Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai melalui SSPN-i Plus

Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai melalui SSPN-i Plus

Apakah SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus adalah satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menggalakkan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak anda. Dengan kata lain, penabungan yang anda buat sekarang akan menyokong pendidikan tinggi anak anda pada masa hadapan. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i yang sedia ada dengan menggabungkan penabungan pendidikan dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

Konsep SSPN-i Plus

SSPN-i Plus mengamalkan konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Ia merupakan satu pelan simpanan yang patuh syariah dengan enam pakej untuk memenuhi keperluan anda. Satu berita yang menggembirakan ialah pakej Intan yang diperkenalkan pada 6 Mei 2016 kini boleh dinikmati dengan hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan.

Pakej simpanan

Pada keseluruhannya, SSPN-i Plus menawarkan enam pakej yang berbeza sebagai pilihan kepada pelanggan mengikut kemampuan. Pakej tersebut adalah Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam and Berlian.

Keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan

Melalui SSPN-i Plus yang dijamin oleh kerajaan ini, anda berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000 setahun.

Siapa yang layak menikmati pelepasan taksiran cukai?

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas SSPN-i Plus boleh dinikmati oleh pendeposit (ibu bapa atau ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang) yang menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus untuk penabungan pendidikan tinggi anak mereka. Pengiraannya adalah tertakluk kepada simpanan bersih (simpanan tolak pengeluaran) tahun semasa dengan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun, iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP. Bagi ibu bapa (suami isteri) yang mempunyai akaun SSPN-i Plus dan memfailkan taksiran cukai secara berasingan, mereka layak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setiap seorang. Tarikh akhir untuk menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan ini adalah 31 Disember 2016. Sila rujuk kepada Seksyen D (Pelepasan) pada Borang LHDN semasa anda memfail cukai pendapatan anda untuk menikmati keistimewaan ini.

Contoh pengiraan simpanan bersih:

Sekiranya anda mempunyai baki simpanan sebanyak RM4,500 pada tahun lalu dan menyimpan RM3,000 dan mengeluarkan RM1,000 tahun ini, simpanan bersih tahun semasa anda adalah RM2,000. Dan simpanan bersih ini akan digunakan untuk pengiraan pelepasan taksiran cukai pendapatan.

  • Baki simpanan tahun lalu = RM4,500
  • Simpanan tahun ini = RM3,000
  • Pengeluaran tahun ini = RM1,000
  • Simpanan bersih tahun semasa = RM3,000 (simpanan) – RM1,000 (pengeluaran) = RM2,000 (simpanan bersih)

Dividen juga dikecualikan cukai!

Satu lagi kelebihan SSPN-i Plus ialah kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Siapa yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?

Pendeposit SSPN-i Plus mesti merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sehingga mencapai 64 tahun. Penerima manfaat mestilah juga warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun. Penerima manfaat boleh terdiri daripada diri sendiri/ anak/ anak jagaan yang sah. Bagi individu belum berkahwin, anda juga layak membuka akaun diri sendiri dengan syarat umur anda berada dalam kategori 18 – 64 tahun tetapi anda tidak layak menikmati pengecualian taksiran cukai dalam situasi ini. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun SSPN-i Plus untuk setiap penerima manfaat. Walau bagaimanapun, pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i Plus bagi penerima manfaat yang sama.

Untuk pertanyaan lanjut:

Sila layari portal rasmi PTPTN

atau hubungi Careline PTPTN di talian

03 – 2193 3000

untuk maklumat lanjut.

Masa telah tiba, Pertembungan harga paling hebat antara DAISO & MR.D.I.Y pada November ini

Masa telah tiba, Pertembungan harga paling hebat antara DAISO & MR.D.I.Y pada November ini

Masa Telah Tiba, Pertembungan Harga Paling Hebat Antara DAISO & MR.D.I.Y. Pada NOVEMBER Ini.

Jualan RM5 yang sama di Daiso & MR.D.I.Y. bagi nilai terhebat untuk setiap sen yang anda belanjakan.

Menjadi pengguna yang bijak memilih dan membeli namun perbandingan harga antara jenama yang berlainan akan memakan masa yang panjang. Usah risau, kerana kami telah membuat sedikit ulasan demi kesenangan anda.

