Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa  sahaja

Pembayaran balik PTPTN di hujung jari anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Bijak dan mudah dengan bayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘cashless’ dan ‘online’

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan pembayaran balik secara online untuk kemudahan semua peminjam. Ini adalah kerana pembayaran ‘online’ dan ‘cashless’ merupakan cara yang paling cepat, mudah, selamat, praktikal dan bijak dengan menggunakan kepintaran teknologi informasi dan komunikasi masa kini yang berasaskan internet.

Komputer atau telefon mudah alih, mana-mana dan bila-bila masa sahaja

Transaksi tersebut kini boleh dilakukan melalui sama ada komputer atau telefon mudah alih, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Anda digalakkan untuk mengunakan akaun-akaun atau kemudahan-kemudahan kewangan tertentu yang anda punyai untuk pembayaran balik pembiayaan PTPTN seperti akaun semasa, akaun simpanan atau kad kredit.

Saluran terbaru – JomPAY

Satu lagi pilihan bijak adalah melalui JomPAY, satu kemudahan bayaran balik pinjaman yang percuma, cepat, mudah dan selamat. Anda boleh melakukan transaksi pembayaran balik melalui mana-mana bank (40 bank) secara mudah melalui kemudahan ‘Internet & Mobile Banking’ (Perbankan Internet & Mobil) dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur. Tidak kira di mana anda berada, transaksi ini sentiasa bersedia di sisi anda untuk kemudahan maksimum anda. Dengan JomPAY, anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan cek atau wang tunai dan tidak perlu ke bank atau pusat PTPTN untuk menyelesaikan bayaran balik. Pembayaran online adalah cara yang paling menjimatkan masa dan menjamin produktiviti anda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, ia disediakan secara percuma!

Manual Pengguna JomPAY

40 bank terlibat

40 bank yang menyediakan kemudahan pembayaran balik secara online adalah Affin Bank, Affin Islamic, AmBank, AmBank Islamic, Alliance Bank, Alliance Islamic Bank, Al Rajhi Bank, Bank Islam, Bank of America Merrill Lynch, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BNP Paribas, BSN, MUFG, CIMB Bank, CIMB Islamic, Citibank, Deutsche Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, HSBC, HSBC Amanah, ICBC, JP Morgan, Kuwait Finance House, Mizuho, Maybank, Maybank Islamic, OCBC Bank, OCBC Al-Amin, Public Bank, Public Islamic Bank, RBS, RHB Bank, RHB Islamic Bank, SMBC, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq dan UOB.

Untuk senarai bank yang terlibat

Untuk melayari portal bank yang terlibat secara terus, sila klik ikon bank yang tertera untuk membuat pembayaran

Tanggungjawab peminjam

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah (Ujrah), perlindungan takaful, cukai setem cukai hasil dan lain-lain seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pembiayaan.

Tempoh mula bayaran balik pinjaman

Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 7. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 6 bulan tersebut. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Kemaskini Maklumat

Untuk memastikan transaksi bayaran balik pembiayaan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen atau pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Bayar online dan cashless tanpa was-was

Kesimpulannya, pembayaran balik pembiayaan PTPTN secara ‘online’ dan ‘
‘cashless’ adalah cara yang terbijak dan praktikal kerana ia paling mudah, cepat dan menjimatkan masa, di samping selamat dan percuma.

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

Kisah Realiti dan Penyamaran Kemunculan Semula Aksi Hong Kong

ULASAN LINE WALKER

oleh Ezli Qamari

Filem drama jenayah Hong Kong sudah tidak sehebat dulu lagi & filem² yang asalnya dari tv selalunya menemui jalan buntu di boxoffice setelah menjalani peralihan ke layar. Bolehkah ‘Line Walker’ mengubah persepsi itu & mengembalikan kegemilangan filem Hong Kong?

Polis penyamar Ding Jie (Charmaine Sheh) menerima mesej sulit dari Blackjack, seorang pengintip polis yang menyamar dalam dunia kongsi gelap. Bersama dengan Inspektor Q (Francis Ng), Ding perlu mencari siapakah pengirim sebenar mesej sulit tersebut sebelum identitinya terbongkar oleh penjahat. Keadaan menjadi lebih rumit dengan kembalinya ketua kongsi gelap Foon Hei Gor (Hui Shiu-Hung) yang memaksa Lam (Nick Cheung) & Shiu (Louis Koo) ke Rio de Janeiro untuk urusan jual beli dadah.
Sebagai seorang yang tidak pernah menonton satu pun episod tv ‘Line Walker’ yang menjadi kegilaan ramai pada tahun 2014, saya memasuki pawagam dengan sedikit info dari bacaan internet & rujukan dari kawan yang pernah menontonnya. Akibat dari menonton sebuah filem dari tv yang gagal beberapa tahun lalu, filem ini ditonton dengan harapan yang sangat tipis.

