Anugerah Instafamous 2017 Hurr.tv

Anugerah Instafamous 2017 Hurr.tv

Buat pertama kalinya Hurr.Tv menganjurkan anugerah bagi menghargai mereka yang berpengaruh di media social Instagram. Anugerah Instafamous ini diadakan di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Anugerah ini bersempena dengan ulang tahun pertama penubuhan Hurr.Tv yang berkonsepkan kotemporari.

 

Terdapat 9 anugerah yang disampaikan pada malam itu. Kesemua pemenang anugerah ini dipilih secara undían di laman web Hurr.Tv.

Tidak dinafikan lagi, penampilan artis-artis dan juga influencer media social yang lain memeriahkan lagi anugerah yang santai dan bersahaja itu. Anugerah santai ini bertemakan denim.

Seiring dengan sambutan ulang tahun pertama hurr.tv, Anugerah Instafamous 2017 ini memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada influencer media sosial yang memberikan impak dalam pelbagai industri, khususnya seni, hiburan dan gaya hidup.

Hampir 1.5 juta undian telah diterima sepanjang 30 hari sejak November lalu, jumlah undian tertinggi dalam setiap kategori diumumkan sebagai pemenang. Antara mereka yang dicalonkan adalah Cupcake Aishah, Sharifah Rose, Little Miss Khan, Johanis Sani dan Faizdickie.

Pada majlis itu juga, malam anugerah Instafamous turut menghargai sembilan selebriti tempatan ternama seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Zizan Razak. Antara penerima anugerah khas adalah:

  • Anugerah Instafamous Inspirasi: Vivy Yusof
  • Anugerah Instafamous Fenomena: Alvin Chong
  • Anugerah Instafamous Versatil: Elfira Loy
  • Anugerah Instafamous Pujaan Hati: Hannah Delisha
  • Anugerah Instafamous Adiwira: Syafiq Kyle
  • Anugerah Instafamous #tilljannah: Nora Danish & Nedim Nazri Aziz
  • Anugerah Instafamous #mudah terhibur: Zizan Razak
  • Anugerah Instafamous Unggul: Neelofa
Kotak Kuning Yang Baharu Menunjukkan Status Pembayaran Bil Elektrik Anda

Kotak Kuning Yang Baharu Menunjukkan Status Pembayaran Bil Elektrik Anda

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenalkan kotak kuning baharu di penjuru atas kanan pada bil elektrik. Kotak kuning ini diperkenalkan untuk memudahkan pengguna mengetahui status pembayaran secara lebih mudah. Status pembayaran bil elektrik bulanan akan dikemas kini di kotak kuning tersebut. Tiada lagi notis pemotongan yang berasingan akan dikeluarkan oleh pihak TNB.
Kotak kuning menunjukkan dua (2) jenis informasi yang merujuk kepada status bil. Sekiranya bil bulanan dibayar sebelum tempoh 30 hari dari tarikh bil, kotak kuning akan menunjukkan mesej ‘TERIMA KASIH Kerana Membayar Dalam Tempoh 30 Hari’.
Di sebaliknya, tunggakan bil elektrik yang tidak dijelaskan akan menunjukkan mesej ‘Bayaran Tertunggak NOTIS PEMOTONGAN DI BAWAH’ di dalam kotak kuning. Di ruangan bawah bil elektrik yang sama, ‘Notis Pemotongan Bekalan Elektrik’ yang dipapar akan menyatakan jumlah bil tunggakan dan pengguna diminta menjelaskan tunggakan sebelum tempoh akhir yang tertera.
Pendekatan TNB yang baru ini membolehkan pengguna mengetahui informasi berkenaan status pembayaran bil secara langsung dan lebih ringkas. Pengguna wajar menyemak dan merujuk mesej di dalam kotak kuning sebagai peringatan untuk bayaran tepat pada masa supaya menikmati perkhidmatan yang berterusan. Pelaksanaan kotak kuning pada bil elektrik telah bermula secara berperingkat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya mulai November tahun ini dan akan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara pada hujung tahun, Disember ini. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tnb.com.my

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Apakah ICPT Dalam Bil Elektrik Anda

Pada 2014, Suruhanjaya Tenaga memperkenalkan Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based Regulation, IBR) bagi mengawal selia serta meningkatkan kecekapan industri bekalan elektrik negara. Melalui IBR, asas tarif elektrik ditetapkan setiap tiga tahun dengan mengambil kira kos merangkumi penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. IBR juga membolehkan kerajaan memantau kos pembekalan tenaga elektrik secara lebih berkesan.