Untuk bulan November ini, MR.D.I.Y. pasti membuat anda berasa gembira dengan promosi hebat RM5 melalui potongan harga setanding dengan tawaran Daiso.

Kami telah meneliti beberapa produk dan harga daripada kedua-dua jenama ini untuk satu pertarungan sengit pada bulan November ini.

Baldi

Misi kami bermula dengan barangan kegunaan harian iaitu baldi. Dengan harga RM5 yang sama, kami terkejut dengan perbezaan saiz bagi kedua-dua jenama ini. Baldi MR.D.I.Y.  dua kali lebih besar daripada baldi yang kami beli di Daiso. Bagaimana pula dengan kualiti mereka? Jadi kami menghentak kedua-dua baldi ini dengan kuat untuk mencuba ketahanan baldi ini. Keputusannya, baldi yang dijual di MR.D.I.Y. lebih tahan lasak berbanding baldi Daiso.

Botol Air

Kedua-dua botol ini tidak menunjukkan perbezaan yang besar. Namun pada harga yang sama, botol air MR.D.I.Y. lebih menonjol dengan kapasiti 2.5 liter berbanding botol 1.6 liter daripada Daiso. Kami menyedari bahawa kedua-dua botol ini boleh digunakan di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, botol air MR.D.I.Y. mempunyai pemegang mudah alih yang lebih selesa dan besar berbanding air botol Daiso lebih sesuai digunakan untuk di dalam rumah.

Papan Pemotong

Papan pemotong Daiso mempunyai permukaan yang sedikit besar berbanding papan pemotong MR.D.I.Y. pada gambaran yang pertama. Namun papan pemotong MR.D.I.Y. nampak lebih meyakinkan dengan ketebalan yang sangat besar. Rekabentuknya juga lebih menarik kerana ianya diperbuat daripada buluh. Sementara itu, papan pemotong Daiso yang diperbuat daripada plastik lebih ringan dan lebih mudah dicuci dan dikeringkan.

Berus Tandas

Semasa kami memeriksa label berus tandas Daiso, kami mendapati ianya diperbuat daripada span Tawashi yang kelihatan rapuh. Keraguan kami teruji lagi apabila kami menyedari kepala penyambungnya mudah tercabut dalam situasi yang lasak. Kami juga memberus tandas untuk menguji ketahannya. Kami berpuas hati dengan kelasakannya. Berus tandas MR.D.I.Y. juga dilengkapi tapak penakung sebagai bonus. Sementara itu, berus tandas Daiso yang berbentuk sedikit condong di bahagian hujungnya memudahkan pengendalian bahagian-bahagian mangkuk tandas yang sukar dicapai.

Jam Dinding

Kedua-dua jam dinding ini menunjukkan rekabentuk analog yang hampir sama. Satu perbezaan yang cukup ketara ialah jam dinding MR.D.I.Y. sedikit besar berbanding jam dinding yang kami beli dari Daiso.

Mangga Kunci

Apa keistimewaannya di sini, sekiranya anda melihat kepada rekabentuk dan saiz yang berlainan? Mangga kunci Daiso yang terdapat di sini pada kebiasaanya digunakan untuk mengunci bagasi dan beg-beg perjalanan manakala mangga kunci MR.D.I.Y. dengan harga yang sama, sesuai digunakan untuk mengunci pintu dan pintu pagar. Dari segi perbandingan harga bagaimana anda akan memaksimumkan setiap sen yang anda belanja, anda akan mendapat pulangan yang lebih berbaloi dengan memilih MR.D.I.Y.

Pita Pembetulan

Sekilas pandang harga adalah sama bagi kedua-dua jenama ini. Tetapi kami telah jumpa sesuatu kelainan apabila MR.D.I.Y. telah menberi enam unit pita pembetulan manakala Daiso hanya satu unit sahaja.

Bagi menguji kualiti ke atas kedua-dua pita pembetulan ini, kami mendapati tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenama. Dari segi kandungan pita, kedua-duanya memberikan ukuran panjang yang lebih kurang sama. Satu keistimewaan menarik di sini ialah pita pembetulan Daiso boleh diisi semula dengan pita-pita gantian yang dijual di kedai-kedai Daiso.

