Lagenda Kereta Jepun 90-an

Lagenda Kereta Jepun 90-an

LAGENDA KERETA JEPUN 90-an

Kereta buatan Jepun telah lama menempatkan nama dalam kalangan peminat automotif tanah air. Adaptasi Proton dan Perodua terhadap industri automotif adalah pada mulanya berasaskan jenama-jenama kereta Jepun. Sering kali kita melihat rupa bentuk kereta tempatan hampir sama dengan beberapa model buatan Jepun.

Kereta Jepun dipasarkan secara meluas di Asia Tenggara dan mendapat sambutan yang hangat oleh pengguna. Ini kerana, kereta Jepun sangat praktikal bagi jalan raya di negara-negara ini, dan jauh lebih murah berbanding jenama Eropah seperti Volvo, Fiat dan Volkswagen.

Sekitar tahun 90-an, jenama automotif Jepun masyhur dari segi prestasi juga, dan telah memenangi pelbagai perlumbaan di peringkat dunia. Ramai yang masih percaya tahun 90-an merupakan zaman kegemilangan industri automotif Jepun. Mari kita mengimbas kembali beberapa kereta Jepun yang dianggap sebagai lagenda industri automotif.

Nissan Skyline R-34

NISSAN SKYLINE GT-R (R-34)

Mazda RX7

MAZDA RX-7 FD

Honda NSX

HONDA NSX

Subaru Impreza

SUBARU IMPREZA 22B STI

TOYOTA SUPRA

TOYOTA SUPRA

NISSAN SILVIA S14 (200SX)

NISSAN SILVIA S14 (200SX)

NISSAN SKYLINE GT-R (R32)

NISSAN SKYLINE GT-R (R32)

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION IV

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION IV

MAZDA MX-5 (NA) MARK I

MAZDA MX-5 (NA) MARK I

HONDA CIVIC

HONDA CIVIC

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

5 filem Thai yang boleh anda tonton secara percuma April ni!

Thai Film Festival in Kuala Lumpur: 20-26th April '17

// Skrol ke bawah untuk ketahui cara untuk menuntut tiket percuma

#1

A Gift

// KOMEDI / DRAMA / ROMANSA
Ia sebuah filem romantik yang menggabungkan tiga kisah cinta yang mana kesemuanya ada kaitan di antara satu sama lain. Cerita pertama mengenai dua pemuda yang diminta untuk berlakon sebagai pasangan suami isteri di satu acara anugerah biasiswa walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Kedua, seorang bekas penganjur berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang mengidap penyakit Alzheimer, yang mana bapanya mula ingat semula memori lama selepas dia mula memainkan lagu kegemaran ibunya. Cerita ketiga memaparkan tentang pesara rocker yang sekarang bekerja sebagai penganalisis kewangan, tetapi dijemput untuk menyertai kumpulan muzik amatur.

Sinopsis dari cinema.com.my

#2

One Day

// DRAMA / ROMANSA
Filem romantik arahan Banjong Pisanthanakun ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ter yang sanggup menanggung segala risiko untuk bersama dengan gadis impianya untuk satu hari dengan menyamar menjadi teman lelakinya selepas gadis itu mengalami masalah hilang ingatan. Ia dibintangi oleh Chantavit Dhanasevi, Nittha Jirayungyurn dan Teerapat Sajakul.

Sinopsis dari cinema.com.my

#3

Take Me Home

// HORROR
Selepas kemalangan tragik, memori Tan telah hilang dan hanya ingat namanya sahaja. Pada satu hari, dia menemui sesuatu yang membawanya pulang ke rumahnya. Di sana dia bertemu dengan adik kembarnya Tubtim, yang tinggal dengan Chiwin, janda anak dua, dan Waw, penjaga rumah yang membesarkannya. Sebagaimana Tan mula mengenali mereka, dia mula takut pada mereka dan apabila dia cuba melarikan diri dari rumah, dia tidak berjaya yang mana dia ditarik dengan kebenaran yang menakutkan.