Harga bahan api yang merupakan kos terbesar dalam penjanaan tenaga elektrik adalah faktor utama yang menentukan tarif elektrik. Pelepasan Kos Tidak Seimbang (Imbalanced Cost Passed Through, ICPT) adalah satu mekanisme di bawah IBR yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.

Susulan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada 30 Jun lepas mengenai penyelarasan tarif elektrik, RM1.30 bilion akan dibelanjakan untuk subsidi pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh Julai-Disember tahun ini. Kerajaan memutuskan mengekalkan rebat sedia ada sebanyak 1.52 sen/kWj untuk tempoh tersebut.

Kadar purata asas tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kekal pada 38.53 sen/kWj sejak 2014. Manakala, penggunaan elektrik yang kurang daripada 300kWj dikecualikan dari surcaj ICPT.

Selain daripada itu, bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM150 juta setiap tahun untuk meringankan beban pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada 2016, jumlah RM15.1 bilion dibelanjakan untuk penjanaan sebanyak 120,059 GWj (Gigawatt jam) tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik 8.45 juta pengguna di Semenanjung Malaysia. Permintaan kepada tenaga elektrik meningkat sejajar pertumbuhan ekonomi negara yang didorongi kepesatan industri, pembangunan prasarana moden, keperluan bisnes negara serta peningkatan mutu dan gaya hidup. Maka, para pengguna perlu memahami faktor kos dan campuran bahan api supaya tenaga elektrik digunakan dengan cekap dan berhemah.

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Di Sebalik Sumber Elektrik Yang Kita Gunakan

Sewaktu kita menggunakan alat-alat elektronik seperti telefon pintar dan komputer, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya tenaga elektrik untuk menghidupkan alat-alat tersebut?

Arang batu, gas asli termasuk gas asli cecair (LNG) dan hidro merupakan sumber-sumber yang penting dalam penjanaan tenaga elektrik. Pada 10 tahun yang lalu, dua pertiga daripada sumber-sumber tersebut berasal daripada gas asli untuk penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia. Bekalan gas asli diperolehi dari perairan pantai timur Semenanjung Malaysia dan diimport dari seluruh dunia dalam bentuk LNG. Kos pembelian gas dan gas asli cecair melibatkan RM8.8 bilion setahun bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi untuk pengguna.

Namun, pergantungan yang terlalu banyak kepada satu sumber penjanaan membawa risiko tinggi kepada bekalan tenaga elektrik apabila bekalan bahan api terganggu. Kenaikan harga dan kestabilan bekalan gas asli merupakan cabaran utama kepada sektor tenaga.

Sebagai langkah untuk memastikan bekalan tenaga elektrik negara yang lebih stabil dan cekap dari segi kos penjanaan, kerajaan mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan sumber bahan api secara seimbang di antara gas asli termasuk LNG dan arang batu.

Kos penjanaan daripada sumber arang batu yang lebih rendah telah meningkatkan sumbangannya kepada 51% pada tahun 2016 berbanding dengan 27% pada tahun 2007 dalam komposisi bahan api sebagai usaha mengurangkan pergantungan terlalu tinggi kepada gas asli.

Kini, dengan kuantiti arang batu yang sama, stesen janakuasa berupaya meningkatkan penghasilan tenaga yang lebih tinggi dengan kecekapan teknologi Ultra-supercritical (USC). Teknologi USC turut mematuhi piawaian alam sekitar yang mesra alam demi persekitaran dan kesejahteraan rakyat.

Arang batu yang digunakan di stesen janakuasa adalah 100% diimport dan ia tertakluk kepada perubahan harga bahan api serta kadar tukaran mata wang asing. Oleh demikian, penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa arang batu perlu dioptimumkan supaya tenaga elektrik dijana dengan lebih efisien supaya menjaminkan kos penjanaan elektrik sentiasa dikawal pada paras terendah.

Untuk mengatasi kesan penyusutan bahan api fosil tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, minyak, dan gas asli, syarikat-syarikat janakuasa di seluruh dunia beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk menjana tenaga elektrik.

Sumber RE terdiri daripada hidro, solar, biomass dan biogas. Biomass dan biogas merupakan sumber yang berupaya menggantikan bahan api fosil. Manakala, solar dan hidro merupakan sumber semulajadi yang digunakan untuk menjana tenaga. Kesan rumah hijau akibat perlepasan karbon dioksida dapat dikurangkan melalui penjanaan tenaga daripada RE dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.