Suku pertama filem ini memperkenalkan karakter² utamanya & berjaya diselang-seli dengan jenaka yang dibawa dengan baik oleh Charmaine Sheh sebagai Ding Jie yang comel & suka bergurau dalam menjalankan misi. Dengan sekelip mata, tone filem ini berubah menjadi sangat serius & ceritanya berubah 100% ke arah kisah Lam & Shiu. Persahabatan & pengorbanan mereka berdua mula goyah apabila mereka mengesyaki satu sama lain, kita tidak pasti adakah mereka betul² setia ataupun bermain dengan minda masing².

Walaupun kali pertama mengarah filem, Jazz Boon yang dulunya penerbit siri tv ‘Line Walker’ berjaya menarik perhatian penonton ke dalam dunia polis-penjahat membuatkan anda menumpu sepenuh perhatian pada penceritaan. Di tambah pula dengan penulisan mantap Cat Kwan membuatkan anda berdebar² & tertanya² apakah akan terjadi dibabak seterusnya kerana mereka berjaya membuat anda tertekan meneka siapakah polis pengintip & siapakah penjahat.

Pengarah sinematografi Kenny Tse & penyunting filem Azrael Chung juga amat bijak bermain dengan babak drama mahupun aksi & keserasian bekerjasama dengan pengarah aksi Chin Ka-Lok, membuatkan babak pertempuran di Brazil amat mengagumkan & sangat sesuai pada masanya kerana Olimpik 2016 sedang berlangsung di Rio.

Akhir kata, filem ‘Line Walker’ boleh diterima sebagai filem standalone kepada mereka yang tidak menonton siri tv & boleh juga menjadi sekuel kepada peminat sedia ada. Plot filem ini tidak ubah seperti filem² pengintip sebelumnya seperti ‘Infernal Affairs’ tetapi ia berjaya memberi kepuasan yang lama ditagih peminat filem. ‘Line Walker’ sama seperti ‘Cold War 2’ berjaya mengembalikan kegemilangan filem Hong Kong yang semakin pudar kerana terlalu mengikut gaya & perundangan filem China.

Saksikan ‘LINE WALKER’ di pawagam berhampiran mulai 11hb Ogos 2016.

Mencorak langkah bijak dengan tabung pendidikan disertai perlindungan takaful

Mencorak langkah bijak dengan tabung pendidikan disertai perlindungan takaful

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit! Falsafah ini memang mudah difahami kerana ia seiring dengan amalan menabung. Kemunculan pelbagai instrumen tabungan yang inovatif pada zaman moden ini amat menggalakkan amalan menabung, tidak kira jumlah yang ditabung dan usia penabung. Kesemua ini bermula dengan satu perancangan kewangan yang sistematik dan berkesan. Menabung sememangnya membolehkan anda membuat persediaan jangka panjang dengan perancangan yang kukuh untuk kesenangan dan keselesaan pada masa hadapan.

Memupuk budaya menabung melalui kebijaksanaan perancangan kewangan

Senjata untuk memperkasakan diri anda dalam aspek ini adalah semangat ketekunan dan fokus yang jitu dalam kebijaksanaan anda merancang simpanan demi masa depan yang lebih terjamin. Kini dengan adanya produk pintar Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), simpanan masa depan anda akan menjadi lebih terjamin dan menguntungkan dengan adanya perlindungan takaful. Produk inovatif ini adalah hasil kerjasama antara PTPTN dan Hong Leong MSIG Takaful. Ia bertujuan memupuk nilai serta semangat berjimat-cermat di samping memperkembangkan budaya menabung dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Ibarat sediakan payung sebelum hujan, menabung secara bijak akan memberi anda lebih keyakinan menghadapi masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran.

SSPN-i Plus – Unik dan istimewa dengan jaminan kerajaan

Keunikan dan keistimewaan SSPN-i Plus ialah kebolehannya menggabungkan manfaat simpanan pendidikan dan perlindungan takaful dalam satu pakej yang hebat! Produk perancangan kewangan ini lebih mencerminkan realiti masa kini dan juga masa depan memandangkan kos hidup yang kian hari kian meningkat termasuk kos pendidikan. Apa yang lebih menceriakan produk ini ialah simpanan anda dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Dengan kata lain, SSPN-i Plus membolehkan anda membiayai kos pendidikan masa depan anda bermula dari saat ini secara bijak dan terjamin. Ia mempamerkan kebijaksanaan anda dalam menguruskan belanjawan kewangan peribadi melalui tabungan pintar. SSPN-i Plus juga adalah satu instrumen tabungan khas yang mampu mengurangkan beban ibu bapa pada masa hadapan melalui persediaan awal yang terancang.