Peralatan Tulis

Peralatan tulis yang kami perolehi dari Daiso terdiri daripada satu set pensil (4 unit) jenama sendiri. Namun apabila kami mengunjungi ke MR.D.I.Y. dengan membayar harga yang sama iaitu RM5, kami mendapat tawaran yang jauh lebih baik dengan kandungan set yang terdiri daripada enam batang pensil 2B, tiga pemadam (2 daripadanya boleh dipasang pada hujung pensil), satu pembaris dan pangasah pensil. Apa yang lebih menggembirakan kami adalah jenama peralatan tulis Faber-Castell yang terkemuka manakala peralatan tulis Daiso membawa jenama dalaman sendiri.

Sarung Kaki

Kami kemudian beralih ke produk yang seterusnya iaitu sarung kaki. Dengan harga yang sama, kami memperolehi tiga pasang sarung kaki dalam satu set dari kedai MR.D.I.Y. tetapi kami agak terkilan dengan tawaran satu pasang sahaja dari kedai Daiso. Perbandingan kualiti tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenama ini.

Kosmetik

Kami memperolehi lima berus kosmetik dalam satu set dari kedai Daiso dengan bekas pembawanya sekali untuk keselesaan mudah-alih. Walaupun berus kosmetik MR.D.I.Y. tidak disertakan dengan bekas pembawa, tetapi mengandungi enam unit dalam set, satu unit lebih daripada Daiso! kami mendapati berus kosmetik Daiso kelihatan mudah rapuh dan tidak tahan lasak. Sebaliknya, produk yang sama daripada MR.D.I.Y. menunjukkan kualiti yang lebih kukuh dengan cara pembuatan yang lebih baik.

Kesimpulannya, produk-produk MR.D.I.Y. adalah pemenang dalam perbandingan ini. Kami tahu bahawa Daiso menawarkan kesemua produk ini untuk sepanjang tahun namun ia tidak dapat menandingi MR.D.I.Y. dari segi pulangan nilai bagi setiap sen yang anda belanja. Ingat, promosi MR.D.I.Y. hanya berlangsung satu bulan sahaja di bulan November ini. Jadi, kunjungilah MR.D.I.Y. bagi merebut peluang ini.

Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa  sahaja

Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Bijak dan mudah dengan bayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘cashless’ dan ‘online’

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan pembayaran balik secara online untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran ‘online’ dan ‘cashless’ merupakan cara yang paling cepat, mudah, selamat, praktikal dan bijak dengan menggunakan kepintaran teknologi informasi dan komunikasi masa kini yang berasaskan internet.

Komputer atau telefon mudah alih, mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Transaksi tersebut kini boleh dilakukan melalui sama ada komputer atau telefon mudah alih, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda digalakkan untuk mengunakan akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan kewangan tertentu yang anda punyai untuk pembayaran balik pembiayaan PTPTN seperti akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit.

Saluran terbaru – JomPAY

Satu lagi pilihan bijak adalah melalui JomPAY, satu kemudahan bayaran balik pinjaman yang percuma, cepat, mudah dan selamat. Anda boleh melakukan transaksi pembayaran balik melalui mana-mana bank (40 bank) secara mudah melalui kemudahan ‘Internet & Mobile Banking’ (Perbankan Internet & Mobil) dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur. Tidak kira di mana anda berada, transaksi ini sentiasa bersedia di sisi anda untuk kemudahan maksimum anda. Dengan JomPAY, anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan cek atau wang tunai dan tidak perlu ke bank atau pusat PTPTN untuk menyelesaikan bayaran balik. Pembayaran online adalah cara yang paling menjimatkan masa dan menjamin produktiviti anda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, ia disediakan secara percuma!

Manual Pengguna JomPAY

40 bank terlibat

40 bank yang menyediakan kemudahan pembayaran balik secara online adalah Affin Bank, Affin Islamic, AmBank, AmBank Islamic, Alliance Bank, Alliance Islamic Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank of America Merrill Lynch, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNP Paribas, BSN, MUFG, CIMB Bank, CIMB Islamic, Citibank, Deutsche Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, HSBC, HSBC Amanah, ICBC, JP Morgan, Kuwait Finance House, Mizuho, Maybank, Maybank Islamic, OCBC Bank, OCBC Al-Amin, Public Bank, Public Islamic Bank, RBS, RHB Bank, RHB Islamic Bank, SMBC, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq dan UOB.