PappaDelivery: Juadah menyelerakan terus ke rumah anda

PappaDelivery: Juadah menyelerakan terus ke rumah anda

PappaDelivery

Juadah menyelerakan terus ke rumah anda

Sertai peraduan #MERDEKA60

Anda mungkin bayangkan makanan segera bila dengar servis penghantaran makanan. Sebenarnya ia lebih dari itu. Bayangkan jika anda mengidam makanan barat di tengah malam, dan anda tertanya-tanya dimana anda boeh dapatkan bahan-bahan untuk memasaknya sendiri. Ditambah pula masa yang dihabiskan untuk menyediakan makanan itu. Sebenarnya makanan itu tidaklah berharga seperti masa yang digunakan untuk memasaknya. Katakan masak bukan pilihan, dan anda benci dengan masa yang dihabiskan untuk mencari tempat letak kenderaan semata-mata untuk membeli makanan. Adakah anda akan gunakan servis dimana hanya perlu membuat pilihan menu kegemaran di gajet anda dan ia terus sampai di rumah anda? Ya, layari PappaDelivery, penghantaran makanan atas talian yang percaya gaya hidup di Malaysia layak menerima makanan bertaraf restoren terus di kediaman mereka.

Peraduan Foto
#Merdeka60

Hadiah:

Baucar RM50

Daripada PapaDelivery.my

Langkah 1

Ambil gambar makanan tempatan kegemaran anda

Langkah 2

Kongsikan di Instagram atau Facebook berserta tag @malaysiakini, @pappadelivery, dan #Merdeka60 dari 16hb Ogos hingga 16hb September 2017

Langkah 3

Tiga pemenang akan dipilih dan diumumkan setiap minggu

Syarat dan Terma:

  • Peraduan berlangsung dari 16hb Ogos 2017 hingga 16hb September 2017
  • Pemenang akan diumumkan pada hari akhir setiap minggu
  • Tiada penyertaan akan diterima selepas tarikh akhir peraduan
  • Keputusan pengadil adalah muktamad dan surat menyurat tidak akan diterima

Waktu Operasi

PappaDelivery membuat penghantaran makanan dari 11 pagi hingga 10 malam, meliputi kebanyakkan kawasan lembah klang dan mengambil masa 1.5 jam. Dimana ianya berbaloi kerana setiap hidangan dimasak segar dan disediakan seperti di restoren. Laman webnya boleh dilayari melalui telefon pintar dan juga boleh diakses 24/7. Jadi anda boleh menjadualkan penghantaran bila-bila masa untuk keluarga mahupun acara yang berkaitan dengan kerja. Prosesnya sangat mudah. Log masuk ke laman web, lihat menu, letakkan pesanan anda, pilih antara kad debit/kredit atau pemindahan wang atas talian daripada akaun bank anda untuk pembayaran, dan hanya tunggu hidangan lazat anda.

Menu

Anda mungkin telah nampak yang nama servis ini seperti biasa kedengaran. Ya! PappaRich. Makanan yang anda tempah disediakan oleh rangkaian makanan terkenal – PappaRich. Bahan-bahan disimpan dengan sempurna dan berkualiti supaya anda sentiasa dapat menikmati kesegarannya. Pilihan menunya terdiri daripada 6 kategori iaitu Nasi, Makanan Barat, Mee, Makanan Ringan, Roti dan Minuman. Anda boleh lihat pelbagai aneka hidangan yang menyelerakan dibawah kategori itu. Contohnya, ada Nasi Lemak dengan Kari Ayam atau Nasi Lemak dengan Sambal Manis Sotong dan pelbagai lagi dibawah kategori Nasi. Jika anda seorang pengamal makanan tanpa daging, jangan risau. Terdapat pelbagai menu disediakan untuk anda (bertanda simbol daun hijau). Malah PappaDelivery menyertakan banyak maklumat untuk mereka yang mengamalkan diet tertentu.

Pembelian minimum adalah RM15 dengan cas penghantaran hanya RM5.30 (termasuk GST). Jika anda ingin memberitahu rakan anda tentang servis ini, laman web PappaDelivery menyediakan kemudahan untuk kongsi di laman media sosial. Malah anda boleh menyertai peraduan foto #Merdeka60! Hanya tangkap gambar makanan tempatan kegemaran yang anda makan dan kongsikan di Instagram. Anda berpeluang memenangi baucar PappaDelivery bernilai RM50.