Menabung seawal mungkin untuk mengelak kecemasan kewangan

Pelancaran SSPN-i Plus oleh PTPTN adalah bertujuan untuk menerap amalan menabung sejajar dengan strategi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk menabung seawal mungkin bermula dari saat ini. SSPN-i Plus merupakan satu produk baharu yang berilhamkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang diperkenalkan sejak 12 tahun lalu. SSPN-i Plus kian menambat hati penabung sejak pelancarannya pada 8 Jun 2015. Ia menawarkan saluran penabungan bestari sekali gus dengan perlindungan takaful dalam satu pakej yang komprehensif dengan harga ‘mampu milik’ yang sangat menarik. Dengan kata lain, produk ini direka khas untuk menepati matlamat simpanan pendidikan masa depan tanpa bergantung kepada pinjaman semata-mata. SSPN-i Plus dapat menyemai amalan menabung di kalangan golongan muda kerana simpanan dari usia muda adalah sangat berguna apabila tibanya masa untuk menghadapi perbelanjaaan pendidikan tinggi. Dengan SSPN-i Plus, anda mampu mengelakkan situasi kesusahan, kecemasan dan kesempitan kewangan pada masa hadapan.

Ia menawarkan saluran penabungan bestari sekaligus dengan perlindungan takaful dalam satu pakej yang komprehensif dengan harga ‘mampu milik’ yang sangat menarik

Cabutan Wow! SSPN-i Plus

Untuk 2016/ 2017, PTPTN sedang menggiatkan usahanya untuk memupuk semangat menabung melalui Cabutan Wow! SSPN-i Plus. Ini merupakan satu inisiatif positif yang memartabatkan budaya menabung di kalangan ibu bapa yang sedang dalam perancangan menyediakan anak-anak mereka ke menara gading. SSPN-i Plus juga adalah satu produk ideal bagi golongan muda yang bercita-cita ke menara gading. Aspirasi SSPN-i Plus ialah untuk memastikan keselesaan atau kesenangan kewangan pada masa depan. Hasrat murninya adalah untuk mengelakkan masalah kewangan dalam proses menyempurnakan pendidikan anak-anak kita.

Hadiah-hadiah sensasi untuk dimenangi melalui Cabutan Suku Tahunan dan Cabutan Tahunan

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/ 2017 kini dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan menawarkan lebih 300 hadiah mengujakan yang bernilai RM1.5 juta. Pendeposit-pendeposit SSPN-i Plus yang membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan dalam tempoh bermula dari 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017 berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Cabutan Wow! SSPN-i Plus merangkumi Cabutan Suku Tahun (3 kali dengan setiap cabutan menawarkan hadiah utama sebuah Honda Jazz dan saguhati wang tunai bernilai RM2,000 setiap satu kepada 20 pendeposit) dan Cabutan Tahunan (hadiah utama sebuah Proton Perdana; hadiah kedua sebuah Toyota Vios kepada 3 pendeposit; hadiah ketiga sebuah motosikal Kawasaki kepada 5 pendeposit; dan saguhati wang tunai bernilai RM2,000 setiap satu kepada 250 pendeposit). Pada keseluruhannya, Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/ 2017 menawarkan lebih banyak hadiah hebat untuk memberi ganjaran yang lebih memberangsangkan kepada pendeposit-pendeposit yang bertuah.

Transaksi mudah dan selesa melalui Ejen Online PTPTN

Serasi dengan penguasaan teknologi maklumat melalui internet pada zaman digital kini, PTPTN juga memperkenalkan program pemasaran SSPN-i Plus melalui Ejen Online PTPTN. Ia bertujuan memudahkan transaksi-transaksi tertentu termasuk pembukaan dan penambahan akaun dengan hanya menggunakan saluran online pada bila-bila masa dan di mana jua tanpa berkunjung ke kaunter PTPTN.

Ganjaran hebat menanti Ejen Online PTPTN

PTPTN juga memperkenalkan program khas bagi Ejen Online PTPTN. Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online layak menikmati komisen sebanyak 15% dan 25%. Skim ini juga membolehkan Ejen Online PTPTN memulakan kerjaya mereka dengan PTPTN tanpa menyediakan sebarang modal dengan waktu kerja yang fleksibel di samping latihan atau bimbingan berterusan daripada PTPTN dan kesemuanya tidak melibatkan transaksi tunai. Insentif-insentif lain termasuk Anugerah Ejen Online PTPTN Terbaik (bagi pencapaian sasaran pemasaran) berpeluang menikmati pakej percutian ke luar Negara dan wang tunai sehingga RM4,000.

Sewaan tanpa deposit atau Ejen?