Untuk senarai bank yang terlibat

Untuk melayari portal bank yang terlibat secara terus, sila klik ikon bank yang tertera untuk membuat pembayaran

Tanggungjawab peminjam

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah (Ujrah), perlindungan takaful, cukai setem cukai hasil dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.

Tempoh mula bayaran balik pinjaman

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Kemaskini Maklumat

Untuk memastikan transaksi bayaran balik pembiayaan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen atau pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Bayar online dan cashless tanpa was-was

Kesimpulannya, pembayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘online’ dan ‘
‘cashless’ adalah cara yang terbijak dan praktikal kerana ia paling mudah, cepat dan menjimatkan masa, di samping selamat dan percuma.

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

ULASAN LINE WALKER

oleh Ezli Qamari

Filem drama jenayah Hong Kong sudah tidak sehebat dulu lagi & filem² yang asalnya dari tv selalunya menemui jalan buntu di boxoffice setelah menjalani peralihan ke layar. Bolehkah ‘Line Walker’ mengubah persepsi itu & mengembalikan kegemilangan filem Hong Kong?

Polis penyamar Ding Jie (Charmaine Sheh) menerima mesej sulit dari Blackjack, seorang pengintip polis yang menyamar dalam dunia kongsi gelap. Bersama dengan Inspektor Q (Francis Ng), Ding perlu mencari siapakah pengirim sebenar mesej sulit tersebut sebelum identitinya terbongkar oleh penjahat. Keadaan menjadi lebih rumit dengan kembalinya ketua kongsi gelap Foon Hei Gor (Hui Shiu-Hung) yang memaksa Lam (Nick Cheung) & Shiu (Louis Koo) ke Rio de Janeiro untuk urusan jual beli dadah.
Sebagai seorang yang tidak pernah menonton satu pun episod tv ‘Line Walker’ yang menjadi kegilaan ramai pada tahun 2014, saya memasuki pawagam dengan sedikit info dari bacaan internet & rujukan dari kawan yang pernah menontonnya. Akibat dari menonton sebuah filem dari tv yang gagal beberapa tahun lalu, filem ini ditonton dengan harapan yang sangat tipis.

Suku pertama filem ini memperkenalkan karakter² utamanya & berjaya diselang-seli dengan jenaka yang dibawa dengan baik oleh Charmaine Sheh sebagai Ding Jie yang comel & suka bergurau dalam menjalankan misi. Dengan sekelip mata, tone filem ini berubah menjadi sangat serius & ceritanya berubah 100% ke arah kisah Lam & Shiu. Persahabatan & pengorbanan mereka berdua mula goyah apabila mereka mengesyaki satu sama lain, kita tidak pasti adakah mereka betul² setia ataupun bermain dengan minda masing².

Walaupun kali pertama mengarah filem, Jazz Boon yang dulunya penerbit siri tv ‘Line Walker’ berjaya menarik perhatian penonton ke dalam dunia polis-penjahat membuatkan anda menumpu sepenuh perhatian pada penceritaan. Di tambah pula dengan penulisan mantap Cat Kwan membuatkan anda berdebar² & tertanya² apakah akan terjadi dibabak seterusnya kerana mereka berjaya membuat anda tertekan meneka siapakah polis pengintip & siapakah penjahat.

Pengarah sinematografi Kenny Tse & penyunting filem Azrael Chung juga amat bijak bermain dengan babak drama mahupun aksi & keserasian bekerjasama dengan pengarah aksi Chin Ka-Lok, membuatkan babak pertempuran di Brazil amat mengagumkan & sangat sesuai pada masanya kerana Olimpik 2016 sedang berlangsung di Rio.

