Walau dikecam, Shikin juara bagi kucing, anjing terbiar

Walau dikecam, Shikin juara bagi kucing, anjing terbiar

Walau dikecam, Shikin juara bagi kucing, anjing terbiar

30 March 2017
Walaupun menerima banyak kecaman daripada masyarakat sekeliling, ia tidak mematahkan semangat Norashikin Ahmad untuk terus menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada kira-kira 150 ekor kucing dan 50 anjing terbiar.

Kisah Norashikin, 24 atau lebih dikenali sebagai Shikin mula mendapat perhatian netizen apabila gambarnya menyelamatkan seekor anjing yang terjatuh dalam sebuah longkang, menjadi tular beberapa minggu lalu.

Shikin membina sebuah pusat perlindungan berhampiran rumahnya di Alor Gajah, Melaka dan di situlah dia membelai haiwan-haiwan berkenaan dengan penuh kasih sayang.

Menceritakan rutin hariannya kepada Malaysiakini, Shikin bangun seawal jam 4 pagi untuk membantu ibunya yang berniaga nasi lemak sebelum membersihkan dan memberikan makanan kepada haiwan peliharaannya.

Sepanjang terlibat menjaga haiwan berkenaan sejak tiga tahun lalu, Shikin mengakui menerima pelbagai sindiran dan cemuhan daripada orang kampung. Malah mereka juga cuba memboikot gerai ibunya.

“Dia (orang kampung) kata, Orang Melayu tak boleh pegang anjing sebab haram. Macam mana pegang anjing tapi pegang makanan. Saya cakap dekat mak saya, tak apa. Rezeki bukan mereka yang bagi. Rezeki Tuhan yang bagi, saya tak perlu takut,” katanya.

Menurut Shikin, hubungan dengan ibunya juga pernah tegang pada awalnya sehingga beliau pernah ‘dihalau’ keluar dari rumah. Namun selepas diberi penjelasan oleh kakaknya, ibunya lama kelamaan mula memahami kebaikan yang dilakukan.

Shikin berkata dia menjadikan bapanya sebagai contoh dan inspirasi untuk menyayangi haiwan jalanan.

“Walaupun anjing ke, kucing ke, apa-apa binatang pun kalau kita berkemampuan untuk tolong, kita kena tolong. Itulah pesan ayah saya, jangan kita nampak (haiwan jalanan) tapi kita buat tak reti. Saya pegang apa yang ayah pernah cakap,” katanya dalam satu temu bual dengan KiniTV.

Menurut Shikin, beliau berulang kali mengubahsuai pusat perlindungan tersebut bagi membesarkannya dan menempatkan haiwan-haiwan berkenaan.

Selain kerja-kerja pengubahsuaian dan makanan haiwan yang mencecah kos RM3,000 sebulan, Shikin berkata dia juga perlu menampung kos rawatan haiwan yang tinggi.

Setiap hari, Shikin membawa beberapa ekor kucing dan anjingnya ke klinik haiwan dan jarang mempunyai wang cukup untuk menjelaskan bil rawatan sehingga terpaksa berhutang sebanyak RM10,000.

Mujur, pihak klinik membenarkan beliau melewatkan bayaran secara beransur-ansur.

Shikin menubuhkan Shikin Team Animal Rescue (STAR) di Facebook dan dari situ mendapat sumbangan daripada pencinta haiwan bagi menampung kos rawatan berkenaan.

Islam menekankan kasih sayang

Bagi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik, Islam adalah agama yang menganjurkan kasih sayang kepada semua makhluk.

Namun beliau kesal kerana masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam yang kurang menekankan aspek kemanusiaan.

“Dalam masyarakat Melayu Islam, kita kurang menekankan aspek kemanusiaan dan manusiawi. Konsep al-Rahman, al-Rahim yang setiap kali kita baca ketika sembahyang dan makan.

“Malangnya kehidupan umat Islam hari ini kurang al-Rahman dan al- Rahim iaitu sifat pengasih dan penyayang. Atas semut yang kecil pun nabi tak bagi dibunuh, apatah lagi binatang lain,” jelasnya.

Bagaimanapun Dr Maszlee berkata beliau bukanlah mahu menggalakkan orang Melayu membela anjing sewenang-wenangnya, tetapi memadai menerapkan nilai simpati dan perikemanusiaan kepada haiwan.

Katanya, individu yang melakukan usaha dan kebaikan kepada haiwan dengan membuat pusat perlindungan seperti Shikin tidak seharusnya dipandang serong.

“Kita lihat usaha murni dia berdasarkan ajaran Islam yang pernah ditunjukkan. Jadi kena ubah, kembali kepada sejarah umat Islam yang panjang dan kembali kepada ajaran Islam yang pengasih dan penyayang,” katanya.