Sinopsis dari cinema.com.my

#4

The Crown

// DRAMA
Ia mengisahkan tentang Nohra, iaitu tarian tradisional Thailand. Apabila Sattha mahu mewariskan kumpulan tariannya kepada anak lelakinya Singh, telah berlaku konflik di antara mereka yang mana anak lelakinya itu lebih memilih untuk menjadi pemain gitar dan bukan sebagai penari Nohra seperti bapanya.

Sinopsis dari cinema.com.my

#5

Mr Hurt

// KOMEDI / DRAMA / ROMANSA
Pemain tenis profesional yang juga juara dunia, Don Sri-Chang, hidup sempurna dan menjadi idola kepada semua orang. Dia seorang yang bertuah baik dalam kerja mahupun cinta. Bagaimanapun hidup sempurnanya tidak berkekalan apabila kekasihnya, seorang bintang popular, menolak lamarannya untuk berkahwin kerana mahu menjalin hubungan dengan bintang rock. Don yang patah hati berdepan kemurungan untuk beberapa bulan sehinggalah rakan lamanya, Dew, tiba-tiba muncul untuk membantu memulihkan semangatnya.

Sinopsis dari cinema.com.my

Penebusan Tiket Percuma

Tiket ke Festival Filem Thai di Malaysia 2017 akan diberi secara PERCUMA oleh ihsan Royal Thai Embassy di Malaysia.

Untuk menebus tiket percuma, anda hanya perlu mencetak atau mengambil gambar mana-mana Festival Filem Thai 2017 dari mana-mana artikel penerbit di Malaysia, Kiriman dalam talian atau saluran digital GSC dan anda akan mendapat dua (2) tiket secara percuma di kaunter tiket GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley atau GSC 1Utama.

Terma & Syarat:

VOX Hiburan

Menyapa lalat, Birkin di kanvas Hamir Soib

Menyapa lalat, Birkin di kanvas Hamir Soib

Menyapa lalat, Birkin di kanvas Hamir Soib

Al-Abror Mohd Yusuf, 12 April 2017

Apa ada pada lalat dan beg tangan wanita?

Jika anda berminat, bertanyalah kepada Hamir Soib apabila dia mula berpameran pada minggu terakhir April ini di galeri Segaris Art Centre, Publika, Kuala Lumpur.

Sering tampil dengan lukisan-lukisan bersaiz besar, kali ini Hamir, 48, menawarkan sesuatu yang baru – lukisan lebih kecil. Namun di sebalik ukuran yang kecil itu terselindung mesej-mesej besar pada pameran Small Works berkenaan.

Paling penting, tentang lalat itulah.

“Lukisan utama untuk pameran ini ialah siri lalat. Nampak saiz memang kecil tapi mesej yang dibawa di dalamnya adalah besar-besar.

“Lukisan-lukisan lain adalah sebagai pengiring kepada siri lalat,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Gudang baru-baru ini.

Gudang ialah studio untuk Hamir melukis. Bangunan tanpa bekalan air paip dan elektrik itu – sengaja ia dibina begitu – terletak di Kuang, Selangor.

Ketika Malaysiakini bertemu Hamir, siri lalat itu belum siap sepenuhnya. Masih ada yang belum memuaskan hatinya. Satu daripada aspek yang masih diteliti Hamir ialah mendapatkan warna badan lalat yang benar-benar memuaskan hati.

“The most influential figure in Malaysia art scene. When it flies people listen” – itu ayat yang tertera pada satu daripada 10 keping lukisan lalat berkenaan.

“Sebenarnya ada banyak lalat dalam dunia seni. Cuba kita fikir mengapa ada banyak lalat? Sebab ada ‘makanan’, ada banyak ‘bangkai’.

“Mungkin SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) patut masuk siasat mengapa ada banyak lalat,” katanya yang sudah 30 tahun terlibat dalam dunia seni.

