 jam dalam mod mesra alam, kekerapan gantian lampu yang mahal juga dapat dikurangkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Projektor Interaktif Epson ini,

Pakai Tali Pinggang Keledar!

Pakai Tali Pinggang Keledar!

Pakai Tali Pinggang Keledar!

Apa yang perlu anda tahu tentang keselamatan anak-anak sebagai ibu bapa.
MAKLUMAT LANJUT

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak adalah sangat penting. Kenderaan-kenderaan moden pada hari ini dibina dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih. Semuanya direka demi memastikan anda dan keluarga sentiasa selamat.

Di sini terdapat beberapa ciri kenderaan yang membantu memastikan anak anda kekal selamat:-

Sistem brek anti-kunci (ABS)

Sistem ini menghalang roda daripada terkunci apabila brek ditekan kuat secara tiba-tiba dan membolehkan anda mengendalikan kereta dengan lebih selamat.

Electronic Stability Control (ESC)

ESC membantu menghalang kenderaan daripada mengalami masalah understeering dan oversteering dalam situasi-situasi yang ekstrem. Pemandu juga boleh membrek ketika perlu, memutuskan kuasa daripada enjin – atau melakukan kedua-duanya pada masa yang sama.

Beg Udara

Beg udara membantu menahan impak sewaktu berlaku kemalangan, namun ia hanya akan berfungsi jika tali pinggang keledar dipakai. Jadi, jangan lupa memakai tali pinggang keledar.  Lagi satu, jangan letak benda-benda kecil di atas papan pemuka kerana ia boleh bertukar menjadi senjata berbahaya apabila beg udara diaktifkan.

Area View atau Rear Assist

Sistem ini  melibatkan kamera yang diletakkan secara strategik dan memberikan pemandu pandangan lebih jelas pada titik-titik buta di sekeliling kenderaan. Kamera ini juga membantu anda untuk melihat sekiranya anak berada di belakang kenderaan.  

Isofix

Pemasangan tempat duduk kanak-kanak dengan betul adalah penting bagi memastikan anak anda tidak terhumban ke hadapan jika berlaku kecemasan.  Sistem keselamatan kanak-kanak, ISOFIX membolehkan anda memasang tempat duduk kanak-kanak pada bahagian atas tether dan poin cagak yang bersambung dengan chasis kenderaan, sekali gus membuatkannya sangat selamat.

Ketika kenderaan bergerak, pastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang perjalanan. Semua penumpang dewasa mesti memakai tali pinggang keledar. Sementara kanak-kanak berada di tempat duduk keselamatan, sebaik-baiknya menghadap ke bahagian belakang. Leher kanak-kanak adalah lemah dan lebih terdedah kepada kecederaan piat (whiplash) jika berlaku kemalangan. Maka,  dengan duduk menghadap ke bahagian belakang, ia membantu mengurangkan impak piat.

Akhir sekali, pupuk tabiat keselamatan jalan raya ke dalam minda anak-anak anda.