Selain itu beliau juga menggalakkan golongan berkemampuan memberi sumbangan kepada individu seperti Shikin untuk menguruskan pusat perlindungan haiwannya.

Pengembaraan Baru Sedang Menanti Anda!

Pengembaraan Baru Sedang Menanti Anda!

PENGEMBARAAN BARU SEDANG MENANTI ANDA!

KTM Malaysia dan iMotorbike.my Menawarkan Peluang Seumur Hidup

Pernah tertanya-tanya tentang motosikal impian anda sebelum anda menyerahkan wang tunai hasil titik peluh anda di atasnya? Keinginan anda akan menjadi kenyataan!

iMotorbike.my kini berbangga untuk melancarkan portal berkaitan motosikal yang online di Malaysia dan sempena Majlis kebesaran ini, iMotorbike dengan KTM Malaysia dengan bangganya menawarkan anda peluang untuk menang acara menaiki motosikal model KTM Malaysia yang paling hangat! Sedia untuk berlumba? Kami bersedia!

Untuk memenangi dan mengambil bahagian dalam acara motosikal KTM, anda hanya perlu:

 

  1. Berdaftar di iMotobike.my – ianya percuma!
  2. ’Like’ iMotorbike di laman Facebook pada facebook.com/imotorbike

 

Untuk memenangi motosikal KTM dan mengambil bahagian dalam acara tersebut, anda hanya perlu:

  1. Berdaftar di iMotobike.my – ianya percuma!
  2. ’Like’ iMotorbike di laman Facebook pada facebook.com/imotorbike

iMotorbike memaparkan berita-berita terkini, ulasan motosikal dan produk, berita sukan autosport, dan iklan iklan dalam 3 kategori utama motosikal, selain daripada alat ganti dan aksesori, iMotorbike adalah platform lengkap megenai gaya hidup motosikal – sesuatu 150,000 pengikut iMotorbike amat bersetuju.

 

iMotorbike diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gil Carmo, yang pernah berlumba kereta dan memiliki sebilangan motosikal di negara asalnya Portugal. Pasukan ini telah membangunkan platform atas talian sebelum ini dan kini telah menjadi segmen motosikal sepenuh masa untuk merealisasikan minat mereka terhadap motosikal.
iMotorbike merupakan laman web e-dagang online yang memparkan iklan motosikal. iMotorbike membezakan dirinya daripada laman lain dengan menyediakan pengalaman online yang cepat, selamat dan selesa dengan pelbagai produk yang ditawarkan dalam tiga kategori utama seperti motosikal, alat ganti dan aksesori. Penutupan perniagaan segmen industri E2E juga membolehkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan seperti insurans dan pembiayaan. iMotorbike sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman yang terbaik kepada para pelanggannya. Pemilik motosikal, penggemar dan profesional tidak pernah mengalami sebarang kesukaran dalam ekosistem tersebut.

KTM Malaysia sentiasa membawa keseronokan kepada pembeli motosikal dengan beberapa motosikal yang berteknologi maju di negara ini. Produk KTM Malaysia termasuk Duke 200/250/390 ringan dan RC melalui pencabar middleweight 690 Duke R dan juga termasuk motosikal dalam kategori bertaraf terbuka dan serba boleh seperti Adventure 1050/1190/1290 dan Super fast 1290 Super Duke R/GT, sekali gus menjamin motosikal untuk sesiapa sahaja.

Bersedia untuk berlumba!

Rakyat M’sia masih kabur jenayah pedofil

Rakyat M’sia masih kabur jenayah pedofil

Rakyat M'sia masih kabur jenayah pedofil

Rizal Mansor | 21 March 2017

Negara ini pernah dikejutkan dengan kisah tangkapan seorang penjenayah pedofil warga asing beberapa tahun lepas di United Kingdom (UK) sekembalinya beliau dari lawatan di Malaysia.

Sebelum itu, dalam kes berasingan, seorang pelajar dari Malaysia juga telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana didakwa memiliki beribu-ribu imej lucah kanak-kanak bawah umur.

Gambar dari dailymail.com.uk

Kisah Richard Huckle pada satu ketika dahulu menggemparkan negara.

Mana mungkin seorang pemuda yang dilihat normal dan kerap kali terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan mempunyai tabiat songsang dan melakukan jenayah pedofil.

Richard Huckle dikatakan telah agak lama berada di Malaysia dan bergaul rapat dengan komuniti di kawasan beliau menetap di negara ini.

Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun di mahkamah London selepas mengakui 71 pertuduhan melakukan jenayah penderaan seksual terhadap kanak -kanak di Malaysia dan Cambodia.

Pelajar dari Malaysia itu pula dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun selepas mengaku bersalah atas 17 pertuduhan menghasil dan mengedarkan 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak di bawah umur.

Walaupun tidak melakukan jenayah pedofil secara langsung, namun pemilikan bahan-bahan seperti itu boleh memberi isyarat atau ‘signal’ kecenderungan dalam melakukannya.