Elok kalau marah

Sebenarnya karya yang ‘lantang’ bukanlah asing untuk Hamir. Menjadi sebahagian daripada kumpulan pelukis Matahati, hasil kreativiti anak kelahiran Muar, Johor itu memang selalu membawa suara yang berterus terang.

Lukisannya seperti Tak Ada Beza (2002), Sepat Oh Sepat (2006) Hijab Muslimah (2014), dan Wasted Energy mungkin boleh membantu seseorang memahami pola pendekatan diambil Hamir.

Masalah ‘lalat’ kata Hamir bukanlah terhad pada dunia seni lukis saja, malah turut berlaku pada aspek lain.

Kemudian ada pula siri beg tengan wanita. Pada satu sisi Gudang itu, berbaris lukisan beg tangan dengan pelbagai warna dan jenis.

Secara umum, lukisan itu juga ‘nakal’ pada mata seseorang yang peka kepada perkembangan semasa dalam negara.

Tapi jangan cepat pula menghukum atau curiga.

Kata Hamir, 48, tidak ada apa motif pun ketika dia melukis siri beg tangan wanita itu.

“Ia boleh membantu saya memulakan perbualan dengan kenalan baru, misalnya ketika mereka datang melihat pameran. Saya boleh mulakan perbualan dengan menegur beg mereka,” katanya.

Dengan menekuni lukisan beg-beg tangan wanita, kata Hamir, baru dia tahu label seperi Birkin, Hermes dan sebagainya yag bernilai ratusan ribu ringgit.

“Saya tak berniat nak sindir sesiapa pun,” katanya mengenai kira-kira 20 keping lukisan beg tangan wanita itu.

Demikianlah Hamir. Walaupun mungkin akan mengundang marah dia tetap tenang. Malah kalau ada yang marah, Hamir lebih puas.

“Kalau ada orang marah, maksudnya, mesej yang nak disampaikan itu berjaya. Kalau orang tengok lukisan tu biasa saja, gelak-gelak, mungkin mesej saya tak sampai,” katanya.

Secara keseluruhan akan ada kira-kira 100 lukisan dipamerkan di Segaris Art Centre mulai 25 April hingga 21 Mei ini. Sebahagiannya adalah lukisan yang sudah siap dan berada dalam simpanan pengumpul.

Lukisan paling jauh yang ‘dipanggil semula’ oleh Hamir untuk pameran Small Works itu ialah dari Singapura.

VOX Insan

Abam Bocey sudah tiada

Abam Bocey sudah tiada

Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.“Al-Fatihah abang,” katanya menerusi...

Gadis Wuhan rintih belas kasihan

Gadis Wuhan rintih belas kasihan

ULASAN l Saya seorang gadis Wuhan yang tinggal di Hong Kong. Buat masa sekarang, semua keluarga terdekat saya dikurung di kampung halaman, iaitu di pusat epidemik ini.Setiap hari, saya bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mental mereka. Mereka...

Ismail Karipap pelawak lama yang dilupa

Ismail Karipap pelawak lama yang dilupa

Ismail Karipap pelawak lama yang dilupa

Tidak seperti anggapan sesetengah orang, rupa-rupanya sebahagian pelawak veteran tetap bersikap terbuka dan ‘ramah’ dengan jenaka-jenaka daripada bakat baru di negara ini.

Jika minggu lalu AR Badul berpendapat sesuatu jenaka yang dipersembahkan mesti mengikut peredaran zaman, seorang lagi pelawak otai juga berpendirian sama.

Juara Bakat TV 1981, Ismail Karipap, mengambil sikap yang serupa.

Katanya, pelawak era kini mempunyai cara tersendiri untuk membuat penonton ketawa, dan suasana itu berbeza dengan zaman beliau.

Ditemui di rumahnya di Sungai Tungku, Teluk Intan, Ismail berkata pada era 1980-an pelawak biasanya menghiburkan orang ramai dengan cerita-cerita ‘bohong’ – merujuk kepada kisah rekaan semata-mata – dan lucu.

