Rakyat M’sia masih kabur jenayah pedofil

Rakyat M’sia masih kabur jenayah pedofil

Rakyat M'sia masih kabur jenayah pedofil

Rizal Mansor | 21 March 2017

Negara ini pernah dikejutkan dengan kisah tangkapan seorang penjenayah pedofil warga asing beberapa tahun lepas di United Kingdom (UK) sekembalinya beliau dari lawatan di Malaysia.

Sebelum itu, dalam kes berasingan, seorang pelajar dari Malaysia juga telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana didakwa memiliki beribu-ribu imej lucah kanak-kanak bawah umur.

Gambar dari dailymail.com.uk

Kisah Richard Huckle pada satu ketika dahulu menggemparkan negara.

Mana mungkin seorang pemuda yang dilihat normal dan kerap kali terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan mempunyai tabiat songsang dan melakukan jenayah pedofil.

Richard Huckle dikatakan telah agak lama berada di Malaysia dan bergaul rapat dengan komuniti di kawasan beliau menetap di negara ini.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun di mahkamah London selepas mengakui 71 pertuduhan melakukan jenayah penderaan seksual terhadap kanak -kanak di Malaysia dan Cambodia.

Pelajar dari Malaysia itu pula dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun selepas mengaku bersalah atas 17 pertuduhan menghasil dan mengedarkan 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak di bawah umur.

Walaupun tidak melakukan jenayah pedofil secara langsung, namun pemilikan bahan-bahan seperti itu boleh memberi isyarat atau ‘signal’ kecenderungan dalam melakukannya.

Tindakan mengedarkan imej-imej seperti itu secara meluas pula seolah-olah menjadi punca kepada pertambahan kes jenayah pedofil.

Gambar dari mynewshub

Gambar dari mynewshub

Merujuk kepada kedua-dua kes di atas, jenayah pedofil adalah satu kesalahan yang sangat serius untuk sebuah negara maju seperti UK.

Timbul persoalan mengapa kesalahan kedua-dua individu ini hanya berjaya dikesan oleh pihak penyiasat dari luar negara.

Adakah kerana perkara seperti ini menjadi ‘taboo’ kepada masyarakat negara kita dan akhirnya jenayah pedofil tidak dilaporkan.

Kesedaran masyarakat negara ini mengenai jenayah pedofil perlu ditingkatkan.

Mungkin masih timbul kekeliruan bagaimana perlakuan-perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai jenayah pedofil atau tindak-tanduk individu yang menjurus ke arah itu.

Seperti dalam kes Richard Huckle dan pelajar pintar Malaysia itu, sesiapa pun tidak menjangka individu berpewatakan baik boleh mempunyai kecenderungan songsang seperti ini.

Usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan dengan serius.

Di pihak kerajaan pula, kerjasama dengan pihak berkuasa dari luar dalam menangani jenayah pedofil juga penting untuk diwujudkan bagi memastikan matlamat ini tercapai melalui perkongsian kaedah-kaedah siasatan dan pemantauan tertentu berdasarkan pengalaman mereka.

Naik MRT memang jimat tapi tidak ramai orang naik

Naik MRT memang jimat tapi tidak ramai orang naik

Naik MRT memang jimat tapi tidak ramai orang naik

Sejak perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama laluan Sg Buloh-Semantan memulakan sistem bayaran berkuat kuasa 17 Januari lalu, ada di kalangan pengguna berpandangan caj yang dikenakan amat munasabah dan berpatutan.

Secara purata, mereka mengganggarkan sebanyak RM30-RM60 sebulan diperuntukkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, sama ada ke tempat kerja mahupun ke kolej.

Tinjauan KiniTV mendapati ada di antara pengguna mengambil langkah berjimat dengan menggunakan MRT untuk ke lokasi yang ditujui, berbanding dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Namun, ada juga yang berpandangan masih tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan itu sejak caj bayaran dikenakan dua hari lalu.

Perkhidmatan fasa pertama MRT antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 stesen sejauh 21 kilometer meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Pengguna dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah sistem tanpa tunai bermula hari ini.

Pelajar, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) ditawarkan diskaun 50 peratus.

Bagi fasa kedua, MRT SBK Line yang melibatkan laluan 30 kilometer untuk 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai ini.

Penumpang boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai struktur tambang MRT dengan melayari laman sesawang myrapid.com.my.

Kongsi

Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa  sahaja

Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Bijak dan mudah dengan bayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘cashless’ dan ‘online’

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan pembayaran balik secara online untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran ‘online’ dan ‘cashless’ merupakan cara yang paling cepat, mudah, selamat, praktikal dan bijak dengan menggunakan kepintaran teknologi informasi dan komunikasi masa kini yang berasaskan internet.

Komputer atau telefon mudah alih, mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Transaksi tersebut kini boleh dilakukan melalui sama ada komputer atau telefon mudah alih, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda digalakkan untuk mengunakan akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan kewangan tertentu yang anda punyai untuk pembayaran balik pembiayaan PTPTN seperti akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit.

Saluran terbaru – JomPAY

Satu lagi pilihan bijak adalah melalui JomPAY, satu kemudahan bayaran balik pinjaman yang percuma, cepat, mudah dan selamat. Anda boleh melakukan transaksi pembayaran balik melalui mana-mana bank (40 bank) secara mudah melalui kemudahan ‘Internet & Mobile Banking’ (Perbankan Internet & Mobil) dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur. Tidak kira di mana anda berada, transaksi ini sentiasa bersedia di sisi anda untuk kemudahan maksimum anda. Dengan JomPAY, anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan cek atau wang tunai dan tidak perlu ke bank atau pusat PTPTN untuk menyelesaikan bayaran balik. Pembayaran online adalah cara yang paling menjimatkan masa dan menjamin produktiviti anda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, ia disediakan secara percuma!

Manual Pengguna JomPAY

40 bank terlibat

40 bank yang menyediakan kemudahan pembayaran balik secara online adalah Affin Bank, Affin Islamic, AmBank, AmBank Islamic, Alliance Bank, Alliance Islamic Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank of America Merrill Lynch, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNP Paribas, BSN, MUFG, CIMB Bank, CIMB Islamic, Citibank, Deutsche Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, HSBC, HSBC Amanah, ICBC, JP Morgan, Kuwait Finance House, Mizuho, Maybank, Maybank Islamic, OCBC Bank, OCBC Al-Amin, Public Bank, Public Islamic Bank, RBS, RHB Bank, RHB Islamic Bank, SMBC, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq dan UOB.

Untuk senarai bank yang terlibat

Untuk melayari portal bank yang terlibat secara terus, sila klik ikon bank yang tertera untuk membuat pembayaran

Tanggungjawab peminjam

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah (Ujrah), perlindungan takaful, cukai setem cukai hasil dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.

Tempoh mula bayaran balik pinjaman

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Kemaskini Maklumat

Untuk memastikan transaksi bayaran balik pembiayaan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen atau pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Bayar online dan cashless tanpa was-was

Kesimpulannya, pembayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘online’ dan ‘
‘cashless’ adalah cara yang terbijak dan praktikal kerana ia paling mudah, cepat dan menjimatkan masa, di samping selamat dan percuma.