Tindakan mengedarkan imej-imej seperti itu secara meluas pula seolah-olah menjadi punca kepada pertambahan kes jenayah pedofil.

Gambar dari mynewshub

Gambar dari mynewshub

Merujuk kepada kedua-dua kes di atas, jenayah pedofil adalah satu kesalahan yang sangat serius untuk sebuah negara maju seperti UK.

Timbul persoalan mengapa kesalahan kedua-dua individu ini hanya berjaya dikesan oleh pihak penyiasat dari luar negara.

Adakah kerana perkara seperti ini menjadi ‘taboo’ kepada masyarakat negara kita dan akhirnya jenayah pedofil tidak dilaporkan.

Kesedaran masyarakat negara ini mengenai jenayah pedofil perlu ditingkatkan.

Mungkin masih timbul kekeliruan bagaimana perlakuan-perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai jenayah pedofil atau tindak-tanduk individu yang menjurus ke arah itu.

Seperti dalam kes Richard Huckle dan pelajar pintar Malaysia itu, sesiapa pun tidak menjangka individu berpewatakan baik boleh mempunyai kecenderungan songsang seperti ini.

Usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan dengan serius.

Di pihak kerajaan pula, kerjasama dengan pihak berkuasa dari luar dalam menangani jenayah pedofil juga penting untuk diwujudkan bagi memastikan matlamat ini tercapai melalui perkongsian kaedah-kaedah siasatan dan pemantauan tertentu berdasarkan pengalaman mereka.

Joe dan Wings – Kisah klasik tanpa dendam

Joe dan Wings – Kisah klasik tanpa dendam

Joe dan Wings – Kisah klasik tanpa dendam

Walaupun terkait dengan kontroversi membabitkan masalah dalaman Wings, bekas pemain gitar kumpulan itu, Joe, menjelaskan dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap tiga lagi anggota grup terbabit.

Dengan tenang Joe berkata, dengan ketiadaannya dia berharap Wings mampu mengorak langkah lebih jauh.

“Sejarah sepanjang kami bersama tidak boleh diubah dan jelas saya tidak mahu memusuhi sesiapa.

“Ini kerana kami berkawan terlalu lama dan saya tidak akan bercerita buruk tentang sesiapa.

“Hubungan kami akan kekal baik, malah saya sokong mereka dari jauh, selain mendoakan Wings terus berjaya.

“Saya harap peminat beramai-ramai menyaksikan konsert Awie & Superfriends, Belenggu Irama,” katanya.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 47, ditemui pada sidang media memperkenalkan band Prime Domestic yang dianggotainya di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, sebelum mengambil sebarang keputusan ketika itu, mereka berempat banyak membincangkan jalan penyelesaian bagi konflik yang melanda.

Bagaimanapun, Joe menyerahkan kepada umum untuk terus membuat andaian mengenai statusnya bersama Wings.

Dan Joe mengharapkan peminat dapat menerima kenyataan dirinya tidak lagi bersama Wings.

“Sama ada undur atau tidak, hal itu tak perlu ditanya kerana keputusan dibuat demi kebaikan bersama. Biarkan kami berempat saja yang tahu.

“Biar apa saja keputusan itu yang menyatakan saya disingkirkan atau undur diri, saya terima,” katanya.

Vokalis Wings Awie sebelum itu berkata, kumpulan itu tidak kisah dengan ketiadaan Joe sebagai gitaris utama mereka.

Namun kata Joe, sudah menjadi lumrah mana-mana kumpulan untuk terpalit dengan kontroversi seperti dialami Wings.

Justeru, masalah harus ditangani sebaik mungkin.

“Kontroversi mesti ada tetapi kami anggap perkara itu manis supaya masing-masing boleh menjadikan ia pengalaman baik.

“Walaupun saya tiada formula untuk bersatu kembali dengan Wings tetapi kalau terjumpa diharapkan bolehlah berkolaborasi,” katanya.

Malaysia lawan Korea Utara 8 Jun

Malaysia lawan Korea Utara 8 Jun

Malaysia lawan Korea Utara 8 Jun

15 March 2017

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan 8 Jun 2017 sebagai tarikh baru perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara.

Dalam kenyataan hari ini AFC menetapkan supaya Korea Utara mencadangkan gelanggang berkecuali untuk perlawanan tersebut sebelum 14 April.

Sekiranya gagal berbuat demikian, badan induk bola sepak Asia itu akan membuat keputusan dalam menentukan lokasi baru bagi perlawanan kelayakan terbabit.

Terdahulu, pertemuan antara Malaysia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini di Pyongyang, Korea Utara, tetapi ia ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk mengadakan perlawanan berkenaan di gelanggang berkecuali.

Ia berikutan wujudnya ketegangan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan Korea Utara selepas kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.