“Sekarang ni saya nampak lawak-lawak yang ada banyak macam mengenakan orang, mengenakan kawan-kawan,” katanya kepada Malaysiakini.

Ismail, 73, lahir di Kuala Kangsar namun menetap di kawasan kampung dikelilingi sawah padi bersebelahan Sungai Manik itu sejak dia berusia 15 tahun.

Sebelumnya dia penah dikenali dengan nama Ismail Dodol kerana menjual dodol. Kemudian apabila dia menjual karipap, ‘nama mesranya’ bertukar kepada Ismail Karipap.

Trofi pulang semula

Dia memang banyak cerita dan celoteh. Semasa berbual dengannnya, ada saja kisah lucu yang dikongsikan dan sebahagiannya pernah dipersembahkan di pentas.

Namanya mula dikenali ramai melalui stesen radio di Perak. Biasanya Ismail muncul berpasangan dan antara pelawak yang pernah ‘berduet’ dengannya ialah Allahyarham Maidin.

Namun ketika berpasangan dengan seorang pekerja Telekom MalaysiaShaharuddin Sulaiman atau Uncle – mereka melakar sejarah sendiri apabila dinobatkan sebagai juara Bakat TV 1981 – sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Suatu ketika dulu pertandingan berkenaan memang berprestij. Ada banyak nama dilahirkan oleh Bakat TV itu walaupun ia tidak diadakan setiap tahun.

Antara pelawak yang dilahirkan program itu ialah Badul sendiri, selain Allahyarham Mr Os dan Maidin.

Sebagai juara pada 1981 itu, mereka menerima hadiah sebuah trofi dan wang berjumlah RM2,000.

“Duit tu kami bahagi, dapatlah RM1,000 seorang. Sebahagian daripada duit tu saya beli baju.

“Trofi pulak kena pulangkan,” katanya sambil ketawa.

Ditanya tentang habuan mewah diterima peserta pertandingan lawak atau seni hari ini, Ismail berkata, ada juga rasa sedikit terkilan di dadanya.

Namun, katanya, dia boleh memahami realiti itu. Sekarang, katanya, ada penaja yang mampu menawarkan wang bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit sebagai hadiah pertandingan lawak.

“Dulu zaman kami jauh berbeza,” katanya.

Bersama Uncle, Ismail membuat banyak persembahan tetapi hampir semuanya di radio atau jemputan majlis keramaian.

Seingat Ismail, hanya dia kali dia dijemput muncul untuk persembahan televisyen.

Jauh berjalan banyak cerita

Ketika berusia lebih tujuh dekad, Ismail masih bekerja – kerjaya yang dilakukannya sejak sekian lama – iaitu menjadi pemandu van.

Pekerjaan itu sebenarnya banyak juga memberi jasa kepada Ismail. Semasa memandu dia boleh berfikir untuk mencari idea-idea baru.

Menjadi pemandu juga membawa Ismail ke banyak tempat. Seperti kata orang tua-tua, jauh perjalanan banyak pengalaman. Sebahagian daripada ‘pengalaman’ itulah yang menjadi cerita dalam persembahan lawaknya.

Misalnya, satu daripada cerita yang ‘penting’ ialah asal-usul nama karipap, dialog antara kepala dan badan kereta api, serta cara-cara mengenal pangkat anggota tentera berdasarkan cara mereka menari.

Bakat Ismail bukanlah melawak saja. Dia juga boleh bermain dram dan menyanyi. Sepanjang tempoh aktif di pentas hiburan, dia pernah mengadakan persembahan dengan ramai artis terkenal termasuk Ramlah Ram, Rohana Jalil dan Ayati Tasrib.

Berbual dengan Ismail Karipap – atau nama penuhnya Ismail Mohd Said – memang melekakan. Selain kisah hidupnya, dia juga banyak idea untuk melawak.