Sewaan tanpa deposit atau Ejen?

Muat turun aplikasi Speedrent

Sewaan tanpa deposit atau ejen. Gunakan Speedrent.

Sewaan tanpa deposit atau Ejen?

Dengan berpandukan rujukan yang mudah, sewaan tanpa deposit atau Ejen boleh direalisasikan secara digital dan hanya perlu bayar deposit setengah bulan sahaja

Fikirkan penerbangan, perdagangan saham dan dating. Sebelum zaman Internet, ejen memainkan peranan penting dalam mencari jodoh. Hari ini, anda boleh menempah sendiri penerbangan, hotel, mendagangkan saham dan juga mencari teman hidup anda dalam talian daripada kemudahan PC dan telefon pintar mudah alih anda, bila-bila masa dimana-mana sahaja

Ini semua boleh berlaku disebabkan adanya internet sebagai pemboleh komunikasi dari manusia ke manusia ataupun mesin dan ianya lebih berkesan dan pantas. Jadi mengapa tidak menyewa hartanah?

Landasan hartanah yang wujud pada hari ini kebanyakannya menghubungkan ejen dengan pemilik atau ejen dengan penyewa. Oleh itu, ejen masih dianggap penting untuk berhubung dengan kedua-dua belah pihak iaitu pemilik dan penyewa.

Bagaimana sekiranya landasan baharu mengalih alih dan menghubungkan pemilik dengan penyewa dengan memberi kemudahan untuk berkomunikasi secara terus menerus? Kini, ia akan membuka peluang untuk sewaan tanpa pihak ketiga, Do­It­Yourself! (DIY)

Sila baca jika anda adalah pemilik hartanah

OK, Adakah perlu saya buat sewaan secara terus?

Semak profil anda dengan membandingkan jadual berikut mengikut kesusuaian:

Sudah pastinya anda boleh mengenali profil sendiri.

Secara logikal, jika anda tidak mampu meluangkan masa 12 jam seminggu untuk tempoh 24 minggu, maka sudah pastinya agen diperlukan.

Begitu juga, anda boleh tergolong di dalam Hybrid profil apabila anda boleh DIY dan pada masa yang sama juga menggunakan agen.

Tetapi, Bagaimana boleh saya DIY? Ia seperti menyusahkan.

Ia memang leceh, tetapi Speedrent telah melancarkan suatu aplikasi pada tahun 2015 untuk memudahkan DIY.

Pengiklanan, Tapisan, Perhubungan, Tandatangani Perjanjian – Semuanya selesai dalam talian

Speedrent menguruskan segalanya melalui aplikasi

Langkah 1

Anda boleh mangambil gambar rumah HD anda sendiri, Ia akan menjadi lebih menarik sekiranya gambar yang diambil lebih terperinci. Ia akan menarik perhatian prospek penyewa yang serius untuk menyewa.

Langkah 2

Menaikkan Iklan hartanah anda melalui applikasi Speedrent seperti yg tertera di atas.

Langkah 3

Calon yang berminat boleh menghantar profil mereka dan boleh ditapis disana

Langkah 4

Terus berhubung untuk menetapkan temujanji

Langkah 5

Berjumpa dengan penyewa dan membawanya melihat rumah

Langkah 6

Urus janji sudah termeterai? Speedrent menawarkan servis perjanjian rumah sewa dalam talian. Kertas tidak diperlukan dan ianya sah disisi undang-undang.

Sekarang, dengan hanya 6 langkah ke arah urus janji, DIY sangat mudah dan cepat apabila Speedrent menguruskannya untuk anda, bukan begitu?

Walaupun begitu, langkah 5 sahaja yang mungkin agak memberatkan untuk anda. Ia mungkin memerlukan masa sebanyak 12 jam seminggu untuk tempoh beberapa minggu. Oleh itu, penting untuk anda mengambil gambar HD yang menyakinkan dan menggambarkan unit sebenar supaya tidak lari daripada jangkaan prospek. Oleh itu, langkah 1 adalah yang paling memerlukan daya usaha yang bersunguguh-sungguh.

Wow, Mudahnya!, Apa lagi yang harus saya tahu?

 

Speedrent adalah percuma kepada pemilik. Pemilik tidak akan dikenakan bayaran ke atas pengiklanan. Tiada komisen yang perlu dibayar kepada Speedrent sekiranya urus janji termeterai melalui Speedrent. Ianya memang 100% percuma.

Speedrent mempunyai lebih daripada 45k pengguna dan semakin bertambah, dengan kes-kes yang berjaya! Selagi anda boleh meluangkan masa 12 jam seminggu, anda mampu melakukan sewaan sendiri. Maksimumkan saluran anda dan yang paling penting pastikan aliran tunai sentiasa ada. Jadi, pendekatan secara DIY atau Hybrid, sebagai pemilik, anda boleh mula pada hari ini dengan Speedrent. Anda akan mendapat manfaat dengan menggunakan kedua-dua strategi.