Akhir kata, filem ‘Line Walker’ boleh diterima sebagai filem standalone kepada mereka yang tidak menonton siri tv & boleh juga menjadi sekuel kepada peminat sedia ada. Plot filem ini tidak ubah seperti filem² pengintip sebelumnya seperti ‘Infernal Affairs’ tetapi ia berjaya memberi kepuasan yang lama ditagih peminat filem. ‘Line Walker’ sama seperti ‘Cold War 2’ berjaya mengembalikan kegemilangan filem Hong Kong yang semakin pudar kerana terlalu mengikut gaya & perundangan filem China.

Saksikan ‘LINE WALKER’ di pawagam berhampiran mulai 11hb Ogos 2016.

Zaman kanak-kanak pereka Pokémon rahsia ilham watak utama

Zaman kanak-kanak pereka Pokémon rahsia ilham watak utama

Zaman kanak-kanak pereka Pokémon rahsia ilham watak utama

Pokémon telah sekali lagi menjadi hangatan global, dan francais ini mungkin layak menerima perhatian tersebut, menjayakan ulang tahunnya yang ke-20. Pada penghujung 90-an, Nintendo telah melancarkan dua permainan video Pokemon, Red dan Blue. Kedua-dua versi tersebut direka hampir sepenuhnya oleh Satoshi Tajiri, pengasas syarikat Game Freak yang menerbitkan majalah hiburan permainan video pada masa itu. Selepas mencadangkan idea kepada Nintendo, Satoshi diberi modal pelaburan, dan terus mereka salah satu ikon paling popular dalam dunia hiburan moden, Pokémon.

Keputusan paling sukar yang pernah saya ambil. Charmander masih pilihan saya!

Apakah yang menjadikan Pokemon begitu menarik?

Realiti kehidupan zaman kanak-kanak

Keseluruhan francais Pokémon diilhamkan oleh Satoshi melalui hidupnya sendiri. Watak yang dikenali sebagai Red dalam permainan Pokemon adalah Satoshi semasa zaman kanak-kanak. Plot permainan dalam Pokémon Red dan Blue bermula dari Pallet Town, dan pemain akan meneruskan perjalanan ke serantau wilayah Kanto berlatar-belakangkan muzik nostalgik dan meneroka dunia imaginasi Satoshi pada masa kecil. Nama ‘Pokémon’ berasal dari ‘Pocket Monsters’ yang  bermaksud raksasa poket, kerana permainan Pokemon pada mulanya diperkenalkan kepada Gameboy, peranti mudah alih yang boleh disimpan di dalam poket. Namun begitu, kisah ini menjadi lebih menarik apabila kita teliti kehidupan Satoshi Tajiri beberapa dekad yang lalu.
Semasa masih kecil, Satoshi kerap menghabiskan masa luar rumah untuk menangkap and mengumpul serangga dan binatang-binatang kecil. Beliau sering tertarik kepada variasi serangga yang ada di kawasan persekitarannya kerana setiap kali beliau berjalan ke tasik, serangga air akan muncul, dan setiap kali beliau mengangkat kayu-kayu kecil, serangga kayu akan muncul. Satoshi akan menangkap serangga-serangga tersebut dan menyimpan mereka di dalam poketnya. Beliau telah berjaya menerapkan elemen explorasi dan penemuan yang sama dalam permainan Pokémon, di mana pemain hanya akan berjumpa dengan Pokémon di dalam semak-samun, gua, dan kolam-kolam air.  Selain watak utama, pemain juga akan berjumpa dengan watak Bug Catcher bermaksud Penangkap Serangga bernama Tajiri. Nama samaran Satoshi semasa kecil adalah “Dr. Bug” bermaksud Doktor Serangga.

Satoshi Tajiri

Satoshi Tajiri

Pereka Pokémon & CEO Game Freak

Variasi karya watak utama sepanjang evolusi permainan Pokémon

Masih ingat watak Bug Catcher?