Tapi itulah. Ada sedikit lagi yang terkilan, namun bukan Ismail yang menyatakannya, tetapi anaknya, Zainuddin.

“Rasanya ramai orang sekarang tak tahu ada pelawak bernama Ismail Karipap ni. Kalau cari di Internet pun, atau di YouTube, rasanya tak ada.

“RTM pun tak tayang program-program lama macam Bakat TV dulu,” katanya.

Bercakap mengenai bapanya, Zainuddin berkata, sehingga kini Ismail Karipap masih berminat – dan bersemangat – untuk menghiburkan orang rama jika diberi ruang.

“Tetapi kadang-kadang orang lain kurang faham, salah anggap dan sebagainya sebab dia sudah berusia. Keadaan itu kadang-kadang menyebabkan semacam ada tekanan pada dia,” katanya.

Selain itu Ismail dan Zainuddin juga berharap khazanah lama yang tersimpan di arkib RTM – bukan saja Bakat TV 1981, malah yang lain-lain juga – supaya menjadi kenang-kenangan kepada generasi hari ini.

VOX Hiburan

Percubaan kedua bawa tuah pada Samantha

Percubaan kedua bawa tuah pada Samantha

Percubaan kedua bawa tuah pada Samantha Katie James

Norman Goh, 6 April 2017

Berkat semangat yang tidak mudah berputus asa, Samantha Katie James, 23 dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017.

Gadis kacukan Cina-Brazil itu mengalahkan 16 finalis lain yang dipilih dari seluruh negara, termasuk dua atlet kebangsaan dalam acara trek dan lawan pedang, Tanalaksiumy Rayer dan Laura Simon.

Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon masing-masing mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat.

Samantha akan mewakili Malaysia di arena Miss Universe ke-66 yang bakal diadakan tahun depan.

“Saya tidak menyangka akan dapat dinobatkan juara, namun ini merupakan suatu perjalanan yang jauh buat saya sendiri.”

“Saya pernah menyertai Miss Universe ketika berumur 18 tahun tetapi tidak berjaya pada masa itu. Belum lagi bersedia ketika itu. Untuk pertandingan kali ini, saya tahu bahawa saya cukup bersedia,” kata Samantha.

Bangkit lepas 6 tahun

Dalam sesi wawancara selepas acara itu, Samantha juga berkongsi motivasi beliau kembali dalam Miss Universe Malaysia walaupun tidak berjaya enam tahun lalu.

“Apabila saya menetapkan matlamat yang ingin dicapai, saya akan cuba sedaya upaya untuk memenanginya. Walaupun kalah, saya akan terus berusaha.”

Beliau juga mendedahkan pernah bertemu dengan Pia Alonzo Wurtzbach, pemenang Miss Universe 2015 peringkat antarabangsa yang berasal dari Filipina.

“Kami pernah bekerjasama. Beliau pernah menasihati saya untuk terus berjuang dan buat yang sebaik mungkin,” ujar beliau.

Pia sendiri mempunyai pengalaman tiga kali menyertai Binibining Pilipinas, pertandingan ratu cantik Filipina.

Standard Kiran

Sementara itu, pengarah Miss Universe Malaysia, Elaine Daly, yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 2003, merakamkan rasa kagumnya terhadap 17 finalis tahun ini.

“Ini merupakan suatu perjalanan yang bermakna untuk mencari wakil Malaysia melalui proses berbulan-bulan. Saya berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan Samantha untuk bersedia dalam pertandingan tahun depan,” katanya.

Daly berkata pemenang tahun lalu Kiran Jassal telah menetapkan standard yang agak tinggi untuk pertandingan itu.

Beliau berharap, Samantha juga dapat mencapainya, bahkan mungkin lebih baik lagi.

“Walau apapun, saya selalu memberitahu mereka jika bertanding dalam arena antarabangsa, kita sertainya untuk memenangi pertandingan itu.”

“Kita perlu fokus dan pastikan kemenangan itu,” kata Daly.

VOX Hiburan