Muat turun aplikasi Speedrent

Sewaan tanpa deposit atau Ejen. Gunakan Speedrent.

DIY leasing your house is a reality now with Speedrent!

Now, you can download Speedrent mobile app at….

SpeedRent_logo_R2

Sila baca jika anda adalah Penyewa

OK, Perlukah saya menyewa secara terus?

Semak profil anda dengan membandingkan jadual berikut mengikut kesusuaian:

Apabila anda tahu lokasi yang diingini untuk dijadikan tempat tinggal, anda boleh mencari pemilik tersebut. Urus janji juga mudah termeterai tanpa agen dan mudah berunding dengan pemilik untuk mendapatkan urus janji yang memuaskan hati.

Bulan Pertama Jimat 50%

Kebiasaannya, pemilik akan membayar agen 1 bulan komisen apabila urus janji berjaya dilakukan. Walaupun begitu, penyewa dapat menjimatkan 1 bulan komisen sekirannya berurusan melalui Speedrent. Tujuan Speedrent hanya untuk mewujudkan win – win situation yang menguntungkan pemilik dan penyewa. Oleh itu, selain daripada tujuan pengiklanan di Speedrent, sebahagian daripada penjimatan 50% itu, pemilik akan berkongsi dengan penyewa Jadi, bulan pertama adalah 50% penjimatan.

Dan bagaimana pula dengan tiada deposit?

 

56% daripada pemilik hartanah yang menaikkan iklan hartanah di Speedrent tidak memerlukan Deposit untuk pindah masuk?

Kebiasaanyan, anda perlu membayar 2-3x bulan pertama sebagai deposit. Itu mungkin sesuatu yang membebankan. Dengan Speedrent, Tiada Deposit Skim, anda hanya membayar sejumlah kecil bayaran kepada Speedrent untuk mendapatkan urus janji yang tiada deposit. Ia memang mudah!

Muat turun aplikasi Speedrent

Sewaan tanpa deposit atau Ejen. Gunakan Speedrent.

Fantastic, How Can I Rent A Place Now?

Download Speedrent mobile app now….

SpeedRent_logo_R2

5 Tabiat Buruk  Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

5 Tabiat Buruk Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

5 Tabiat Buruk Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

Tayar dan keselamatan jalanraya

Satu daripada tabiat buruk di kalangan rakyat Malaysia adalah keabaian mereka terhadap aspek-aspek keselamatan tayar, termasuk penjagaan dan penyelenggaraan. Pengguna-pengguna jalanraya sentiasa leka dan tidak menyedari bahawa tayar sebenarnya adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam memastikan keutuhan dan keselamatan kenderaan. Tiada gunanya jika kenderaan anda mempunyai sistem-sistem pembrekan yang tercanggih sedangkan tayar-tayarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Tambahan pula, tayar-tayar yang buruk atau tidak dijaga dengan baik hanya akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan sekaligus mengancam keselamatan anda.

1. Terlalu asyik dengan dunia diri sendiri

Sesetengah pemandu terlalu asyik dengan diri sendiri semasa memandu tanpa menyedari kemungkinan-kemungkinan yang tersembunyi di sekeliling. Jika anda terlalu asyik dengan penampilan diri dan sentiasa melihat ke arah cermin dalaman, anda mengundang kemalangan tanpa disedari! Tidak kisahlah mood anda baik atau tidak, kenderaan besar atau kecil, sila beri perhatian sepenuhnya semasa memandu. Dan jangan membiarkan musik lantang mengikis perhatian anda. Ingat, Semasa anda berada di jalanraya mana-mana pun, anda sedang menghadapi suatu situasi yang penuh dengan ketidaktentuan. Pelbagai kebahayaan berkemungkinan muncul dari kiri, kanan, depan atau belakang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tumpukan perhatian anda pada jalanraya, bukan keasyikan diri.

2. Mengabaikan keselamatan tayar

Keselamatan dan keselesaan memandu bergantung kepada kesihatan atau keberfungsian tayar-tayar kenderaan anda. Disiplinkan anda untuk memeriksa tekanan angin kesemua tayar termasuk tayar ganti, lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Tayar dengan angin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas semasa melalui kawasan lopak air. Tayar yang diisi dengan angin yang berlebihan akan menjejaskan kawalan cengkaman dan pengendalian kenderaan. Pastikan juga penyelarasan dan keseimbangan tayar-tayar kenderaan anda memenuhi kehendak-kehendak industri. Tayar-tayar yang sudah haus atau menunjukkan apa-apa saja tanda yang tidak menepati keperluan-keperluan keselamatan perlu diganti. Jika tidak, risiko tayar bocor, pancit atau meletup di tengah jalan adalah tinggi terutamanya ketika kenderaan anda bergerak pada kelajuan tinggi.

q

Daripada sejumlah 217 dan 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dalam Op Selamat 5/2014 dan Op Selamat 7/2015 masing-masing, 58 kes (26.7%) dan 106 kes (35%) daripadanya adalah disebabkan ‘kenderaan terbabas dan hilang kawalan’.