Hubungi Khidmat Pelanggan Kami:

+6018 980 1818

(Call, SMS, atau WhatsApp)

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Bagaimana Harga Elektrik Dikawal Selia dan Ditentukan

Pada 30 Jun 2017, rakyat Malaysia menerima satu berita gembira: tarif elektrik diumumkan kekal sekurang-kurangnya sehingga ke hujung tahun ini. (https://www.malaysiakini.com/news/387077)

Rebat dikekalkan sejak Mac 2015 dan ini merupakan kali ke-enam rebat dikekalkan.

Bagaimanakah sebenarnya harga dan mutu bekalan elektrik dikawal selia bagi memastikan ia kekal stabil, selamat, dan mesra pengguna?

Industri pembekalan elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah dikawal selia melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan keselamatan, kestabilan, kecekapan dan kos elektrik.

KeTTHA
Menetapkan dan menguatkuasakan dasar dalam mentadbir dan mengawal selia sektor bekalan elektrik

ST
Mengawal selia sektor elektrik dan paip gas di Semenanjung Malaysia dan Sabah

Pada umumnya, pembekalan tenaga elektrik menglibatkan tiga proses iaitu penjanaan di stesen janakuasa, penghantaran menggunakan rangkaian talian voltan tinggi sebelum pembahagian kepada pengguna melalui jaringan sistem kabel bervoltan rendah.

Dalam aspek penjanaan, langkah liberalisasi terkawal separuh diperkenalkan oleh kerajaan di Semenanjung Malaysia sejak 1990-an. Liberasi tersebut dikawal selia menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) untuk membentuk persaingan antara pemilik-pemilik stesen janakuasa sebagai langkah mengawalkan kos elektrik. Ini memastikan penjana tenaga mengeluar dan menjual elektrik pada harga terendah.

Mulai 2014, kos penghantaran dan pembahagian elektrik ditentukan melalui rangka khusus yang digunakan di seluruh dunia, iaitu Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) di Semenanjung Malaysia untuk menetapkan tarif elektrik.

Pernah tak anda mendapati bil elektrik rumah anda terdapat butiran yang ditulis ‘ICPT’?

ICPT merujukkan Pelepasan Kos Tidak Seimbang, satu mekanisme di bawah pengiraan IBR yang membolehkan harga bahan api diselaraskan setiap enam bulan. Ini bermakna, kita sebagai pengguna akan bayar lebih rendah sekiranya harga bahan api turun dan sebaliknya, seperti angka ICPT yang tertera di bil elektrik. Ini membolehkan kos elektrik dikira dengan lebih adil, jelas dan telus supaya para pengguna dijamin menikmati bekalan elektrik yang selamat dan stabil pada harga yang optima.

Penjanaan tenaga elektrik amat bergantung kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas asli termasuk gas asli cecair (LNG). Harga bahan api kekal rendah sejak 2015, ia membawa penjimatan sebanyak RM4.1billion dan pengguna menikmati faedah tersebut dalam bentuk rebat.

Walau bagaimanapun, semenjak enam bulan lalu, harga global arang batu meningkat dengan mendadak disusuli kesan turun naik kadar tukaran telah meningkatkan kos bahan api dalam sektor tenaga. Pada masa yang sama, harga gas berpaip domestik juga terus meningkat setiap enam bulan selaras dengan program rasionalisasi subsidi.

* – Perubahan harga berbanding harga penanda aras
**MT – metric tonne
**mmBTU* – million Britis Thermal Unit

Kadar purata tarif elektrik asas di Semenanjung Malaysia kekal sebagai 38.53 sen/kWJ dan 34.52 sen/kWJ bagi Sabah dan Labuan setakat Julai 2017.

Ketika ini kita mungkin sedang membaca artikel ini menerusi telefon pintar dalam bilik berhawa dingin tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang mahal.

Namun, kita mungkin meminggirkan orang lain yang sebenarnya berhak menikmati wang daripada penjimatan rebat elektrik ini.

Wang tersebut boleh disalurkan untuk membeli ubat-ubatan dan membina lebih banyak hospital kerajaan, jalan raya dan sekolah.

Adakah kita mahu menjadi orang yang mementingkan diri sendiri semata-mata?

Satu perkara yang pasti, kita perlu bersedia menghadapi semakan semula tarif elektrik dan menggunakan elektrik secara lebih berhemah untuk manfaat dan kepentingan bersama.