Inspirasi dan imaginasi

Satoshi dibesarkan di bandaraya Machida, sebahagian besar metropolis Tokyo, dan terletak di bahagian tengah wilayah Kanto di Jepun. Dalam generasi pertama permainan Pokémon, pemain akan berada di sebuah kawasan yang namanya dianggap sebagai Indigo, kerana wujudnya Indigo Plateau, namun Nintendo telah mengumumkan bahawa kawasan itu bernama Kanto. Wilayah Kanto dalam permainan Pokemon ini bukan sahaja sama dari segi sebutan, malah sama dari segi geografi. Pemain akan bermula di Pallet Town, sebuah bandar kecil yang menyerupai bandar Shimoda, tempat asal Satoshi. Pemain juga akan menjelajah ke Celadon, sebuah bandaraya pesat membangun yang menyerupai Shijunku, pusat komersial Tokyo. Gaya hidup di sini agak berbeza, dan Satoshi sentiasa mengingati perubahan yang dialami oleh kampung halamannya. Beliau sedih apabila banyak tempat-tempat yang beliau sering kunjungi untuk menangkap serangga telah digantikan dengan bangunan-bangunan moden.

Wilayah Kanto - Saya juga banyak menghabiskan masa dalam versi digital tempat ini.

Ibu Satoshi merupakan suri rumah pada masa itu, dan bapanya bekerja untuk Nissan. Semasa membesar, terdapat beberapa perbezaan pendapat antara Satoshi dan bapanya. Bapanya mahu Satoshi menjadi seorang juru elektrik, namun beliau tidak gemar bidang tersebut. Beliau juga menghidap penyakit sindrom Asperger, dan para peminat telah membuat spekulasi bahawa penyakit tersebut merupakan punca hobi mengumpul serangga dan ketidak- serasian dengan bapanya. Dalam permainan tersebut, di dalam rumah watak utama, hanya ibunya kelihatan, dan bapanya tiada di rumah. Pemain akan mengalahkan bapanya dalam pertandingan Pokémon selepas beberapa peringkat.

Tiada realiti masa dalam permainan Pokémon, watak utama tidak akan tidur, makan atau berehat. Ini mungkin kerana cara Satoshi bekerja. Beliau gemar berehat selama 12 jam dan bekerja untuk 24 jam seterusnya. Beliau terbiasa dengan bekerja berterusan, dan masih bekerja seperti ini sehingga kini.

Ayah tiada di rumah?

Bandar Shimoda, atau Pallet Town dalam Pokémon. 

Gotta catch 'em all!

Namun begitu, watak utama Pokémon yang lebih dikenali ramai ialah Ash Ketchum. Watak ini muncul dalam program televisyen Pokémon yang menceritakan pengembaraan Ash Ketchum untuk menjadi jurulatih Pokémon terhebat. Nama Ash Ketchum dipetik dari versi Jepun rancangan tersebut, iaitu ‘Satoshi’ juga.

Nama akhir “Ketchum” berasal dari slogan rancangan tersebut iaitu, “Gotta catch ém all!”.

Shigeru Miyamoto

Shigeru Miyamoto

Pereka Super Mario Bros, Nintendo

Kelihatan bersama, Ash Ketchum bersama saingannya, Gary. 

Plot rancangan popular ini yang ditayangkan di serata dunia juga memperkenalkan watak Gary, saingan Ash Ketchum. Gary pula dinamakan sempena Shigeru Miyamoto, pereka permainan video popular, Super Mario Bros. Satoshi menganggap Shigeru sebagai idolanya dan sering meminta nasihat dari Shigeru.

Pengakuan Satoshi

Mungkin masih banyak elemen zaman kanak-kanak Satoshi dalam Pokémon, tetapi Satoshi tidak gemar dengan populariti. Semasa sesi temuramah oleh majalah Time, Satoshi mengakui watak utama dalam Pokémon adalah dirinya sendiri.

TIME: “The main human guy is named Satoshi. That’s your name. Is he your alter ego?”

(Nama watak manusia utama ialah Satoshi. Itu nama anda. Adakah dia ego anda yang berbeza? )

Tajiri: “Basically, he’s me when I was a kid.”

(Sebenarnya, watak itu adalah saya semasa kecil)

Pokémon kini ditayangkan di serata dunia, dalam pelbagai bahasa. Cerita hidup Satoshi akan sentiasa diabadikan dalam kejayaan francais ini. Kehadiran Pokémon Go merupakan anjakan tinggi bagi Nintendo dan Satoshi.

Satoshi masih bekerja di Game Freak  sebagai CEO sehingga hari ini.

“Can you catch 'em all?”