%

(2014)

%

(2015)

3. Memandu secara berbahaya

Salah satu tabiat yang perlu dihindari ialah memandu tanpa prihatin kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan-golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang suka berlumba atau memecut, yang tidak segan silu menyelit dan menghimpit, menukar lorong tanpa membuka signal (kebanyakannya satu amalan yang kronik), melanggar lampu isyarat merah, suka merapati kenderaan di hadapan (tindakan ini menyebabkan pemandu tidak berkesempatan untuk bertindak semasa kecemasan), dan tidak mematuhi peraturan-peraturan jalanraya secara umumnya. Kemalangan sebenarnya memang boleh dielakkan sekiranya anda memandu dengan cara-cara yang betul dan selamat. Memandu secara berbahaya bukan sahaja membahayakan diri anda, ianya juga mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

q

Menurut statistik yang diumumkan oleh JPJ, terdapat sejumlah 476,196 and 489,606 kes kemalangan jalanraya bagi tahun 2014 and 2015, yang melibatkan 6,674 dan 6,706 kes kematian masing-masing.

6,674

Kes kematian (2014)

6,706

Kes kematian (2015)

4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Populariti telefon bimbit di zaman moden ini juga membawa padah kepada pemandu-pemandu yang leka. Perhatian anda akan terpesong tidak kiralah anda sedang bercakap tanpa menggunakan alat komunikasi bebas tangan atau menyemak mesej-mesej pada skrin sesentuh. Menaip dan menghantar mesej semasa memandu adalah perkara yang paling berbahaya! Pada keseluruhannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sememangnya membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan pemandu-pemandu muda adalah yang paling berisiko kerana kegemaran mereka bermain dengan telefon bimbit semasa memandu.

q

Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu.

1,364

Kes kemalangan harian semasa Hari Raya Aidilfitri (2015)

5. Tidak proaktif menghadapi sebarang kemungkinan

Untuk berlayak digelar seorang pemandu yang bertanggunjawab and berprihatin, anda perlu melengkapi diri anda dengan persediaan-persediaan tertentu semasa memandu. Ini termasuklah persediaan fizikal (pastikan anda tidak mengantuk), tidak memecut di persimpangan, perlahankan kenderaan anda di susur-susur keluar atau masuk di mana trafik bergabung, bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, sentiasa peka dengan kemunculan pejalan-pejalan kaki di tempat-tempat tertentu, memakai tali keledar sepanjang masa tidak kira sejauh manapun jarak perjalanan anda, tidak mengikuti terlalu rapat kenderaan di hadapan terutamanya kenderaan berat, tidak memandu dalam keadan-keadaan cuaca yang bahaya (sila tangguhkan perjalanan demi keselamatan anda), tidak menggunakan kenderaan yang sudah bermasalah mekanikal, bersabar dan menghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Kebolehan dan kepekaan anda membaca tindakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain mampu mengelakkan kecelekaan!

Tip-tip keselamatan tayar:

  • Periksa jangka hayat tayar. Tayar-tayar yang sudah berusia melebihi 6 tahun adalah tidak sesuai untuk digunapakai.
  • Pastikan anda mempunyai tayar yang betul dan selamat pada kenderaan anda. Ianya mestilah serasi dengan spesifikasi-spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
  • Jenama tayar, saiz dan corak bunga mestilah sama pada setiap gandar. Penggantian tayar seharusnya melibatkan sekurang-kurangnya sepasang atau keempat-empat sekali untuk pengendalian kenderaan yang konsisten.
  • Periksa keadaan keseluruhan tayar, termasuk dinding sisi dalaman dan luaran untuk memastikannya tiada tanda-tanda mengelupas, membuncit atau meretak.
  • Periksa tahap kehausan atau kedalaman bunga tayar. Kesihatan bunga tayar mempengaruhi pembrekan, pengendalian dan pemecutan kenderaan anda, terutamanya semasa memandu dalam keadaan-keadaan cuaca basah.

  • Periksa tekanan angin atau kandungan angin bagi semua tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kandungan angin tidak boleh terlalu tinggi atau rendah kerana ini akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan keselamatan pemandu.
  • Periksa juga tayar ganti. Pastikan ianya masih dalam keadaan yang baik seperti angin masih mencukupi kerana ‘tayar insurans’ ini perlu digunakan dalam kecemasan.
  • Jalankan penyelarasan dan keseimbangan roda untuk memastikan keselesaan memandu (contohnya apabila system suspensi terpelihara sebegini) dan jangka hayat tayar masih di dalam kawalan.
  • Utamakan keselamatan anda semasa menukar tayar dalam kecemasan. Alihkan kenderaan anda ke tempat yang lebih selamat (jika masih boleh berbuat demikian) dan pasangkan lampu kecemasan sebelum tayar ditukar.

Nikmati Promosi Hari Raya MICHELIN untuk menceriakan sekeluarga

Hari Raya Aidilfitri bertambah meriah dengan promosi (sehingga 8 Julai 2016) hebat MICHELIN yang menawarkan sebuah beg pakaian MICHELIN dengan pembelian empat (4) tayar MICHELIN bersaiz 15″ dan ke bawah ATAU sehelai selimut berkelah MICHELIN dan beg pinggang dengan pembelian empat (4) tayar MICHELIN bersaiz 18″ dan ke atas. Tambahan pula, anda juga berpeluang memenangi tiket ke MICHELIN Pilot Experience 2016 di Litar Antarabangsa Sepang. Sila layari http://www.facebook.com/MichelinMalaysia untuk perkembangan-perkembangan terbaru.

Nota penghargaan:

  • Tip-tip keselamatan jalanraya sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah sumbangan daripada Michelin.
  • Ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan servis yang ditawarkan oleh Michelin, termasuk tip-tip keselamatan tayar and aspek-aspek lain di http://www.michelin.com.my/Learn-share/Safety-tips/
  • Pencegahan adalah ubat yang terbaik.

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Epson Meningkatkan Keberkesanan Pembentangan Korporat Anda

Seorang individu dewasa hanya mampu memberikan tumpuan selama 20 minit

Adakah pembentangan anda mampu mencuri tumpuan mereka selama itu?

Ia adalah satu fakta bahawa gaya hidup digital yang moden mengurangkan keupayaan kita untuk kekal fokus pada satu tugas, terutamanya dalam persekitaran yang bukan digital. Satu kajian Microsoft dikeluarkan tahun lepas mendapati tahap tumpuan manusia secara purata hanya lapan saat, lebih rendah daripada seekor ikan emas iaitu 9 saat! Syukur, tumpuan seterusnya yang juga dikenali sebagai perhatian fokus, adalah lebih lama – secara puratanya selama 20 minit secara – dan berulang kali memberi tumpuan kepada perkara yang sama, dan akhirnya, kita selesai melakukannya.

Namun, lambakan maklumat secara berterusan menyebabkan kita menjadi kurang reaktif serta tidak lagi mampu bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Jika anda hadir dalam mesyuarat, taklimat atau pembentangan tradisional dengan pembentang atau penyampai berdiri di hadapan dan hanya berceramah manakala selebihnya hanya mendengar, hadirin tidak akan fokus dan leka dengan aktiviti lain seperti melukis sewaktu pembentangan atau sering memeriksa telefon bimbit. Anda akan sukar mengekalkan tumpuan mereka walaupun hanya selama 20 minit. Interaktiviti penting untuk mengekalkan perhatian dan penglibatan semua orang. Dan hanya peralatan daripada Epson mampu menyempurnakannya iaitu projektor yang interaktif.

Interaktiviti sebagai aktiviti utama

 

Sememangnya diakui, penglibatan hadirin atau penonton merupakan kaedah yang tiada gantiannya dalam kemahiran pembentangan yang berkesan. Pembentangan yang berkesan melibatkan langkah dan peralatan yang betul untuk ‘menghidupkan’ sesuatu pembentangan korporat.

Projektor sangat penting dalam pembentangan kerana ia merupakan peralatan yang membolehkan perkongsian idea-idea utama, carta, gambar mahupun klip video. Namun, tidak semua projektor mempunyai fungsi sama. Sesetengah projektor mengeluarkan haba panas malah berbunyi bising dan memerlukan bilik yang sesuai kerana mempunyai pancaran yang tidak jelas. Ada sesetengah projektor yang lain, penggunanya membolehkan penglibatan diri secara aktif dengan imej yang dipaparkan dan kandungan dapat diedarkan kepada penonton dengan serta-merta melalui cetakan atau e-mail.

EB-1430Wi/1420Wi

EB-595Wi/585Wi/575Wi

EB-536Wi

Dicipta oleh mereka yang arif tentang projektor interaktif dan diiktiraf sebagai jenama projektor No. 1 dunia selama 15 tahun berturut-turut, projektor interaktif Epson mampu mewujudkan persekitaran yang lebih interaktif dalam memperhebatkan pembentangan yang lebih menarik dan produktif. Ciri utamanya ialah kebolehan transformasi imej yang dipaparkan kepada papan besar dengan pembentang bebas mencatit atau menganotasi menggunakan pen interaktif.

Pen ini berfungsi sebagai Stylus Pen dan boleh digunakan di atas papan putih untuk menulis dan mencatat nota dalam pelbagai warna seperti pen marker biasa.

Projektor ini juga boleh digunakan dengan hanya menyentuh skrin dengan jari – termasuk membuka dan menutup fail, memeriksa laman, mengezum masuk and keluar serta memutar imej dan menulis nota.

Bayangkan generasi iPad masa hadapan dengan projektor maju berciri Samsung Note Stylus pada skrin. Hebat!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Projektor Interaktif Epson ini,

Idea datang mencurah-curah!

Dalam mod interaktif bebas PC, dua individu boleh menulis serentak pada paparan, dengan dua pen interaktif berfungsi pada waktu yang sama untuk penglibatan yang lebih banyak. Projektor tersebut boleh menampung sehingga enam sentuhan jari dan dua pen interaktif secara serentak. Hasilnya ia meningkatkan kesan perbincangan atau perkembangan idea ke tahap seterusnya.

Bayangkan idea yang banyak secara pantas dapat dikongsi dan rancak dibincangkan di skrin

Pendekatan revolusional ini menghapuskan halangan di antara pembentang dan peserta. Apabila ramai peserta bebas menulis serentak, pembentangan mendapat lebih maklum balas dan peserta lebih bekerjasama. Malah peserta lebih produktif dengan penglibatan di antara satu sama lain yang lebih banyak dan memperolehi hasil yang lebih baik.

Satu projektor menghubungkan semua

Dalam usaha merancakkan penglibatan dalam kumpulan, projektor keluaran terkini Epson boleh menyambungkan 50 peranti seperti komputer riba, telefon pintar dan lain-lain, dengan terminal berfungsi sebagai moderator utama.

Moderator kumpulan ini boleh memaparkan kandungan sehingga empat peranti serentak ke skrin besar untuk menghubungkan peserta bersama-sama menilai pembentangan, melakukan diskusi berkumpulan malah perbincangan yang lebih meluas dan menjana hasil berwawasan.

Perkongsian amat mudah. Peserta boleh mengakses kandungan melalui link URL daripada komputer ataupun peranti pintar yang lain. Mod whiteboard membolehkan output hasil mesyuarat sehingga 50 muka surat dalam format pilihan anda, sekaligus menghapuskan kebimbangan anda mengenai kekurangan ruang. Peserta juga tidak lagi membuang masa untuk membandingkan nota. Tidak perlu risau lagi akan kehilangan maklumat

Bilik kecil atau tiada bilik? Tiada masalah

Projektor ini mampu memaparkan imej terang dan besar walaupun di dalam bilik mesyuarat yang kecil. Pada asasnya, mereka boleh memaparkan imej pada mana-mana permukaan rata seperti dinding, papan putih dan ruang interaktif, tanpa sebarang perisian tambahan – anda tidak perlu lagi mencari bilik mesyuarat yang besar untuk mengadakan sesi perjumpaan yang tidak terancang.
Penyediaan projektor ini sangat mudah dengan ciri “plug-and-play”, pelarasan auto satu kali dan pelarasan resolusi secara automatik. Dan tiada sebarang wayar digunakan.

Selain itu, dengan unjuran ‘short-throw’, cahaya yang dipancarkan daripada projektor interaktif ini tidak menggangu kerana ia tidak bersinar pada penyampai. Ia memastikan suasana pembentangan lebih selesa berbanding konsep lama pembentangan sebelum ini. Gangguan bayang-bayang juga dikurangkan bagi memastikan penyampai memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada peserta.

Epson komited memastikan produk mengekalkan kelestarian, dan ciri-ciri mesra alam terbina dalam projector interaktif. Pemilihan bahan-bahan – kanta-plumbum, penutup plastic tidak bercat, bebas klorin/ bromin kalis api – direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar.

Projektor ini hanya gunakan kuasa yang tidak melebihi 0.44W dalam mod siap sedia. Ciri Light Optimiser yang mesra alam mempunyai sensor yang mengesan tahap kecerahan persekitaran dan kawalan pelarasan cahaya secara automatik, sekaligus menjimatkan penggunaan kuasa dan kos. Fungsi ini boleh dihidup atau dimatikan mengikut pilihan anda. Dengan hayat lampu sehingga 10,000 jam dalam mod mesra alam, kekerapan gantian lampu yang mahal juga dapat dikurangkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Projektor Interaktif Epson ini,